Selasa, 20 Ogos 2013

CERPEN: RAYYAN & ALEEYA (EPISOD 6)



Banyaknya kerja yang terbengkalai  di ofis sejak bercuti raya. Atas meja ada fail akaun, ada minit mesyuarat yang hendak disemak, ada belajawan untuk projek dan berpuluh cek yang belum ditandatangani oleh Aleeya. Cek-cek ini perlu disemak terlebih dahulu sebelum Aleeya menandatanganinya terlebih dahulu, dan orang kedua yang akan sign cek ini selepas Aleeya ialah Rayyan.
“Kak Liya, pak ngah jatuh tangga pula nih, tadi pak ngah bawa tongkat nak turun ke bendang, tapi bila pak ngah cuba menuruni anak tangga pak ngah terjatuh lah.., beritahu Shila membuatkan hati Aleeya panasaran. Pulak?? Abah ni memang tak nak duduk diam lah? Tunggu lah sembuh dulu, baru berjalan.
“mak ngah mana Shila?”
“mak ngah demam, sakit kepala..,”
“Hah? Semalam akak call, okey saja..,”
“Pagi ni, subuh tadi mak ngah tak sihat. Mabuk ketupat dengan daging kut!”
“Abang long mana?”
“Dah balik lah sebelum subuh tadi, kena masuk kerja. Abang ngah tak boleh cuti kut!”
Abang long kenapa tak call Liya beritahu Liya dulu sebelum nak balik subuh tadi. Macam mana mak? Macam mana dengan abah? Air mata Aleeya menitis tanpa disedari. Kasihan kat mak dan abah kat kampung. Waktu sakit macam ni, anak-anak sorang pun tak ada untuk jaga mak dan abah. Sekuat mana pun aku hari ini, aku dah tak mampu kalau dapat tahu abah dan mak jatuh sakit. Hati ni macam orang nak gila dah teringat abah dan mak.

Air matanya dilap segera. Dia mahu berjumpa dengan Rayyan dan berbincang dengan Rayyan. Belajar dari kesilapan, dia tidak mahu membuat keputusan tanpa pengetahuan suaminya.  Apa pun dia perlu memberitahu Rayyan terlebih dahulu.
“Rina, bos ada?” tanya Aleeya kepada setiausaha Rayyan. Di sini pejabat. Ada peraturan tersendiri. Dia tidak boleh melulu masuk ke bilik Rayyan begitu saja.
“Ada, Puan. Tapi tengah berbincang dengan dua orang pelabur yang datang dari Singapura!” jawab Rina.
“Tak mengapa, saya tunggu kat sini!” tetapi kenapa lambat sangat ni. Buat Hati Aleeya semakin gelisah dan gelabah saja. Call di rumah, Shila yang mengangkat, kata Shila abah dan mak tidak mahu di bawa ke hospital untuk ambil ubat, nak tunggu anak-anak balik terlebih dahulu. Abang long dah tak boleh dihubungi kerana sebagai pegawai tentera mungkin abang long telah diarahkan ke sesuatu tempat yang sukar untuk dihubungi. Abang ngah pula tak angkat pun telefon. Achik dan Alang semuanya dah tak boleh bercuti kerana cuti panjang masa raya hari tu.

Setengah jam menunggu, baru lah Rayyan keluar bersama pelabur tersebut. Aleeya segera bangun dan menghampiri Rayyan.
“Perkenalkan, ini isteri saya, Aleeya. Liya ni rakan bisnes abang dari Singapura!” kata Rayyan. Alex Young dan Miss Chia berbalas senyuman. Aleeya menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Miss Chia.
“Liya, abang nak keluar makan dengan dia orang, apa hal-hal nanti kita bincang yer!” kata Rayyan tergesa-gesa meninggalkan Aleeya sendiri.
“Abanggg...,”
“Kejap saja, nanti abang balik. Liya tunggu kat bilik abang!” balas Rayyan sambil melambaikan tangannya kepada Aleeya. Aleeya mengeluh berat. Pergi macam tu saja, tak sempat pun nak cakap apa-apa, tak sempat pun nak beritahu tentang keadaan abah dan mak!
“Puan Aleeya kenapa cemas sangat ni?” soal Rina apabila melihat wajah Aleeya yang cemas sangat. Aleeya mengelengkan kepalanya. Tidak mahu membicarakan   hal itu dengan orang luar. Ini hal keluarga, biarlah antara dia dan Rayyan saja yang tahu.
“Tak ada apa lah. Nanti bila Encik Rayyan balik, call saya yer!” ujar Aleeya sambil pura-pura tersenyum dan dia berjalan kembali masuk ke dalam biliknya.
Dia segera menghubungi nombor Abah, lama menunggu baru lah Abah menjawabnya.
“Abah!” panggil Aleeya sambil menahan sebak di dada. Ikut hati, sekarang juga mahu dia pulang menemui abah di kampung. Tetapi kakinya, hatinya, sudah terikat dengan ikrar seorang isteri kepada seorang suami. Tidak mahu mengulangi cerita yang sama lagi.
“Jangan lah risau, abah okey, mak kamu pun okey!” suara abah seakan mengerti.  Kakinya yang rentak kini sudah membengkak semula, akibat tergelincir dari tangga tadi.
“abah ikut lah shila, bawa mak ambil ubat di hospital, nanti liya balik jenguk abah!” cadang Aleeya. Aku tak tahu pukul berapa baru boleh balik ke kampung ataupun tak boleh balik langsung hari  ini. Keputusan hendak balik atau tidak, berada di tangan suaminya ketika ini.
“Tak baik menyusahkan orang lah, nak!” sayu suara abah membuatkan Aleeya semakin sebak. Abah mesti sedang menunggu kepulangan salah seorang anaknya. Lagipun sikap abah, memang tidak mahu mengharapkan orang lain, termasuk anak saudaranya sendiri.
“Shila tu anak saudara abah juga, bukan orang lain lah, bah!” pujuk Aleeya. Siapa lagi yang boleh diharapkan selain Shila tu. Dia seorang saja yang terdekat dengan rumah abah di kampung.
“Tak mengapa lah, sikit saja ni!” tahan abah.  Degilnya abah sama seperti Aleeya juga.

Keluar tadi baru pukul 12.30, sekarang sudah pun pukul 2.30 petang, Rayyan masih belum pulang. Ke mana pergi, kata sekejap saja tadi. Dia menghubungi handset Rayyan tetapi tiada jawapan. Berkali-kali, satu pun tak di angkat. Pergi mana?
“Rina, Encik Rayyan tak balik lagi ke?”
“Belum, puan!”
“Dia bawa handset tak?”
“Tak. Tinggal kat ofis!”
“Patut lah pun!”
“Kenapa Puan?”
“Saya nak balik awal lah, saya tak sihat!”  bohong Aleeya.
“Saya suruh drebar hantar Puan Aleeya yer!”
“Tak apa, saya boleh balik sendiri!”
“Puan Liya, Encik Rayyan pesan tadi suruh sign cek dulu, takut tak boleh nak proses nanti!”
“Okey!”

Selepas asar baru dia balik ke rumah dengan dihantar oleh drebar syarikat. Rayyan masih belum pulang ketika dia balik ke rumah. Sibuk sungguh hari ini yer, sehinggakan tak sempat nak menelefon isteri. Tak tahu kah dia, aku sangat memerlukan dia hari ini. Kalau menangis pun, tangisan tak mampu buat apa-apa, lain lah kalau menangis boleh balik terus kat kampung tu.

Solat asar hari ini, dia tidak khusyuk, teringat abah dan mak di kampung. Anak ada sampai lima orang tetapi bila abah dan mak sakit, seorang pun tak boleh balik, dan jaga abah dan mak. Semuanya terikat dengan kerja masing-masing. Kadang-kadang kita jadi anak derhaka, kerana terhalang dengan tugas dan kerjaya bila berhadapan dengan keadaan seperti ini.

Abah dan mak sanggup bergolak gadai untuk besarkan kita dulu-dulu, sanggup bersusah payah demi kejayaan dan kebahagiaan kita, tetapi kita? Penting sangat kah kerjaya? Tapi sekarang bukan disebabkan kerjaya, keluarga juga membuatkan kita bermasalah.
“Angah!” lega bila Angah call.
“Angah dah bawa abah dan mak ambil ubat kat hospital tadi. Ni kita orang dah balik pun!”
“Abah okey ke?”
“kat tempat retak tu bengkak semula, sebab abah jatuh tadi!”
“mak?”
“Demam biasa saja, dah okey pun tu!”
“Terima kasih Angah!” syukur alhamdulillah. Dah hilang sikit rasa risau tadi. Angah memang anak yang boleh diharap pun.
“Terima kasih untuk apa pulak ni? Tu abah dan mak Angah lah. Tanggungjawab Angah sebagai anak,”

Baru letak telefon, sekali lagi berbunyi. Nombor Alvin.
“Abang ni!”
“Abang kat mana?”
“Ada hal dengan Alvin dan Husna. Liya nak pesan apa-apa tak?” Ooo, keluar dengan Alvin dan Husna, sampai lupa aku yer. Lupa anak-anak hari ni.
“Liya dah kenyang lah!” jawab Aleeya. Dah tak ada selera nak makan dengan sikap abang hari ini. Liya makan hati! Menjeruk rasa dengan sikap abang.
“Okey!” dengar macam sibuk sangat hari ini.

Pukul 9 lebih, baru Rayyan balik, ketika itu Aleeya baru selesai solat isyak. Kain telekung baru di buka dan dia duduk di atas katil sambil melayan Adam dan Ain bermain.
“Assalamualaikum!”ucap Rayyan sambil mengambil Ain, dikucupnya pipi Ain bertalu-talu. Rayyan meletakkan kepalanya di atas riba Aleeya yang sedang duduk.
Hendak senyum pun tak boleh, hendak menangis pun tak boleh. Tetapi Aleeya berpura-pura tidak ada apa yang berlaku. Tanggungjawab isteri adalah kepada suaminya, lagi pun dia tidak mahu kerana semuanya sudah okey pun sekarang, walaupun dalam hati teringin sangat nak tengok abah dan mak di hadapan mata. Baru lah hati rasa tenang bila melihat sendiri.
“Sayang anak papa!” kata Rayyan. Dilepaskan Ain di sebelah, lalu dia mendongak memandang wajah Aleeya yang kurang ceria.
“Ada apa ni?” soal Rayyan, pelik. Pagi tadi okey pun.
“Tak ada apa lah, penat saja!” jawab Aleeya sambil membelai rambut suaminya. Sebenarnya rasa geram tu masih berbaki di dalam hati.
“Pergilah berehat, biar abang jaga anak-anak!” pujuk Rayyan.
“Abang pergi lah mandi, solat dulu. Liya boleh jaga anak-anak lah!”  balas Aleeya. Aik, nada suara pun pelik nih. Tentu ada sesuatu. Dicapainya telefon di dalam poket. Tengok ada 15 panggilan dari Aleeya. Tiga panggilan dari Rina dan satu dari Angah di kampung. Angah??? Tentu ada hal yang berlaku di kampung, sebab Angah jarang menghubunginya kalau tak hal penting yang terjadi.
“Liya, ambil air kejap, abang haus lah!” taktik Rayyan. Dia tidak mahu menghubungi Angah di hadapan Aleeya walaupun dia tahu mood Aleeya ada kaitan dengan Angah.

Sebaik saja Aleeya keluar, dia terus menghubungi Angah, dari Angah tahu lah apa yang telah berlaku. Rasa kesal di dalam hati. Dia lebih pentingkan syarikat dari abah dan mak yang sudah dianggap seperti abah dan mak kandung sendiri. Bukan keluarga mentuanya.
“Kenapa tak bagi tau tadi..,” ujarnya sebaik saja melihat Aleeya muncul dengan membawa segelas minuman.
“bagi tau apa?” soal Aleeya tidak faham.
“Abah dan mak tak sihat kat kampung!” balas Rayyan. Aleeya terus menjeling. Sengaja nak cari pasal kut.
“Liya boleh penuhi segala keinginan dan kemahuan abang, tetapi abang tak faham pun keadaan liya!” ujar Aleeya sambil berlalu keluar. Ditariknya pintu bilik dengan kuat.

Aduhai sayang, abang minta maaf. Abang tak tahu lah!

Setakat nak tempah tiket air asia memang tak ada masalah, sebab kawan baiknya ketua pegawai kanan di air asia, sebab itu dia boleh dapat layanan istimewa, tetapi nak balik jam 12.30 malam, dengan anak kecil memang dia keberatan. Dulu,kalau dia dengan Liya saja, memang dia boleh balik sekarang.  Jadi, dia menempah mahu pulang jam. 8.45 pagi besok saja.  Tapi, kalau Liya nak balik sekarang, dia terpaksa mengikut saja.

Kena pujuk isteri lah dulu, nak balik pukul berapa pun!

Setelah menidurkan Adam dan Ain, Rayyan keluar dari bilik, mencari Aleeya. Mesti ada di ruang tamu. Betul tekaannya.
“Abang tak maksud nak abaikan Liya pun,” kata Rayyan sambil duduk di sebelah Aleeya.
“Tadi selepas bawa Alex dan Miss Chia makan, dia orang nak lawat projek kita kat Shah Alam sebelum dia orang berangkat pulang ke Singapura. Selesai kat situ Alvin pula ada masalah dengan pelanggannya, dia minta abang tolong dia,” jelas Rayyan.  Dah agak pun, mesti ada hal penting tadi.
“Abang bawa lah handset, boleh juga Liya call bagi tau apa yang berlaku. Ini Liya call pun tak boleh!”
“Terlupa!” selalunya aku yang tak suka bawa handset ke mana-mana. Dia selalu bawa handset, tetapi hari ini sajalah nak dijadikan cerita barangkali. Rayyan tertinggal handset pula. Sedangkan itulah benda yang penting dalam hidupnya.
“atau abang dah lupa kat Liya?”
“Cakap elok-elok sikit, liya. Jangan naikkan kemarahan abang pula!”
“Abah dan mak dah okey pun. Angah ada kat kampung tu, abang tak usah lah bimbang lagi. Liya sedar lah siapa diri Liya pada abang tu!” Alamak, masih marah lagi lah nih.
“Abang tak bimbang pun, Angah dah bagi tau tadi. Nanti lah, minggu depan kita balik tengok abah dan mak!” balas Rayyan, sakit hati juga dengan kata-kata Aleeya sebentar tadi.

Tengok, dia tak kisah pun. Ingat kan nak ajak balik kampung, tak jadi lah. Lagipun angah ada untuk menjaga abah dan mak minggu ni. Minggu depan Angah terpaksa masuk kerja semula. Siapa nak jaga abah dan mak pula. Kak long sms tadi, beritahu along dah pulang ke Semporna, Sabah. Tempat along bertugas, jawabnya memang Along tak akan balik dalam masa terdekat nih. Acik dengan Alang lagi lah, sebab anak-anak sekolah dan masih kecil.
“Liya, kenapa tak tidur lagi ni?” soal Rayyan selepas selesai buat kerja di bilik sebelah. Dia sudah mengemelkan kertas kerjanya kepada Alvin dan Rina. Esok kena cuti kecemasan, sebab nak balik kampung.
“Sebagai anak, liya nak jadi anak yang baik untuk abah dan mak. Nak juga jaga dia orang ketika dia orang sakit, walaupun Liya tahu Liya isteri abang, dan Liya kena dahulukan abang melebihi dari abah dan mak Liya sendiri,” terpaksa juga cerita apa yang ada di dalam hati ketika ini. Dah pukul 4.00 pagi, dan dia tidak boleh tidur kerana teringat abah dan mak saja.
“Liya pergi lah balik esok, abang izinkan!”
“betul ni?”
“Betul lah!”
“Abang?” boleh ke abang tinggal seorang diri kat rumah ni tanpa kami??? Ni yang buat liya serba salah nih... kalau balik seorang diri, abang pula mcm mana?
“Siapa lah abang pada diri Liya kan? Suami ni muncul selepas abah dan mak kan? Abah dan mak yang membesarkan Liya selama 25 tahun, selepas itu baru lah Liya jadi hak abang!”
“laa, abang cakap mcm tu pula, mcm tak bagi Liya balik saja ni? Abang tak ikhlas kan?”

Rayyan cuma tersenyum. Esok pagi, kita balik lah sama-sama. Abang tak akan biarkan Liya hadapi semua ini seorang diri lah.

2 ulasan:

  1. Saling memahami Rayyan dan Liya... walaupun sama-sama ada angin ... nasib baik x ada ribut taufan sekali.... hahaha

    BalasPadam