Isnin, 12 Ogos 2013

CERPEN : RAYYAN & ALEEYA SAMBUT RAYA (EPISOD 5)



Sudah masuk raya ke lima hari ini, dan sepatutnya dah kena balik ke KL, sebab nak kena masuk kerja. Kalau zaman bujang, sahih tak balik lagi sebab keadaan abah tu tapi Rayyan sibuk nak balik, Liya saja berat hati nak tinggalkan abah dan mak. Di rumah hanya tinggal abang long seorang saja, yang lain semuanya sudah bertolak balik awal subuh tadi.
“Jadi balik malam ni, Rayyan?” soal abah sambil mengurutkan kakinya. Rentak ni lambat lagi lah nak pulih. Siapa lah nak tengokkan bendang aku tu? Lembu kerbau kat kandang tu, siapa nak beri makan rumput? Kalau Angah ada, boleh juga harapkan si Angah, sebab si Angah tu mahu main lumpur, tak seperti yang sulong ni. Rungut abah di dalam hati. Risaunya sebab tak boleh nak berjalan lagi. Kena belajar pakai tongkat lah gamaknya, supaya senang aku berjalan nanti.
“Insha ALLAH, malam ni kita orang balik, Abah!” jawab Rayyan. Dipandangnya muka Aleeya yang muka masam sejak awal pagi. Kes nak kena balik KL lah ni.
“Suruh lah abang long kamu hantar kat airport nanti,”
“Tak mengapa kalau along sibuk, kita orang boleh balik naik teksi,”
“Elok juga tu!” Abah sebenarnya tahu, Aleeya berat hati hendak pulang kali ini, kerana keadaannya. Abah kan rapat dengan Aleeya.
“Tengok macam mana, kalau kawan along tak jadi datang malam ni, along hantar kau orang kat airport,” celah abang long sambil duduk di sebelah Rayyan.  Adik aku ni pasai apa pula, muka sedih saja. Hendak bertanya takut meletup pula rumah tengah hari ini.
“Okey juga tu!” ujar Rayyan sambil tersenyum.
“Kau kena tambah anak lagi lah Rayyan, sekurang-kurangnya biar dua orang lelaki, dan dua orang perempuan, jangan dapat seorang anak perempuan mcm keluarga abah, kau tengok muka Liya, menyampah Along tengok hari ni,” sindir Along. Abah manjakan sangat si Liya ni sejak dari kecil lagi, akibatnya Liya jadi macam ni. Aleeya mencebikan mulutnya. Ubah topik pula.
“Mak sokong tu. Dulu mak long kau mengamuk kes abah rotan anak lelakinya, Ismail. Ceritanya Ismail tertolak Liya jatuh dari basikal kerana rebutkan basikal yang mak long kau baru beli. Luka sedikit saja kat dahi dengan kepala lutut, tetapi menangis sampai satu kampung dengar. Abah kau pula bila tengok anak manja dia menangis, terus ambil rotan dan pukul belakang badan Ismail. Banyak kali pula tu, kes itu lah yang buatkan mak long kau terasa hati dan berdendam dengan abah kau sampai sekarang. Siapa tak sakit hati pukul anak orang, Rayyan!” cerita mak membuatkan Rayyan mengelengkan kepalanya. Ada cerita rupanya! Tak mahu sebut lagi kes nak anak, sebab Aleeya pernah keguguran. Jadi, sekarang Rayyan sudah tak kisah tentang itu, kalau ada rezeki, ada lah, kalau tak ada, dia bersyukur dengan apa yang dia miliki sekarang.

Aleeya terus bangun, menuju ke dapur. Hari ini menu utama nasi dagang. Tetapi bukan Aleeya yang masak, mak yang masak sebab tengok muka Aleeya yang tak manis langsung hari ini.
“Adik, buat bihun sup. Abang dah beli ayam dan bihun tadi, barang-barang yang lain semuanya dah ada dalam peti sejuk!” jerit abang long. Mengada-ngada betul lah, pantang nampak orang masuk dapur.
“Liya tak ada mood lah!”
“masak yang simple saja lah. Adik kan pandai masak bihun sup!”
“Tak mahu!” tapi tangan buat juga kerja tu.
“Abah ada anak perempuan seorang saja lah, Rayyan. Tu yang sayang sangat tu!” sambung abah ikhlas. Kalau Liya minta bulan dan bintang pun, abah sanggup beri lah.
“Kes tu yang buat anak awak degil dan keras hati. Tengok lah sekarang, suka lawan cakap suami. Berdosa tau tak?” marah mak. Aku sayang anak-anak sama rata, tapi abahnya semua lebihkan Liya. Mujurlah abang-abang tak terasa hati.

Aku tak salah menilai Rayyan. Kalau ikut hati memang risiko tinggi untuk melepaskan Aleeya kepada Rayyan dulu, sebab perempuan tidak boleh membimbing orang lelaki terutamanya dalam hal-hal agama. Perempuan tidak boleh menjadi pemimpin dalam keluarga. Bagaimana kalau Aleeya gagal untuk membimbing suami, kerana suaminya bukanlah seorang islam sejati, dan suami pula boleh buat apa saja ke atas isteri kerana kuasa veto ada pada suami. Sebagai suami Rayyan tak perlu pun mendengar kata-kata seorang isteri, sebab dia yang berkuasa dalam rumah tangga.

Tetapi waktu itu, hatinya berat mengatakan Aleeya akan berjaya mendidik Rayyan menjadi lelaki islam yang sejati. Alhamdulillah semua itu terbukti di hadapan matanya sekarang.
“Rayyan, awak ketua keluarga jangan beri muka sangat kat Aleeya, seperti mana abah kau buat!” pesan mak. Rayyan tersenggih. Aku bagi muka ke selama ini? Sedangkan untuk kerukunan rumah tangga, kami perlu bertolak ansur sebagai suami dan isteri. Itu yang aku lakukan. Aku tak kisah kalau Rayyan pukul Aleeya, sekiranya Aleeya yang bersalah, sebagai syurga isteri adalah di bawah kaki suami. Tetapi aku ambil kisah kalau Rayyan pukul Aleeya kerana Aleeya menegakkan agama islam.  Tetapi rasanya Rayyan tak akan buat macam tu, bisik hati Abah.
“Along sokong cakap mak. Kalau Liya engkar kepada Rayyan, Rayyan berhak pukul liya, itu memang ada dalam agama islam,” sambung Along. Nak pukul Liya? Marah aku tak lah sampai nak pukul isteri kesayangan aku tu.
“Ooo, ajar laki orang pukul isteri ni apa kes?” sampuk Aleeya. Bau sup ayam masuk ke dalam lubang hidung. Ah, sekejap lagi boleh lah makan bihun sup.
“kalau liya tak taat kepada Rayyan, jijak kepala rayyan, abah tak kisah kalau Rayyan pukul Liya, sebab itu hak Rayyan. Ingat Rayyan, dalam rumah tangga, Rayyan ketua keluarga, jangan biarkan isteri mengawal rumah tangga rayyan pula!” ujar abah. Sayang macam mana pun, Aleeya sudah hak Rayyan. Hak seorang suami. Abah tak ada hak lagi pada anak perempuan yang sudah berkahwin. Abah pegang aturan islam, jadi kasih sayang abah tak akan mengatasi kasih sayang seorang suami.

Semua orang memihak sebelah rayyan hari ini. Abah, mak dan along, tetapi apa yang dia orang cakap adalah kebenaran. Itu sebenarnya sudah tertulis dalam panduan rumah tangga dalam islam.  Dan semua itu adalah kebenaran. Tengok lah macam mana islam mengajar lelaki menjadi seorang suami yang bertanggungjawab kepada seorang perempuan yang bergelar isteri. Tetapi malangnya banyak lelaki-lelaki di luar sana tidak mengamal cara hidup berumah tangga secara islam.  Kalau ikut islam, mesti tidak berlaku lelaki pukul suami ikut sesuka hati mereka saja.  Ikut lah hadis dan al quran yang ditinggalkan oleh Rasullullah S.A.W tentu hidup kita terjamin dunia dan akhirat.
“Kenapa isteri tidak boleh membimbing suami , liya?” soal Rayyan ketika menemani Aleeya memberi anak-anak itik makan di tepi kolam. Aleeya tak berkemas barang lagi, malam ni dah nak berangkat. Dan dia pula tidak boleh meninggalkan Aleeya di kampung, kerana hidupnya akan kesunyian tanpa isteri dan anak-anak kat rumah nanti. Abang perlukan Liya, kat rumah tu.
“Isteri mana ada kuasa lah, kalau liya bercakap, abang tak ikut cakap Liya pun abang tak bersalah dan berdosa, tetapi kalau Liya tak ikut cakap abang, Liya berdosa tau. Jadi isteri memang tak boleh nak beri bimbingan kepada suami sebab suami yang berkuasa!” luah Aleeya. Sibuk menguruskan anak-anak itik abah. Kalau balik, mak kena buat semua nih nanti. Kasihan mak nak kena buat kerja sorang-sorang sebab abah sakit.
“Contohnya!” cungkil Rayyan lagi. Dia tak buat apa-apa pun kerana dia memang tak pandai nak buat macam liya buat sekarang. Rasa kekok sangat.
“Selama ini kalau abang tak nak solat kalau liya suruh, tak nak berpuasa kalau Liya ajak, Liya tak boleh nak buat apa lah. Tetapi keadaan akan berbeza kalau abang suruh Liya solat Liya tak buat, Liya berdosa kepada abang dan kalau Liya berpuasa sunat, abang tak izinkan, Liya kena buka puasa tu!” jelas Aleeya panjang lebar. Dia duduk sebelah Rayyan. Bau dedak pun Rayyan tak sanggup dah. Tu pun abah masih sayang kat Rayyan juga. Tu belum bau tahi lembu dan kerbau lagi, entah-entah Rayyan pengsan kalau kena bau tahi lembu dan kerbau. Sedangkan itu hanya bau rumput.
“Kenapa kena buka puasa tu kalau abang suruh?” sengaja ke memang tak tahu nih? Lamanya Aleeya tidak menjawab, tetapi hanya tersenyum simpul saja.
“Senyum pula? Kenapa kena bukak puasa sunat tu kalau abang suruh?” ulang Rayyan sekali lagi.
“Abang memang tak tau, atau pura-pura ni?”
“tak tahu dan nak tahu!”
“Kalau Liya sedang berpuasa, dan abang nak liya layan keinginan abang terlebih dahulu, Liya wajib layan abang dan buka puasa sunat liya..,” muka liya sudah warna merah. Rayyan ketawa kecil.
“Keinginan abang tu apa sayang?” bisik Rayyan. Hish, aku ambil dedak ni letak dekat lubang hidung, biar termuntah kat sini baru dia tahu kut.
“Mana lah Liya tahu keinginan abang tu apa?” Aleeya pura-pura tidak mengerti pertanyaan dari Rayyan.
“Keinginan itu adalah melayan nafsu abang lah. Tengok islam ajar isteri macam liya tu macam mana. Abang yang lebih diutamakan sebab abang suami Liya lah!” jadi malam ini Liya kena ikut abang balik KL, faham tak? Kalau cakap terus terang mesti bergaduh panjang lagi.

Mata merah, hidung merah kerana menahan esakan di dalam dada. Tak sanggup nak tinggalkan abah dan mak.
“Along ada lah. Lagipun Angah akan balik dua hari lagi untuk jaga abah!” pujuk Along tahu perasaan Aleeya ketika ini. Liya pun nak jaga abah juga tetapi Rayyan sah-sah tak benarkan Liya tinggal dengan abah.
“jangan lah risau, sikit saja ni. Nanti abah sihat lah!” pujuk abah pula. Mak hanya mengelengkan kepala saja. Kalau kau tak ikut suami kau balik malam ni, mak akan halau kau Liya. Manja sangat!

Nak buat macam mana kan, tanggungjawab isteri pada suaminya, bukan pada ayahnya lagi. Jadi Aleeya terpaksa balik walaupun berat hati sangat nak berpisah dengan abah tadi. Ketika menunggu di lapangan terbang pun, Aleeya menangis lagi. Along sudah balik kerana kawannya sudah sampai kat rumah, tinggal Rayyan dan Aleeya serta anak-anak saja.
“Abang perlukan Liya lah, siapa nak temankan abang kat rumah nanti kalau Liya tinggal di sini?” pujuk Rayyan pula. Menangis macam nak pergi luar negara. Wal hal kedah dan KL, jauhnya hanya 45 minit saja. Insha ALLAH, minggu depan kita datang jenguk abah lagi lah.
“abah sakit lah, abang sihat walafiat..,”
“hmmm...,”
“abang boleh berdikari tanpa..,” belum pun habis, muka rayyan sudah berubah menjadi merah. Marah! Aleeya tak sanggup nak habiskan kata-katanya.
“Tadi cakap pasal hukum, liya pandai yer, tapi nak praktik kan Liya tak boleh. Liya letak hukum islam kat bibir kut!” petang tadi cakap macam-macam pasal hukum agama, tetapi nak buat tak boleh lah pulak. Ini masalahnya, bila ilmu agama ada tetapi tak nak mengamalkannya. Aleeya terpana. Seperti tersedar dari mimpi. Cepat-cepat dikesatnya air matanya. Aku selalu macam tu.

Lemas tau tak, orang semua asyik pandang kita, rungut rayyan di dalam hatinya.
“Sekarang kalau abang nak suruh Liya layan nafsu abang kat hotel Liya kena buat, faham tak?” ujarnya sengaja nak uji Aleeya. Rayyan tersenyum. Takut bergegar lapangan terbang.
“Apa pula ke situ?” tak malu betul cakap macam tu kat sini. Kalau orang sebelah dengar, mesti dia salah sangka nanti.
“Betul kan?” soal Rayyan sambil tersenyum sebab dia tau Aleeya sudah sedar akan kesalahannya tadi.
“Betul, tapi Liya tak nak!” tolak Aleeya. Biar pun dia tahu Rayyan tak ada niat pun untuk itu semua.
“Berdosa dah tu!”
“Abang jangan merepek!”
“Abang ni lelaki lah, siapa nak jaga keperluan abang, kalau isteri abang tinggal kat kampung, perkara simple pun tak boleh nak fikir!” kata Rayyan sambil mencuit dagu Aleeya.
“Abang janji, sabtu dan ahad depan kita balik kampung jenguk abah!”
“Insha ALLAH,” aku memang nak balik pun minggu depan. Dah bagi tau abah dan mak sebelum balik tadi. Liya saja asyik menangis di dalam bilik tadi.
“Cakap sayang kat Liya, tapi kalau salah sikit, abang mesti paksa Liya!” rungut Aleeya sambil berjalan masuk. Penerbangan dari Alor Setar ke KLIA sudah diumumkan sebentar tadi.
“Tak mainlah paksa-paksa. Ingat abang ni jenis macam tu ke?”
“Yang tadi tu apa?”
“liya dah buat salah, abang tegur lah!”
“Salah apanya?”
“Hak abang kat Liya!”
“Liya pun ada hak juga lah!”
“yer lah tu..,”

Senang nak tegur Aleeya ni, sebab dia ada pengetahuan agama islam di dalam diri, walaupun perangai manja, degil dan suka melawan tu menebal di dalam dirinya. Tetapi aku nak kehidupan yg macam ni, kehidupan yang berlandaskan agama islam. Itu yang penting, dan isteri aku memang hidup dalam landasan islam pun.
“semua memihak kepada abang kan?” soal aleeya tiba-tiba ketika sudah duduk di dalam perut kapal terbang. Boleh pula dia tahu apa yang sedang aku fikirkan sekarang yer.
“Abang yang bertuah sebab liya jadi isteri abang!”
“Bertuah lah sangat!”
“Liya engkar saja, boleh peringat liya tentang hukum islam, jadi liya memang tak boleh lari dari abang pun!”
“Ooo..,” sebuah cubitan singgah di lengan Rayyan.
“liya..,”
“Liya memang terikat kat abang pun!”
“Faham pun!”
“Melayani kepuasan suami pun, Liya sudah mendapat pahala sebenarnya..,”
“Tau pun. Jangan cakap saja, tapi kena buat, baru betul!” dia tidak memaksa aku sebagai seorang suami walaupun dia berhak ke atas ku. Sebab dia ada ilmu agama islam sekarang. Dia marah, tapi tak pernah memukul  tetapi selalunya aku yang membuatkan salah dan membuatkan dia naik marah.

Agama islam itu sudah melengkapi segala-galanya, tapi kita yang menolak cara kehidupan islam. Akibatnya bila kita engkar kepada agama ALLAH, maka berlakulah bermacam perkara yang tidak diingini di dalam kehidupan sekarang, sehinggakan seorang suami sanggup membunuh isterinya seperti apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

2 ulasan:

  1. Liya ni sebenarnya manja sangattt...
    x kasihan ke kt Rayyan kalau Liya x balik sama... x takut ke mama akan buat yg bukan-bukan pada Rayyan .... hehehe

    BalasPadam
  2. ha, ah.. liya memang anak manja.. sebab abah liya terlalu manjakan liya sejak dari kecil lagi.. jadi liya jadi mcm tu..sekarang, rayyan pula manjakan liya...

    BalasPadam