Alhamdulillah, mak sudah
pulih. Dah boleh bangun dan bermain dengan cucu-cucunya. Bengkak di kaki abah
sudah pun surut, dan abah asyik suruh Angah memimpinnya berjalan-jalan semula.
Malah abah dah bising mahu ke surau seperti selalu, Cuma Angah saja malas
hendak layan kehendak abah.
Semua kerja rumah aleeya
yang uruskan, manakala kerja-kerja lain, angah yang buat. Tengok lembu dan
kerbau abah, bagi makan rumput, pergi ke bendang semua Angah yang buat. Sejak
dari kecil lagi, angah memang suka buat kerja kampung berbanding dengan abang-abang
yang lain.
Aleeya membawa dulang
berisi air kopi panas dan ubi kayu rebus ke pangkin, tempat mereka selalu lepak
kalau ada masa lapang. Di bawah pokok rambutan dan dikelilingi pokok mempelam
dan juga pokok langsat.
“Macam mana kita ni, angah
dah nak kena balik esok. Siapa nak jaga mak dan abah?” risau juga nak
tinggalkan abah tu. Kalau tinggal mesti abah turun ke bendang semula.
“biar lah Liya yg jaga dia
orang!” ucap Aleeya tetapi hati sendiri penuh kerisauan. Rayyan izinkan ke? Tak
tahu, sebab belum berbincang dengan Rayyan lagi pun.
“Adik kena jaga suami lah,
bukan jaga mak dan abah!” balas angah. Aleeya memang rapat dengan Angah, dari
along, acik dan alang. Along asyik marahkan liya saja dari dulu. Bukan seperti
Angah yang boleh dibawa berbincang.
“Suami Liya tak kisah kut!”
Wah, tak kisah ke? Liya ni jawab ikut suka hati saja.
“Tak boleh macam tu lah,
tinggal Rayyan lama-lama pun tak elok juga lah!” lama??? Baru tiga hari saja
lah. Bukan seminggu pun! Tiga hari pun Adam dah macam-macam, menangis waktu
malam cari akan papanya. Kat rumah tak pernah pun berjaga malam, tetapi kat
sini, tiap-tiap malam merenggek rindukan papanya. Adam ni teruk sungguh lah!
“hmm...,” aku semuanya kena
minta izin suami dan suami belum tentu membenarkan apa yang aku hasratkan.
“Dik, kadang-kadang kerana
isu jaga mak ayah sakit ni kita boleh bermasam muka adik beradik, boleh
bergaduh laki bini lah, “ujar Angah. Mujurlah isteri angah, yang bekerja di
UITM tu boleh bertimbang rasa, cuma Angah pun ada tanggungjawab yang lain.
Angah kena bekerja semula, dan kena ingat isteri dan anak-anak Angah perlukan
Angah di sana.
“kita bergilir nak?”
“Kita dua saja lah
bergilir. Along kat kem tentera tu bukannya boleh dapat cuti. Alang tak tentu
lagi. Acik haram tak dengar khabar berita!” luah Angah. Anak abah dan mak ada lima, tapi masa
diperlukan masing-masing lebih pentingkan kerjaya dan keluarga sendiri.
“Tu macam mana?”
“Adik pula bukannya boleh
buat keputusan sendiri, suami adik tu mahu ke hidup mcm ni?” soal Angah.
Aleeya tahu abang-abangnya
sibuk, bukan mahu mengelak tetapi ada tugas yang lebih penting. Kadang-kadang
kita akan bertanya, apakah kerjaya kita lebih penting dari mak ayah kita? Yang
kedua keluarga kita pun ada masalah juga, contoh macam acik, acik memang tak
ada masalah tetapi kak tasha pula yang kawal hidup acik. Dan Liya??? Tentu
kerana suami Liya, abang rayyan tu..
Janji nak call, sampai
sekarang tak call pun. Rasanya dah sampai kat Kl dah waktu ni. Adam pula asyik
menangis saja kerana mahukan papanya.
“Liya, suruh lah Rayyan
datang besok, kesian kat Adam tu, rindukan papanya!” ucap mak dari bilik
sebelah.
“Adam, jangan lah menangis,
kesian kat ibu!” pujuk Aleeya. Kau dengan papa kau sama saja lah. Tengok Ain,
tak banyak songgeh pun. Lagilah melalak si Adam bila aleeya berkata begitu.
“Ikatan cinta – lahir dari
hati yang suci dan bersemadi di dalam jiwa.
Ikatan perkahwinan – ikatan
suci yang akan kekal sepanjang hayat,”
-
Rayyan.
Baru nak sms. Dah pukul satu pagi lah, dan anak abang masih tak mahu tidur.
Menganggu tidur org lain ada lah.
“Balik lah, Liya perlukan abang!” kata Aleeya sebaik saja Rayyan mengangkat
telefonnya.
“Singapura dan anak bukit tu, jauh lah!”
“Kat singapura lagi? Bukan dah balik ke?”
“Papa ada hal lagi tak settle kat sini!”
“Hari tu cakap abang boleh datang sekelip mata saja, sekarang tak boleh lah
pulak!” ungkit Aleeya. Sengaja saja sebab bila mendengar Rayyan masih di
Singapura, dia pun tahu perkara yang diucapkan oleh Rayyan adalah suatu yang
mustahil. Nak datang dalam sekelip mata? Cakap boleh lah, buat memang tak boleh
pun.
“Kenapa? Malam-malam buta ni call abang?”
“Anak abang lah, asyik menangis saja!”
“Pujuk lah, liyakan ibunya. Beranak reti nak pujuk anak pun tak reti ke?”
usik Rayyan. Ooo, pandai kata kat aku yer. Dia mengasuh anak pun tak boleh.
“Anak sapa pun tak tau ni? Bukan anak Encik Rayyan ke?”
“Hahaha..,”
Mujurlah zaman sekarang, telefon canggih-canggih, boleh tengok wajah dan
dengar suara. Bukan zaman telefon yang boleh call dan sms lagi. Adam boleh
tengok muka papanya, boleh dengar suara papanya, terubat lah rindu kat hati.
Baru boleh tidur!
“Sekarang ibunya pula nak apa?”
“Angah dah nak balik lah,”
“Hmm.. mak dan abah dah sihat ke?”
“Alhamdulillah, dah sihat. Cuma kaki abah tak ok lagi!”
“Habis tu Liya nak tinggal di situ ke?”
“Tak tahu!”
“Hmmm..,”
“Abang???”
“Apa???” kalau aku berjauhan dengan Rayyan boleh kah? Tetapi sampai bila??
Sampai abah sembuh?? Adam pula?? Susahkan macam ni...
“Pergilah tidur, mimpi yang indah-indah. Tak payah fikir yang bukan-bukan!”
suruh Rayyan. Lewat dah ni.
“Bila nak jemput Liya?” soal aleeya. Aku nak tinggal di sini pun tak boleh.
Nak balik pun tak boleh.
“Tak tahu lagi..,”
Memang dia tak cakap serupa
bikin. Dia datang bersama papa. Waktu itu aleeya sedang mandikan Ain, keluar
saja dari bilik air, Rayyan sudah berada di depan matanya.
“Tengok, sekelip mata saja
abang boleh datang kat sisi Liya!” tegur Rayyan sambil mengambil Ain di tangan
Aleeya. Dikucup pipi Ain bertalu-talu. Aleeya mengelengkan kepalanya tetapi hati
terasa lega kerana melihat wajah lelaki kesayangannya berada di hadapan mata.
Banyak perkara yang hendak dibincangkan bersama. Mentang-mentang lah dia ada
org kuat kat Air Asia, boleh lah cakap besar yer.
“Org susah hati lah!” balas
Aleeya mengambil semula Nurul Ain di tangan Rayyan. Mahu siapkan Ain dulu.
“nak buat mcm mana, liya
mana ada pilihan. Tak kan nak tinggal di sini terus.,” balas Rayyan. Aleeya memandang wajah suaminya. Itu kan dah
beri jawapan, jadi tak perlu lah fikir sampai sakit kepala.
“Balik pun balik lah!”
“Malam ni kita bertolak
balik. Abang memang tak boleh nak lama-lama kat sini,”
“hah?? Malam ni?” jawabnya
aku balik dulu lah dari Angah. Esok baru Angah nak balik.
“Dah banyak hari kat sini,
tak kan nak tinggal sini terus kut!” ucap Rayyan menyedarkan Aleeya. Sindir ke
apa nih?
Tetapi kena pujuk abah lah
dulu, supaya tinggal dengan kami ataupun ikut angah balik esok. Itu saja!.Abah
dan mak kena tinggal dengan salah seorang anaknya, baru hati tak risau lagi.
Pujuk abah memang masalah, sebab abah degil, tak nak tinggal dengan Angah atau
pun dengan Aleeya.
“Nak kena balik ke malam
ni?” soal Angah ketika Aleeya di dapur, nak sediakan hidangan kepada papa dan
yang lain.
“yup!”
“Pergilah balik, suami awak
tu perlukan awak lah!”
“Abah?? Mak???”
“Angah akan pujuk abah ikut
angah esok, harap-harap abah lembut hati lah!”
“Kalau abah tak nak pergi,
mcm mana?”
“Tak tahu!”
“Hmm..,”
“Yang penting awak balik,
jaga suami awak, dah lah suami awak tu playboy. Nanti dia cari org lain
pula...,”
“Apa angah ni?” tegur
Aleeya. Ada ke cakap gitu kat Rayyan,
sedangkan Rayyan berdiri di belakang mereka berdua.
“Org suka perempuan ni susah lah, Liya, takut dia cari
lain kalau tak dapat kepuasan nafsu dia..,” dia ni memang suka cakap terus
terang lah. Aleeya mengigit jarinya.
“Mana Angah tahu?”
“Angah ni lelaki lah, dik!”
Tu kat belakang Angah tu, org yang Angah cakap tu tengah
dengar kata-kata Angah lah.
... hahaha.... biarlah Liya tahu hati lelaki ... angah kan lelaki x sanggup tinggalkan isterinya lama-lama lah Liya.... hehehe
BalasPadamhehehe.. perlu tahu hati lelaki..
Padam