Ahad, 11 Ogos 2013

CERPEN: RYAN & LIYA SAMBUT RAYA (EPISOD 4)



Raya keempat baru lah boleh pergi rumah mak long. Ini pun lepas solat asar, kita orang singgah. Kebetulan rumah mak long buat rumah terbuka, jadi ramai lah orang yang datang.  Sewaktu Aleeya bersalaman dengan mak long, terdengar suara mak cik peah, bekas mentua tak jadi pun ada rupanya. Aleeya melangut, terpandang wajah Azlan yang sedang memandang ke arahnya. Isteri mana? Bawak isteri baru kut?
“Balik rupanya, ingatkan tak balik raya kali ni? Kahwin dengan orang kaya katakan, mana tau dah lupa kampung nih,’ tegur mak cik peah. Aik, apa yang tak kena nih.
“Kak liya, jom makan!” ajak Shila, sepupunya. Anak paling bongsu dalam keluarga mak long.
“Buncit sebelum kahwin, tu yang kahwin dengan orang kaya. Aku ingat kau ni perempuan baik-baik, tapi belum apa-apa dah ikut jantan tidur kat hotel. Mujurlah Azlan tak kahwin dengan kau, tidak rugilah kau Azlan ooi,” sambung mak long pula. Aik tak habis lagi cerita lama. Dah bertahun berlalu, masih ada lagi cerita nih? Aleeya tahu org kampung masih bercakap benda ni kalau terpandang wajahnya dengan Rayyan. Orang kampung lebih percayakan fitnah ini dari kebenaran. Malas lah nak layan.  Aleeya buat-buat tidak dengar. Di ambilnya pinggan, sebab rasa teringin nak makan nasi impit dan kuah kacang. Satay pun ada jugak. Dia sibuk melayan Rayyan, suaminya. Anak-anak tinggal kat rumah bersama kak ngah dan abang ngah. Lagipun Adam tidur tadi.
“azlan, nasib baik kau kahwin dengan orang lain, kalau kahwin dengan liya jugak, kau dapat bekas orang lain. Kerana nak kahwin dengan orang kaya, sanggup jual diri dan mengandung, pastu gugur pula anak!” celah mak cik peah. Berdesing telinga Aleeya, mak cik ni sengaja nak malukan aku dengan suami aku kut? Soal hati Aleeya sendiri. Sudah lah ramai orang kat rumah mak long nie.
“Nak jawab lah, tak tahan dah ni,” perlahan suara Aleeya kedengaran di telinga Rayyan. Rayyan senyum. Aku tahu tak betul, jadi usah dilayan cakap orang-orang tu.
“Hish, cuba bawak bersabar. Di bulan yang mulia ni, tak baik bergaduh lah!” nasihat Rayyan. Diambilnya satay lalu dikunyahnya perlahan-lahan. Ini orang kata tak ada penyakit cari penyakit. Menyesalnya datang, keluh Aleeya. Kalau balik, nampak sangat aku melarikan diri.
“Betul ke kak liya? Orang kampung cakap, akak pernah tidur dulu sebelum kahwin dgn abang rayyan? Sebab mengandung tu yang akak kahwin tergesa-gesa?” soal Shila mahukan kepastian. Semua orang cakap macam tu dulu sampai sekarang ada lagi isu tu.
“kalau mengandung, mana anak tu?” soal balas Aleeya balik. Jus mempelam yang diangkat oleh Shila diambil lalu diberikan kepada suaminya.
“Dia orang cakap akak keguguran!” jawab Shila terlalu yakin.
“Ooo..,” melopong mulut Aleeya. Pandai sungguh dia orang reka cerita yer. mengandung lah, gugur lah, tidur hotel lah. Macam-macam lagi lah.
“Jadi semua tu betul lah kak. Abang rayyan kahwin dengan akak sebab nak kena bertanggungjawab ke atas akak, dan akak yang perangkap abang rayyan supaya kahwin dengan akak,” jelas Shila. Hampir tersembur jus mempelam dari mulut Aleeya. Rayyan pula tersenggih memanjang. Tenang bersahaja.
“kalau akak cakap tak betul pun, org tetap cakap akak jahat juga lah!” terang Aleeya. Betul tak? Barangkali orang tak suka tengok aku kahwin dengan Rayyan, sebab Rayyan anak orang kaya. Itu motifnya kan? Shila tersenyum mendengar jawapan dari Aleeya. Kak liya bertuah sebab kahwin dengan abang rayyan, segak dan kaya. Pakej lengkap tu dan mungkin org dengki pada kak liya dan menuduh kak liya yang bukan-bukan.
“Mak long, Liya balik dulu yer!” kata Aleeya selepas selesai makan. Kenyang sangat hari ini walaupun makan sedikit saja. Kenyang kerana kata-kata fitnah orang.
“Aih, dah nak balik? Panas ke?” celah mak cik peah.
“Tak lah, takut Adam dan Ain menangis kat rumah!”balas Aleeya sudah berada di sebelah mak long dan mak cik peah.  Satu persatu Aleeya bersalaman dengan mereka. Rayyan pula menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Azlan. Azlan teragak-agak untuk menerima huluran tangan Rayyan.
“Alhamdulillah, Azlan tak kahwin dengan saya, saya sedar saya perempuan tak baik. Orang tak baik mcm saya kena kahwin dengan orang yg tak baik saja lah!” balas Aleeya. Sakit hati sangat sejak dari tadi. Tak tertahan dah ni. Rayyan menjeling tajam. Apa ni? Tadi dah minta maaf. Sekarang macam tu pula.
“Huh..,” ucap mak long tak puas hati dengan kata-kata Aleeya. Dia yang menabur fitnah kerana sejak dari dulu memang tak suka kan si Aleeya kerana Aleeya anak kesayangan Haji Mohsin. Haji Mohsin terlalu banggakan si Aleeya nih. Sekarang orang yang dibencinya  hidup dalam senang lenang pula. Lagi lah sakit hati.
“Saya memang gatal, nak sangat kahwin dengan org kaya. Sebab tu sanggup buat apa saja untuk kahwin dengan suami saya sekarang,” sambung Aleeya lagi. Rayyan sudah mengetap bibirnya.
“Jom lah balik!” ajak Rayyan sambil menarik tangan Aleeya. Nanti bergaduh pula Aleeya dengan mak long kat sini.

Lagu Sesuci lebaran nyanyian Dato’ Siti Nurhaliza sedang berkumandang di radio hot.fm.  Rayyan mengelengkan kepalanya. Apa lah Liya nih, nak tegur nanti, kami pula yang bergaduh suami isteri.
“Hari raya mana boleh bergaduh macam tu, usah layan cakap orang, yang penting kita tahu kedudukan kita,” pujuk Rayyan lembut. Tak sanggup nak bergaduh macam hari tu lagi.
“Liya sakit hati lah!” dengus Aleeya. Kata-kata mak long dan mak si azlan telah mencemarkan suasana hari raya tahun ini. Tak sangka mak long masih berdendam dengannya. Termasuk dengan mak cik peah, mak si Azlan. Bukannya mereka tak tahu Azlan yang ditangkap khalwat sebelum majlis perkahwinan mereka.  Bukan dia yang bersalah tetapi mengapa dia pula yang dituduh orang.
“Ler, biasa lah tu. Bukan perkara luar biasa pun. Yang liya pergi layan orang macam tu kenapa?” aku pun sakit hati juga tetapi bila fikirkan mereka orang yang lebih tua, ditahankan semua itu di dalam hati, tetapi tak tahu lah pula kalau Azlan yang cakap macam tu tadi.
“Tu lah abang, nak pergi sangat rumah mak long sejak dari kelmarin lagi. Tengok mak long beri hadiah special kat abang!” perli Aleeya. Lagu indahnya berhari raya nyanyian hail amir dan uji rashid pula sedang diputarkan. Aleeya turut menyanyi bersama.
“hahaha.. abang tak kisah pun. Liya kena belajar memaafkan org, baru lah senang hati tu. Jangan berdendam dengan mak long tu!” nasihat Rayyan. Dah sampai pun rumah abah.  Tetapi mereka berdua tidak terus keluar dari kereta. Rayyan mematikan enjin kereta.
“Sejak dari dulu, liya tak pernah berdendam dengan sesiapa pun, termasuk dengan Azlan dan keluarganya!” jujur pengakuan yang muncul dari mulut Aleeya.
“bagus tu,”
“Liya memang bagus lah!”
“Hahaha.. bagus???”
“ha lah..,”
“Sebab bagus lah Liya perangkap abang yer!”
“Bila masa pula Liya buat mcm tu?Abang jangan mcm-mcm ek?” tak main lah perangkap-perangkap orang. Hai, ni sengaja nak bagi aku geram kat dia lah.
“Bukan abang cakap, org semua cakap mcm tu!”
“Tapi yang Liya pasti, abang yang perangkap Liya dulu!” Aleeya menarik pintu kereta mahu keluar.
“Yer ker?”
“Yup!”
“kes perangkap tu ke yang dapat si kembar tu!”
“Abang ni...,”
“Awak kahwin dengan saya secara ijab dan kabul tau tak? Ikatan perkahwinan kita suci dan murni, jadi, jangan terikut cakap-cakap orang. Saya kahwin dengan awak atas nama cinta, cinta pada ALLAH, cinta pada agama dan saya cinta pada awak. Itu yang berlaku,” tegas Rayyan. Lidah Aleeya terkunci kerana pengakuan itu terlalu luhur.

Kan dah kena marah?

Pintu kereta di tarik semula. Aku tak mahu bermasam muka dengan suami aku lagi. Tak sanggup hendak menahan rindu seperti hari tu. Aleeya menghulurkan tangannya dan mengambil tangan kanan Rayyan. Dicium tangan kanan Rayyan. Sejuk hati Rayyan.
“Tak nak bergaduh mcm hari tu lagi lah!” perlahan suara Aleeya. Pergaduhan itu lagi lah menyakitkan hati dari kata-kata mak long tadi.  Rayyan menarik Aleeya dekat dengan pelukannya. Kasihan dia, kerana masih difitnah orang kerana aku lah puncanya. Aku yg tergesa-gesa untuk mempercepatkan perkahwinan kami sehinggakan semua orang salah sangka kepada kami.
“Sudah lah!” pujuknya. Aleeya meletakkan tangannya di dahinya. Apa maksudnya ni? Soal Rayyan di dalam hati.  Tetapi dia mencium dahi Aleeya.
“Sebagai tanda abang sudah memaafkan liya untuk kesalahan kali ini,” ujar Aleeya.

Rayyan tersenyum.

2 ulasan:

  1. Liya orang yang macam mak long dan mak azlan tu x payah layan... mangkin dilayan mangkin menjadi fitnahnya... biarlah Allah tahu siapa yang benar dan siapa yg salah...
    memaafkan org lain tu lebih baik... x payah fikirkan lagi... hati mesti tenang... macam Rayyan cakap...

    BalasPadam
  2. fikiran rayyan, asalkan kita tahu kebenarannya, cukuplah, walaupun liya sewaktu awal tu tak boleh terima semua ini, lama-lama liya fikir sama lah kalau dia buat atau tidak org tetap fikir yang sama juga...

    BalasPadam