NIAT JAHAT MAMA SARAH untuk memerangkap Rayyan dan Aleeya
kali ini benar-benar menjadi. Mama berpakat dengan dua orang saudara mama untuk
memerangkap Rayyan dengan anak saudaranya sendiri yang bernama Milly dengan
menukar minuman Rayyan. Air Ribena yang diberikan kepada Rayyan sudah dicampur
dengan wain yang paling kuat dan juga sejenis ubat membuatkan Rayyan tidak
sedar apa yang berlaku ke atas dirinya.
Saat Aleeya menerima berita itu, dia tidak sedikit pun
terkejut kerana dia yakin kepada Rayyan tetapi di dalam masa yang sama dia
menerima berita tentang abah di kampung. Ini yang membuatkan Aleeya gelabah dan
gelisah. Abah yang paling rapat
dengannya.
“Abah jatuh kat bendang Liya, kaki abah retak!” beritahu
Abang Ngah di talian. Ini yang membuatkan dia gelabah, sedangkan Rayyan masih
berada di rumah Mama Sarah. Dia hanya menerima kiriman gambar Rayyan dan Milly
yang sedang menari itu dari mama melalui sms saja. Dan dia yakin suaminya itu
tidak akan melakukan semua itu seandainya fikirannya masih waras, tentu sudah
berlaku sesuatu yang di luar dugaan.
“Macam mana dengan abah?” soal Aleeya sudah mula sebak
mengenangkan Rayyan tidak ada di sisinya ketika ini.
“Balik lah tengok abah, kan dah raya dua hari lagi!”
jawab abang ngah. Memang dia dan Rayyan bercadang nak balik ke kampung hari
ini, tetapi semalam mama sarah telefon, memberitahu ahli keluarga mama sarah
yang tinggal di Australia mahu sangat berjumpa dengan Rayyan. Rupanya mama ada
rancangan sendiri.
“Insha ALLAH, tengah hari nanti Liya sampai!” kebetulan
tiket kapal terbang sudah ditempah oleh Rayyan seminggu yang lepas. Macam mana nak berangkat ni? Handset Rayyan
sudah berada di tangan mama, bila dia menelefon mama terus memaki hamun Aleeya.
Nak pergi ke rumah mama dalam keadaan begini lagi lah tak elok, tak pasal dia
kena halau dengan mama nanti.
Akhirnya Aleeya mengambil keputusan untuk pulang ke
kampung tanpa Rayyan. Tawakal saja di dalam hatinya sekarang.
Dia tidak tinggalkan nota kepada Rayyan, sebab terlalu
tergesa-gesa untuk ke KLIA. Dengan si kembar lagi, dengan beg pakaian lagi
sehingga dia terlupa telefon bimbitnya tertinggal kat rumah. Dalam keadaan
sekarang lebih baik dia pulang menatap wajah abah yang mengalami kemalangan
itu. Dan itu lah punca membuatkan dia dan Rayyan bergaduh hari ini.
Apabila Rayyan pulang ke rumah, Aleeya sudah tiada. Dihubungi telefon Aleeya, terdengar bunyi
deringan di dalam bilik. Sangka Rayyan, Aleeya marah kepadanya dengan apa yang
berlaku hari ini sehinggakan Aleeya lari pergi meninggalkan dirinya, sedangkan
Rayyan tidak tahu, abah kemalangan.
Ketika Aleeya sampai, saudara sebelah abah dan mak saja
yang ada kat rumah abah. Abang-abangnya masih belum sampai, mungkin dalam
perjalanan kecuali keluarga abang ngah.
“Mana Rayyan?” soal abang ngah sebaik saja Aleeya keluar
dari perut teksi sambil mengendong Adam. Diserahkan Adam kepada abang ngah, dan
dia ke kereta semula untuk mengambil Ain. Barang-barang dan beg pakaian, kak
ngah dan anak-anak tolong angkatkan.
“Tak dapat cuti lagi!” bohong Aleeya. Itu saja alasan
yang ada pun.
“Pergi lah tengok abah kat atas tu!” suruh Abang Ngah.
Aleeya terus masuk, jumpa mak dan saudara mara yang lain sebelum terus masuk ke
bilik abah. Sedihnya melihat abah sedang baring di atas katil. Sedih lagi kat
hati, sebab sampai sekarang, suaminya masih belum menghubunginya.
“Assalamualaikum, abah!” ucap Aleeya sambil bersalaman
dengan abah. Diciumnya kedua belah tangan abah. Ain sudah diambil oleh mak
tadi. Mak yang rindukan si kembar ini sebab puasa kali ini, Aleeya tak balik
kampung lagi. Hari ini baru boleh balik tetapi dengan hati yang tidak senang
pula. Kenapa lah semua ini berlaku dekat-dekat nak raya pula tu.
“Walaikummussalam. Bila Liya sampai?” jawab abah agak
lesu. Abah ni sudah ditegah ke bendang, tapi masih nak pergi juga. Umur macam
abah elok berehat saja kat rumah, bukannya ke bendang lagi, tetapi abah,
semuanya nak buat sendiri.
“baru saja abah. Mcm mana dengan abah? Okey ke?” soal
Aleeya di pegangnya kaki kiri abah yang berbalut itu. Tak sanggup tengok abah
dalam keadaan macam ni. Liya nak tengok abah sihat semula lah.
“Okey lah, sikit saja nih!” jawab abah sambil tersenyum
ke arah Aleeya. Di carinya Rayyan, menantu lelakinya yang seorang itu. Di ruang
tamu sudah terdengar suara tangisan Adam atau barangkali Ain tetapi mana
Rayyan. Rasa tidak sedap hati kini bila tidak menatap wajah menantu lelakinya
itu.
“Sikit kata abah? Liya tengok banyak tu!” kata Aleeya.
“Tak lah!” jawab abah menenangkan hati sendiri. Kalau
Rayyan tak ada sama, mesti ada masalah, sebab mereka berdua ini jarang
berpisah, kecuali di timpa masalah.
“Abah ni...,”
“Liya, mana Rayyan?”soal abah ingin tahu benar dan Aleeya
tidak pernah berahsia dengan abah selama ini. Dengan orang lain, Aleeya sanggup
berbohong dan menipu tetapi dengan abah, liya tak pernah berbohong. Wajah
Aleeya mula berubah, lalu diceritakan apa yang berlaku kepada abah. Dan abah
mengeluh dengan tindakan Aleeya hari ini.
“Liya, antara Rayyan dan abah, Rayyan yang lebih penting,
sebab Rayyan suami Liya. Syurga Liya ada kat Rayyan, bukan abah. Liya berdosa
kerana pulang tanpa pengetahuan Rayyan!” tegur abah membuatkan hati Aleeya
terhiris. Liya teringat kat abah tadi, bukan Liya tak tahu hukum pun.
“Liya tahu abah,” jawab Aleeya perlahan. Hasrat hati yang
terlalu kuat yang membawa Liya ke sini.
“Pergi lah balik, Rayyan perlukan Liya!”suruh abah
membuatkan Aleeya terkedu. Nak balik? Baru datang dah nak balik, sedangkan
tinggal dua hari lagi nak raya. Penat pun tak hilang lagi.
“Tapi..,”
“Tak ada tapi-tapi, kalau Liya nak redha suami, Liya kena
balik sekarang!” pinta abah sambil mengurut kakinya yang sakit itu.
Abah, jangan lah buat macam ni kat Liya, Liya tahu apa
yang Liya lakukan. Lagipun Liya dengan abang tak ada masalah apa –apa pun. Kami
bukannya bergaduh. Cuma Liya tak ada kesempatan nak cakap dengan abang tadi.
Itu saja lah abah.
“Liya, rayyan telefon!” jerit kak ngah kuat. Mujur lah
semua saudara mara sudah balik termasuk mak long. Tinggal kami adik beradik
saja yang ada kat rumah abah.
“Pergi jawab dan minta maaf, Liya salah tu!” perintah
abah yang memihak kepada Rayyan walaupun sudah tahu apa yang berlaku kepada
Rayyan. Abah memang berat sebelah.
Menjawab panggilan dengan perasaan berat hati dan serba
salah. Semuanya serba tak kena.
“Assalamualaikum, abang!” ucapnya perlahan tetapi nadanya
bergetar kerana tahu dia yang bersalah dalam hal ini. Gambar itu bukan lah bukti untuk memisahkan
mereka berdua.
“Kerana gambar buruk tu, Liya tinggalkan abang? Tak
percayakan abang? Isteri apa ni? Abang pilih Liya kerana abang ingatkan Liya
tak sama dengan perempuan-perempuan yang ada kat dunia ni tapi salah anggapan
abang, kerana gambar tu Liya sanggup derhaka kat abang!” tuduh Rayyan tanpa
menjawab salam Aleeya. Tersentuhnya hati Aleeya dengan kata-kata Rayyan. Dia
yang salah, tuduh aku pula. Rayyan memang menguji kesabaran Aleeya di bulan
ramadhan ini.
“Siapa yang salah ni, abang atau Liya? Abang tanya diri
abang sendiri, jangan tuduh Liya yang bukan-bukan...,”jawab Aleeya berang.
Panasnya hati tertiba bila teringatkan gambar kiriman mama sarah pagi tadi.
“ooo, dah pandai menjawab yer..,”
“Abang yang mulakan dulu tadi..,”
“Kerana fitnah tu liya langgar hukum sebagai seorang isteri.
Tak boleh nak sabar sehingga abang balik ke? Lari balik kampung macam tu saja?
Liya kena ingat Liya tu isteri abang?” bertubi-tubi kata-kata serangan yang
muncul di bibir Rayyan membuatkan mata Aleeya panas. Aku tau aku salah, tapi
dia pun salah juga.
“Liya call abang lah, tapi tak boleh!” beritahu Aleeya.
Memang aku call lah tadi tapi mama yang jawab.
“kalau tak boleh tunggu lah, bukan abang tak balik pun!”
berdesing telinga Aleeya lagi.
“Nak tunggu abang? Dari malam sampai ke pagi abang tak
balik, nak suruh Liya tunggu abang?” balas Aleeya, sama naik dengan kemarahan
Rayyan.
“Ooo.. itu puncanya Liya sanggup menderhaka kepada abang?
Sanggup berdosa kepada abang dan kepada ALLAH. Isteri apa namanya ni?” ungkit
Rayyan lagi. Aleeya terus meletakkan gagang telefon kerana tidak sanggup lagi
mendengar kata-kata dari Rayyan. Sampai hati abang tuduh Liya macam tu? Ingat
Liya ni teruk sangat ke? Sepatutnya Liya yang marah abang, bukan abang marah
Liya pun.
Aleeya mengesat cepat-cepat air mata yang mahu mengalir
jatuh ke pipi apabila mak sudah berdiri di muka pintu. Muka mak yang sudah
berubah. Tentu abah sudah menceritakan apa yang berlaku.
“Liya kena balik sekarang, tanpa izin suami, Liya tak
boleh berada di sini. Sekarang juga mak nak Liya balik ke Kl,” kata mak dengan
tegas.
“Liya tak nak balik lah, mak!” ujarnya. Kami baru saja
bergaduh dan kalau Liya balik, tentu kami akan bergaduh lagi.
“Jangan berdegil Liya, ini bukan permintaan mak tetapi
permintaan abah, Liya!” beritahu mak lagi. Mak jerit nama abang ngah, dan
terdengar arahan mak menyuruh abang ngah menghantar Aleeya pulang ke kl
sekarang juga. Mak dan abah tak fikir pun kepentingan Liya hari ini rupanya,
sedangkan Liya ada dua orang anak yang perlu di bawa pulang.
Tidak mahu bersoal berjawab dengan mak dan abah, Liya
patuh dengan permintaan abah supaya pulang semula ke kl. Baru datang dah nak
kena balik. Aduhai apalah nasib hari ini, sudah jatuh ditimpa tangga pula.
“Liya bergaduh dengan Rayyan ke?” soal abang ngah
sepanjang perjalanan ke Alor Setar. Aleeya diam. Sedangkan waktu itu Adam
sedang menangis di pangkuannya. Ain pula terlena. Dia hanya membawa balik
anak-anak saja, barang-barang lain di tinggalkan di rumah mak.
“Liya lari dari rumah?” soal abang ngah lagi. Pun tidak
dijawabnya. Orang dah lah susah hati, abang ngah tanya macam-macam pula.
“Angah, hantar Liya ke perhentian shahab perdana yer,
liya balik naik bas saja. Tak payah lah Angah hantar Liya sampai ke Kl tu,”
arah Aleeya. Kasihan abang ngah kalau kena hantar sampai ke Kl hari ini. Alor
setar – KL tu memakan masa berjam juga, sedangkan abang ngah nak raya dengan
isteri dan anak-anak. Kena fikir kepentingan orang lain juga lah. Lagi pun Liya
yang cari pasal hari, jadi Liya kena tanggung semua ini.
“Call Air Asia tengok, mana tau ada tiket balik ke kl,”
“Kak ngah dah call tadi, tak ada tiket lah!”
“Biar lah angah hantar sampai ke Kl,”
“Tak pa, Liya balik naik bas saja!”
“Liya ni degil lah!”
“Tak lah. Kasihan kat angah, kak ngah dan anak-anak kat
rumah tu, lagi pun raya dah dekat ni,”
“Hmm....,”
Mujur lah ada tiket untuk pulang ke Kl, tetapi tiga jam
dari sekarang baru ada. Tiket yang terdekat sudah habis di tempah orang.
Terpaksa lah menunggu.
“Pergi lah balik, Liya dah dapat tiket ni. Banyak lagi
kerja angah kat rumah yang tak selesaikan?” soal Aleeya apabila melihat Abang
Ngah duduk di sebelahnya.
“Liya ni buat angah risau lah hari ni..,”
“Tak payah lah risau, Liya ni isteri dan ibu orang dah
lah. Pergi lah angah balik!”
“Jaga diri baik-baik, apa-apa hal call angah!” ujar Abang
ngah sebelum melangkah pulang. Sebenarnya dia sudah berjanji dengan anak-anak
nak bawa anak-anak ke bandar alor setar hari ini. Dia terlupa membawa baju raya
anak-anaknya. Sebab tu dia kalut sedikit hari ini.
Apa lah malang hari ini, sudah jatuh ditimpa tangga pula.
Sepatutnya orang bergembira sebab nak raya, bukan jadi macam aku ni? Ni nak
kena balik Kl semula, pukul berapa nak sampai kalau pukul 3.00 petang baru
bertolak? Satu lagi, Rayyan tak tahu aku balik semula ke Kl?
Adam tertidur di ribaan Aleeya. Manakala Ain dijaga oleh
adik yang kebetulan akan balik ke Kl dengan menaiki bas yang sama dengan
Aleeya. Katanya tadi pelajar UNIMAP.
Alhamdulillah, mujur lah ada adik itu, kalau tidak macam mana lah dia
nak balik ke Kl dengan menaiki bas hari ini.
Lenguh menunggu. Sudah kebas kaki. Ada setengah jam lagi
nak pukul 3.00 petang. Adam pula sudah terjaga sejam dari tadi. Tiba-tiba dia
nampak sebuah kereta berhenti di hadapannya. Kereta kepunyaan abah. Tak kan
abah pula yang datang ke sini?
Muncul wajah itu, hatinya bergetar tiba-tiba bila
memandang wajah Rayyan di hadapannya.
Rayyan ambil Adam di tangannya lalu masuk ke dalam kereta dan menunggu
Aleeya di dalam kereta saja. Rayyan tidak bercakapnya, dan dia juga kelu untuk
menuturkan kata-kata. Macam mana Rayyan
boleh berada di sini sekarang? Balik naik apa? Kalau cepat macam nie mesti naik
kapal terbang? Mudahnya dia dapat tiket kapal terbang balik ke Alor Setar. Aku
tak dapat pun tadi.
Sampai waktu berbuka, dua-dua diam saja. Tak bercakap. Depan
abah dan mak pula tu. Rayyan tolong abah dengan mempimpin tangan abah sebab
abah tak boleh nak berjalan lagi. Abah perlukan bantuan. Abang Ngah pula bawa
keluarga berbuka puasa di rumah mak mentua. Raya kali ini mereka berdua saja
yang balik beraya di kampung, sebab yang lain semua ikut giliran beraya di
rumah mentua, tetapi dengan keadaan abah sekarang, kemungkinan sikit hari lagi,
semua pakat sampai di depan rumah abah.
Sembahyang berjemaah kat rumah, waktu mahgrib malam ini,
Rayyan yang menjadi imamnya sebab abah kena sembahyang sambil duduk. Abah tak
dapat pergi surau macam selalu. Jadi abah suruh Rayyan yang jadi imam malam
ini. Selesai sembahyang, masing-masing bawa haluan masing-masing. Mak dan abah
tak mahu masuk campur lagi. Biarlah Rayyan dan Aleeya selesaikan masalah
sendiri. Mereka bukan anak-anak kecil lagi. Sudah ada tanggungjawab
masing-masing.
Selesai terawih di surau, Rayyan teman abah, berbual
dengan abah. Boleh gelak ketawa lagi. Aleeya setelah menidurkan Adam dan Ain,
terus membantu mak di dapur. Buka daun palas untuk buat ketupat esok hari. Esok
last berpuasa. Lepas tu nak raya pula, tapi masalah kami berdua tak selesai pun
lagi.
Abang ngah dan kak ngah balik semula ke rumah abah.
Seronoknya tengok Nana dan Nini main bunga api kat halaman rumah. Rayyan yang
terlebih main bunga api, tambahan lagi abang ngah pun main sama. Macam
budak-budak. Kak ngah pula sedang berbual dengan mak saja. Tak buat apa-apa,
sebab semuanya telah pun Liya uruskan tadi.
Esok lagi lah sibuk.
Telefon bimbit Rayyan dalam koceknya berbunyi nyaring.
Nampak Rayyan sedang bercakap dengan seseorang sebelum Rayyan datang
menyerahkan telefon bimbit itu kepada Aleeya. Tak bercakap pun. Datang serah
macam tu saja.
“Assalamualaikum, Selamat hari raya kak!” ucap Alvin.
Alvin balik raya di kampung Husna kali ini. Raya kali pertama katakan.
“Walaikummussalam. Selamat hari raya!” balas Aleeya. Ada
apa lah nak bercakap dengan aku pula.
“Bergaduh ke?”
“Bergaduh dengan siapa?”
“Dengan abang saya yang macho itu lah!”
“Tak ada pasal nak bergaduh dengan dia tu!” ujar Aleeya
sambil melihat Rayyan dan abang ngah pasang pelita. Baru nak pasang? Teruk
sungguh lah depa dua orang nih.
“mana lah tau, sebab gambar dengan milly tu!”
“Hahahaha.. akak tak kisah pun pasal gambar tu!” jawab
Aleeya dengan ikhlas. Jujur dan
percayanya masih berada di dalam hati.
“Ingatkan lawan tarik rambut dah tadi. Tak pun makan
penampar ke apa ke?”
“Siapa nak tampar siapa nih? Abang kau nak tampar akak?
Mimpi lah tu!”
“hahahaha...,” kali ini Alvin pula ketawa.
Dia tidak marah rayyan kerana hal Milly, tetapi kecil
hati dengan kata-kata Rayyan tadi. Tetapi yang bersalah adalah Liya kerana
meninggalkan rumah tanpa izin suami. Sepatutnya Aleeya menunggu Rayyan pulang
terlebih dahulu, bukannya mengambil keputusan yang terburu-buru. Entah lah,
sebaik saja mendengar kata abah kemalangan, dia seperti hilang punca saja tadi.
Aleeya tahu Aleeya yang bersalah, walaupun ada salah faham yang berlaku antara
dia dan Rayyan. Dan dia pula panda-pandai melawan kata-kata Rayyan tadi. Bukan
tak tahu Rayyan tak suka isterinya melawan cakap dengannya. Entahlah, banyaknya
kesalahan yang Aleeya buat hari ini dan dia belum meminta maaf kepada Rayyan
lagi. Nak tunggu hari raya ke Liya?
Dia tidak tahu jam berapa Rayyan tidur, sebaik saja
terjaga pukul 3.00 pagi untuk masak sahur, Rayyan sudah tertidur di sebelahnya.
Aleeya bangun, masak untuk bersahur nanti. Kak ngah tak bangun pun, dan mak pun
begitu. Aleeya seorang saja. Masak nasi, goreng ikan talang masin, masak sup
sayur dan kari daging. Abah bab makan memang cerewet, biar pun untuk waktu
sahur.
Semua orang sudah berkumpul untuk makan sahur, tinggal
Rayyan saja lagi. Tak dengar ke orang bising kat sini?
“Kejutkan Rayyan, Liya!” suruh abah. Aleeya mengangguk
dan berjalan masuk ke bilik semula.
Dihampirinya Rayyan yang masih terlena. Dikejutnya bahu
Rayyan, walaupun rasa keberatan itu masih ada. Tak jaga lah juga. Selalunya tak
payah kejutkan untuk bersahur pun. Bangun dengan sendiri saja. Tapi malam ni,
nak kena kejutkan pula. Aleeya mengerakkan bahu rayyan untuk kali kedua, pun
tidak ada reaksi. Apa ni? Sengaja kut!
“Abang bangun, waktu sahur nak habis dah tu!” suara
Aleeya. Sebagai isteri, aku sentiasa mengalah.
Rayyan tidak menjawab juga. Ah, malas lah nak layan.
“Liya percayakan abang, walaupun abang dah tak percaya
kan liya lagi,” ujar Aleeya sebak.
Aleeya terus keluar dari bilik dan Aleeya tahu, Rayyan
mengekorinya di belakang. Mujurlah, dia ikut kalau tidak lagilah masalah, bisik
hati Aleeya.
Subuh ini, tak boleh lah Aleeya bersalaman dengan Rayyan,
kerana Rayyan dan abang ngah solat di surau. Tahu lah Liya, rayyan masih marah
kepadanya. Marah sungguh-sungguh kali ini.
Hari ini lagi lah sibuk. Nak buat ketupat, rendang
daging, serunding ayam. Masak lemang dan sebagainya untuk persiapan akhir untuk
sambut raya besok hari. Kasihan kat abah tak boleh nak buat-buat apa untuk raya
kali ini, sebab kaki abah retak. Kalau tidak abah lah paling sibuk. Tapi boleh lah abah main dengan cucu-cucunya
saja. Adam dan Ain pun ada bersama-sama abah.
“Abang, temankan Liya ke pasar, boleh tak?” pinta Aleeya.
Rayyan sibuk menolong Abang ngah nak buat lemang. Aku nak minta maaf lah, rasa
sesak dan lemas di dalam dada dah sebab tak bercakap dengan suami sendiri.
Selama ini tak pernah pun macam nih.
Rayyan patuh, kunci kereta abah di tangan Aleeya
dicapainya. Pulut dan santan tak cukup, mak suruh beli lain. Nak kena beli
bawang, dan abah pula teringin nak makan gulai ikan haruan hari ini. Harap
adalah ikan haruan kat pasar tani tu.
Sepanjang jalan hanya dengar lagu raya saja. Macam-macam
lagu raya sampai nak nangis pun ada. Aleeya memperlahankan suara di radio sebab
nak cakap dengan rayyan. Kat rumah susah nak cakap, sebab ramai orang.
“Abang!” panggil Aleeya. Tiada balasan.
“Liya tahu Liya salah sebab tanpa izin abang, Liya balik
kampung...,” sambung Aleeya. Rayyan tidak pun memandang ke arah Aleeya. Hanya
menumpukan kepada pemanduannya saja. Aleeya kehampaan kerana Rayyan buat tidak
peduli saja dengan kata-katanya.
“Liya minta ampun seikhlas hati Liya, tak ada niat Liya
untuk tinggalkan abang tapi bila dengar abah kemalangan, Liya hanya ingat abah
saja waktu tu,” terus Aleeya lagi. Biarlah aku dah cakap kalau tak nak dengar,
pun tak mengapa, yang penting aku dah mengaku kesalahan aku.
Rayyan tak beri respon apa-apa sehingga sampai ke rumah.
Bertambah lah sakit di dalam hati Aleeya. Kalau ikut hati yang sedih, Liya tak
nak buat apa-apa hari ni. Hilang segala mood yang ada di dalam hati Liya. Tapi
Liya mengawal segala perasaan yang sedih itu di dalam diri sendiri. Tak nak mak
tahu. Tak nak abah tahu. Dan tak nak orang lain tahu. Rayyan boleh berlakon
seperti tak ada masalah antara mereka berdua, rasanya Aleeya pun boleh berlakon
juga.
Waktu sembahyang zuhur, Liya ikut Rayyan ke dalam bilik
sebaik saja dia melihat rayyan mahu bersolat. Dia tunggu sehingga Rayyan
selesai solat. Sebaik saja Rayyan bangun, dia menghampiri Rayyan. Dicapainya
tangan Rayyan, lalu dikucupnya tangan itu. Tapi Rayyan seperti tidak memaafkan
kesalahan Aleeya.
Sikap rayyan membuatkan Aleeya redha saja. Putus asa!
Tetapi bagi Rayyan, hatinya kembali sejuk. Rasa bersalah pula kat Aleeya,
kerana menuduh Aleeya dan memarahi Aleeya dengan kata-kata yang tidak
sepatutnya di lemparkan kepada Aleeya. Aleeya tak bersalah kerana mahu pulang
menjenguk abah. Dia yang sepatutnya dipersalahkan tetapi kerana ego, dia telah
meretakkan hubungannya dengan Aleeya. Aleeya itu sudah cukup sempurna untuk
awak, Rayyan!
Aleeya terus ke dapur semula. Ikut hati abang lah nak
buat apa. Liya tak tahu nak buat apa lagi.
“Nak ikut pak usu ke bandar tak?” soal rayyan kepada nana
dan nini. Jam sudah hampir lima petang. Cepatnya hari ini kan? Tinggal rebus
ketupat dan bakar lemang saja lagi. Kak ngah dan abang ngah tengah tukar kain
langsir di dalam rumah. Aleeya cadang nak berehat saja lepas ni.
“Nak.. nak!” ucap Nana si kakak. Nini pula tersenyum
keriangan.
“Pergi ajak mak usu!” ujar Rayyan. Aleeya mengelengkan
kepalanya. Adam dan Ain siapa nak tengok kan. Tak nak lah nak bawa si kembar tu
ke bandar.
“Mak usu, pak usu ajak ke bandar!” kata Nana.
“Nana dan Nini pergilah dengan pak usu. Mak usu ada kerja
lah!” tolak Aleeya. Buat apa pergi, abang nak pandang muka Aleeya pun dah tak
sudi kan?
Rayyan hanya pergi dengan Nana dan Nini saja. Rupanya ke
pasar ramadhan, untuk beli kuih waktu berbuka nanti. Dan budak berdua tu mesti
beli bunga api, kalau tak beli mesti tak sah.
Rayyan hulurkan kuih-muih yang dibeli olehnya kepada
Aleeya, tetapi Aleeya tidak menyambutnya. Dia menghiris bawang tanpa melihat ke
arah Rayyan. Terpaksa lah Rayyan meletakkanya di atas meja dan berlalu pergi.
Ingat dia saja reti marah orang, aku tak pandai. Biarlah. Ego sangat tadi.
Rayyan muncul semula sambil membawa barang-barang yang
dibelinya tadi. Aleeya buat tidak peduli saja. Melihat pun tidak. Sengaja
Rayyan melanggar bahu Aleeya, tapi Aleeya buat tidak kisah. Bila mak masuk ke
ruang dapur, Rayyan angkat kaki menuju ke arah abang ngah di halaman rumah.
“liya ambilkan abang pemetik api!” pinta Rayyan dari
halaman rumah. Aleeya menghulurkan kepada Nana dan menyuruh Nana menghulurkan
kepada Rayyan. Bukan dari dia pun.
Ketika Aleeya sedang mandikan Adam, Rayyan masuk ke dalam
bilik, mengambil Adam dari tangan Aleeya. Disentuhnya tangan Aleeya, tetapi
Aleeya menjeling marah.
“Okey, abang tahu, abang yang salah sebab marahkan liya,
cakap yang bukan-bukan tentang Liya. Abang minta maaf kat Liya!” Aleeya
meletakkan pakaian Adam di atas katil dan dia terus keluar untuk mengambil Ain yang
sedang main dengan abah.
“Liya, jangan buat macam ni kat abang, sayang!” rayu
Rayyan apabila Aleeya muncul semula. Tetapi Aleeya tetap tidak endahkannya.
Baru Rayyan tahu bagaimana sakitnya perasaan Aleeya dengan perbuatannya.
Selesai mandikan Ain, Aleeya terus keluar meninggalkan
anak-anak kepada Rayyan begitu saja. Pandai lah Rayyan nak uruskan dia orang
tu. Aleeya terus menjenguk abah pula. Abang
Ngah tengah bantu abah untuk bawa abah ke bilik air, abah nak mandi.
Dari dalam bilik terdengar suara renggekan Adam mahukan
susu barangkali.
“Liya, Adam menangis lah!” jerit Rayyan dari dalam bilik.
Kenapa tak pujuk? Abang kan rapat dengan Adam. Sengaja lah tu nak suruh Aleeya
masuk ke dalam bilik.
“Anak menangis tu tak dengar ke?” mak pula bersuara. Aleeya berjalan perlahan masuk ke dalam
bilik.
“Abang mintak maaf, dengar tak?” pinta Rayyan sewaktu
Adam sudah berada di ribaan Aleeya. Itu saja abang boleh buat? Sedangkan hati
Liya sakit sangat dengan kemarahan abang. Yang bersalah ada lah abang, tetapi
Liya yang dipersalahkan. Abang tak pernah marah Liya pun selama ini tetapi
kerana kejadian itu, abang tunjuk taring abang kat Liya.
“Liya, tolong lah. Maafkan abang okey?” rayu Rayyan
sambil duduk di hadapan Aleeya. Siap melutut di hadapan Aleeya lagi. Aleeya menoleh ke arah lain. Tak sanggup
memandang wajah Rayyan kali ini. Rayyan mengeluh kecewa. Tidak sangka hati
Aleeya keras pula kali ini.
Sewaktu tangan Rayyan luka terkena buluh lemang pun
Aleeya tidak berlembut. Darah mengleleh-leleh sampai ke lantai. Riuh suara di
halaman rumah, apabila Aleeya menjenguk tangan suaminya terluka hati sudah
berbelah bagi. Tetapi.. dia yang kalut untuk membalut luka di tangan Rayyan.
Tak sampai hati lah pula. Luka ni nampak di luar, tetapi luka di hati, sebab
tak boleh nampak kan, jadi abang kena tanggung lah semua ni.
“Sayang!” bisik Rayyan di telinga Aleeya. Tak payah dok sayang-sayang,
Liya tak nak dengar!
“Sakit lah!” adu Rayyan kerana Aleeya sengaja membalutnya
dengan kasar sekali.
“Liya, tak baik lah buat Rayyan mcm tu..,” sampuk abang
ngah yang duduk sebelah Rayyan. Hanya dia yang ada kat situ.
“Liya buat apa?” soal Aleeya kembali.
“Buat hati abang sampai luka mcm ni!” jawab Rayyan tanpa
silu kepada abang ngah. Tau pun hati terluka ek. Hati Liya pula macam mana?
“mana boleh seorang isteri marah suaminya mcm nih.
Jadikan ini sebagai satu pengajaran!” pujuk abang ngah. Aleeya mencebik mulut.
Senang lah bercakap.
“Abang boleh marah Liya, tapi Liya janganlah hukum abang
macam ni,” pujuk Rayyan pula. Ooo, pakai hukum mana pula nih, dia boleh marah
aku, aku tak boleh marah dia. Tak aci lah.
Aleeya nampak Rayyan masuk ke dalam rumah, selepas itu
entah ke mana sehinggalah telefon rumahnya berbunyi. Kebetulan Aleeya orang
yang terhampir dengan telefon tersebut, terus saja Aleeya mengangkatnya.
“Jumpa abang kat belakang rumah, tepi kolam sekarang
juga!” terdengar arahan dari Rayyan. Aleeya tidak bersuara. Nak jumpa buat apa?
Dah lah lewat petang dah ni.
“Liya, boleh tak kita berjumpa? Liya tak sudi jumpa abang
dah ke?” pinta Rayyan membuatkan hati aleeya patuh saja.
Belakang rumah, dekat dengan bendang, memang ada kolam
pun. Anak-anak itik kepunyaan abah sedang berenang dan bermain air di situ.
Nampak damai sekali. Tepi kolam ada tempat berteduh, kalau nak boleh duduk kat
situ tetapi sekarang, dia melihat Rayyan sedang duduk sambil menjuntaikan
kakinya ke dalam alur air yang mengalir tenang. Sejuk kaki.
Aleeya menghampiri Rayyan dan berdiri di sebelah Rayyan.
Angin petang menyentuh tudungnya dengan tenang sekali.
“Bulan puasa tak baik bergaduh, dah lah esok nak raya!”
ujar Rayyan membuatkan sambil tersenyum. Tak patut aku tuduh Liya macam-macam
semalam, aku terlalu ikut panas hati dan angin aku yang tak baik itu, sedangkan
liya balik untuk jenguk abah yang ditimpa kemalangan. Marahkan orang lain
dengan Liya sekali yang menjadi mangsa.
“Abang balik kat rumah Liya tak ada, sedangkan abang
perlukan liya waktu itu. Sangka abang Liya lari sebab marahkan abang kes gambar
tu..,” luah Rayyan apa yang tersirat di dalam lubuk hatinya.
liya tak kisah lah. Kecuali Liya tengok dengan mata
kepala Liya sendiri. Lagi pun Liya tetap percayakan abang, bisik hati Aleeya.
Kali ini Aleeya turut duduk di sebelah Rayyan dan Rayyan mencapai tangan kanan
Aleeya. Digenggam erat tangan itu.
“Abang minta maaf, sebab tuduh Liya yang bukan-bukan
semalam!”
Itu yang buat Liya sakit hati sangat tu. Sampai hati
abang cakap mcm tu. Liya bukan macam perempuan-perempuan biasa lah, bela Aleeya
di dalam hati. Air mata sudah pun mengalir. Tersentuh sangat. Hati perempuan
kan cepat lembut, cepat sejuk!
“lain kali tunggu abang dulu, Liya suka buat keputusan
yang terburu-buru. Biar abang jelaskan apa yang berlaku. Ini tidak, Abang
tengah serabut waktu tu, bila balik kat rumah Liya tak ada. Satu nota pun tak
tinggal. Liya sayangkan abah lagi yer dari abang?” hah, mesti dia ingat aku
beratkan abah dari dia. Kecil hati rupanya.
Memang lah, itu kan abah liya.
“Siapa lah abang di hati Liya agaknya, sampai Liya tak
sanggup nak maafkan abang lagi. Mungkin banyak sangat kesalahan abang kali ini
sehingga Liya dah tak boleh nak terima abang lagi,” kenapa abang cakap macam
tu, ini yang buat liya bertambah sedih
“Ampunkan abang. Itu pun kalau Liya sudi mengampunkan
abang yang hina ini,” rayu Rayyan lagi sambil menarik kedua belah tangan
Aleeya. Dikucupnya kedua belah tangan Aleeya tetapi Aleeya masih tidak
bersuara.
Aleeya sudah tahu cerita yang berlaku malam tu, cuma dia
bengang dengan sikap suaminya ini yang marah kepadanya tanpa usul periksa
terlebih dahullu. Dia sebenarnya terdengar perbualan antara abah, abang ngah
dan Rayyan. Tapi bukan Rayyan yang cerita pada abah, papa yang menghubungi abah
pagi tadi.
Sebaik saja Rayyan tahu, minumannya bercampur dengan
arak, Rayyan terus muntahkan semua air minuman tersebut , sehingga tidak
tertinggal di dalam perutnya. Dan gambar Rayyan sedang menari dengan Milly tu
tak sampai pun seminit, sebab waktu itu lah Rayyan rasa nak muntah. Malangnya
mama suruh orang pukul Rayyan dari belakang dan mengurung Rayyan di dalam bilik
di rumah mama. Rayyan pengsan bila sedar pintu bilik terkunci. Semua ini mama
punya angkara.
Tetapi dia dapat keluar dari bilik itu, Cuma dia bergaduh
panjang dengan mama, sebab itu dia lewat balik ke rumah.
kalau kita memelihara agama ALLAH, tentu ALLAH juga akan
menolong kita. Abang tak buat apa-apa dengan Milly tu..., lafaz Rayyan dalam
hatinya seakan tahu apa yang Aleeya sedang fikirkan. Liya percayakan abang lah!
Berbual sampai azan mahgrib berkumandang. Mereka tidak
sedar.
“Liya balik lah dulu, nanti abah dan mak cari Liya pula!”
suruh Rayyan kerana gagal untuk memujuk hati Aleeya kali ini. Aku sudah tidak
berdaya untuk melangkah pulang tanpa kemaafan dari Aleeya.
Buka puasa petang ini, Rayyan tidak ada. Entah ke mana
Rayyan pergi. Hati Aleeya jadi gelisah. Tak kan masih kat tepi kolam? Buang
tabiat agaknya? Atau mungkin kah Rayyan pulang semula ke Kuala Lumpur setelah
gagal memujuk Aleeya. Runsing Aleeya memikirkannya. Kali ini benar-benar
membuatkan Aleeya hilang pertimbangan.
“Rayyan mana angah?” soal abah kepada Abang Ngah.
“Balik Kl kut...,” jawab angah sambil memandang wajah
Aleeya.
“Elok lah dia balik pun!” balas Abah pula. Jadi betul lah
abang dah balik ke kl semula.
Selepas azan mahgrib nanti akan kedengar takbir raya,
menandakan berakhirnya ramadhan dan menjelangnya syawal. Syawal itu tandanya
kemenangan buat semua umat islam. Sayangnya aku tewas kali ini. Tewas dengan
nafsu dan perasaan diri sendiri.
Solat isyak pun tak ada kelibat Rayyan tetapi habis solat
terawih, Rayyan muncul semula. Berbuka puasa di
masjid rupanya tadi. Rayyan tidak menegur sesiapa pun dia terus masuk ke
dalam bilik. Aleeya mengekorinya dari belakang.
Diciumnya kedua belah pipi Adam, seterusnya dia lakukan
perkara yang sama kepada Ain. Aleeya hanya melihat tingkah laku suaminya.
Rayyan menarik beg sandangnya dan diletakkan di atas katil.
“Dah tak nak pujuk Liya lagi ke?” suara Aleeya pula
sambil duduk di sebelah Rayyan. Abang, jangan lah pergi. Liya nak beraya dengan
abang kat kampung ni!
“Pujuk?? kalau hati dah tak suka, dah benci, tak ada
gunanya lagi Liya. Liya dah tak perlukan abang lagi kan sebab tu Liya tak nak bercakap
dengan abang..,” ujar Rayyan. Siapa nak balik ni, aku nak ambil barang aku
dalam beg lah.
“Liya perlukan abang..,”
“Cakap sekali lagi, tak dengar!”
“Jangan lah balik, Liya nak beraya dengan abang kat sini.
Abang tak kasihan kat Liya dengan anak-anak ke?”
“Itu saja alasan Liya untuk halang abang? Kalau gitu
abang nak balik lah malam ni..,” pancing Rayyan. Syukur alhamdulillah, hati
Aleeya dah sejuk. Sebab mulut yang terkunci itu dah boleh bersuara pun.
“Liya sayangkan abang..,”
“Sayang???”
“Ha lah, kalau tak sayang kat abang, tak cemburu kat
abang, tak ada apa-apa kat abang, tak jadi lah macam ni!” ucap Aleeya tegas,
rayyan mengelengkan kepalanya.
“hati abang hanya kat liya lah. Sayang abang pun kat liya
tak pernah luak pun. Abang akui abang ni memang cepat naik angin, tetapi Liya
tetap permaisuri hati abang,” lafaz Rayyan. Aleeya tersenyum, bahagia. Dibiarkan
Rayyan merangkul bahunya dengan erat.
ALLAHUAKHBAR, ALLAHUAKBAR.. ALLAH MAHA BESAR, ALLAH MAHA
BESAR...
Terdengar suara laungan takbir raya di masjid berdekatan.
Syukur alhamdulillah, aku dah dapat balik cinta Aleeya, ucap Rayyan di dalam
hati.
wah..tragis suruh Puan sarah ni..
BalasPadamkasihan Liya..tak pasal2 kena marah padahal bukan sengaja lari dari rumah pun hehhee..
terubat rindu hehehe...
puan sarah yang tak pernah berhenti mengalah.. hehehe
PadamAdat rumah tangga kena saling menghormati dan mempercayai....
BalasPadamLiya betul apa yang abah cakap kalau keluar rumah tanpa kebenaran Rayyan berdosa...
bila dah berkahwin iteri adalah hak suami bukan ayah lagi.... bagi keutaman pada suami tau...
tapi memang bestttt....
Selamat hari raya maaf zahir batin penulis dan pembaca... hehehe
selamat hari raya juga dari saya.. nanti kak sue baca sekali lagi yer, sebab saya dah edit lain nie..
Padamhehehe..versi edit pula..Tahu takut Rayyan..Sekali Liya merajuk terus gelabah hehe..
BalasPadamDua hari lagi nak raya.selamat hari raya cik penulis hehehe..maaf andai ada tersilap kata,terkasar bahasa..
terima kasih dengan ucapan tu, akak juga nak mintak maaf kat awak yer...selamat bercuti..
Padambesttt juga... mula-mula macam Rayyan ikut sangat emosi ... yang kedua sama-sama pujuk memujuk....
BalasPadamselamat hari raya kak sue.. maaf zahir dan batin
BalasPadam