Jumaat, 23 Ogos 2013

CERPEN : RAYYAN ALEEYA EPISOD 12



Malam jumaat, malam penuh keberkatan. Jumaat ada lah penghulu segala hari. Malam ini nak baca yassin, selepas itu nak buat solat sunat, solat taubat dan solat hajat seperti setiap malam jumaat setiap minggu sebelum ini.  Sekarang, sejak ada anak dua, banyak yang dia ketinggalan. Baca al quran selepas mahgrib pun jarang dilakukan, sehingga Rayyan asyik merungut dengannya. Sebelum ada anak, setiap malam selepas mahgrib sementara menunggu isyak, dia akan membaca al quran tetapi sekarang, tak lagi. Balik rumah, nak kena masak, basuh kain baju, dan si kembar itu lagi lah perlu di layan. Belum masuk papanya lagi.
“Baju Adam dan Ain, papa dah beli tadi. Tapi abang lupa nak bawak balik. Ada kat ofis, “ beritahu Rayyan sambil menyandarkan badannya ke badan Aleeya yang sedang melipat kain baju.
“Ye ke? Ingat nak ajak abang beli baju dia orang besok!” majlis rumah terbuka malam sabtu, selepas solat isyak.
“papa dah beli semalam, cuba abang lupa nak beritahu liya saja lah!” jelas Rayyan. Banyak dah yang Tuan Mirzal belikan untuk cucu kembarnya ini. Kebanyakan baju si kembar boleh dikatakan semuanya Tuan Mirzal yang belikan.
“Kena ucapkan terima kasih kat papa lah ni,” ucap Aleeya sambil tersenyum .
“Yup!”

Aleeya segera bangun, mengambil pakaian yang dilipatnya di susun ke dalam almari, sambil memandang wajah Rayyan yang masih melihat ke arahnya. Tak payah senyum-senyum manja kat Liya lah, Liya ada banyak kerja lagi nak buat, bisik hati Aleeya apabila melihat jelingan nakal dari suaminya.
“Dapat banyak lagi pahala kalau layan abang malam ni, “ tegur Rayyan sinis.  Hahaha, dah agak dah tadi.
“Tahu, tapi tak nak lagi lah. Liya ada kerja lagi ni,” tolak Aleeya perlahan.
“Suruh ambil pembantu rumah tak nak, lepas tu bagi berbagai alasan!”” rungut Rayyan, di capainya buku kisah-kisah nabi di atas meja yang bertindan dengan novel isterinya.
“Setengah jam saja, lepas tu Liya jadi milik abang malam ni,” gurau Aleeya. Rayyan mengelengkan kepalanya.
“Pernah baca kisah Nabi Luth?” soal Rayyan. Lebih baik ajak berbual dari aku tertidur seorang diri. Jam sudah menunjukkan ke angka 11.00 malam.
“abah pernah cerita dulu, kenapa?”
“Keturunan Nabi Luth yang timpa azab bencana paling dahsyat kerana engkar kepada perintah ALLAH,” terang Rayyan. Aleeya memberhentikan kerja-kerjanya dan terus datang menghampiri Rayyan. Kata-kata itu seperti ditujukan kepadanya pula. Aku tidak mahu ditimpa bala bencana kerana engkar kepada suami aku sendiri. Takutnya dengan hukuman dari ALLAH.  Terus dibaringkan di sebelah Rayyan, dan lengan Rayyan diambil menjadi alas kepalanya.
“Keturunan Nabi Luth melakukan kejahatan, rompokan dan sebagainya lagi. Paling keji adalah apabila lelaki menyintai sesama lelaki, lelaki minat sesama lelaki, manakala perempuan pula lebih sukakan perempuan sama perempuan. Meminati kaum sejenis, dan perkara ini adalah dilaknat oleh ALLAH,” sambung Aleeya  sambil memandang buku di tangan suaminya.  Rupanya kisah lesbian dan homoseksual sudah berlaku pun di zaman Nabi Luth lagi. Dan pada masa sekarang, perkara ini berulang lagi. Dunia sedang melihat dan sesetengah tempat mengizinkan perkahwinan kaum sejenis. Lelaki berkahwin dengan lelaki, dan perempuan pula berkahwin dengan perempuan. Itu sudah menolak fitrah manusia yang sepatutnya hidup berpasangan. Masya ALLAH..,
“Ha, ah. Sehingga lah suatu malam ALLAH menghantar dua orang malaikat yang menyamar menjadi lelaki yang paling segak datang ke kawasan Nabi Luth. Apabila golongan lelaki melihat ketampanan malaikat yg menyamar tadi, mereka berlumba-lumba dan saling bergaduh untuk mendapatkan lelaki tampan yang diutuskan oleh ALLAH. Walaupun ditegah dan dihalang oleh Nabi Luth mereka tetap mahukan lelaki-lelaki ini untuk dijadikan habuan seks untuk memenuhi nafsu mereka,” cerita Rayyan pula. Dia sudah selesai membaca kisah ini lewat malam semalam. Malam ini nak sambung membaca cerita tentang Nabi Ayoib pula. Nabi Ayoib yang diuji dengan kesakitan berpuluh tahun tetapi isterinya setia menemani Nabi Ayoib sehingga lah Nabi Ayoib sembuh semula dengan keizinan ALLAH.
“Akibat dari keengkaran ini, ALLAH menurunkan bala bencana yang paling hebat, dengan menurunkan gempa bumi yang telah menghapuskan semua kaum Nabi Luth, kecuali Nabi Luth dan dua orang anak gadisnya saja yang selamat dari azab tersebut,” kata Aleeya. Abah kan guru agama masa Liya kecil-kecil dulu, jadi selepas mengaji al quran abah akan cerita kisah-kisah nabi kepada kami, anak-anaknya dan juga kepada anak-anak muridnya.
“Liya tahu, isteri Nabi Luth turun menjadi mangsa dalam gempa bumi tersebut kerana engkar dengan arahan Nabi Luth?” soal Aleeya. Tahu, isteri Nabi Luth yang pada mulanya mengikuti Nabi Luth untuk meninggalkan kawasan itu, telah pulang semula ke kawasan tersebut sebelum gempa bumi berlaku dan dia turut menjadi mangsa korban dalam gempa bumi itu.
“Ha tu, yang asyik lipat kain, buat kerja lain tu kenapa?”
“Abang selalu guna taktik ni untuk buat liya lemah, jatuh kat pangkuan abang. Tu yang Liya tak suka nih. Pikat lah dengan cara lain pula..,”
“Pikat apanya pula? Abang cerita lah tadi, bukan pikat hati liya pun..,” Akal banyak sungguh lah Encik Rayyan nih..
Rayyan meneruskan bacaan,  dan Aleeya turun membacanya sekali. Telefon bimbit Rayyan berbunyi di sebelah. Rayyan mengangkat dan menjawab tetapi di hulurkan kepada Aleeya, sahih telefon Aleeya tak dapat dihubungi.
“Acik rupanya!”
“Tergamaknya adik buat macam tu kat acik. Sanggup tak beritahu acik, abah dan mak sakit kat kampong. Adik ingat adik seorang saja ke anak abah dan mak?” serang acik bertubi-tubi. Tak pun beri salam dan bertanya khabar. Aleeya terus bangun dan terduduk kerana rasa tidak boleh bernafas tiba-tiba saja. Apa kes pula malam-malam telefon nak marah orang nih.
“kalau jadi apa-apa kat abah dan mak, adik nak acik menyesal seumur hidup ke? Adik memang tak boleh harap lah,” tengking acik lagi membuatkan Aleeya terpinga-pinga saja.
“Acik dah salah sangka kut!” balas Aleeya. Liya dah call berkali-kali lah, tapi kak Tasha yang tak benarkan Liya bercakap hari tu.
“Salah sangka? Atau pun adik dan angah sengaja nak kenakan acik, sebab dari dulu lah abah lebih sayangkan kau orang berdua,” marah acik semakin membara, sampaikan sanggup kata macam tu kat abah.
“acik ni tak baik lah cakap macam tu..,” kata aleeya sebelum telefon terputus. Aleeya mengeluh perlahan membuatkan Rayyan di sebelah rasa hairan. Muka Aleeya sudah berubah. Telefon Rayyan diletakkan di atas bantal, dia bangun dan mencari handsetnya di dalam tas tangan. Rupanya telefonnya kehabisan bateri.
“Abang, Liya pinjam telefon sekejap yer!” minta Aleeya. Rayyan mengangguk. Telefon Rayyan diambil semula dan dia mahu keluar dari bilik saja. Tidak mahu Rayyan tahu, tetapi Rayyan menahannya.
“Liya dah janji dengan abang kan hari tu, tak ada rahsia antara kita!” halang Rayyan sambil menarik tangan Aleeya. Yer lah tu. Nombor angah dihubunginya.
“Angah!”
“Kenapa? Acik mengamuk kat Liya ke?”
“Ha lah!”
“Abang long marah dia kut, sebab kak long beritahu abang long semalam!” patut lah. Rupanya kena marah dengan Along. Semua adik-adik along termasuk dengan saudara ipar yang lain, takut dan hormatkan along. Along dah jadi ketua, sebagai abang sulong. Lagi pun along pegawai tentera, jadi along memang tegas. Ingatkan Rayyan pernah kena tumbuk dengan Along sewaktu Along tahu Rayyan bukan betul-betul orang islam.
“Siapa beritahu along?” sepatutnya hanya aku dengan angah saja yang tahu hal acik dan kak tasha tu. Aku pun tak cerita kepada suami aku sendiri. Kerana ini hal kecil dalam keluarga kami. Lagipun tak sangka lah pula nak kena serang macam ni dengan acik.
“Angah cerita kat isteri angah lah, kak ngah kau pula pergi cerita kat kak long tentang acik dengan kak tasha tu, kak long mesti buat laporan lengkap kat abang long, jadi mengamuk lah along kat acik. Tu yang acik marah sangat tu..,” terang angah. Tetapi apa salah aku?
“Yang angah pergi cerita kat kak ngah tu kenapa? Tengok, tak pasal-pasal liya kena marah dengan acik,” ujar aleeya. Bengang. Rayyan sudah menjeling, tanda tidak suka.
“Laki bini memang kena macam tu, kena kongsi semua hal lah!” tetapi tak payah lah kongsi semua hal sampai jadi macam ni.

Selesai bercakap dengan angah, aleeya mahu telefon kak tasha pula. Tidak puas hati dengan sikap kak tasha yang tidak mahu mengaku hal yang sebenarnya, sehingga dia yang dimarahi oleh acik tetapi Rayyan merampas telefon di tangan Aleeya.
“Liya nak call kak tasha lah,” beritahu Aleeya. Hilang sabar pula. Asyik Liya saja dipersalahkan.
“Pergilah ambil air solat, pastu tidur. Layan abang lagi baik dari bergaduh dengan kakak ipar sendiri,” suruh Rayyan. Tak sukanya Aleeya buat perangai macam tu.
“Liya nak tegak kan kebenaran lah!” jawabnya perlahan. Dia boleh lah, tenang saja dengan masalah adik beradik dan keluarganya. Cuma dengan Liya saja, abang hilang sabar.
“Liya pernah tengok abang bergaduh dengan adik-beradik abang?” soal Rayyan. Aleeya mengelengkan kepalanya. Jaga hubungan adiik beradik, Liya, kalau sudah retak susah nak perbaiki keadaan nanti. Takut hubungan yang mesra menjadi renggang pula.
“Tu abang, bukan Liya lah!” balas Aleeya. Rayyan tersenggih. Bukan nak mengaku salah pun.
“Pergilah ambil air solat,  nanti sejuk lah hati tu!” kata Rayyan sambil menghantar Aleeya ke pintu bilik air.

Hati memang sejuk setelah mengambil air solat tetapi di dalam hati rasa sedih pula, sebab kata-kata acik tadi. Sampai hati acik tak percaya kepada adik sendiri, sampai sanggup mengungkit tentang layanan abah, sebelum ni acik tak pernah pun cakap macam tu kat abah.

Dihampirinya Rayyan yang sedang menyambung membaca buku tadi, dibenamnya wajahnya di dada rayyan. Hati semakin sebak, dan aleeya menahan kesedihan di dalam hati. Rayyan dapat merasainya tetapi dibiarkan saja. Terus diletakkan buku di sebelah, tangannya membelai rambut Aleeya dengan manja. Dicium kepala isterinya itu.  Manja sungguh dia, sampaikan acik tuduh macam tu dah nak menangis. Rayyan ketawa kecil.
“Tak boleh lah abang nak berasmaradana dengan isteri malam ni,” gurau Rayyan. Aleeya terus mengangkat mukanya. Ada juga air mata yang mengalir di penjuru mata.
“Abang ni ke situ pula,”
“Dah liya sedih, siap nak menangis lagi,”
“Hati sedih, menangis lah, tak kan hati sedih, nak ketawa pula!” ujar Aleeya kembali tersenyum. Rayyan memeluk Aleeya dengan erat.  Di pegangnya pipi Aleeya.
“Tidur lah, tenangkan hati tu, Abang tahu Liya nak bangun solat sunat malam ni, abang pun nak bangun buat solat sunat juga. Rasanya sudah lama tidak mengadu pada ALLAH, kerana terlalu leka dengan tuntutan duniawi,” kata Rayyan mahu bangun tetapi Aleeya menghalangnya.
“Liya nak pahala kerana melayani kehendak suami Liya terlebih dahulu. Liya nak keredhaan dari suami Liya, kerana syurga Liya adalah menunaikan tanggungjawab dan amanah Liya sebagai seorang isteri untuk suaminya,” kata Aleeya kepada Rayyan.
“Alhamdulillah, terima kasih, sayang!” ucap Rayyan. Kerukunan rumah tangga terletak pada suami dan isteri. Masing-masing ada peranan tersendiri. Peranan seorang suami kepada isterinya, dan peranan isteri kepada suaminya. Belajarlah dari Nabi Muhammad S.A.W bagaimana rasulullah melayani isterinya untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Rasullullah adalah contoh yang paling baik. Apabila suami isteri yang bergelar ibu bapa sudah mencapai kebahagiaan, baru lah kebahagiaan ini dapat dikecapi oleh seluruh keluarga, terutamanya anak-anak, yang dianugerahkan dari ALLAH. Tetapi malangnya sebagai manusia yang digelar insan biasa, kita sering engkar, maka berlaku lah perkara-perkara yang tidak diingini.

“Liya bahagia kerana menjadi isteri abang!”bisik Aleeya perlahan membuatkan hati Rayyan turut bahagia mendengarnya.

2 ulasan:

  1. Kak Tasha tu x boleh dilayan sangat Liya....
    Biar satu hari nanti Acik tahu tentang Kak Tasha tu sendiri...
    Yang penting rumahtangga Rayyan dan Liya kena jaga....

    BalasPadam
  2. dalam keluarga, mesti ada org yang mcam kak tasha kan, jadi keluarga liya pun mcm keluarga org lain juga, tak sesempurna mana pun... kalau saya buat cerita yg baik-baik saja, nampak sangat saya menipu org yang membaca, sebab dalam kehidupan kita kena lalui banyak cabaran dan ujian..

    BalasPadam