Rabu, 29 Mei 2013

PENGANTIN EKSPRES 2 – BAB 6



ABANG MEMANG SENGAJA LAH. Semalam Liya ajak berbincang abang tak nak dengar, sekarang abang buat keputusan yang Liya tak suka lagi. Memang abang nak kena dengan Liya agaknya. Geram lah!
“Liya, pergi ofis dengan Alvin pagi nie, abang nak ke KLIA, ada hal lah!” beritahu Rayyan sambil membetulkan tali lehernya.
“Tak mau lah. Liya naik teksi...,” belum habis ayat Rayyan sudah di tepi pintu kereta.
“Abang tak benarkan Liya pergi dengan teksi. Liya pergi dengan Alvin. Abang dah cakap kat Alvin suruh jemput Liya dengan anak-anak,” jerit Rayyan dari luar. Aduhai suami, tak faham kah apa yang sedang berlaku sekarang. Apa kata Husna bila berjumpa di ofis nanti. Mestilah dia tuduh Liya yang bukan-bukan sebab datang dengan suaminya. Ini hanya akan menimbulkan kemarahan Husna lah, cek abang rayyan.

Rasa marah kepada Rayyan di simpan dalam hati sepanjang perjalanan ke ofis pagi ini. Tidak ditunjukkan kepada Alvin. Begitu juga ketika sampai di ofis. Hanya wajah manis saja dipamerkan. Aleeya cuba tenangkan dirinya. Tenangkan hatinya, walaupun ketika dia melihat wajah Husna, seperti mahu menerkamnya saja. Hmm, ini lah yang Liya tak nak sebenarnya. Liya faham perasaan Husna tu seperti Liya pun isteri juga.
“Sorry, sebab akak menyusahkan Alvin pagi ni..,” ucapnya ketika dia berjalan masuk ke biliknya. Alvin hanya tersenyum saja.
“Tak mengapa kak. Biasa saja tu!” balas Alvin sebelum Husna datang menarik tangan Alvin berlalu dari situ. Mesti bergaduh lagi. Nampak muka Husna masam mencuka.
“Puan, bos suruh Puan ganti dia untuk mesyuarat pagi ni!” beritahu Rina sebaik melihat wajah Aleeya.
“Pukul berapa?”
“9.00 pagi!” Sekarang baru 8.05 pagi.  Sempat lah melihat fail-fail di atas meja terlebih dahulu.
“okey!”
“Puan nak minum?”
“Saya dah minum kat rumah tadi!” Minum apa Liya? Bukan awak bergaduh dengan Rayyan ke? Mana lah sempat nak minum pun.

Tak telefon, tak beritahu apa-apa pun tentang agenda hari ini. Selalunya dia akan beritahu hendak ke mana-mana. Hari ini tak sempat pun. Tetapi dia pulang dengan senyuman dan hati yang tenang. Pelik nih? Hati Aleeya tertanya-tanya sendiri, apabila melihat wajah suaminya yang baru muncul sebentar tadi. Jam baru pukul 11.30 pagi dan Aleeya baru saja habis mempengerusikan mesyuarat.

Rayyan memandang wajah Aleeya. Mesti marah dan bengang kepadanya pagi tadi. Sebab ketika berjumpa Aleeya tidak tersenyum kepadanya. Menegur pun tidak.  Abang terpaksa lah, sayang. Papa singgah di KLIA sekejap saja tadi sebelum meneruskan perjalanan ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah. Papa nak jumpa sangat sebelum bertolak. Papa yang merantau mencari ilmu agama di merata tempat untuk menebus masa silamnya.  Papa hanya ingat ilmu agama saja. Bukan yang lain lagi.  Sebab itu lah dia tergesa-gesa tadi. Malah tidak sempat memberitahu kepada Aleeya tentang pertemuan ini. Alvin pun tak tahu!

Aku sudah banyak mendera hati dia sejak dari semalam tadi. Hmm..

Macam mana abang nak pujuk Liya nih? Liya bukan pandang duit ringgit abang. Kalau abang belikan hadiah yang mahal pun Liya bukannya suka. Bunga?? Semalam dah pun hadiah bunga kat dia. Tak kan hari ini bunga lagi? Beg?? Kasut?? Itu kan perkara biasa.., Dan semua ini tak mampu menyejukkan hati Liya. Abang tahu tu!

Apa yer?

Gambar perkahwinan antara mereka berdua. Saat dia menyarungkan cincin ke jari manis Aleeya dan mengucup dahi Aleeya dengan sepenuh kasih sayang. Gambar itu dihantar ke handset Aleeya. Kenangan manis itu masih segar di dalam ingatannya sampai lah ke saat ini. Bermula dari situ, terlafazlah ikatan suami isteri antara dia dan Aleeya, gadis kesayangannya.  Dan sekeping lagi, ada lah gambar anak kembar meraka.

Rayyan berdebar menanti reaksi Aleeya.

Mata Aleeya khusyuk memandang gambar perkahwinannya. Teringat kenangan indah ini. Peristiwa ini tidak mungkin akan dilupakan olehnya sepanjang hayat ini. Di sini Rayyan mengungkapkan ijab dan kabul, dalam pengertiaan sebenarnya, “ALEEYA ADALAH MILIK DAN KEPUNYAAN RAYYAN YANG MUTLAK! Dalam pengertian islam pula, suami boleh melakukan apa saja ke atas isterinya dan andainya mahu syurga di akhirat kelak, maka patuh dan taat lah kepada perintah suami.

Air mata Aleeya tertumpah juga.  Sayu! Ikut rasa hati, mahu saja dia mendapatkan Rayyan di bilik sebelah. Tapi hati masih terluka dan kaki rasa terikat.
“Sorry!” luah Rayyan di muka pintu bilik Aleeya. Dari aku menunggu lebih baik aku datang kepadanya.
“Pandai abang pujuk Liya yer..,” kata Aleeya sambil tersenyum. Rayyan membalas senyuman. Alhamdullilah. Rancangannya berjaya! Dirapatkan dirinya kepada Aleeya yang masih duduk di kerusi. Rayyan menyentuh tangan Aleeya. Abang sayangkan Liya sepenuh hati dan jiwa abang. Itu yang Liya perlu tahu
“Jangan marah kat abang lama-lama lah, sayang..,”
Bukan marah tetapi Liya kecil hati lah dengan abang...,

Isnin, 27 Mei 2013

PENGANTIN EKSPRES 2 - BAB 5



LEGA! DIA ADA HAL PUKUL dua tadi. Jadi tak perlulah keluar makan tengah hari.  Susahnya bekerja satu ofis. Sudah lah dia bos, dan dia juga suami. Setakat kalau bos tanpa ikatan suami isteri, memang aku tak akan turut kehendaknya, tapi dia adalah suami yang perlu aku ikut dan taat akan perintahnya. Lagipun boleh ke tunjuk degil di hadapan Rayyan yang tak pernah makan saman tu...,
“Liya, abang lapar lah. Jom kita pergi makan!” suara Rayyan di telefon. Jam sudah menunjukkan ke angka lima petang. Baru habis berbincang dengan cliet lah tu. Dah habis pun waktu pejabat. Arg.. letihnya kerja dengan suami sendiri. Semua nak kena urus!
“Liya ada nasi goreng antarabangsa, nak?” beritahu Aleeya. Teringat nasi goreng yang dibeli oleh Alvin tengah hari tadi. Dia sendiri belum sempat menjamahnya. Sibuk lah sangat.
“Boleh juga!”
“Kita jumpa kat pantry. Liya nak panaskan dulu nasi ni!”
“Okey, nanti kita jumpa kat situ!”
Pukul berapa lah nak balik kalau macam ini lah ceritanya. Adam dan Ain tak jemput lagi. Mesti si Adam menangis kalau tidak berjumpa dengan ibunya waktu macam ini. Ketika Aleeya sibuk menyediakan minuman untuk suaminya, Alvin pula muncul dengan muka masam mencuka.  Apa lagi yang tak kena nih?
“Tumpang ek!” ujar Alvin sambil menarik nasi goreng kepunyaan abang sulongnya.  Tanpa memandang ke arah Rayyan, Alvin terus menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya. Nampak seperti orang yang lebih tension saja. Teruk sangat ke?

Aleeya menghulurkan nasi goreng kepunyaannya kepada Rayyan kerana dia tahu Rayyan mesti kelaparan.
“Liya duduk sebelah abang, senang sikit!” arah Rayyan sambil menarik tangan Aleeya duduk di sebelahnya.
“Nak buat apa?” soal Aleeya kehairanan. Suruh duduk dekat-dekat nie nak buat apa sebenarnya.
“Duduk saja lah!” pinta Rayyan. Selesai membaca doa makan, Rayyan mengambil sudu lalu disuapkan nasi goreng ke mulut Aleeya.  Terharu Aleeya dengan layanan dari suaminya. Selepas itu barulah Rayyan menyuap nasi ke mulutnya pula. Kami boleh kongsi lah nasi ini, dik. Kak Liya kau ni mesti tak kisah dengan semua ini.

Alvin di sebelah hanya melihat. Best kan? Ini asyik nak bergaduh saja.
“Perkahwinan bukan untuk suka-suka tetapi untuk dikongsi saat suka dan duka. Bertuah Along!” ucap Alvin membuatkan Rayyan terhenti menyuap. Sudu di letakkan ke dalam pinggang. Aleeya mengambil sudu tersebut. 
“Jangan cakap macam tu, semua ini mesti ada jalan penyelesaiannya!” tegur Rayyan. Sikap manusia sebenarnya sukar untuk diubah kecuali dia mahu berubah untuk kebaikan diri sendiri.
“Indah kan, kalau Husna seperti Kak Liya, semuanya dengar cakap along saja!” ujar Alvin separuh kesal. Nasib kita tak sama lah, Alvin. Along dengan kehidupan Along dan Alvin dengan kehidupan Alvin. Kehidupan kita memang berbeza. Yup, Along memang bertuah sebab dapat Kak Liya. Dia bukan mata duitan dan gilakan kemewahan. Tetapi dia perempuan yang hidup dalam kesederhanaan saja.
“Akak mana ada apa–apa pun lah!” tepis Aleeya sambil memandang wajah suaminya. Rayyan tersenyum penuh bermakna. Di buatnya anak mata sebagai tanda isyarat supaya Aleeya menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya.  Aleeya patuh! Dan itulah keistimewaan Aleeya, biar pun dia wanita moden dan berpelajaran tinggi  tetapi dia memegang teguh kepada ajaran agama islam. Tetapi apa pun agama, menyuruh isteri menghormati suami kan??
“Ooo.. ada kat sini rupanya. Puas saya cari awak, rupanya berkepit dengan Kak Liya awak. Ini baru sehari Kak Liya awak ada kat sini, dah tunjuk belangnya!” jerit Husna dari arah belakang. DI sebelah Husna ada abang dan kakak iparnya.
“Cakaplah apa awak nak cakap saya dah malas nak layan awak!” jawab Alvin perlahan. Awak terlalu mendengar cakap orang lah, Husna! Kalau baik tak mengapa lah juga.
“Malas nak layan saya sebab nak layan Kak Liya awak tu,” sambung Husna membuat telinga Rayyan berdesing. Ini dah mencabar maruah aku. Dah tak boleh sabar dah nie. Makin disabar makin menjadi perangai Husna ni.
“Cukuppp!” lantang suara Rayyan kedengaran. Terkejut semua orang yang ada di situ. Tersentap Husna dan ahli keluarganya. Alvin tersenggih! Ha, baru kau tahu siapa abang aku selama ini. Nampak saja pendiam. Kalau bersuara pecah habis semua yang ada di sini.
“Abang!” ujar Aleeya sambil memegang lengan Rayyan.  Nampak muka Rayyan merah menyala. Seperti terbakar saja.
“Awak tak ingat depan siapa awak bercakap semua ini, Husna. Alvin tu adik kandung saya, dan Aleeya ini adalah isteri saya. Jangan jatuh kan maruah orang hanya kerana kepentingan diri sendiri. Selama ini saya beri awak dan ahli keluarga awak peluang bekerja di syarikat saya, sebab Alvin saja. Jadi jangan melampau sangat. Kalau dah tak pandai nak menghormati saya sebagai ketua di sini, awak semua boleh belah dari syarikat saya!” sambung Rayyan tegas. Kecut perut Husna dan ahli keluarganya yang lain.
“Betul tu, kami beri pilihan, nak terus kerja di sini, atau sila letak jawatan dan tinggalkan syarikat ini serta merta. Itu amaran dari saya!” celah Alvin pula menyokong kata-kata dari abang sulongnya. Aleeya di sebelah hanya mengelengkan kepalanya. Ini bukan lah jalan penyelesaian yang terbaik lah. Kenapa lah ikut sangat nafsu amarah tu. Hmm, Aleeya mengeluh perlahan.

Itu lah jangan dicabar sangat Rayyan Danish bin Tuan Mirzal tu. Bila dia naik angin habis lah. Sakit dibuatnya. Muka Husna pucat lesi. Malu pun ada. Menyesal pun ada. Entah lah, tetapi Aleeya memang tidak berpuas hati dengan cara Rayyan sebentar tadi. Bukan begini caranya untuk menegur kesilapan Husna. Rayyan sepatutnya menjaga air muka Husna, kerana Husna adalah adik iparnya. Isteri kepada Alvin. Apa pun Aleeya memang tak suka cara Rayyan menyelesaikan masalah ini.

Marah Aleeya sampai ke malam. Rayyan tahu akan itu. Selesai solat isyak, dia terus masuk ke biliknya.  Dibiarkan Aleeya melayan karenah si kembarnya. Tidak mahu diganggu Aleeya dalam keadaan begini. Nanti perang dingin yang dilancarkan oleh Aleeya semakin merebak. Bertambah panjang lah jawabnya.

Selesai menyusukan si Adam dan melihat Adam nyenyak terlena barulah Aleeya masuk ke dalam biliknya. Ain sudah lama terlelap. Barangkali Ain mengikut perangai Aleeya, sebab itu Ain tidak banyak buat perangai, tidak seperti Adam yang banyak akalnya. Mahu diriba dan dibelai selalu. Hendak tidur atas riba ibunya selagi belum terlelap. Kalau ditinggalkan sendirian, pastinya banyak lagu lah yang diciptanya. Melalak sampai riuh satu rumah. Ikut sebiji perangai Rayyan, papanya itu.

Ooo.. baca buka cerita Kisah Nabi-Nabi ALLAH  rupanya. Ingatkan buat kerja ofis tadi. Aku tidak boleh menegur dia, itu yang masalahnya. Tetapi macam mana hendak memberi nasihat. Kalau aku menegur lagi lah tidak dapat menyelesaikan masalah tadi
“Baca apa?” soal Aleeya tetapi dahulu. Hendak suruh Rayyan mengalah dan memujuk aku, jangan harap lah. Usah bermimpi.
“Kisah Nabi Sulaiman dan Puteri Balqis,” jawab Rayyan. Best cerita tu. Cerita sejarah nabi-nabi memang tak ada tandingan dengan mana-mana cerita di dunia ini. Itu jangan dipertikaikan. Subhanallah, masih teringat pertemuan antara Nabi Sulaiman dan Puteri Balqis ini. Masa kecil dulu, abah selalu bercerita kisah-kisah nabi kepada mereka adik beradik.
Ratu Balqis adalah seorang wanita yang sangat cantik dan mempunyai akal yang cerdas, oleh sebab itulah golongan jin merasa iri hati dengannya. Mereka mengatakan bahawa Ratu Balqis itu mempunyai dua aib, pertama tubuhnya pendek dan kedua betisnya seperti betis unta.

Nabi Sulaiman sangat cerdik. Baginda menggunakan cara lain untuk memperlihatkan kekuasaan Allah kepada Ratu Balqis. Maka Nabi Sulaiman memerintahkan supaya para Jin mengubah sedikit singgahsana Ratu Balqis, lalu beliau menyuruh pula membangun sebuah mahligai yang dibuat dari kaca. Bahagian bawah mahligai tersebut dan kelilingnya mengalir sungai-sungai dengan berisikan ikan-ikan, di atas air itu dibuat sebuah jambatan daripada kaca.
Ketika Ratu Balqis dan rombongan tiba, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: “Apakah ini singgahsanamu?

Ratu Balqis menjawab: Mungkin!

Dia tidak mengatakan ya, kerana dilihatnya ada sedikit perubahan. Tetapi tidak mengatakan bukan, disebabkan ada sebahagian yang serupa dengan singgah-sananya. Dari jawapan Ratu Balqis itu, tahulah Nabi Sulaiman as bahawa ia adalah seorang wanita yang berakal sempurna serta bijaksana.
Kemudian Nabi Sulaiman as menyuruh tamunya itu masuk ke dalam istana. Ketika Ratu Balqis melihat ke dalam istana, ia melihat seakan-akan ada aliran air, sehingga ia mengangkat kainnya, sehingga betisnya tersingkap. Nabi Sulaiman as melihat betisnya itu, maka tidak ada satu aibpun seperti yang disampaikan oleh golongan jin.
Nabi Sulaiman berkata kepada Ratu Balqis: “Ini adalah sebuah mahligai yang licin, ia dibentuk daripada kaca.”

ketika Ratu Balqis menyaksikan betapa hebatnya Nabi Sulaiman, ia berkata dalam hatinya: “Walaupun kerajaanku luas, singgahsanaku indah dan megah, bala tenteraku ramai, namun jika dibandingkan dengan semua yang aku saksikan ini, seakan-akan milikku tidak bererti.

Kemudian ia berkata seperti yang diungkapkan di dalam Quran, firman Allah SWT surah An Naml ayat 44 bermaksud: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah Tuhan semesta alam.” Setelah itu Ratu Balqis pun berkahwin dengan Nabi Sulaiman as. Peristiwa pernikahan Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis ini terjadi pada hari Jumaat.

Begitu besarnya kerajaan Nabi Sulaiman as. yang mana angin sebagai kenderaannya, manusia dan jin sebagai tenteranya, burung sebagai pembantu dan teman-teman bercakapnya, binatang-binatang buas sebagai buruhnya dan para malaikat sebagai utusannya.

Apa lah sangat kalau hendak dibandingkan dengan kekayaan manusia di dunia ini. Itu manusia sudah hilang arah kehidupan. Ya, ALLAH lindungi lah aku dan suami ku dari perasaan takbur dan riak kepadaMU. Amin. Doa Aleeya dalam hati.
“Cakaplah tak payah simpan dalam hati,” ucap Rayyan. Buku diletak di atas meja kecil di sebelah katil. Awak memang tak pandai nak marah abang ke? Semuanya awak simpan dalam hati.
“Mana boleh abang tegur Husna macam tu. Kasihan dia!”luah Aleeya sambil memang anak mata Rayyan.
“Itu saja? Yang awak marah sampai tak tegur abang dari tadi, sebab kes tu?”
“Ha lah. Abang tu bos kat situ. Kena jaga hati pekerja juga lah. Lagi pun dia isteri Alvin!”
“Hahaha.. “
“Abanggg..,”
“Husna atau sesiapa saja boleh kutuk abang, boleh hina abang tapi jangan sesekali hina Liya, itu yang abang tak suka,”
“Tapi....
“Cukup. Abang nak tidur!”

Tegasnya dia sampai tak mahu mendengar penjelasan dari aku. Itu lah payahnya bekerja satu ofis. Hal pejabat dan hal rumah tangga sudah bercampur aduk. Sebab itu lah Liya tak suka tau tak?

Selasa, 21 Mei 2013

PENGANTIN ESKPRES 2 - BAB 4



ADUHAI SEDIHNYA....,
Kasihannya kepada Alvin. Macam mana dia nak menghadapi semua ini? Dia pula masih baru dengan Islam. Macam mana dengan jiwanya? Macam mana dengan imannya yang masih baru itu?
“Encik Rayyan tak cerita apa-apa kat Puan?” soal Rina sambil duduk di hadapan Aleeya. Bilik baru, serba serbi baru. Tetapi yang terharunya ada jambangan bunga mawar kuning di atas mejanya. Ini mesti kerja suaminya!
“Tak!” jawab Aleeya. Rayyan simpan rahsia keluarga Alvin sekemasnya. Atau dia lelaki, jadi dia tak akan bercerita hal keluarga adik kesayangannya.
“Hahaha, saya yang terlebih cerita kerana terlampau geram dengan sikap Husna dan ahli keluarganya. Mula-mula minta masukkan abang sendiri bekerja kat sini. Pastu kakak ipar pula, kononnya senang suami isteri kerja di sini. Makin lama berjangkit dengan si adik yang baru keluar U. Kalau datang buat kerja tak mengapa lah juga, tetapi datang buat kecoh kat sini. Minta macam-macam, semua tak kena dan puas hati. Kalau Encik Rayyan outstation, dia orang lah bos,”cerita Rina dengan panjang lebar membuatkan Aleeya terkejut. Macam cerita dalam drama lah pula.
“Alvin macam mana?” soal Aleeya. Risaunya memikirkan adik ipar yang sudah dianggap seperti adik sendiri. Tentang Husna dan ahli keluarganya tidak lah dibimbang sangat, kerana itu hanya perkara biasa saja. Hendak harta keluarga Alvin barangkali? Jangan meneka dalam kesamaran, tak baik lah, Liya. Atau kerana wang manusia sudah hilang kewarasan. Ingin mengambil hak orang lain.
“Alvin lebih percayakan Encik Rayyan dari orang lain. Itu yang membuatkan hubungan mereka kuat dan utuh. Dah banyak kali abang Husna cuba laga-lagakan Encik Rayyan dan Alvin tetapi tidak berjaya!” jelas Rina. Subhanallah, sampai macam tu sekali? Apa tujuan mereka sebenarnya, sehingga nak pecahkan Rayyan dan Alvin.
“Teruk sangat ke apa yang berlaku ni, Rina?” soal Aleeya seperti tidak percaya pula. Usia perkahwinan Alvin masih baru. Tak sampai pun setahun. Dan Husna yang dikenalinya ada lah perempuan yang amat baik. Alih-alih ini pula yang berlaku. Benar atau omongan kosong!
“Amat teruk lah kalau dah sampai orang lain yang masuk campur urusan syarikat dan urusan keluarga. Semua staf di sini dah naik muak dan menyampah tengok sikap dia orang!” ujar Rina semakin geram. Harap ada Aleeya di sini, semua ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. Ataupun pecat saja ahli keluarga Husna yang sudah lebih kuah dari sudu itu.  Senang cerita!
“Rina, awak jadi PA Puan Aleeya sama yer!” celah Rayyan di muka pintu. Itu saja yang diberitahu sebelum dia melangkah masuk ke dalam biliknya di sebelah.
“Puan Liya, saya keluar dulu lah. Apa-apa hal puan beritahu yer!” ujar Rina apabila sudah melihat bos besar masuk ke bilik sebelah. Bos paling tak suka gosip hal keluarganya.
“Okey!”

Inikah penyebabnya yang membuatkan Rayyan mengajak aku bekerja dengannya? Rasanya tak mungkin sebab Rayyan bukan lah manusia macam tu. Ini perkara kecil saja baginya aku rasa. Hal remeh temeh, sebab dia tidak pernah bersuara atau berbincang pun dengan ku? Jadi, kalau macam tu, tentulah hal ini tidak begitu penting kepada dirinya. Habis tu?
“Kak Liya!” panggil seseorang. Aleeya memandang ke arahnya. Wajah Alvin yang tenang di muka pintu.
“Assalamualaikum!” ucap Aleeya dengan sebuah senyuman. Jiwanya harus dijaga kerana dia masih baru berjinak dengan islam.
“Waalaikummussalam!” jawab Alvin sambil masuk ke dalam bilik Aleeya. Cermin di bilik sebelah di pandangnya. Rayyan sedang leka dengan tugasannya. Alvin sengaja mengetuk cermin bilik abangnya, bila Rayyan memandang, sebuah senyuman diberikan kepada abang kesayangannya. Rayyan turut tersenyum sambil mengangkat gangang telefon. Terus telefon Aleeya berbunyi.
“Jangan manja kan sangat budak tu!” amaran Rayyan membuatkan Aleeya ketawa kecil.
“Wooo, cemburu lah tu!” balas Alvin, sengaja mengusik abangnya.
“Abang dah tinggal kan fail di atas meja Liya tu, boleh siapkan sekarang tak? Abang nak gunalah untuk meeting nanti!” beritahu Rayyan. Tadi, entah apa yang dibualkan dengan Rina, sekarang Alvin lah pula. Abang ambil Liya, nak suruh bantu abang lah.
“Bukan Liya kena panggil Encik Rayyan ke kat sini,” Dah nampak pun fail tu. Fail kewangan. Ooo, mentang-mentang aku boleh buat kewangan, nak suruh aku semak angka-angka yang banyak nih? Kena minta gaji lebih lah nih!
“Jangan mengada-ngada boleh tak? Abang geli telinga lah dengar. Jangan lah panggil Encik Rayyan tu, tak suka lah bila Liya yang panggil...,”
“Hehehe...,”
“Siap lah dulu. Nanti baru layan si Alvin tu!”
“Along, kejap saja lah orang nak berbual pun!” kata Alvin menjerit berdekatan dengan Aleeya. Rayyan di bilik sebelah mengelengkan kepalanya.

Bantulah dia, Liya. Kasihan kat dia! Bisik hati Rayyan.
“Kalau tau macam nie tak kahwin pun tak mengapalah. Menyesalnya kahwin!” luah Alvin apa yang tersirat di dalam hati. Lama sudah terpendam. Hari ini boleh boleh mencari teman untuk diluahkan segala perasaan. Sakit sangat!
“Hish, jangan cakap macam tu lah tak baik tau!” halang Aleeya. Jangan menolak takdir. Mungkin ini hanya sedikit saja ujian untuk Alvin.
“Along dapat akak tak mengapa lah. Akak dan keluarga akak okey pun. Tetapi saya?? Kalau ikut hati...,”
“Istifarg banyak-banyak. Baru sedikit ujian dah nak mengalah. ALLAH hanya nak uji adik akak nih,” pintas Aleeya. Nampak sangat Alvin sudah mengalah dan putus asa.
“Husna tu okeylah, kak. Cuma dia terikut dengan hasutan ahli keluarganya. Sebab tu dia lawan cakap saya. Jauhnya berbeza Husna dengan saya kenal kat luar negara dulu. Husna yang ini membuatkan hati saya panas, geram dan sakit hati!” sambung Alvin. Ini yang tak sedap di dengar. Takutnya segala perasaan ini berjaya memadamkan perasaan kasih dan sayang, cinta dan rindu.
“Alvin masih sayangkan dia kan?” pancing Aleeya. Jangan lah dihilangkan rasa cinta ini di dalam hati seorang suami seperti Alvin.
“Sebab sayanglah saya di sini, kak liya!” syukur alhamdulillah. Itu yang kak liya nak dengar, kerana kasih sayang lah yang boleh menyelamatkan setiap keadaan.
“Orang yang bersabar pasti mendapat ganjarannnya...,”
“Saya dah hilang sabar. Minta duit, minta harta, minta saham syarikat. Nak sabar apanya?” suara Alvin sedikit meninggi. Semakin terkejut Aleeya mendengarnya. Sampai begitu sekali?  Ini bukan teruk lah tetapi semakin parah.
“Tentu ada jalan penyelesaiannya kan?”
“Saya dah suruh berhenti, keluar dari syarikat nie, tapi mak dan ayah husna mengamuk dengan saya. Husna pula terus balik tinggal dengan dia orang. Kak, ini ke cara hidup orang islam? Iman ke mana, apa ke mana? Lagi teruk dari saya yang tak ada agama dulu?” semakin meninggu suara Alvin. Kalau lah macam ni, macam mana kita nak berbincang Alvin.
“Tak tau lah kak, saya dah penat macam ni..,” ujar Alvin sambil berlalu keluar dari bilik Aleeya dengan perasaan yang bengang dan sakit hati.
“Alvin!” jerit Aleeya tetapi tidak berjaya menahan langkah kaki adik iparnya dari melangkah pergi dari biliknya.

Aleeya mengeluh berat. Alvin sudah mengaku kalah rasanya! Macam mana mahu memujuk Alvin supaya berdiri kukuh dengan islam kerana islam bukanlah macam tu? Bukanlah seperti apa yang Alvin alami sekarang kerana islam itu adalah indah dan sempurna sekali.

Petang nanti lah cari Alvin, selepas selesai semua kerja kat ofis. Sekarang kena siapkan kerja orang sebelah dulu, takut kalau tak siap mengamuk pula nanti. Lagipun aku datang sini nak buat kerja lah.

Kerja baru siap. Itu pun mengambil masa dalam sejam juga. Sekarang terasa nak minum kat pantry sekejap. Rasa haus sangat, sebelum nak sambung kerja-kerja yang diberikan oleh suaminya. Banyaknya kerja!
“Buat apa akak kat sini? Sengaja nak cari pasal dengan keluarga kami ke?” tegur satu suara dari arah belakang. Glup. Husna ke yang bercakap macam tu?
“Husna, akak ingat kan siapa tadi?”
“Akak ingat suami akak bos kat sini, akak boleh buat apa saja, jangan mimpi lah, Alvin pun ada saham kat sini juga lah!” sambung Husna lagi. Aleeya tersenyum mendengarnya. Betul lah kata Alvin, Husna sudah berubah kerana hasutan ahli keluarganya. Dulu Husna bukanlah seperti ini? Kenapa berubah Husna? Bukankah seorang isteri harus patus kepada seorang suami? Bukannya meresahkan hati suami?
“Husna, kita kat sini staf saja tau, selebihnya kita adalah isteri. Yang ada saham dan bos kat sini adalah suami akak, dan yang ada saham kat sini adalah Alvin. Jadi jangan masuk campur urusan syarikat dia orang, boleh tak?” ujar Aleeya. Tadi suruh Alvin bersabar, sekarang awak pula dah hilang sabar, Liya!
Husna terasa. Matanya menjeling tajam! Cepat-cepat dia melangkah meninggalkan Aleeya sendirian. Baru tau kut aku nie siapa? Ujar Aleeya dalam hati.

Rayyan yang mendengar di belakang hanya tersenyum. Tegas juga isteri aku ini yer.
“Liya, tengah hari nanti kita keluar makan yer,” tegur Rayyan. Aikk, cek abang aku ni dengar apa yang aku cakap kat Husna tadi? Hish, haru nih!
“Liya nak tengok Adam dan Ain lah!” nak solat lagi. Mana lah sempat nak makan. Sebelum ni pun semasa kerja kat ofis lain, Aleeya tak keluar makan tengah hari juga. Sebab tak sempat.
“Abang pun nak tengok dia orang jugak lah. Rindu!”
“Okey. Liya dah letak fail tadi atas meja abang. Dah tengok?” masa dia ke bilik rayyan tadi, suaminya ini keluar.
“Dah. Memang abang tak salah pilih Liya jadi isteri abang. Boleh jimat duit abang, sebab dalam masa yang sama boleh jadi pembantu abang kat ofis ni,”  Puji ada makna tu.
“Puji Liya lebih-lebih ni ada apa-apa ke?” soal Aleeya. Tengok semua ada atas meja aku. Fail staf pentadbiran pun ada. Minit-minit mesyuarat semuanya melambak atas meja.
“Ler, puji pun tak boleh?” Liya kena ambil tahu semua hal pejabat lah. Bukan hal keluarga abang saja. Tambah-tambah hal keluarga Alvin yang tengah berserabut sekarang!
“Hehehe...,”
“Liya, lepas tu kita keluar makan. Liya tak payah lah ikut aturan pejabat ni, abang bagi kelonggaran kat liya lah!”
“Mana boleh cek abang sayang,  Liya tak akan ambil kesempatan macam tu!” dia pun tak buat benda-benda mcm tu, nak suruh kita pula ambil kesempatan. Apa lah abang nih. Dia ada aturan kerja yang ketat, tak kan lah aku pula nak buat perkara yang tak sepatutnya. Kerja tetap kerja lah.
“Ikut Liya lah. Lepas solat kita pergi makan. Abang tunggu Liya kat bawah tu!”
“Abang nak orang cakap pasal abang dengan isteri abang lepas ni, abang buat lah. Tak kan nak keluar makan pukul 2.30, lepas waktu rehat dah tu?”
“Liya, ofis ni hak abang lah. Biarlah orang nak cakap apa pun, abang tak kisah lah!”  Hmm.. rayyan dah tunjuk sikap dia lah tu. Aleeya mengelengkan kepalanya. Kalau itu satu arahan, berani bantah?

Lepas ni, orang gosip cerita aku dengan suami aku pula lah yer? Boleh lah tengok cerita siapa paling hot? Cerita aku dengan Rayyan? Atau cerita Husna dengan Alvin?