Tak tahu nak buat apa sejak anak-anak tak ada. Papanya
saja yang ada, tapi sibuk memanjang sejak diberi amaran oleh Tuan Mirzal. Esok tu terasa lama lah sangat hendak
menunggu pun. Hmm.. wajah anak-anak sudah terbayang di ruang tamu. Tadi, selesai
solat isyak, dia menangis juga, terkenangkan buah hatinya itu.
Surat khabar dicapainya. Baca surat khabar sekarang
terasa takut yer, tambahan lagi yang berkaitan dengan perempuan. Perempuan yang
didera fizikal dan mental oleh suami sendiri. Teruknya perangai lelaki, marah
sedikit kepada isteri, sanggup di sepak
terajangnya, malah ada yang disimbah dengan air panas kerana marah dan naik
angin. Di mana rasa cinta??? Di mana erti sebuah kasih sayang?? Yang paling ngeri
sehinggakan sanggup membunuh pun adalah. Suami bunuh isteri, kalau bunuh orang
lain tu tak mengapa lah juga. Hmm, ni mana nilai perikemanusiaan??
“Khusyuknya baca...,” tegur Rayyan sambil menjengguk
surat khabar yang dipegang oleh isterinya.
“Suami dera isteri, ada yang sanggup membunuh lah!” jawab
Aleeya sambil memandang wajah suami kesayangannya.
“Tu bukan suami lah, Liya. Lelaki mcm tu layak ke digelar suami??” suara Rayyan sedikit
lantang. Surat khabar di tangan Aleeya diambil lalu dilipatnya. Tak suka
lelaki-lelaki yang berperangai begitu, macam haiwan pula. Isteri yang kita sayangi, yang kita cintai,
yang beri kebahagiaan dan kegembiraan kepada kita, alih-alih dilayan teruk
seperti itu. Kalau aku lah, buat mcm tu kat adik perempuan aku, tau lah aku nak
ajar jantan tu macam mana? Dengus Rayyan di dalam hati. Aleeya mengambil
telapak tangan Rayyan sebelah kanan lalu diletakkan di pipi kirinya. Macam mana
lah kalau abang tampar Liya, rasanya habis lah muka Liya yang comel ini?
“Kalau abang tak tampar liya, boleh pengsan nih?” gurau
Aleeya membuatkan Rayyan tersenggih. Apa kes nak tampar perempuan, tambahan
lagi nak tampar isteri kesayangan sendiri, lagi lah tak lojik. Susah kalau
hidup tanpa iman di dalam dada.
“Jatuh lah saham kalau abang tampar isteri, keturunan
abang tak pernah buat mcm tu walaupun dalam keadaan mabuk dan tidak sedar diri
lah. Kami ada harga diri lah!” ujar Rayyan. Ego tu tak pernah nak turun-turun.
“Abang tau, ada suami sanggup rogol isteri sendiri lah!”
pintas Aleeya. Nak tengok reaksi suaminya.
“Liya ambik di mana nih, suami rogol isteri, perkosa
isteri??? Mana ada suami mcm tu dalam hukum. Isteri tu hak suami lah, dan suami
boleh buat apa saja ke atas isterinya, kalau dah minta tak diberi, tak layan
suami sendiri, jadi paksa sajalah. Dan dalam perkahwinan mana ada istilah rogol
atau perkosa. Itu kalau tak kahwin lah!” ucap Rayyan tidak setuju dengan kata-kata
isterinya. Aleeya terdiam.
“Memang lah isteri tu hak suami, tapi minta lah
elok-elok, beri layanan yang istimewa kat isteri, dan isteri mcm saya tentu
sanggup beri layanan kat suami mcm tu lah, cek abang sayang!” kata Aleeya membela
diri. Entah lah angin dia cukup tak baik apabila membaca kes isteri di dera
oleh suami mereka.
“Yang, abang nak tanya sayang ni?” tanya Rayyan pula.
Aleeya melihat wajah suaminya.
“Pernah abang buat mcm tu kat Liya? Layan Liya dengan
kasar? Paksa Liya? Pernah ke?” hah ambik kau liya. Pandai sangat tadi. Tengok
soalan dari cek abang kau? Terlalu jujur dan berterus terang. Aleeya
mengelengkan kepalanya. Suaminya ini tidak pernah memaksa dirinya dalam hal
macam tu, malah suaminya ini terlalu memahami dan mengerti.
“Lepas ni abang nak tulis buku lah, cara-cara memikat
hati isteri, lelaki di sana kena belajar dari abang, macam mana abang layan
isteri abang nih,” ujar Rayyan sambil tersenyum.
“Iyerrrr.. abang jangan cakap macam tu nak termuntah Liya
dengar!” kata Aleeya sambil menepuk badan suaminya. Rayyan ketawa senang hati.
“Liya kahwin dengan abang kerana apa?”
“Kerana ALLAH,”
“Liya layan abang, puas nafsu abang kerana apa?” dia ni
sejak tahu perbualan liya dengan abang ngah, semuanya tak berahsia lagi kalau
bercakap dengan Aleeya, sedangkan Aleeya masih segan untuk membicarakan
persoalan sebegini. Aleeya tidak menjawab.
Telefon Aleeya menganggu perbualan mereka berdua.
“Mak!”
“Jangan datang ambil Ain lagi, boleh tak liya? Tak puas
lah mak nak bermanja dengan Ain, cucu mak nih!” beritahu mak. Tentu abah dah
bagi tau mak,kami nak ambil Ain besok.
Tadi masa call, mak kat dapur. Permintaan mak buat Aleeya hilang suara.
Macam mana nih?
“Liya rindu kat Ain..,”
“Balik jenguk sudah lah. Liya dengan rayyan kan sibuk,
biar lah Ain temankan mak dan abah kat kampung!” pinta mak lagi. Huhuhu, jangan
lah macam tu mak, liya nak jaga anak liya sendiri, tetapi Aleeya tak berani nak
beritahu mak semua itu.
“Tunggu lah seminggu dua lagi, nanti mak ajak abah kau
pergi hantar Ain kat rumah kau di KL tu,” putus mak sebelum meletakkan telefon.
Mak dah tak nak pisah dengan Ain??? Aduhai mak ni... Muka Aleeya sudah berubah
teruk. Masam mencuka. Hendak menangis pun ada.
“Kenapa?” soal Rayyan yang tahu perubahan wajah Aleeya.
Nie siapa pula lah yang cari pasal.
“Mak tak benarkan kita ambil Ain,” jawab Aleeya sebak.
“Ooo..,” sepatah saja. Tak tahu nak cakap apa-apa lagi.
“Abang, Liya nak anak-anak Liya...,” luah Aleeya. Pun tiada jawapan dari Rayyan. Antara isteri
dan mak mentua, masalah ini memang rumit. Beri cadangan dan pendapat pun nanti
tak kena pula. Hati mak di kampung perlu di jaga. Mak tu dah seperti mak
sendiri. Kalau hati mak terluka macam mana?
Yang kat sebelah ni pun kena jaga juga. Yang ini lagi lah
susah nak jaga hatinya. Daripada menyakiti hati mak dan hati Aleeya, lebih baik
diam saja.
“Kenapa diam? Ini kan cadangan abang suruh Liya kerja,
kalau Liya tak kerja tentu tak jadi macam ni,” ucap Aleeya, tidak berpuas hati
dengan sikap suaminya.
“Abang nak ambil pembantu rumah, Liya tak nak kan?” balas
rayyan pula. Liya tak tahu, papa pun tak nak serahkan Adam kepada kami buat
sementara waktu ini. Hah, kalau lah Liya tahu, habis lah aku.
“Liya nak besarkan dia orang dengan tangan Liya sendiri,”
ucap Aleeya sebak mengenangkan dia
berjauhan dengan anak-anak.
“Hmmm..,”
“Liya nak call abang ngah lah, minta tolong!”
“Liya selesaikan masalah ini, abang tak nak masuk campur!”
“Sebab?” mana boleh macam itu.
“Liya bincang dengan mak elok-elok, itu ajer!” susah jadi
menantu sebab nak kena jaga hati semua pihak.
Lama berbual dengan abang ngah, tetapi abang ngah pun tak
tahu nak buat macam mana. Iyer lah, di kampung tu mak. Bukannya orang lain pun.
Dan mak kalau buat keputusan memang susah dan payah. Faham sajalah perangai mak
tu.
“Buat lah anak lain. Adik dengan Rayyan tu kan masih muda
lagi. Boleh dapat anak lagi lah..,” syor abang ngah. Huwaaa, ingat nak dapat
anak tu, boleh dapat segera ke? Abangngah ni kepala otak dia sama lah dengan
rayyan.
“Liya tak nak lagi lah...,”
“Rayyan tu sahih nak!”
“Dia nak jaga dia pun tak boleh, anak-anak tak ada pun
dia tak kisah..,”
“Ooo, mengumpat abang yer!” celah Rayyan yang sejak dari
tadi mengikuti perbualan tersebut.
“Nak letak lah telefon, malas lah nak cakap dengan angah!”
“Cakaplah kat Rayyan, nak anak, tentu Rayyan boleh bagi!”
seloroh Angah.
Aleeya mencebik mulutnya. Benci lah.