Jumaat, 2 Ogos 2013

PENGANTIN EKSPRES 2 - BAB 28



BENARLAH, antara kami sememangnya mempunyai ikatan hati yang kukuh. Ikatan hati yang kekal di dalam jiwa antara kami berdua. Biar pun kami selalu bergaduh tetapi akan berlaku tolak ansur antara kami berdua. Salah satu mesti mengalah. Selalunya Aleeya lah yang banyak mengalah kerana sebagai isteri, Aleeya tahu peranannya kepada seorang suami seperti Rayyan.
“bangun lah, tak nak solat ke?” kejut Rayyan. Aleeya sengaja tidak mahu bangun, ingin melihat sikap suaminya. Teringat dulu dia yang sering kejutkan Rayyan untuk bangun solat subuh, sekarang sudah terbalik. Suaminya ini menjaga solatnya, solat yang lebih penting di dalam kehidupannya.
“letih lah!” alasan Aleeya. Wal hal dia sudah bersedia untuk bangun dan bersolat jemaah bersama-sama suaminya.
“Apa???” suara Rayyan sudah keras kedengaran.
“Liya nak tidur lagi, abang solat lah dulu!”
“Liya jangan beri alasan yang bukan-bukan, kecuali Liya cuti memang abang tak kisah, sekarang abang nak liya bangun, mandi dan bersolat dengan abang. Cepat sikit!” gesa Rayyan seperti marahkan anak saja lagaknya. Weh, papa adam dan ain dah marah ibu nih.
“Kejap lah!”
“Liya..,” jerit Rayyan sambil menarik tangan Aleeya supaya bangun. Sudah batal air solatnya kini. Aleeya hanya tersenggih saja membuatkan mata Rayyan menjeling tajam.
“Sengaja nak mainkan abang yer,” ujar Rayyan sambil menarik hidung Aleeya dengan manja.
“Sakitlah!”
“Lagi sakit kalau Liya tak bersolat. Liya jangan mengada-ngada. Cepat mandi!” jerkah Rayyan. Aleeya berlari masuk ke dalam bilik Aleeya sambil ketawa kecil.

Tengok, Liya tak salah memilih suami lah, abah. Liya nak suami seperti ini, kalau Liya salah, suami Liya yang akan menegur Liya. Liya nak seorang suami yang boleh menjadi imam, memimpin Liya dan anak-anak mendirikan solat. Rayyan dah buktikan, dia boleh buat semua itu, abah. Kalau dulu Rayyan tak boleh bersolat, tak boleh nak jadi imam untuk Liya, sekarang tak lagi lah abah.

Alhamdulillah, Liya dah dapat seorang suami yang Liya impikan selama ini.

Ketika Aleeya selesai mandi, Rayyan sudah menunggunya di sejadah. Menunggu dengan penuh sabar.  Solat jemaah ini tidak pernah ditinggalkan biar pun ada perselisihan faham antara mereka berdua. Rayyan kalau marah macam mana pun kat Liya, bila waktu solat, dia tetap akan bersolat berjemaah dengan Liya. Pesan abah, solat ini akan kembali menyejukkan hati yang sedang marah seandainya suami isteri sedang bergaduh. Dan selalunya rasa marah itu akan hilang ketika Aleeya bersalaman dengannya dan cinta kembali segar setiap kali dia mencium dahi isterinya itu.
“Tunjuklah contoh tak baik kat anak-anak yer, anak-anak tu dah makin membesar, si ibunya pula masih tetap manja seperti dulu,” leter Rayyan sambil melipat sejadah kepunyaannya. Begitu juga dengan sejadah Aleeya. Aleeya menjelirkan lidahnya. Rayyan tersenggih sambil mengelengkan kepalanya. Sikap manja itu memang tak boleh nak buang kut. Ini sebab abah lah, manja sangat dengan Aleeya sampai Aleeya jadi macam nih.
“Liya ada benda nak cakaplah dengan abang pagi ni,” ujar Aleeya. Semalaman dia berfikir panjang tentang mama. Dan dia tidak mahu mama berterusan begitu. Rasanya elok bincang kat rumah sebelum bertolak ke pejabat pagi ini.
“Ada apa pula ni?” soal Rayyan sambil menarik tangan Aleeya duduk di sebelahnya di atas katil. Aleeya mengenggam erat tangan suaminya. Kena cakap elok-elok, nanti marah lah pula dan Rayyan tahu Aleeya mahu mengambil hatinya. Tentu ada sesuatu!
“Tentang mama..,” kata-kata Aleeya terhenti di situ sebab mata Rayyan lebih cepat menangkap anak mata Aleeya.
“Hmm..,” jangan beri cadangan yang bukan-bukan sudah lah.

Kalaulah Fatimah Al Khattab boleh melentur hati abangnya, Umar Al Khattab dengan ayat-ayat suci Al Quran tentu kita pun boleh kan? Umar Al Khattab yang garang umpama singa itu lemah gara-gara mendengar alunan suara adiknya membaca kalam ALLAH. Dan Liya nak tunjuk perkara yang sama kepada mama, bahawa islam ini agama yang suci. Liya nak tunjuk kehidupan orang islam yang sebenarnya kepada mama dengan bantuan suami kesayangannya ini.  Sebelum ini kita tidak pernah memcuba untuk memperkenalkan islam kepada mama, tetapi kita mengambil keputusan yang sebaliknya. Kita semua menjauhkan diri dari mama dan membiarkan mama keseorangan. Abang dengan Liya. Alvin pula bersama Husna dan papa pula sentiasa ke luar negara, mencari ilmu agama dan mencari Julia dan Fawwaz dan mama kita biarkan berkelana seorang diri.
“Kita tinggal dengan mama...,” belum sempat habis pun cadangan Aleeya pun, Rayyan sudah menyentap tangannya dari genggaman Aleeya.
“Cukup, Abang tak nak dengar idea bodoh Liya nih!” pangkah Rayyan sambil bangun dari katil.
“Tapi bang, mama perlukan kita lah. Macam mana kita nak kenalkan islam kepada mama, kalau kita berada berjauhan dengan mama,” sambung Aleeya sambil turut bangun. Dihampirinya Rayyan dari belakang.
“Liya, abang tak nak anak-anak abang membesar dengan cara kehidupan mama, faham tak?” kata Rayyan sambil mengadap wajah Aleeya. Mama tu kaki mabuk lah, suka merokok lagi. Dan mama tak pernah tinggalkan tabiat ini sejak dari dulu lagi. Abang tak sanggup anak-anak hidup dalam keadaan begitu. Adam dan Ain akan melihat sikap nenek mereka yang tak elok itu nanti. Macam mana kalau Adam terikut sikap neneknya nanti. Liya nak Adam jadi kaki mabuk macam abang juga ke?
“Tapi...,” sambung Aleeya tidak mahu berputus asa. Rayyan meletakkan jarinya di bibir Aleeya.
“Abang tak nak dengar lagi benda nih. Cukuplah hari ni saja Liya beri cadangan tu, kalau Liya hormat abang sebagai suami Liya, jangan fikirkan perkara ini lagi. Abang tak suka, “ putus Rayyan sambil meninggalkan Aleeya sendirian.  

Aleeya mengeluh berat. Hmm, rupanya dia gagal untuk memujuk hati Rayyan supaya tinggal dengan mama. Dia tahu apa yang Rayyan takutkan, Rayyan tidak mahu Adam dan Ain mengikut jejak langkah Mama Sarah tetapi kalau kita tidak mencuba untuk mendekati mama, macam mana nak menarik mama pulang ke pangkal jalan?

Saling memarahi antara satu sama lain pagi ini. Masing-masing tidak bersuara. Rayyan bengang dengan permintaan Aleeya, dan Aleeya pula kecil hati dengan kata-kata suaminya pagi tadi. Lebih baik diam saja. Itu lebih baik dari kami bergaduh depan anak-anak.

Perselisihan ini membawa sampai ke petang. Kebetulan masing-masing sibuk dengan urusan di pejabat sehingga tidak sempat untuk memujuk diri. Tetapi Aleeya sudah terlupa bahawa dia sedang marah kepada Rayyan hari ini. Kecuali Rayyan yang masih terasa.
“Abang, Liya lapar lah!” suara Aleeya ketika mereka berjalan ke arah kereta. Belum sempat makan tengah hari, hari ni. Rayyan tidak bersuara, membuatkan Aleeya jadi pelik. Kenapa pula ni? Lalu Aleeya berfikir semula apa yang berlaku hari ini.
“Lupa lah pula, kata papa tengah marah kat ibu. Adam balik dengan papa yer, ibu nak ajak Ain temankan ibu makan terlebih dulu,” kata Aleeya sambil menutup pintu kereta yang sudah ditariknya. Waktu itu Rayyan sudah berada di dalam kereta bersama dengan Adam. Kebetulan teksi lalu di situ, Aleeya menahannya dan teksi berhenti tepat di hadapannya. Baru saja menarik pintu teksi, Rayyan sudah memegang tangan Aleeya.
“Nak bawa anak orang lari ni apa kes?” soal Rayyan. Tak sangka Aleeya mengambil tindakan sepantas ini.
“Bang, sorry yer, saya balik dengan suami saya!” beritahu Aleeya kepada pemandu teksi. Teksi berlalu pergi.
“Ini anak saya lah!”
“Anak awak lah, tapi kalau tak ada saya, nak datang dari mana anak nih!”
“Hehehe..”
“Tak payah ketawakan abang, cepat lah. Kata nak makan tadi!”
“Hati dah sejuk ke?”
“Panas lah, tunggu isteri pujuk, tak jugak!”
“Liya tunggu abang pujuk liya lah!”
“Jom lah, Adam kat kereta sorang-sorang tu!”

Mereka berjalan berpimpin tangan menuju ke kereta.

4 ulasan:

  1. betul kata rayyan tu takut adam dan ain terikut pulak.... Mama rayyan tu sunyi sebenarnya... rasanya hanya papa rayyan ja yg boleh bentuk semula mama tu... InsyaaAllah...
    gaduh-gaduh sayang ja Rayyan dan Liya ni... hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup... rasa-rasa mcm tu juga.. hanya papa rayyan saja yang boleh mengubati jiwa mama sarah yang lara nih

      Padam