Selasa, 27 Ogos 2013

CERPEN: RAYYAN & ALEEYA (EPISOD 15)



Baju tak ditukar kerana kalau aleeya menukar baju, nampak ketara lah sangat, tiba-tiba menukar baju. Apa alasan bila disoal nanti.
“Ler, abang tak keluar lagi?” soal Aleeya sebaik saja keluar dari bilik air. Melihat Rayyan sedang duduk di sofa menunggu Aleeya barangkali.
“Tadi suruh abang tunggu..,” balas Rayyan. Bila masa pula aku suruh dia tunggu.
“Jom lah keluar, nanti apa pula kata saudara mara abang,” ucap Aleeya menghulurkan tangannya kepada Rayyan. Rayyan menyambutnya.
“Abang nak solat lah!”  terus Rayyan bangun menuju ke bilik air. Aleeya melepaskan pegangan tangannya. Jam sudah hampir pukul 2.00 petang.
“Liya keluar dulu lah!”
“Tunggu abang!”
“Pulak?”
“Tak lama, dalam setengah jam saja!”
“Lama lah setengah jam tu,”
“Liya, tunggu lah!” jerit Rayyan dari dalam bilik air.  Bermakna hampir satu jam, aku dan dia berada di dalam kamar ini. Aleeya mengeluh, orang ramai di ruang tamu, aku dan dia duduk dalam bilik lah pulak.  Suka lah buat bagi orang syak yang bukan-bukan kat kami berdua.  Aku lah geram sungguh dengan perangai dia.

Aleeya menuruni anak tangga dengan perlahan. Berjalan dari belakang Rayyan. Semua mata memandang ke arah mereka berdua yang baru keluar dari bilik. Rupanya sedar akan kehilangan mereka berdua tadi. Aleeya terus ke dapur saja.
“Tak sabar tunggu malam ke?” ujar Imran, sepupu Rayyan. Rayyan menumbuk lengan sepupunya itu.
“Aku solat lah,” jawab Rayyan.
“Cakap lah solat, ingatkan pergi asmaradana dengan isteri,” balas Imran. Rayyan mengelengkan kepalanya. Ingat aku ni apa??? Aku tumbuk muka kau nanti, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah.
“Tak sangka lah aku bila tengok kau sekarang, kaki mabuk, kepala angin, kaki perempuan dah jadi macam ni sekarang. Berubah 200 peratus. Tapi satu perkara saja aku hormat kat kau, mabuk macam mana pun, kau tak pernah heret perempuan masuk bilik walaupun waktu tu kau bukan masuk islam pun lagi,” kata Mikail. Nama saja nampak islam, tetapi orang kristian.  Sebab mak dan ayah agama kristian. Anak saudara papa juga ni. Malam sepupu paling rapat dengan Rayyan. Mereka selalu ke kelab malam berdua. Kaki joli, kaki mabuk seperti Rayyan juga. Sekarang entah lah, sudah berubah, atau masih macam tu juga.
“Hehehe.. tak gamak aku nak bawa anak gadis orang masuk bilik,” balas Rayyan. Dia tidak akan melakukan zina biar pun dia bukan islam. Entah lah, memang dia tidak sanggup menghampiri zina, biar pun setiap malam ada saja wanita yang menemaninya minum arak bersama.  Dia tidak akan minum arak sehingga dia tidar sedar, hilang kewarasan diri. Rayyan cukup menjaga dirinya.
“Isteri kau tu, tak ada adik perempuan ke? sepupu perempuan ke?Nak buat menantu lah” soal Pak Cik Yusuf. Teringin nak cari menantu perempuan seperti Aleeya.
“Adik perempuan tu tak ada pak cik, sepupu tu nanti saya tanya kat liya!” ingat anak mak ngah di kampung. Budak Shila tu bagus juga. Dengan Imran okey lah, kalau dengan mamat kristian nie, tak boleh lah jawabnya.
“cari kat aku sama!” balas Mikail.
“Pergi cari sendiri lah kau tu,” pantas Rayyan menjawab. Buat rosak anak dara orang ada lah. Rayyan tahu perangai Mikail macam mana, semua perempuan berdahi licin di heret masuk ke bilik.  Malah dah anak tanpa ikatan perkahwinan pun.
“Sebab tu aku pelik bila papa kau cakap kau tidur dengan Aleeya sebelum menikah. Nampak sangat kau menipu...,” ujar Mikail.  Rayyan ni bukan lelaki yang suka mengambil kesempatan lah.
“Hahaha..,” memang pun aku tipu kau orang. Aleeya tu nak sentuh jari pun tak benarkan selagi aku bukan suaminya. Nak tidur macam mana?

Aleeya turut mendengar perbualan itu kerana ruang tamu dekat dengan ruang dapur. Lagipun hanya dia dan Husna saja di dapur waktu itu. Rupanya betul lah suami aku ni tak pernah tidur dengan perempuan lain seperti apa yang diperkatakan orang selama ini. Orang hanya bercakap kerana melihat sikapnya begitu, wal hal hanya org yang mengenalinya saja yang tahu perangainya yang sebenar.
“Agama islam ni bagus sebenarnya, sebab Aleeya sudah menunjukkan apa itu islam. Perwatakannya, kehidupannya dah berjaya mempengaruhi kehidupan kau, Rayyan,” ujar Pak Cik Yusuf sebelum mereka berpisah. Itu tak dinafikan.
“Malam ni tidur sini, kak. Sebab abang dengan kak kena kemas barang-barang rumah kita orang,” sampuk Alvin. Bila melihat Rayyan turut mahu pulang.
“Tolong kemas tu boleh, tak ada masalah, tetapi tidur kat sini tak boleh. Kak liya kau tak boleh bermalam di rumah kau lah. Tak boleh lelapkan mata nanti,” alasan Rayyan. Sebenarnya dia yang keberatan, untuk bermalam di rumah Alvin. Aku memang tak selesa lah nak bermalam di rumah orang, lain lah rumah aku atau rumah pak mentua aku. Yang itu boleh lah pulak.
“Alasan, dia yang tak nak tuduh kak liya pulak!” balas Alvin.
“Betul tu,” celah Aleeya.
“Liya nak ke tidur di rumah orang, dalam keadaan Liya macam ni? Selesa ke?” bisik Rayyan kat telinga Aleeya. Tak ada masalah lah, jawab Aleeya di dalam hati.
“Kenapa?” pura-pura Aleeya, buat tidak tahu.
“Balik lah tidur kat rumah kita, lebih selesa lah!”  jawapan tu tak mengapa, yang siap jeling Liya tu apa hal?

Papa dah tak mahu berpisah dengan Adam, sebab Adam tu manja sangat dengan atuknya. Malah Adam mula rapat dengan saudara mara sebelah papa tadi. Tak menangis pun. Siap boleh ketawa lagi. Ooo, rupanya Adam memilih yer, dengan papanya, dengan atuknya, malah dengan saudara mara sebelah Rayyan, Adam tak ada masalah pun, wal hal kalau dengan atuk di kampung, Adam menangis macam nak pecah rumah.  Berat hati juga Tuan Mirzal hendak berpisah dengan Adam tadi.
“Tinggal lah Adam kat papa, Liya!” pinta Tuan Mirzal. Aleeya memandang ke arah Rayyan. Tak sanggup nak tinggalkan Adam bersama atuknya, sebab ini kali pertama Adam berjauhan dengan Aleeya.
“Boleh lah Kak Liya, esok pagi kita orang hantar lah!” pujuk Alvin yang mengerti perasaan papanya. Dia dan Husna, sampai sekarang masih belum dikurniakan cahaya mata. Macam mana? Tak tergamak nak tinggal Adam di sini.
“Kalau menangis nanti, macam mana?” kata Aleeya. Itu saja alasan yang ada sekarang, takut Adam menangis di tengah malam.
“Tak ada masalah lah, atuknya kan ada. Pandai lah atuknya memujuk nanti,” kata Tuan Mirzal bersungguh-sungguh.
“Tinggal Adam kat papa, tak ada masalah abang rasa!” akhirnya Rayyan pula bersuara menyokong permintaan Tuan Mirzal.
“Hmm...,” keluh aleeya perlahan. Sayu rasa hati nak berpisah dengan Adam malam ini. Tetapi kasihan juga kat papa yang mahu bermain dengan cucunya.

Berat hati dan terpaksa untuk meninggalkan si kecil itu dengan Tuan Mirzal. Kasihan Ain terpaksa berpisah dengan abang adam malam ini. Ibu pun sedih juga tetapi Papa Adam tu tak rasa apa pun.

Air mata mengalir perlahan, sewaktu kereta berjalan keluar dari rumah Alvin. Sedih! Tetapi dia tidak mahu membiarkan Rayyan tahu akan kesedihan itu. Cukuplah, dia mahu menjadi matang kali ini. Tetapi hati tetap rasa pilu. Teringat kat adam, macam mana lah dia malam ini?
“Macam mana kalau adam menangis malam ni?” risaunya kepada Adam tak habis lagi lah.
“adam tu tak menangis lagi, tetapi ibunya yang sedang menangis sekarang,” balas Rayyan sambil tersenyum. Abang tak rasa apa ke berpisah dengan Adam?
“Adam tu anak Liya lah!” berontak Aleeya. Nak suruh patah balik ke rumah Alvin sekarang juga. Rasa tak boleh nak bernafas kerana teringatkan Adam.
“Awak ni, saya cakap apa yang awak melenting kat saya ni?”  Adam pun anak aku lah. Tengok lah macam mana dulu, kalau tak okey kita pergi jemput Adam malam ni, yang nak naik angin tu apa kes?

Masing-masing mendiamkan diri sehingga sampai ke rumah. Marah! Sampai kat rumah, masing-masing membawa haluan sendiri. Sehingga lah jam 2.00 pagi Rayyan masih belum melelapkan mata kerana teringatkan Adam. Dia pun tak pernah berpisah dengan Adam. Asyik tunggu panggilan dari papa saja, mana tahu papa menyuruhnya mengambil Adam semula, tetapi hampa.  Rinduanya kat Adam, sudah tidak mampu ditanggung lagi.
“Yang!” kejut Rayyan. Aleeya sejak dari tadi terlena. Mungkin keletihan.
“Sayang!” pujuk Rayyan. Sangkanya Aleeya masih marah kepadanya.
“Abang, jangan kacau Liya lah, Liya mana boleh layan abang malam ni, Liya period lah,” ujar Aleeya, mamai barangkali.
“Abang tahu lah yang tu..,”
“Abang nak apa ni?”
“Jom, kita pergi ambil Adam di rumah Alvin!”
“Biar lah Adam dengan atuknya. Liya sakit kepala lah,” period ni kalau tak sakit kepala memang tak sah lah. Nak berehat dan pejam mata saja.
“Liya..,”
“Abang, kita tunggu esok, Liya nak rehat..,” terus sambung tidur.  Hish, tadi dia yang tak sanggup nak berpisah.

Rayyan tetap mahu mengambil anaknya pulang malam ini. Dia nekad. Apa nak jadi, jadilah. Sedang berkemas telefon berbunyi. Dari papa!
“Anak kau mengamuk, cari ibunya kut!” beritahu papa.
“Kejap saya kejutkan Aleeya, papa!” Hah, alasan kukuh ni.
“Cepat sikit!” arah papa mematikan talian. Waktu itu Aleeya sudah pun terjaga. Cerah biji mata. Sakit kepala pun dah hilang.
“Kenapa?”
“Anak kita lah tengah mengamuk tu, nak ikut ke tak? Abang nak ke rumah Alvin ni,” beritahu Rayyan.

Tunggu lah, mesti lah nak ikut.   Aik, dah hilang sakit kepala tu. Top of Form

3 ulasan:

  1. Bapa mithali sungguh rayyan ni...
    Iye2 je dgn konpidennya tinggalkan adam..
    Sekali kau, anak beranak x leh tido..
    Kelakar..kelakar..

    BalasPadam
  2. ... hahaha ... Rayyan ni memang Ego tinggi tau... x mahu mengaku.... siap marah Liya lagi bila ...
    tapi sendiri yang x boleh berpisah lama dgn isteri dan anak-anak sebenarnya... hahaha.... padan muka... x pa bagi papa dan Rayyan sendiri rasa nak sangat jaga anak Liya yg bernama Adam tu.... Adam tu sama angin dgn Rayyan.... hahaha

    BalasPadam
  3. hahahah.. Rayyan.. ye..ye nak tinggal anak konon..
    padan muka x leh tdo..
    but you so sweet la Rayyan...

    BalasPadam