Selasa, 14 Mei 2013

PENGANTIN EKSPRES 2 - BAB 2



Hmm.. terlebih sayang kat kau, Liya.
“Tapi, abang tak setuju Liya berhenti kerja tau tak? Tinggal kat rumah jaga anak, makan, tidur dan tengok tv saja. Kerja lain tak ada. Nanti badan besar tak muat pintu..” leter Rayyan ketika sudah sampai ke rumah. Huwaa.. gamaknya cek abang aku cakap macam tu kat aku. Orang jaga badan lah.
Anak-anak balik awal hari ini. Rayyan yang mengambil anak-anak pukul lima petang tadi dan menghantar pulang ke rumah. Kebetulan sudah seminggu mak long dan pak long tinggal di rumah mereka. Pukul tujuh, barulah Rayyan menjemput Aleeya dari pejabat.  Kata Aleeya ada hal nak pulang lewat hari ini. Rupanya nak berhenti kerja. Geram juga lah dengan perangai isteri kesayangannya hari ini. Tak cakap apa-apa pun selama ini, tertiba saja hantar surat berhenti.
“Abang!” pujuk Aleeya.  Tak mahu mak long dan pak long tahu kami sedang bertengkar. Tentu tidak manis, hal rumah tangga kami diketahui oleh mak long dan pak long.
“Apa lagi?” Ah.. dia geram kat aku tak habis lagi rupanya. Hatinya masih panas. Ingatkan dah sejuk tadi. Macam mana yer nak sejuk kan hatinya yang panas dan membara ini?
“Liya minta maaf, okey?”
“Hmm...,”
“Encik Rayyan..,” panggil Aleeya geram. Rayyan mengelengkan kepalanya. Tahu pun aku marah.
“Kerja lah di syarikat abang...,” ucap Rayyan perlahan sambil menolak daun pintu. Ternampak mak long dan pak long sedang minum petang di ruang tamu. Adam dan Ain tentu sedang tidur di bilik.

Hmm... Aleeya mengeluh kecil. Lagi lah aku tak nak. Alvin ada. Husna pun ada kat situ. Lagi lah tak best kerja dengan adik beradik ini. Salah faham sikit mesti terbawa-bawa dan berlarutan.  Lagipun bos aku ada lah suami aku sendiri.  Tak mencabar langsung. Tetapi tak boleh cakap sekarang, kena simpan di dalam hati terlebih dahulu lah jawabnya.
“Assalamualaikum mak long, pak long!” sapa Aleeya sambil menghampiri mak long yang sedang rancak berbual dengan suaminya. Disalam lalu dikucup tangan mak long dengan sepenuh kasih sayang.
“Waalaikummussalam. Liya banyak kerja ke hari ni?” sapa mak long. Setiap hari pukul 5.30 petang dah sampai ke rumah. Hari ini dah dekat nak mahgrib baru nampak muka.
“Yer mak long. Ada hal kat ofis tadi!” balas Aleeya sambil memandang wajah suaminya. Rayyan buat-buat tidak dengar.
“Rayyan, cepat lah bersiap. Boleh kita pergi sembahyang jemaah sama-sama,”
“Pak long tunggu kejap yer, saya nak mandi dulu lah!” balas Rayyan bergegas masuk ke dalam bilik.
“Awak nak ikut malam ni?” soal pak long kepada mak long.
“Tak rasanya. Nak tinggal dengan Liya malam nie. Esok pagi dah nak balik!”  jawab mak long. Aleeya hanya tersenyum. Sejak ada baby, dia memang tidak pergi sembahyang jemaah di masjid lagi.  Hanya Rayyan yang tidak pernah tinggal untuk sembahyang jemaah di masjid. Tetapi tengok keadaan lah.

Pengtengkaran antara mereka berdua tertutup kemas. Rayyan tidak sedikit pun menunjuk riak kecewanya terhadap Aleeya.  Marah-marah sayang. Rajuk pun kerana sayang juga. Tetapi sebagai suami dia tetap kecil hati dengan sikap Aleeya kerana tidak berbincang terlebih dahulu dengannya.

Aleeya tahu akan itu.  Dan pastinya dia ada cara sendiri untuk menyejukkan hati suaminya itu. Itu selepas selesai solat isyak. Ilham itu datang dalam fikirannya.
“Rayyan berubah 200 peratus Liya. Mak long bersyukur sangat-sangat bila melihat perubahan mendadak anak saudara mak long yang seorang ini.  Harapan mak long biarlah Alvin dan Julia mengikut jejak langkah Rayyan selepas ini,” luah mak long ketika menolong Aleeya memasak malam ini. Terbayang kata-kata mak long setelah dia selesai berdoa panjang. Di bilik sebelah, terdengar suara Rayyan sedang berzikir mendodoikan buah hati mereka berdua. Muhammmad Adam dan Nur Ain, itu nama pilihan Rayyan sendiri untuk permata hati mereka. Sedangkan waktu itu kalau boleh Aleeya hendak sangat letak nama yang moden dan terkini untuk anak-anaknya tetapi Rayyan yang bertegas hendakkan nama-nama yang bercirikan islam.  Nama yang menyejukkan hati.
“Alhamdulillah, mak long. Abang memang dah banyak berubah!” balas Aleeya. Itu kenyataan. Tidak boleh dinafikan.
“Sebab dia nak berubah. Kalau yang tak nak berubah tu susah lah juga. Lagi satu sebab jodoh dia dengan Liya. Anugerah yang terbesar tu..,”
“Hehehe..,” Abang memang jodoh Liya pun, mak long. Sebab Liya dah mengelak dulu tetapi jodoh Liya dengan dia memang kuat.
“Mama Sarah kau macam mana Liya? Mak long dengar macam-macam tentang dirinya?” soal mak long membuatkan wajah Aleeya sedikit berubah. Mama??? Hmmm?? Pintu hati mama memang tertutup rapat untuk kami. Dia paling bencikan aku dari Husna. Marahkan aku kerana anak kesayangannya berubah. Cerita Alvin mama sarah memang lebih sayangkan Rayyan dari Alvin dan Julia. Dan bila Rayyan berubah, dia menuduh Aleeya lah penyebabnya. Bukan kerana Rayyan yang mahu berubah pun.
“Mama masih macam dulu lah, mak long!” jawab Aleeya sedikit hampa. Yang paling kasihan adalah Rayyan, kerana itu adalah ibu kandungnya, yang menglahirkan dan membesarkan dia dan keadaan ini bukan lah sesuatu yang menyenangkan. Kalau aku pun mesti susah hati kalau bergaduh dengan mak sendiri. Siapa tak sayangkan mak? Sebagai anak, semua orang sayangkan mak kita, termasuk  lah Rayyan.
“Sebagai manusia biasa, kita hanya ada satu saja usaha yang paling besar. Liya tahu apa usaha tu?”
“Hmm...,”
“Doa, Liya. Jangan tinggalkan ALLAH kala kita senang, dan tentu ALLAH tidak akan tinggalkan kita kala kita susah.  ALLAH suruh kita meminta kepadaNYA. Minta lah apa saja kerana ALLAH saja yang maha mengetahui,”  sejuknya kata-kata ini. Teringat abah di kampung dan rindu terhadap mak datang menyerbu ke jiwa. Itu adalah kata-kata seorang ibu.

Ya. Betul. Doa itu lah yang menjadi kekuatan kepada kita sebagai hamba ALLAH.  Aku tidak pernah putus berdoa untuk keluarga kami di dunia dan juga di akhirat.
“Yang, termenung apa ni?” tegur Rayyan apabila melihat Aleeya masih di atas sejadah. Tidak membaca al quran atau pun berzikir tetapi nampak sangat sedang mengelamun.
“Adam dan Ain dah tidur?” soal Aleeya sambil membuka kain telekungnya. Di sidai lalu dia menghampiri Rayyan yang sedang duduk di atas katil. Sedang berteleku di hadapan laptop kesayangannya. Rayyan mengangguk.

Aleeya duduk di belakang suaminya. Diurutnya bahu Rayyan dengan manja.
“Tak payah nak pujuk abang, keputusannya mulai esok Liya ikut abang ke ofis. Kerja dengan syarikat abang. Titik!”

Huwaa.. aku belum cakap lagilah. Dan belum pun memberi alasan yang paling kukuh.

Bersambung...

6 ulasan:

  1. keje satu opis???.....menarik tu..hahaha

    BalasPadam
  2. Hahahaha..Ingatkan Rayyan ni makan pujuk..Tak jalan juga hehe..
    Habislah Liya..Lepas ni nak buat apa pulak?Hhehehe..
    Sikit lagi terlupa pasal Alvin adik Rayyan..Hujung cerita PE baru ada cerita pasal Alvin kan..Kahwin dgn pilihan hatimasa belajar kat luar negara dulu..

    ~Gurangak aja~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alvin tetap ada dalam cerita.. Alvin dah husna.. sebab Alvin dah balik dari luar negara..

      Padam