Jumaat, 28 Jun 2013

PENGANTIN EKSPRES 2 - BAB 18



Abah dan Mak turut datang bersama Papa dan Alvin pagi tadi.  Abah memang bercadang hendak tinggal seminggu sebelum abang long mengambil abah dan mak ke rumahnya, selepas itu abah dan mak akan ke rumah angah pula. Setiap tahun abah dan mak memang buat macam ini pun, melawat anak-anak kerana tahu anak dan menantunya sibuk bekerja. Cucu-cucu pula sibuk bersekolah.  Kalau berkumpul pun time raya dan ada majlis kenduri saja. Kenduri kahwin dan selesai, sebab semua anak-anak abah dan berkahwin. Last kahwin tentu lah Aleeya, anak bongsu dan perempuan tunggal pula tu.

Oleh kerana abah dan mak ada di sini, papa pun hendak tinggal di sini juga lah buat sementara waktu. Papa kan rapat dengan abah, Cuma Avlin saja lah masalahnya sekarang, Aleeya memang keberatan untuk membiarkan Alvin tinggal di rumahnya. Lain lah kalau Husna ada bersama.
“Tak balik jengguk Husna ke?” soal Aleeya ketika melihat Alvin sibuk dengan lap topnya. Rayyan menjungkitkan anak keningnya mendengar pertanyaan itu.
“Husna pun tak pernah tanya khabar saya lah kak!” jawab Alvin, tidak berkecil hati pun dengan pertanyaan dari Aleeya. Hish, macam mana lah yer, kau orang hidup sebagai suami dan isteri, aku kalau sejam tidak mendengar suara suami, boleh gila bayang tau tak?
“Tak rindu ke?” soal Rayyan pula. Sepanjang Alvin tinggal bersama mereka, tak nampak pun Alvin menelefon Husna. Begitu juga dengan Husna.
“Rindu apanya, kalau telefon ada saja yg tak kena. Bertengkar tu adalah!” jawab Alvin.  Bertengkar pun ok apa, abang dengan akak kau hari-hari bertengkar, tapi tak luak pun kasih sayang kami. Rayyan memandang wajah Aleeya. Rasa rindu tak pernah hilang walaupun sesaat. Dia sentiasa rindukan Aleeya, walaupun sentiasa bersama.
“Kak Liya kau menangis kalau abang tak ada di sebelah dia!” gurau Rayyan. Aleeya menampar bahu suaminya dengan manja. Ke situ lah pulak. Alvin tersenyum mendengar. Tahu!
“Patut lah abang tak pernah pergi outstation sekarang yer. Sejak kahwin dan ada anak ni asyik terperuk dalam rumah saja! “sindir Alvin. Semua kerja luar dia yang uruskan sekarang sebang abang longnya ini menolak untuk kerja-kerja luar.
“Tak ada org nak jagakan Adam dan Ain lah!” jawab Rayyan.  Sekadar alasan atau apa yer? Entah lah, sukarnya untuk meninggalkan anak-anak dan Liya sekarang. Hendak dibawa bersama pun masalah, sebab Adam dan Ain masih kecil lagi.
“Cakaplah tak nak berpisah dengan isteri, macam lah saya tak faham!” ujar Alvin membuatkan Rayyan dan Aleeya saling tersenyum.
“Tak baik lah Alvin buat macam tu kat Husna, sebagai suami, Alvin perlu bertanggungjawab kat isteri, kena ambil berat, perlu beri perhatian dan kasih sayang. Jangan biarkan Husna kesepian tanpa belaian manja seorang suami. Berdosa tu,” tegur Rayyan. Sebagai seorang abang, dia perlu menasihati adik kandungnya yang baru masuk islam itu. Apa saja kesalahan Husna, masih perlu diperbaiki dan masih boleh diperbetulkan. Semua manusia boleh buat salah. Boleh melakukan kesilapan tetapi perlu diingat, kita hanya manusia biasa saja.
“Saya tahu hak saya lah, along. Tetapi Husna yang tak nak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri....,”
“Nak jalankan tanggungjawabnya macam mana kalau Alvin dan Husna saling berjauhan macam ni? Kasih sayang dan cinta perlu di pupuk lah. Tak sayang ke, cinta dekat setahun, bila berkahwin jadi macam ni?” pintas Rayyan. Aleeya yang mahu menegur tadi hanya diam mendengar kata-kata suaminya. Tetapi apa yang suaminya ucapkan adalah benar belaka. Cinta dan kasih sayang perlu di pupuk, baru lah boleh mekar.
“Along dan Kak Liya dulu bercinta juga ke?” soal Alvin. Dia memang tidak tahu hubungan antara Rayyan dan Aleeya sebelum mereka berkahwin, yang dia tahu Alongnya ini memang ramai perempuan. Keliling pinggang, tetapi Alongnya tidak pernah mengheret perempuan masuk ke bilik. Setakat belanja makan, teman ke kelab malam dan berhibur saja.
‘Tanya kak liya?” alih Rayyan. Tidak memberi jawapan. Perkahwinan kami kan pelik sedikit. Kahwin tergesa-gesa. Sebab itu orang fikir yang macam-macam tentang kami.
“Mama kata abang kahwin sebab kak liya dah mengandung sebelum ada ikatan..,” anak kacukan memang suka cakap terus terang yer, tak selindung langsung.
“Yer lah tu...,” jawab Rayyan. Semua orang cakap macam tu dulu, alih-alih dekat setahun kahwin baru ada Adam dan Ain. Mungkin ini hikmahnya mengapa kami lambat dapat anak, sebab nak sangkalkan cakap orang selama ini.
“Abang ni..,” marah Aleeya. Nanti Alvin fikir betul pula aku mengandung sebelum kahwin.
“Betul kan sayang, awak mengandung sebelum kita kahwin?” usik Rayyan. Aleeya sudah menarik mukanya. Nampak comel sangat.  Aleeya meninggalkan suami dan adik iparnya. Malas nak layan.
“Liya!” jerit Rayyan melihat Aleeya berjalan keluar.
“Sambung lah merepek abang tu. Alvin kau dengar lah abang kau merapu yer!” balas Aleeya.
“Hahaha..,” ketawa Rayyan. Mentang-mentang lah aku kaki perempuan, bila berkahwin tergesa-gesa saja, semua orang cakap aku dengan aleeya terlanjur. Sampai sekarang pun masih terdengar lagi perkara ini dibualkan orang. Ingat aku jahat sangat ke?
“Padan muka, kak liya dah marah tu!” luah Alvin.
“Kami kahwin tanpa cinta pun. Abang berkenan kat kak liya, masuk minang dalam masa dua minggu terus kita orang kahwin.  Tapi walaupun tanpa cinta, kak liya kau tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Abang dapat cinta selepas berkahwin..,” terang Rayyan apa yang berlaku antara dia dan Aleeya. Dia tahu, waktu itu hati Aleeya masih terluka dengan perbuatan Azlan, bekas tunangnya itu. Dan perempuan memang susah itu melupakan cinta pertamanya. Tetapi sebagai isteri aleeya tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dengan sepenuh jiwa dan seikhlas hati.
“Kak Liya tu memang lain dari yang lain. Mungkin kerana didikan abah dan mak kut!” sambung Alvin. Dia tahu kakak iparnya masih suci sewaktu berkahwin dengan abang sulongnya.  Bukan seperti cakap-cakap orang yang tidak betul tu.

Malam itu, selepas waktu makan, sekali lagi Alvin kena tegur dengan abah dan papa. Semua orang menyuruh Alvin pulang ke sisi Husna, terpaksa lah Alvin mengalah. Itu selepas lawan bertengkar dengan papa. Papa cakap papa tak nak Alvin mengulangi kesilapan seperti papa lagi. Cukuplah apa yang berlaku ke atas diri papa dan Mama Sarah dulu.
“Yang!” kejut Rayyan. Aleeya sudah lama tidur. Sudah pukul dua pagi. Tadi dia di bilik sebelah. Menyelesaikan kerja-kerja yang tidak siap di pejabat. Lama tak masuk ke ofis, buka saja emel, macam-macam emel yang ada yang dihantar oleh Rina dan Akma mengenai hal syarikatnya.
“Kenapa?”
“Bancuh kan abang nescafe, boleh tak sayang?”
“Abang tak nak tidur lagi ke?”
“Ada kerja lagi lah. Esok abang nak ikut Alvin ke Singapura. Kebetulan mak dan abah ada kat rumah ni,” boleh lah tinggalkan Aleeya sehari dua ini. Mak dan Abah akan temankan Aleeya dan anak-anak.

Aleeya patuh. Dia terus bangun menuju ke bilik air. Berus gigi dan basuh muka. Diikatnya rambutnya separas bahu itu. Baru saja mahu melangkah keluar, terdengar suara Rayyan memanggilnya.
“Roti sandwich sama yer, abang lapar lah!”
“Kejap, dua minit!”

Aleeya turut menyediakan minuman dan roti kepadanya. Berbual, makan sambil menemani Rayyan melakukan kerja-kerjanya. Dia setia di sisi suaminya.
“Ada isteri kalau marah kat suaminya, suruh suami tidur kat luar, Liya tak nak buat macam tu ke?” pancing Rayyan. Dia tahu Aleeya marah kepada kata-katanya tadi. Tapi marah sekejap saja.  Aleeya mengelengkan kepalanya. Untuk apa lah bergaduh sampai macam itu sekali yer, rugi lah.
“Kalau kita bergaduh macam mana sekali pun, kita tetap tidur sekali. Bahang kemarahan itu akan hilang apabila hubungan kita terjalin. Jangan biarkan nafsu amarah itu menyebabkan rumah tangga kita hilang kemanisannya, “ sambung Rayyan semula. Aleeya mengangguk. Dia tahu akan itu. Jangan biarkan iblis mengambil kesempatan atas hubungan suami isteri antara kita.
“Kenapa abang cakap macam tu kat Alvin tadi? Nanti dia ingat sungguh pula kita terlanjur?”
“Alvin tu bukan bodoh lah, sayang!”
“Liya tak suka..,”
“Tak suka kat abang? Tak suka pun dah nak masuk anak tiga..,”
“Bukan tak suka kat abang lah!”
“Yer lah, Liya kan suka kat Azlan..,”
“Liya rasa abang yang suka kat Azlan kut, sebab suka sangat sebut nama Azlan. Liya tak lah!”

Azlan??? Balik kampung hari tu, terdengar macam-macam tentang Azlan. Dengarnya Azlan nak kahwin dengan perempuan lain pula. Betul ke? Entah lah. Apa pun semuga Azlan bahagia di sisi orang yang dia cintai.
“Kenapa sayang?” soal Rayyan apabila tidak dengar suara Aleeya.
“Mak ngah cakap azlan nak pasang lagi satu walaupun isterinya tengah sarat mengandung sekarang. Kasihan isteri dia, sedangkan ketika mengandung lah, isteri perlukan suami di sisi,” cerita Aleeya. Rayyan terdengar juga cerita itu di kampung tempoh hari.
“Nasib seseorang tak sama lah sayang!”
“Liya tak pernah ingatkan Azlan selepas berkahwin dengan abang, bukan kerana hati Liya terluka tetapi kerana cinta Liya kepada abang.  Abang tahu, Liya akan berdosa kalau mengingati lelaki lain selain dari suami Liya sendiri..,” jelas Aleeya.  Rayyan tersenyum.
“Tak tahu lah kut di dalam hati abang ada perempuan lain ke?” balas Aleeya balik.  Rayyan menjeling tajam.  Marah yang amat sangat dengan kata-kata Aleeya. Lagilah dia tak suka.

Ooo.. dia sebut nama Azlan, tak mengapa. Kalau aku sebut tak boleh. Aleeya tersenyum sendiri dan terus bangun dari situ.
“Liya, I love you!” jerit Rayyan di tengah kepekatan malam.
“Apa, tak dengar lah!
“I Love you, sayang!” bergegar rumah. Terlupa kata ada abah, mak dan papa malam ini.
“Ryan, kamu mimpi ke?” tegur papa di bilik sebelah.

Rayyan dan Aleeya menguntum senyuman.

Rabu, 26 Jun 2013

PENGANTIN EKSPRES 2 - BAB 17



Fatimah Al-Khattab yakin sungguh-sungguh bahawa Tuhan tentu tidak memungkirkan janji-Nya. Kiranya dia benar-benar menyerah diri kepada Allah dengan penuh yakin bahawa Allah sahaja yang boleh menyelesaikannya. Tuhan yang Maha Penyayang,Maha Pengasih,Maha Mengetahui, Maha Mendengar lagi Maha Agung tentu mendengar rayuannya setiap hari dan pasti akan menunaikan permintaannya. Pada suatu malam,Fatimah dan suaminya Said bin Zaid membuka kembali lembaran - lembaran kalam Allah yang telah diajarkan oleh Rasulullah. Fatimah melagukan ayat-ayat itu dengan alunan irama yang indah,air matanya melimpah keluar ketika menghayati maksud dari ayat-ayat tersebut. Suaminya yang memerhati dan menyemak segala bacaannya turut terharu. Ayat-ayat yang dibaca oleh Fatimah menusuk kedalam jantungnya ,tenggelam dalam hatinya dan terus bertebaran ke dalam urat sarafnya.

Sedang masing - masing khusyuk menghayati maksud ayat Al-Quran itu,tanpa disedari ada sepasang mata yang sedang mengintip dan memasang telinga mendengar ayat yang dibaca. Mata itu memandang dengan pandangan sinis tanpa berkelip - kelip,merah menyala menahan marah. Walaupun kalimah yang dibaca itu agak kurang jelas namun dia yakin bahawa kedua suami isteri itu kini telah Islam sebagaimana kata seorang pemuda yang ditemuinya sebentar tadi. Dengan suara lantang,Umar menjerkah mereka. Fatimah tersentak lalu cepat-cepat dia menyimpan lembaran itu.

“Kalimah apa yang aku dengar tadi??” Mereka berpura-pura menggeleng-gelengkan kepala menandakan tidak tahu.

“Aku mendengar kamu berdua telah mengikut agama Muhammad?Benarkah begitu?” jeritnya bagaikan halilintar. “Apa pendapatmu sekiranya agama selain agamamu itu adalah benar?” jawab adik iparnya Said. Mendengar itu Umar melompat ke arah iparnya itu,terjadilah pergelutan. Umar menarik janggut Said. Said terlentang,lalu diduduki oleh Umar di atas dadanya,sehingga tidak bergerak.Melihat kejadian itu Fatimah menolak badan Umar untuk membela suaminya. Spontan Umar berdiri lalu menempeleng muka adiknya. Fatimah terjatuh,dan darah merah mengalir keluar dari hidung dan mulutnya.

Fatimah bangkit dari tempat jatuhnya,tiba-tiba seakan-akan ada satu seruan yang menggesanya supaya mengatakan sesuatu kerana masa itulah saat yang paling sesuai untuk diterangkan mengenai Islam. Tanpa menghiraukan darah yang berhamburan itu Fatimah berkata dengan penuh keyakinan: “Wahai musuh Allah,engkau pukul kami kerana kami mengEsa kan Allah. Engkau boleh buat sesuka hatimu. Sekalipun engkau bunuh kami,kami tetap mengaku bahawa tidak ada Tuhan selain Allah,dan bahawa Muhammad s.a.w itu adalah Rasul Allah,yang akan membersihkan dunia ini dari sebarang kezaliman dan penindasan.

”Darah yang mengalir keluar dari hidung dan mulut Fatimah serta jawapannya yang begitu berani,membawa kesan yang mendalam pada jiwa Umar. Dengan tiba-tiba dia rasa menyesal dan sedih atas tindakannya yang melulu itu. Dia merasa bersalah kerana memukul adik kandungnya sendiri.

Dengan suara merendah,Umar berkata: “Berikan aku apa yang kamu baca tadi.”

Fatimah agak keberatan memberi kan lembaran itu tetapi melihatkan kesungguhan abangnya yang ingin mengetahui akhirnya Fatimah mengeluarkan lembaran ayat Al-Quran itu dan diberikan kepada Umar. Ayat tersebut berbunyi: “Kami tidak menurunkan Al-Quran itu kepadamu agar kamu mendapat kesusahan,tetapi sebagai peringatan bagi orang-orang yang takut (kepada Allah). Diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi (iaitu) Tuhan yang Maha Pemurah yang bersemayam di atas arasy.” [Surah Thaha: 1-5]

Berkata Sayidina Umar Al-Khattab: "Aku mengamati semua sahabat,dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua jenis pakaian,tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada taqwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik,namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezeki,tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar. Umar berpaling pada Fatimah seraya berkata “Alangkah baik dan indahnya kalimah-kalimahini.”

Mendengar jawapan tersebut keluar dari bibir Umar,Fatimah terasa seakan - akan bermimpi tapi bila sedar kembali itulah sebenarnya kenyataan. Fatimah berkata sambil menyebut kata-kata Rasulullah: “Ya Allah,kuatkanlah Islam dengan Umar bin Hisyam atau Umar bin Al Khattab.Maka Allah telah memilih Umar,saudaraku sendiri.” Tiga kali Fatimah menyebut nama Allah kerana terlalu berterima kasih pada Tuhan yang telah memperkenankan doa Rasulullah s.a.w dan rintihan hatinya selama ini. Jiwa Umar kini telah berubah,jiwanya kini telah disinari dengan cahaya iman dan hidayah.

Asyiknya abah bercerita tentang pengislaman Umar Al Khatab kepada Alvin dan papa sehingga tidak sedar sudah sampai ke waktu tengah hari. Cerita sejarah islam ini memang indah sekali. Khusyuk sangat si Alvin di buatnya. Pandai abah menceritakan kisah ini kepada Alvin. Harap jiwa Alvin kembali kepada islam semula. Itu doa ku.

Papa tak jadi balik ke KL. Alvin pun. Hanya kami berdua bersama-sama anak-anak saja yang akan pulang petang nanti. Jawabnya aku kena ke ofis semula lah, sebab papa dan Alvin tinggal di kampung untuk beberapa hari lagi.
‘Husna tahu Alvin kat sini?” soal Aleeya setelah Alvin memberitahu dia tidak jadi pulang hari ini.
“Tak, kak!”
“Mana boleh macam tu, apa pun Husna tetap isteri Alvin, dan dia perlu tahu keadaan Alvin. Tentu dia bimbangkan Alvin sekarang,” tegur Aleeya. Semua isteri akan ada perasaan bimbangkan suami mereka. Ke mana pergi? Ada di mana sekarang? Buat apa? Semua itu sudah ada di dalam kotak fikiran seorang isteri.
“Macam mana abah didik akak dulu yer? Saya tengok akak pun hairan!” ucap Alvin. Aleeya memandang wajah Rayyan di sebelahnya. Tanpa suami di sisi, dia tidak akan berbual dengan Alvin. Itu prinsipnya. Walaupun Alvin sudah dianggap seperti adik kandung sendiri tetapi dia tetap perlukan Rayyan di sisi.
“Kenapa?’
“Akak tak pandang pun duit ringgit Abang Ryan...,
“Kasih sayang abang kau melebihi segala kemewahan yang dia miliki. Jadi akak tak perlukan kemewahan melainkan kasih sayang seorang suami yang ikhlas kat akak,” luah Aleeya. Awak kena belajar erti kasih sayang kat abang awak, sebab kasih sayang abang awak mengatasi segala-galanya.
“eleh, akak tu tak pandang duit ringgit sama lah. Tak macam orang lain!”
“Tak lah, akak dah cakap akak tak nak hidup susah kat abang kau dulu, jadi akak memang anggap wang ringgit tu penting lah!”
Alvin, akak pun manusia biasa saja lah. Perlukan wang ringgit untuk menjalani kehidupan tetapi yang penting adalah kasih sayang. Itu paling penting.
“Rayyan, ingat pesan mak yer!” pesan mak sebelum mereka berdua bertolak pulang. Rayyan tersenyum saja membuatkan Aleeya tidak puas hati.
“Mak pesan apa kat abang?” bisik Aleeya ketika berada di perut kapal terbang.
“Rahsia lah. Liya  tak perlu tahu!” bisik Rayyan kembali sambil merenung Aleeya dari atas sampai ke bawah. Hai, pandang lain macam saja nih?
“Apa abang ni?”marah Aleeya. Jangan cari pasal boleh tak?
“Hahaha..,” ketawa Rayyan sehingga mengejutkan Adam yang sedang terlena. Apa lagi melalak lah si Adam itu. Ambik papa, pandai sangat kan tadi. Tapi sekejap saja menangis, kena pujukan papanya terus diam.
“Anak abang katakan!”
“Mesti lah,”
“Abang, ada benda lah Liya nak cakap sebenarnya!’ aku pun ada rahsia juga nih. Perlu cakap juga perkara ini.
“Apa?”
“Sampai kat rumah nanti Liya beritahu abang..,’
“Kat sini tak boleh ke sayang?”
“Orang dengar lah nanti,”
“Okey lah!”

Sebenarnya masalah dah datang semula. Tadi ketika sedang berbual dengan mak, sebelum beranngkat pulang, Akma telefon. Akma yang sudah menjadi pegawai kewangan di syarikat suaminya.
“Aku nak cakap satu benda lah kat kau. Aku dah try call cek abang kau, tapi tak jawab. Kat kau pun dah berpuluh kali aku call, ni baru kau angkat!” leter Akma di hujung talian.
“Kenapa?”
“Ada sekeping cek atas nama Alvin cuba ditunaikan oleh Husna di bank tadi. Jumlahnya seratus ribu ringgit. Cek ni Rayyan dan Alvin yang sign, nak lulus atau tak?” soal Akma. Banyak tu? Selalunya Rayyan tak pernah keluarkan kat cek atas nama sesiapa pun. Jadi keadaan ini nampak pelik lah sikit.
“Jangan lulus lagi, sebab aku nak tanya cek abang aku, boleh?”
“Bank yg call aku tadi, bagi tau kat aku, sebab cek abang kau tak pernah keluarkan cek macam ni, jadi org bank nampak pelik benda ni,’ cemasnya suara Akma kedengaran. Mujurlah org bank bagi tau, kalau tidak macam mana yer.
“Okey, aku dah nak balik ni, nanti aku call kau balik yer!”
“Okey!”

Aku bimbangkan perkara ini tetapi cek abang aku ada benda lain kut nak fikir.Asyik senyum saja sejak dari tadi. Pelik, pelik.

Sampai kat rumah, setelah melihat Rayyan senang hati, baru lah Aleeya menceritakan apa yang berlaku di ofis sewaktu mereka balik ke kampung. Tenang saja Rayyan mendengarnya. Tidak melatah atau pun terkejut dengan semua itu.
“Abang tak pernah keluar cek tu. Liya cakap dengan Akma, jangan sampai Alvin tahu yer, nanti mengamuk pula Alvin tu. Biarlah antara kita bertiga saja yang tahu perkara ini,” ujar Rayyan. Tak mahu Alvin susah hati lagi dengan hal-hal perbuatan Husna dan ahli keluarganya.
“Nanti Liya beritahu Akma hal ni,” balas Aleeya. Kena call Akma lah nanti.
“Terima kasih, sayang!” ucap Rayyan. Aleeya tersenyum. Mujurlah Akma cepat bertindak tadi, kalau tidak hilang lah seratus ribu duit syarikat.

Lama berbual dengan Akma, biasa lah kalau dengan Akma atau Puteri Shima, macam-macam yang hendak dibualkan.
“Abang tak susah hati pun Liya tengok,” tegur Aleeya. Memang. Rayyan macam tak kisah pun dengan hal tadi.
“Itu perkara biasa lah, sayang. Bukan perkara luar biasa pun!” balas Rayyan. Manusia kalau sudah menganggap duit ringgit lebih dari segala-galanya, akan jadi begini lah, sanggup menipu dan melakukan apa saja semata-mata kerana hendak dapatkan wang ringgit.
“Maksub abang, Liya tak faham lah. Husna nak kebas duit syarikat abang pun abang tak kisah ke?’ soal Aleeya.  Rayyan mengelengkan kepalanya.
“Duit boleh cari lah, tapi isteri abang ni yang susah nak cari..,” kata Rayyan sambil mencuit hidung Aleeya.
“Liya cakap benda lain lah..,’
“Tak payah fikir lah hal Husna tu, buat pening kepala kita saja lah!”
Pulak??
“Abang..,”
“Dulu abang marah Liya, kerana kes Husna dan Alvin. Kerana Mama dan julia yang hilang entah ke mana. Wal hal, Liya tak buat salah pun kat abang. Abang tak nak lagi rumah tangga kita terganggu kerana hal-hal dia orang!” luah Rayyan, separuh menyesal. Mujurlah Aleeya tahan sabar, kalau tidak tentu rumah tangga aku yang hancur dan musnah.
“Liya tak kisah lah, sebab perangai abang memang macam tu pun!” ujar Aleeya. Tangan Rayyan dipegangnya. Dilentukkan kepalanya di bahu Rayyan.
“Apa Liya cakap?? Perangai abang memang macam tu?” soal Rayyan. Pura-pura tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Aleeya. Aleeya tersenggih.
“Ha lah, abang kan suka marah, suka naik angin, jadi Liya dah tak kisah benda tu,” jawab Aleeya seikhlas hati. Kalau kita sudah suka dan menyayangi seseorang, kita akan terima segala kelemahan dan kekurangan yang dia miliki.
“Tarik telinga baru tau, ada ke patut cakap abang mcm tu?” kata Rayyan sambil mahu mencubit telinga Aleeya tetapi Aleeya menepisnya.
“Ha, ah. Betul apa abang mcm tu..,”
“Tak lah. Abang ni baik kut!” Terima kasih sayang kerana sudi jadi isteri abang dan menyayangi abang dengan sepenuh hati. Abang bahagia dapat kahwin dengan Liya.

Abang memang baik, sebab sudi terima Liya seadanya. Liya bahagia dapat jadi isteri dan ibu kepada anak-anak abang.

Terima kasih, abang!

Jumaat, 21 Jun 2013

PENGANTIN EKSPRES 2 - BAB 16



“Ler, macam nie pun menangis ke?” usai Rayyan menyanyi itulah soalan yang muncul dari bibirnya. Esakan Aleeya bergetar di dadanya sejak dari tadi. Dia mencuit dagu Aleeya lalu dikesatnya air mata yang membasahi pipi Aleeya.
“Terharu nih!”
“Terharu apanya? Abang tak buat apa-apa pun kat Liya lah. Tak payah lah menangis..,” pujuk Rayyan. Tetapi kalau Liya tak tersentuh di jiwa tu, memang pelik lah. Sebab bait-bait lagu tu terasa lah sangat di dalam hati tadi. Pandai sungguh penulis lirik lagu ini.
“Sedih lah!”
“Sudah lah. Liya kena kuat tak tau, banyak lagi yang Liya kena hadapi dengan abang,” beritahu Rayyan.
“Apa  maksud abang?” soal Aleeya sebaik saja perjalanan diteruskan. Kena cari tempat yang sesuai untuk bercerita panjang dengan Aleeya.  Tak kan nak berbual dalam kereta kut.

Cadang nak cari sebuah taman dekat-dekat area Tanah Merah atau pun Jitra, tetapi telefon kepunyaan Rayyan berbunyi nyaring. Rayyan mengambil telefonnya lalu dihulurkan kepada Aleeya.
“Mak!”
“Liya kat mana?”
“Kat Tanah Merah!”
“Balik sekarang boleh tak, Adam menangis lah. Dengan semua orang dia tak suka. Cepat sikit!” tegasnya suara mak memberi arahan. Mak guna perkataan tak suka tu yang membuatkan Aleeya mahu ketawa saja. Adam tak suka semua orang?? Itukan tabiat semula jadi Adam. Suka pada orang yang tertentu saja. Dengan orang yang tak pernah jumpa memang dia tak berkenan lah. Atau mungkin mak naik rimas dengan tangisan Adam sehingga menyebabkan mak mahu marah saja kepada Aleeya. Aleeya tersenyum memandang ke arah Rayyan.
“Kenapa?”
“Rancangan kita kat sini saja lah yer..,”
“Kenapa pula?”
“Buah hati abang menangis kat rumah. Dengan semua orang dia tak suka, kata mak tadi!”
“Adam nie..., tak bagi peluang kat papa lah!” runggut Rayyan. Faham benar dengan sikap si anak. Sahih terjaga dari tidur, dan mahu papa atau ibunya saja. Kereta berpatah semula ke anak bukit.
“Adam tu ikut perangai abang sebiji yer..,” gurau Aleeya. Dia lebih suka papa dari ibunya sendiri. Atau Rayyan nie lebih sayangkan si Adam tu. Tapi tak nampak pun Rayyan pilih kasih.
“Hahaha, anak papa tu!”
“Manja lebih pada si adik. Tengok Ain, boleh berdikari saja!” puji Aleeya. Senang sangat dengan sikap Ain.
“Rasanya Adam tu ikut perangai Liya lah. Manja!”
“Liya manja? Mana ada!”
“Mana ada apa? Asyik menangis saja!” Hahaha, kan dah kena balik!



Memang si Adam tu sedang menunjukkan taringnya kat rumah. Sampai habis semua orang tidak boleh tidur. Ketika Rayyan dan Aleeya sampai pun, tangisan anak itu kuat kedengaran. Mujurlah tak pergi jauh.  Kalau tidak macam mana lah jadinya.
“Pergi mana?” soal mak. Geram . Waktu mana dia orang keluar sampai semua orang tak sedar tadi.
“Saja. Makan angin kat luar tadi!” jawab Aleeya. Rayyan terus mengambil Adam di tangan abah. Nampak muka papanya, dan dengan pujukan papanya, terus si anak, diam. Jadi baik serta merta. Anak bertuah sungguh!
“Tahu dah anak tu macam mana, boleh tinggalkan anak macam tu saja. Tak kasihan kat anak ke?” leter mak sambil mengelengkan kepala. Aleeya tersenyum saja. Idea suami, kenalah ikut tadi.
“Bagus anak kau yer dengan semua orang tak nak. Dengan kau dengar suara saja terus diam!” celah Tuan Mirzal.  Alvin terus masuk ke bilik. Mengantuk!
“Ikut perangai Liya dulu lah tu. Liya dulu dengan semua orang tak nak. Kecuali dengan abahnya,” sambung mak pula. Rayyan tersenggih saja. Betul lah tekaannya tadi.  

Di dalam bilik terdengar pula renggekan Nurul Ain. Nama mudah saja yang Adam berikan kepada anak-anaknya. Muhammad Adam dan Nurul Ain.
Aleeya memeriksa lampin anaknya, tidak basah pun. Tidak anak itu merenggek, mahu Aleeya meribanya. Diambilnya Ain, lalu disusuinya sambil menepuk bahu Ain dengan manja sekali.
“Buatkan susu untuk Adam. Botol susu ada kat atas meja solek tu!” beritahu Aleeya apabila si Adam turut merenggek kelaparan.
“Hai, Liya pilih kasih ke? Ain liya beri susu, Adam minum botol saja? Apa ni?” runggut Rayyan. Ber kasih sayang sama adil lah Liya, biar Adam ni rapat dengan abang.
“Takut dia menangis nanti,”
“Alasan lah tu,”
“Okey lah,”  kalau Adam menyusu, pukul berapa lah nak tidur. Adam menyusu mengambil masa yang panjang. Itu yang tak tahan. Terpaksa lah dia berjaga apabila giliran Adam menyusu. Rayyan pula berbual di luar bersama Alvin, papa dan Abah. Entah pukul berapa Rayyan masuk semula, dia tidak sedar. Dia sedar apabila Rayyan memeluk pinggangnya.
“Tak nak!” jawabnya dalam keadaan separuh sedar.
“Tak nak apa ni? Liyakan masih ‘bercuti’,” ujar Rayyan tetapi pegangan tangannya di pinggang Aleeya tidak dilepaskan.
“Liya nak tidur lah, tadi dengan anak-anaknya, ini papanya pula!” runggut Aleeya perlahan.
“Tidur lah sayang. Abang tak buat apa-apa lah!” sukanya tengok wajah Aleeya bila sedang beradu. Seperti seorang puteri saja. Aku kan sayang isteri, jadi suka semuanya yang berkaitan dengan isteri aku.
“Cuba lepaskan Liya, biar Liya bebas bergerak malam ni,” pinta Aleeya. Rayyan melepaskan pegangan tangannya dan beralih ke arah lain.  Alamak, merajuk ke? Aleeya merapatkan tubuhnya dan merangkul suaminya dari belakang dan terus tidur.
Subuh yang indah dan mempersonakan. Rasa lama tidak balik ke kampung. Sebelum kahwin dulu, pantang ada cuti panjang sikit, memang dia akan pulang ke kampung untuk menjenguk abah dan mak. Rasa rindu itu terubat kini. Kalau boleh hari ini nak melingkar atas katil saja, tidur seperti zaman anak dara dulu. Hehehe.. bestnya.
Rayyan bersama abah ke surau sebaik azan subuh kedengaran. Tinggal di kampung, kena rajin lah ke surau. Kalau tak rajin pun kena pergi juga, takut abah bising. Patut lah dulu, Rayyan tak nak pulang ke kampung, mungkin salah satu sebabnya kerana inilah. Tetapi itu sebelum Rayyan kenal islam, bukan seperti sekarang. Kerana sekarang Rayyan sudah cintakan islam.
Mungkin papa dan Alvin ikut sekali ke surau pagi ini. Bagus lah, supaya hati Alvin yang sedang berdolak dalik itu kembali kepada islam. Agama yang suci.
“Liya, tak bangun lagi ke? Nanti suami kamu balik dari surau nak bersarapan lah!” jerit mak di bilik bawah. Abang-abang semua dah balik, tinggal Aleeya dan Rayyan, papa dan Alvin saja tidur di sini malam ini. Petang nanti dah nak bertolak semula ke KL.  
“Awal lagi lah mak. Baru enam setengah!” jawab Liya. Malasnya nak bangun. Bagilah peluang Liya berehat pagi ini.
“Awal kamu kata, nak tunggu mata hari naik dulu ke, baru nak bangun?” sambung mak lagi.
“Kejap lah mak!” jawab Aleeya. Liatnya nak bangun. Nak mandi telaga, lagi lah sejuk. Tapi dalam biliknya dah ada biliknya.  Walaupun rumah abah tak ada penghawa dingin, tapi tetap sejuk. Mungin kerana pohon-pohon hijau masih menebal di kampung, bukan seperti bandar. Bangunan lebih banyak dari pohon-pohon hijau, sebab itulah panas mengbahang sampai ke dalam hati.

Dicapainya handset di dalam beg tangan lalu dia menghantar mesej saja kat Rayyan, supaya ajak abah, papa dan Alvin singgah makan kat warung Pak Mat tepi jalan yang tidak jauh dari surau. Ada roti canai, nasi lemak dan pulut kering kering. Musim durian ini, pulut durian pun ada lah.
 ‘Abang, makan sajalah kat situ!” Rayyan tidak membalas mesejnya tetapi terus menghubunginya. Rayyan ke mana pergi mesti bawa handset sebab Rina dan pengawal peribadinya selalu menghubunginya setiap masa untuk memaklumkan keadaan dan syarikat dan hal mama sarah. Bukan seperti Liya.
“Boleh, tak ada masalah. Tetapi tak takut mak marah Liya ke?” soal Rayyan seperti tahu perangai mak mentuanya.
“Tak. Mak mesti tak marah punya!” yakin Aleeya. Sedangkan terdengar sekali lagi suara mak memanggil namanya.
“Kejap mak, abang call!”  beritahu Aleeya.
“Oo.. pandai. Abang call atau Liya yang ganggu abang tadi? Dah lah tak solat siap hantar mesej kat abang pula. Pergi lah masak apa yang patut, tak baik lah buat mak macam tu,” pujuk Rayyan. Singgah kedai apanya dah nak sampai rumah lah, sayang. Tadi tak cakap awal-awal, sebab si Alvin ni teringin sangat nak makan pulut bersama ikan kering kat situ, tetapi memandangkan, seorangpun tidak membawa duit terpaksa lah balik ke rumah terlebih dahulu.
“ok lah, Liya bangun ni!”ujar Aleeya terus bangun dan mencapai kain tuala untuk mandi terlebih dahulu.
Siap ala kadar, Liya terus ke dapur. Mak sedang mengupas ikan bilis. Aleeya tersenyum memandang wajah mak yang bahagia itu. Dihampirinya mak, lalu dicuim pipi mak seperti selalu. Dia selalu buat macam tu kalau berada di kampung.
“Macam budak-budak. Anak dua dah tapi masih malas nak bangun tidur. Tak malu ke kat suami, kat bapa mentua dan adik ipar kamu, Liya?” tegur mak. Tengok ikan bilis, cabai kering, kelapa, dah tahu nak masak apa. Mesti mak nak buat nasi lemak pagi ini.
“Abang tu ok lah mak,”ujar Aleeya, sambil mengambil beras dan dimasukkan ke dalam periuk. Dibasuhnya beras.
“Tapi kamu tetap ada tanggungjawab lah, Liya. Jangan ingat Rayyan ok, tak kisah kamu boleh buat sambil lewa kat dia. Rayyan tu suami Liya, bukannya kawan Liya pun..,” sambung mak sebelum terdengar suara abah memberi salam dari luar rumah. Kerap sangat mak cakap ni kat Liya, tapi Liya terima teguran dan nasihat itu tanpa jemu dan bosan pun.
“masak cepat sikit, dia orang dah balik, tentu nak sarapan pagi,” gesa mak selepas memjawab salam. Mak tinggalkan kerja-kerja dapur kat Liya dan terus ke ruang tamu.
“Alvin nak makan pulut dan ikan kering kat kedai tu, suruh lah Liya masak pulut sekali. Ikan kering ada kan?” soal abah kat mak. Liya dengar dengan jelas. Sebab ruang tamu tak jauh pun dari dapur.
“Tak mengapa abah, Alvin boleh makan kat kedai!” tolak Alvin yang turut memanggil Haji Mohsin dengan panggilan abah.
“Tak payah, suruh kak liya kau masak. Liya masak pulut sama, ikan kering ada dalam peti sejuk!” beritahu mak.
“Baik, mak!”
“Nak abang tolong ke?” soal Rayyan yang baru masuk ke dapur. Aleeya mengelengkan kepalanya. Kalau rayyan tolong, lagilah mak bising.
“Hahaha, tau pun takut mak marah kalau abang tolong. Padan muka. Masak cepat sikit abang dah lapar nih!” ujar Rayyan. Sengaja mengusik hati Aleeya.
“Itu lah Liya suruh beli kat kedai, abang tak nak. Tidak boleh terus makan saja,”
“Beli apanya, semua tak bawa duit!”
“Abang tunggu lah sejam lagi, baru boleh makan!
“Sejam?? Liya nak dera abang ke, sayang?” tangan Rayyan sudah melingkar di pinggang Aleeya.
“Abang nak makan cepat ke lambat ni?” soal Aleeya, kalau macam ni, aku nak masak macam mana? Lagi lambat lah jawabnya.
“Cepat lah!”
“Kalau asyik berasmara dgn isteri ni, pukul 10 lah baru boleh makan!” celah Alvin. Waktu mana dia datang ke dapur, tak sedar pun. Aleeya tersenyum.
“Betul tu, dik!”
“Yang kau masuk kat sini kenapa?” soal Rayyan. Bengang dengan kedatangan Alvin.
“Yang abang kacau Kak Liya tu apa kes? Asyik berkepit dengan isteri saja?”runggut Alvin. Kena cari isteri barulah kalau macam ni, cari gadis kampung yg taat kepada agama seperti kak liya. Baru patuh cakap suami. Selalunya Kak Liya lah yang mengoda perasaan. Bertuah Abang!
“Kak, ada adik-beradik perempuan yg tak kahwin lagi tak kat sini?” soal Alvin.
“Nak buat apa?” pintas Rayyan.
“Nak kahwin lah,”
“Husna?”soal Aleeya terkejut dengan jawapan Alvin sebentar tadi. Rayyan mengelengkan kepalanya. Isteri satu pun tak mampu nak jaga, nak kahwin lagi satu? Biar berbetul nih?
“Hmm..,” keluh Alvin membuatkan Rayyan berasa simpati.
“Pergi jumpa abah, minta nasihat dan petua, tentu abah boleh beri ilmu!” beritahu Rayyan. Abah tu banyak ilmu agama dan panduan hidup. Dia pun dah banyak minta nasihat dari Abah juga.
“Betul ke?”
“Betul. Pergi lah!” gesa Rayyan lagi. Terus Alvin mendapatkan abah di ruang tamu.  Harap-harap abah boleh lah menolong Alvin yang dalam kesusahan itu.

Bab  memasak memang serah kat Liya. Cuma hari ini malas sikit. Itu saja. Tetapi dia berjaya memasak apa yang mak suruh. Nasi lemak, sambal ikan bilis dan pulut bersama ikan kering. Air kopi hidangan istimewa pagi ini. Selesai abah,papa, Alvin dan Rayyan makan baru lah dia bersarapan pagi bersama mak. Tetapi Rayyan masih bersama mereka berdua. Bukan senang hendak bermesra dengan mak mentua.
“Liya buat apa sekarang, Rayyan?” soal mak kepada Rayyan.
“Dulu tolong saya kat ofis, sekarang ni cuti lah kut sebab papa dah balik!” jawab Rayyan jujur. Aleeya membiarkan suaminya berbual dengan mak.
“Anak kamu dah nak masuk setahun dah kan, suruh dia beranak lah Rayyan. Muda-muda elok dapatkan anak ramai,”cadang mak. Membuatkan Aleeya tersedak.
“Glup!” air kopi tersekat di kerongkong. Rayyan mengosok belakang Aleeya dengan perlahan.
“Kenapa? Tunggu apa lagi??” sambung mak. Anak perempuan seorang saja. Tetapi tahap degilnya mengalahkan anak-anak lelaki aku. Dia suka buat apa yang dia suka saja.
“Abangg..” panggil Aleeya memohon bantuan. Mak tentu akan mendengar cakap Rayyan dari cakap Aleeya. Betul tak?
“Kenapa pula?” soal Rayyan kembali.
“Adam dan Ain tu masih perlukan perhatian Liya lah, mak. Dia orang kecil lagi..,” dulu masa tak ada anak, nak ada anak. Dah ada si kembar tu, ingatkan selesailah masalah. Rupanya tak juga. Kat kenduri semalam tu, ramai yang bertanya bila nak tambah lagi anak. Bila anak nombor 2, 3 dan seterusnya.
“Rayyan kau tak nak tambah anak ke?” soal mak, masih belum berpuas hati dengan jawapan dari Aleeya. Aleeya memandang wajah suaminya. Aku tidak berbincang dengannya tentang soal anak. Dia nak anak berapa orang? Langsung tak pernah sebut pun. Adam dan Ain cukuplah kut.
“Nak lah tapi Liya tak bersedia lagi lah!” jawab Rayyan. Aleeya menjeling tajam. Abang tak pernah cakap pun kat Liya.
“Paksa saja lah Liya tu, Rayyan,” cadang Mak sebelum berlalu. Paksa?? Mak ni ke situ lah pula. Rayyan tersenyum penuh makna. Sedangkan Aleeya sudah menarik muka masam.
“Apa senyum-senyum ni?” soal Aleeya sambil mahu bangun dari kerusi.  Hendak tambah pulut lagi lah. Sedap!
“Betul kata mak, kena paksa lah Liya ni!” jawab Rayyan. Dicuitnya pipi Aleeya.
“Paksa??”
“Ha, ah. Liya kan nak tinggal di rumah. Lepas ni jaga anak-anak abang kat rumah jadilah!” ucap Rayyan sambil meninggalkan Aleeya.
“Abangg!” jerit Aleeya perlahan. Rayyan buat tidak peduli saja.

Aleeya mengetapkan bibirnya. Geram!!!