Ahad, 11 Ogos 2013

CERPEN : RAYYAN ALEEYA SAMBUT RAYA (EPISOD 3)



ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR..
Hari ini sudah masuk hari raya ketiga aidil fitri pun. Cepatnya kan masa berlalu. Terasa seperti semalam aku bermasam muka dengan Aleeya. Hmm...
Alhamdulillah, kerana ALLAH memilih aku untuk diberi hidayah islam. Betapa mulianya agama suci ALLAH ini yang melengkapi segala perkara. Dari kita hidup sehingga lah ke akhir hayat, islam sudah pun menceritakan segalanya dan mempunyai garisan panduan untuk kita ikuti.
Alhamdulillah juga kerana ALLAH memberi Aleeya menjadi jodohku. Jodoh yang terbaik, itu pun aku tidak pandai menghargainya, malah tanpa sengaja aku telah pun menyakiti hatinya. Maafkan abang, sayang.
Aku bahagia kerana dapat memilikinya, dan semuga kami berdua dapat membimbing anak-anak kami menjadi anak yang soleh, yang boleh berbakti kepada kami, agama dan juga masyarakat kelak.  Semuga jodoh kami sampai ke hujung nyawa. Amin.

Hari raya yang paling bermakna apabila kita dapat mengucup tangan kedua orang tua kita. Dapat salam papa, dapat cium tangan mama, itulah yang paling nikmat. Sayangnya, semua itu tak mungkin dapat aku lakukan. Papa jauh di seberang, mama pula, sampai sekarang tidak dapat menerima islam. Malam membenci islam.

Alangkah indah, kalau aku dapat mengucup tangan papa dan mama, seperti mana aku dapat mencium tangan abah dan mak. Tapi aku tetap bertuah kerana dapat mentua yang begitu baik sekali. Amat baik sekali untuk orang seperti aku yang tidak sempurna ini, yang serba kekurangan dan hanya sedikit saja memiliki  ilmu agama.
“abang, tolong lah anak menangis kat bilik tu,” jerit aleeya dari dapur. Sejak tadi sibuk di dapur kerana ramai tetamu yang datang ke rumah abah. Abang-abang ipar saja yang ada kat rumah sekarang, isteri-isteri mereka semuanya keluar beraya, yang tinggal hanya Aleeya.
“Anak ada dengan abang long lah!” jawab Rayyan sambil menghampiri Aleeya di dapur.
“Tak dengar ke Adam menangis?” soal Aleeya. Kena masak nasi tomato hari ini. Buat sorang-sorang dari tadi lagi. Kakak-kakak ipar yang lain semuanya keluar beraya, yang tak syoknya, anak-anak semua tinggal kat rumah, dan budak-budak itu apa lagi suka buat bising dan asyik menganggu Adam dan Ain saja. Ain tu tak ada masalah, yang masalah si Adam lah, asyik menangis, menjerit bila ada orang menganggunya. Orang sentuh pun tak boleh.
“Adam tu kat mana pun menangis. Tambahan lagi kalau ada orang yang mengusiknya,” balas Rayyan.
“Nana, Nini, jangan kacau Adam, mak su nak masak ni!” jerit Aleeya lagi apabila mendengar suara Nana dan Nini menganggu Adam.
“Mak usu ni garang lah sejak ada baby, pastu kedekut pula, orang nak main dengan Adam pun tak boleh!” suara si Nana, kakak yang sulong yang baru berusia 6 tahun.
“Betul tu, pak su sokong!” balas Rayyan membuatkan Aleeya mencebik mulutnya.
“Letih tau tak? Dah lah kena masak, anak tak tidur lagi sejak dari pagi, asyik melalak saja kerjanya..,” rungut Aleeya.  Mak layan tetamu yang datang ke rumah untuk berhari raya dan sekali gus lawat abah yang jatuh motorsikal kat bendang sehari sebelum raya.
“Hahaha.. kat rumah asyik makan tidur saja kan, bila buat kerja banyak sikit macam hari ini, letih lah yer!” dia kan jadi mem besar saja kat rumah. Kerja ikut suka hati kat ofis, pastu lepak kat rumah, tengok cerita korea saja kerjanya.
“Abang ni, kalau tolong Liya kan bagus!”
“nak suruh abang buat apa ni?”
“Bancuh air ribena tu, pastu angkat gelas kat depan. Nasi dengan yang lain-lain biar Liya uruskan,” beritahu Aleeya sambil menyusun pinggan mangkuk untuk di bawa ke ruang tamu. Lepas tu aku nak berehat kat bilik saja, biar kakak-kakak ipar ku pula uruskan yang lain sebelah petang nanti. Atau pun aku ajak cek abang aku keluar ke Alor Setar petang nanti, tenangkan fikiran. Letih sangat dah ni!
“Baik, sayang!” ujar Rayyan membuatkan Aleeya tersenyum.

Sekarang terdengar pula suara Ain menangis, hah apa lagi yang tak kena ni? Kedua-dua sudah menangis.
“Nana, mak usu pesan apa, jangan kacau Adam dan Ain, mak su nak buat kerja lah!” jerit Aleeya lantang. Rayyan memekup telinganya.
“Liya boleh cakap perlahan sikit tak? Asyik dengar suara Liya saja lah!” tegur Rayyan.  Suara Liya yang paling kuat hari ini, boleh tahan juga yer kalau tinggal kat kampung.
“Tak boleh, Liya mcm nak jerkah semua orang saja hari ni,” jawab Aleeya. Angin sudah naik satu badan.
“Anak nak menyusu lah, Liya!” beritahu abang long pula.
“Botol susu kat atas meja!” jeritnya lagi. Rayyan mengelengkan kepalanya. Cakap anak bising, yang dia tu dari pagi lagi lah bising. Kalau
“Tak mau botol susu lah, nak ibunya nih!” balas abang long lagi. Mana boleh, Liya banyak kerja lagi yang tak settle.
“Liya tak siap lagi lah!” jawab Aleeya sambil memandang wajah Rayyan. Kenapa pula pandang muka abang?
“Rayyan, kau datang tengok anak kau nih, mengamuk lah!” beritahu abang long lagi. Tau, sebab suara si Adam tu dah makin meninggi.
“Nak buat apa lagi ni? Tengok semua dah okey, pergilah tengok anak tu,” arah Rayyan. Sebab dia tengok semuanya sudah tersedia di atas meja, tunggu nak angkat saja kat ruang tamu.
“Abang angkat semua barang kat ruang tamu nanti, boleh?” pinta Aleeya sambil mencuci tangannya. Rayyan angguk kepala.
“Pergilah, anak nak tidur tu!” suruh Rayyan lagi.

Mula-mula ambil Ain dulu, susukan Ain dan tidurkan Ain, sebab Ain tak banyak karenah. Lepas tu baru pujuk Adam. Akhirnya ketiga-tiganya terlena di atas katil. Adam tidur di sebelah kiri Aleeya, manakala Ain pula di sebelah kanan Aleeya.  Bila Rayyan masuk untuk solat zuhur pun, Aleeya masih tak terjaga. Letih sangat lah tu.
“Liya, bangun solat zuhur dulu, “ kejut Rayyan selepas selesai solat.
“Dah jam berapa nih?”
“2. 00 petang!”
“Awal lagi lah, liya nak sambung tidur!” letih sangat, nak bangun pun rasa malas teramat sangat.
“Solat dulu lah sayang, pastu makan nasi, dari tadi abang tengok Liya tak makan apa-apa pun. Nanti perut masuk angin pula!” pinta Rayyan. Liya ni bab memasak memang tak boleh lawan. Semua orang puji masakan liya tadi.
“Kejap lah!” balas Aleeya.

Senang saja nak suruh Liya bangun serta merta. Tak percaya, tengok lah nanti. Rayyan mengucup pipi Aleeya, seterusnya mengucup dahi Aleeya pula. Dipegangnya kedua-dua belah tangan Aleeya.
“Abang nak buat apa siang-siang buta ni?” soal aleeya sambil matanya sudah terbuka luas.
“Boleh pula tanya, abang nak buat apa?” soal Rayyan kembali. Nak tergelak dah tengok muka Aleeya yang sedang dalam keadaan terkejut tu. Tu dah bangun pun.
“Jangan mengatal, Liya nak bangun, nak solat!” terus Aleeya bangun dari katilnya. Ditepisnya tangan Rayyan.
“Hahahaha... boleh pula bangun, tadi banyak sangat alasan. Solat dulu, nanti Liya nak lepak dengan anak-anak pun abang tak kisah lah!”
“Abang ni jahat lah!”
“Apa Liya, jahat??” ujar rayyan sambil bangun untuk menghampiri Aleeya. Aleeya cepat-cepat masuk ke bilik air untuk mengambil air solat dan bersembahyang. Bila dia keluar dari bilik air, Rayyan sudah tiada. Mungkin sudah keluar. Aleeya tersenyum saja.

Ooo.. turun kat bawah rupanya. Tengok baru nak duduk atas pangkin bawah pokok mempelam. Terdengar suara kakak-kakak iparnya dalam rumah. Dah balik pun. Aku nak keluar lah nanti.
“Abang, sekejap lagi kita Alor Setar nak?” jerit Aleeya dari muka tingkap.
“Nak ke mana?”
“Nak tengok wayang lah!”
“Tengok wayang? Apa faedah nak tengok wayang time hari raya ni, tak nak lah!”
“Jom lah!”
“Mak long suruh pergi beraya di rumahnya petang ni, kita pergi rumah mak long lah!”

Kalau pergi rumah mak long, lebih aku sambung lena dulu, petang sikit baru pergi rumah mak long.

2 ulasan:

  1. dah macam kak sue pulak raya ketiga masak nasi tamato kt rumah mertua...hahaha..
    Rayyan ni nakal juga ya... ada ja nak suruh Liya bangun... tapi bestttt...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kekekeke.. kak sue, rayyan ni lelaki yg nakal.. itu latar belakang dia kehidupan dia.. jadi kenakalan dia memang tetap ada, cuma nakal bertempat, sebab dengan isteri dia saja...

      Padam