Sabtu, 31 Ogos 2013

CERPEN: RAYYAN & ALEEYA (EPISOD 17)



“Ryan, jangan abaikan tanggungjawab kepada syarikat. Ingat syarikat kita ni ada ramai pekerja yang bergantung harapan untuk mencari sumber pendapatan bagi meneruskan kehidupan. Kita tak boleh pentingkan diri sendiri lah,” tegur papa di talian pagi ini. Banyak mesyuarat-mesyuarat penting yang Rayyan dan Aleeya batalkan semata-mata nak balik kampung. Dan ini membuatkan perjalanan syarikat tidak teratur. Alvin masih baru. Begitu juga dengan Husna. Dan pelanggan lebih mempercayai Rayyan dan Aleeya dari si Alvin, budak mentah itu.
“Pihak bank sudah banyak kali call cari isteri kamu, ada beberapa hal mustahak yang perlu Aleeya uruskan. Daeng Borhan kat Sabah pun dah banyak kali call syarikat cari kamu berdua. Nak bagi syarikat lingkup ke, Ryan?” marah papa lagi membuatkan Rayyan hilang arah. Hmm, ikut isteri, macam ini lah pulak jadinya. Tak ikut isteri merajuk. Ikut syarikat pula tidak ada yang hendak menjaganya.
“Papa...,”
“Papa dah amanah kat kepada kamu Ryan. Dan papa lebih percayakan kamu dari adik-adik kamu. Jangan buat kerja sambil lewa saja, faham!” tegas papa sebelum sempat Rayyan berkata-kata.

Hmm, papa suruh balik sekarang juga. Dan Rina sudah pun menempah tiket balik untuk dia dan Aleeya. Malah esok, perlu ke Sabah segera, bukannya minggu depan. Idea projek ada di dalam kepala otak Aleeya, wajib bawa Aleeya bersama-samanya. Tetapi dengan Aleeya perlu cakap elok-elok, takut berangin dan melenting pula. Sudah lah isterinya itu ada sedikit masalah keluarga.

Rayyan tercari-cari Aleeya, rupanya sedang berbual mesra dengan mak dan abah. Abah pula tengah bermain dengan Adam, dan nampak semakin mesra. Kalau bawa balik Adam dan Ain, siapa yang nak jaga dia orang, lagi pun abah baru nak bermanja dengan cucu kembarnya ini.
“mak, liya nak minta maaf pasal semalam. Maafkan liya yer!” ucap aleeya sambil mencium tangan mak dan memeluk mak dengan erat. Baru nak minta maaf, sedang abang suruh Liya minta maaf dengan mak sejak awal pagi tadi lah.
“mak tak pernah berdendam atau pun marah kepada anak-anak dan menantu mak, liya. Mak sayangkan kamu semua dan mak tak nak anak-anak mak leka dengan kemewahan duniawi sebenarnya. Itu saja lah, Liya!” ucap mak sambil tersenyum. Selesai satu masalah.
“Rayyan..,” panggil abah apabila melihat wajah Rayyan seperti orang sedang risau saja. Tentu ada sesuatu.
“Abah, saya ada benda nak cakap ni, boleh kita berbincang tak? Kalau boleh antara kita berdua saja,” pinta Rayyan. Kat sini, abah ada lah ketua keluarga, dan dia perlu meminta kebenaran serta pendapat dari abah terlebih dahulu. Aleeya memandang ke arah suaminya. Rasa pelik juga tetapi dia tidak mahu mengambil kisah. Terus dia dan mak bangun dari situ. Aleeya membawa Ain bersamanya dan adam pula bila sudah melihat papanya, tidak mahu berganjak dari situ.

Mak ikut Shila ke rumah mak ngah sambil membawa Ain, tinggal lah Aleeya seorang diri berada di luar kawasan rumah. Mak pesan suruh masak untuk tengah hari nanti. Nak masak apa yer? Sedang Aleeya berfikir-fikir, Rayyan datang menghampirinya.  Mujur lah abah faham, dan abah membenarkan dia dan Aleeya pulang secepat mungkin. Malah Adam dan Ain akan ditinggalkan di sini sementara mereka berdua pergi ke Sabah. Rayyan akan menjemput pembantu rumah papa datang semula untuk menjaga Adam dan Ain buat sementara waktu. Seminggu saja bukannya lama pun.  Seminggu??? Sehari pun dah hilang punca.
“Apa abang pandang-pandang ni?” tengok aku macam nak makan aku saja ni apa kes?
“Hmm..,” keluh Rayyan,  Nak cakap apa yer? nanti mengamuk pula. Ah, guna lah kuasa veto aku hari ini, habis cerita.
“Cakap lah, mana tau Liya boleh bantu..,” suara Aleeya. Hah, dah masuk perangkap lah tu. Liya, jom balik. Kalau lah aku ajak macam tu mesti Liya melompat tinggi.
“Bukan setakat bantuan hari nie, perlu taat, saling mempercayai dan sikap hormat menghormati antara kita,”
“Waw, takut juga bunyi nih,” keluh Aleeya. Galah sudah berada di tangan, mahu jolokkan buah betik untuk dibuat sayur dan sedikit ulam. Mesti suami aku berpuasa kalau masak macam itu saja hari ini. Hehehe...,
“Kita kena balik sekarang, dan esok terus ke Sabah, sebab kerja-kerja di sana, hanya kita berdua saja yang boleh uruskan,” ucap Rayyan berterus terang. Tak perlu berselindung lagi.
“Ler, bukan Alvin dan Husna ke yang pergi ke Sabah?” soal Aleeya. Balik tu tak ada masalah, tetapi anak-anak macam mana?
“Idea projek kat sana tu, Idea liya kan? Jadi Liya perlu lah ke sana. Alvin dan Husna tak tahu lah!”jelas Rayyan, terus mengambil galah di tangan Aleeya, kerana sejak tadi dia melihat Aleeya jolokkan buah betik tetapi tidak berjaya.
“Anak-anak?”
“Tinggal dengan Abah. Abang dah suruh pembantu papa datang ke sini sekejap lagi,”
“Liya tak nak lah pergi...,” jawapan itu ada dah di dalam fikiran Rayyan sejak dari tadi.
“Sekarang balik dulu hari ni sebab pihak bank asyik cari liya saja. Yang sabah tu fikir lain kali pula..,” pujuk Rayyan. Aku kena bawak dia balik dulu, nanti perlu fikirkan cara lain untuk memujuk Aleeya.  Bank cari, kenapa pula? Alamak, aku ada janji dengan pihak bank lah hari ini, ada hal penting yang perlu di uruskan.
“Kita bawa lah anak-anak, senang sikit!”
“Tak boleh,”
“Kalau begitu abang balik lah seorang, Liya tak nak balik!”
“Ikut suka hati liya lah. Malas nak bertengkar dengan Liya,” Liya tak nak balik sudah, tetapi abang tetap nak balik sebab ada tanggungjawab kat syarikat. Bukan kerana papa mengamuk pun tetapi dia tahu tanggungjawabnya.

Rayyan tidak banyak bercakap, capai segala yang penting dah terus keluar kerana dia perlu dapatkan teksi untuk pergi ke lapangan terbang. Waktu dia keluar dari rumah, Aleeya sibuk memasak tengah hari. Goreng ikan perkasam, masak air buah betik dan gulai ikan haruan. Cabai tumis turut disediakan.

Mujurlah Aleeya sempat sampai ke lapangan terbang setengah jam sebelum kapal terbang bertolak. Malah ketika dia sampai, Rayyan tidak sedar pun kerana sibuk bercakap di telefon dengan papa.
“Tengok Liya boleh sampai sekelip mata saja kat abang!” gurau aleeya. Terus Rayyan memandang ke arah isterinya. Mata merah, hidung pun merah. Mesti baru sudah menangis.
“Datang dengan siapa?” soal Rayyan. Aku tadi lama juga kena tunggu teksi.
“suruh shila hantarkan!” beritahu Aleeya. Shila hanya menghantar saja dan terus bertolak balik.
“Ni mesti baru sudah menangis..,” teka Rayyan. Menangis lah, sebab nak kena tinggal anak-anak kat kampung. Rumah Alvin tu setengah jam saja boleh sampai, kampung ni memang dah tak boleh nak sampai serta merta.
“sayang suami lebih dari anak-anak, ini lah padahnya. Hati suami pun nak kena jaga, nanti marah pula,” ucap aleeya. Rayyan mengenggam tangan isterinya. Terbukti Liya sanggup berkorban untuk dirinya kali ini. Tinggal anak-anak dan keluarga kerana dia. Bestnya.
“Dah, dah, jangan merungut lagi,”

Hmm, kita tak punya banyak pilihan sebenarnya.  Kadang kita hanya ada dua pilihan saja, bukan tiga atau empat. Tetapi dua saja, dan kita harus memilih salah satu di antaranya. Itu yang aleeya sedang lakukan sekarang. Betul, saat ini dia perlu bertanggungjawab kepada syarikat, dan dia tidak boleh pentingkan diri sendiri. Tinggalkan anak-anak bukan pilihan yang terbaik darinya kerana dia sememangnya tidak sanggup untuk berpisah dengan permata hatinya itu.

Sekarang dah dua hari kat Sabah uruskan hal-hal kerja. Dan Aleeya tidak tahu, anak-anaknya sudah terpisah di kampung. Ain tinggal bersama abah dan mak di kampung, manakala Adam sudah dijemput oleh papa. Papa sudah bawa Adam ke Kuala Lumpur dan Aleeya tidak tahu hal ini. Hanya Rayyan saja yang tahu. Tetapi papa berjanji akan serahkan Adam sebelum Aleeya pulang dari Sabah.
“Haa... boringnya. Lambat lagi ke nak habis nih?” kata Aleeya, mata masih tertumpu kat lap top sejak dari tadi. Sudah banyak malam tidur pukul tiga pagi kerana siap-siap kertas kerja dan pelbagai hal lagi.
“Pergi lah tidur, nanti abang siapkan!”
“Tak nak kerja dah. Nak berhenti. Liya rindu kat anak-anak lah!” tensionnya buat kerja tanpa melihat anak-anak.
“Esok selesai lah, lepas tu boleh berbulan madu!”
“Bulan madu??”
“Ha lah. Dah lama abang nak bawa Liya bercuti, makan angin dan berbulan madu!”
“Ooo, abang tipu Liya yer?”
“Buat kerja sampai seminggu apa kes? 4 hari saja kerja, tiga hari tu kita bercuti, makan angin,”
“Anak-anak????”
“Anak-anak tak ada masalah lah, Liya saja nak cari alasan nih!” kata Rayyan sambil menghampiri Aleeya.  Dipeluknya Aleeya dari belakang.
“Patut lah nak sangat datang ke sini, ada udang sebalik mee rupanya,” ujar Aleeya sambil meletakkan kepalanya di atas riba Rayyan. Liya nak tidur, tolong selesaikan kerja-kerja Liya boleh kan?

Pejam mata rapat-rapat supaya dapat bermimpi bertemu dengan Adam dan Ain malam ini.
“Balik nanti, abang perlu minta maaf kat Adam dan Ain sebab abang dah culik ibu dia orang,”
“hahaha.. “
“Nie dengar abang nak cakap ni, abang akan cuba jadi suami yang terbaik untuk Liya tetapi dengan syarat Liya kena jadi isteri yang terbaik juga kat abang, boleh??”
“Ya lah.. bulan madu pun bulan madu lah, liya ikut saja lah, tetapi lain kali abang pilih tempat yang romantik sikit, boleh???”
“Lagi lah boleh!” kata nak tidur tapi tak boleh lah nak tidur, macam terdengar suara tangisan Adam dan Ain saja. Kes ni yang buat aku tak boleh tidur malam.
“Abang, Liya ni tulang rusuk abang saja lah. Dan tulang rusuk sebenarnya lembut, dan mudah patah. Abang perlu jaga Liya elok-elok tau,”

Baik lah cik manja, sayang!

2 ulasan:

  1. Kak Sue, jangan lupa add fb saya.. Pitteriah Abdullah

    BalasPadam
  2. terima kasih.... InshaAllah...
    betul tu bila suami kata ikut Liya mesti ikut... itu syurga seorg isteri...
    tentu balik nanti Liya marah anak-anak terpisah... huhuhu ... kaka sue dan hubby anak yg kecil umur 5 tahun tidur seremban 1 malam ja dah rindu bagai nak menanggis tau....

    BalasPadam