Selasa, 3 September 2013

CERPEN: RAYYAN & ALEEYA EPISOD 19



Tak tahu nak buat apa sejak anak-anak tak ada. Papanya saja yang ada, tapi sibuk memanjang sejak diberi amaran oleh Tuan Mirzal.  Esok tu terasa lama lah sangat hendak menunggu pun. Hmm.. wajah anak-anak sudah terbayang di ruang tamu. Tadi, selesai solat isyak, dia menangis juga, terkenangkan buah hatinya itu.

Surat khabar dicapainya. Baca surat khabar sekarang terasa takut yer, tambahan lagi yang berkaitan dengan perempuan. Perempuan yang didera fizikal dan mental oleh suami sendiri. Teruknya perangai lelaki, marah sedikit  kepada isteri, sanggup di sepak terajangnya, malah ada yang disimbah dengan air panas kerana marah dan naik angin. Di mana rasa cinta??? Di mana erti sebuah kasih sayang?? Yang paling ngeri sehinggakan sanggup membunuh pun adalah. Suami bunuh isteri, kalau bunuh orang lain tu tak mengapa lah juga. Hmm, ni mana nilai perikemanusiaan??
“Khusyuknya baca...,” tegur Rayyan sambil menjengguk surat khabar yang dipegang oleh isterinya.
“Suami dera isteri, ada yang sanggup membunuh lah!” jawab Aleeya sambil memandang wajah suami kesayangannya.
“Tu bukan suami lah, Liya. Lelaki mcm tu layak  ke digelar suami??” suara Rayyan sedikit lantang. Surat khabar di tangan Aleeya diambil lalu dilipatnya. Tak suka lelaki-lelaki yang berperangai begitu, macam haiwan pula.  Isteri yang kita sayangi, yang kita cintai, yang beri kebahagiaan dan kegembiraan kepada kita, alih-alih dilayan teruk seperti itu. Kalau aku lah, buat mcm tu kat adik perempuan aku, tau lah aku nak ajar jantan tu macam mana? Dengus Rayyan di dalam hati. Aleeya mengambil telapak tangan Rayyan sebelah kanan lalu diletakkan di pipi kirinya. Macam mana lah kalau abang tampar Liya, rasanya habis lah muka Liya yang comel ini?
“Kalau abang tak tampar liya, boleh pengsan nih?” gurau Aleeya membuatkan Rayyan tersenggih. Apa kes nak tampar perempuan, tambahan lagi nak tampar isteri kesayangan sendiri, lagi lah tak lojik. Susah kalau hidup tanpa iman di dalam dada.
“Jatuh lah saham kalau abang tampar isteri, keturunan abang tak pernah buat mcm tu walaupun dalam keadaan mabuk dan tidak sedar diri lah. Kami ada harga diri lah!” ujar Rayyan. Ego tu tak pernah nak turun-turun.
“Abang tau, ada suami sanggup rogol isteri sendiri lah!” pintas Aleeya. Nak tengok reaksi suaminya.
“Liya ambik di mana nih, suami rogol isteri, perkosa isteri??? Mana ada suami mcm tu dalam hukum. Isteri tu hak suami lah, dan suami boleh buat apa saja ke atas isterinya, kalau dah minta tak diberi, tak layan suami sendiri, jadi paksa sajalah. Dan dalam perkahwinan mana ada istilah rogol atau perkosa. Itu kalau tak kahwin lah!” ucap Rayyan tidak setuju dengan kata-kata isterinya.  Aleeya terdiam.
“Memang lah isteri tu hak suami, tapi minta lah elok-elok, beri layanan yang istimewa kat isteri, dan isteri mcm saya tentu sanggup beri layanan kat suami mcm tu lah, cek abang sayang!” kata Aleeya membela diri. Entah lah angin dia cukup tak baik apabila membaca kes isteri di dera oleh suami mereka.
“Yang, abang nak tanya sayang ni?” tanya Rayyan pula. Aleeya melihat wajah suaminya.
“Pernah abang buat mcm tu kat Liya? Layan Liya dengan kasar? Paksa Liya? Pernah ke?” hah ambik kau liya. Pandai sangat tadi. Tengok soalan dari cek abang kau? Terlalu jujur dan berterus terang. Aleeya mengelengkan kepalanya. Suaminya ini tidak pernah memaksa dirinya dalam hal macam tu, malah suaminya ini terlalu memahami dan mengerti.
“Lepas ni abang nak tulis buku lah, cara-cara memikat hati isteri, lelaki di sana kena belajar dari abang, macam mana abang layan isteri abang nih,” ujar Rayyan sambil tersenyum.
“Iyerrrr.. abang jangan cakap macam tu nak termuntah Liya dengar!” kata Aleeya sambil menepuk badan suaminya. Rayyan ketawa  senang hati.
“Liya kahwin dengan abang kerana apa?”
“Kerana ALLAH,”
“Liya layan abang, puas nafsu abang kerana apa?” dia ni sejak tahu perbualan liya dengan abang ngah, semuanya tak berahsia lagi kalau bercakap dengan Aleeya, sedangkan Aleeya masih segan untuk membicarakan persoalan sebegini. Aleeya tidak menjawab.

Telefon Aleeya menganggu perbualan mereka berdua.
“Mak!”
“Jangan datang ambil Ain lagi, boleh tak liya? Tak puas lah mak nak bermanja dengan Ain, cucu mak nih!” beritahu mak. Tentu abah dah bagi tau mak,kami nak ambil Ain besok.  Tadi masa call, mak kat dapur. Permintaan mak buat Aleeya hilang suara. Macam mana nih?
“Liya rindu kat Ain..,”
“Balik jenguk sudah lah. Liya dengan rayyan kan sibuk, biar lah Ain temankan mak dan abah kat kampung!” pinta mak lagi. Huhuhu, jangan lah macam tu mak, liya nak jaga anak liya sendiri, tetapi Aleeya tak berani nak beritahu mak semua itu.
“Tunggu lah seminggu dua lagi, nanti mak ajak abah kau pergi hantar Ain kat rumah kau di KL tu,” putus mak sebelum meletakkan telefon. Mak dah tak nak pisah dengan Ain??? Aduhai mak ni... Muka Aleeya sudah berubah teruk. Masam mencuka. Hendak menangis pun ada.
“Kenapa?” soal Rayyan yang tahu perubahan wajah Aleeya. Nie siapa pula lah yang cari pasal.
“Mak tak benarkan kita ambil Ain,” jawab Aleeya sebak.
“Ooo..,” sepatah saja. Tak tahu nak cakap apa-apa lagi.
“Abang, Liya nak anak-anak Liya...,” luah Aleeya.  Pun tiada jawapan dari Rayyan. Antara isteri dan mak mentua, masalah ini memang rumit. Beri cadangan dan pendapat pun nanti tak kena pula. Hati mak di kampung perlu di jaga. Mak tu dah seperti mak sendiri. Kalau hati mak terluka macam mana?

Yang kat sebelah ni pun kena jaga juga. Yang ini lagi lah susah nak jaga hatinya. Daripada menyakiti hati mak dan hati Aleeya, lebih baik diam saja.
“Kenapa diam? Ini kan cadangan abang suruh Liya kerja, kalau Liya tak kerja tentu tak jadi macam ni,” ucap Aleeya, tidak berpuas hati dengan sikap suaminya.
“Abang nak ambil pembantu rumah, Liya tak nak kan?” balas rayyan pula. Liya tak tahu, papa pun tak nak serahkan Adam kepada kami buat sementara waktu ini. Hah, kalau lah Liya tahu, habis lah aku.
“Liya nak besarkan dia orang dengan tangan Liya sendiri,” ucap Aleeya sebak  mengenangkan dia berjauhan dengan anak-anak.
“Hmmm..,”
“Liya nak call abang ngah lah, minta tolong!”
“Liya selesaikan masalah ini, abang tak nak masuk campur!”
“Sebab?” mana boleh macam itu.
“Liya bincang dengan mak elok-elok, itu ajer!” susah jadi menantu sebab nak kena jaga hati semua pihak.

Lama berbual dengan abang ngah, tetapi abang ngah pun tak tahu nak buat macam mana. Iyer lah, di kampung tu mak. Bukannya orang lain pun. Dan mak kalau buat keputusan memang susah dan payah. Faham sajalah perangai mak tu.
“Buat lah anak lain. Adik dengan Rayyan tu kan masih muda lagi. Boleh dapat anak lagi lah..,” syor abang ngah. Huwaaa, ingat nak dapat anak tu, boleh dapat segera ke? Abangngah ni kepala otak dia sama lah dengan rayyan.
“Liya tak nak lagi lah...,”
“Rayyan tu sahih nak!”
“Dia nak jaga dia pun tak boleh, anak-anak tak ada pun dia tak kisah..,”
“Ooo, mengumpat abang yer!” celah Rayyan yang sejak dari tadi mengikuti perbualan tersebut.
“Nak letak lah telefon, malas lah nak cakap dengan angah!”
“Cakaplah kat Rayyan, nak anak, tentu Rayyan boleh bagi!” seloroh Angah.

Aleeya mencebik mulutnya. Benci lah.

Sabtu, 31 Ogos 2013

CERPEN: RAYYAN & ALEEYA ( EPISOD 18)



Hah, bulan madu punya pasal. Hendak sangat berbulan madu, tak sempat sampai kat KL dah kena marah dengan abang ngah sebab tinggalkan anak-anak kat abah dan mak di kampung.  Abang-abang dah mengamuk gara-gara tinggalkan si kembar di bawah jagaan mak dan abah tetapi mak dan abah tak kisah pun kerana ada pembantu rumah. Itu satu hal.

Satu lagi, Adam sebenarnya papa yang ambil, dan Papa telah membawa Adam ke rumah saudara maranya di Indonesia. Itu yang buat Aleeya marah dan terasa sangat dengan tindakan Rayyan kali ini apabila papa sendiri yang menelefon Aleeya memberitahu mungkin seminggu lagi baru lah papa pulang ke Malaysia. Sekarang nak terus ambil Ain di kampung pun tak boleh sebab Rayyan perlu utamakan kerjanya. Begitu juga dengan Aleeya.
“Liya!” panggil Rayyan, sejak dia tahu anak-anak sudah terpisah, terlalu marah sehinggakan tak boleh nak bercakap dengan suaminya itu. Geram!! Buat keputusan tanpa memberitahunya. Liya ni ibulah, sepatutnya abang cakap dengan Liya tentang anak-anak.  Ah, tak tengok muka abang hari ini. Aleeya memandang ke arah lain.
“Makan lah, abang tahu Liya marah kat abang, tetapi jangan biarkan perut tu kosong,” ucap Rayyan, spagetti goreng diletakkan di atas meja dan dia melangkah keluar. Dia sebar akan kesilapannya tetapi keadaan tidak mengizinkan. Semua berlaku bukannlah kehendaknya. Adam memang rapat dengan papa, sebab itu mudah sangat papa culik Adam. 

Balik dari Sabah, terus masuk ke ofis, dah sekarang dah pukul 5.00 petang, Rayyan tahu Aleeya belum makan apa-apa lagi sejak dari tadi. Tak lapar lah, kenyang dengan sikap abang. Tahu abang ketua keluarga tetapi sekurang-kurangnya cakap lah dengan Aleeya dulu. Ini tidak, aduhai kenapa hati ni sakit sangat hari nih.
“Puan!” panggil Rina. Sebotol air mineral bersama segelas jus oren diletakkan di hadapan Aleeya. Aik? Tertiba saja hantar minuman kat aku, aku boleh buat sendiri lah.
“Rina, saya boleh ambil sendiri lah,” ujarnya perlahan.
“Encik Rayyan yang suruh saya hantarkan, bos dah bawa depan pintu tadi,” beritahu Rina.
“Buat susah-susah awak saja. Air ni siapa yg bancuh?” saja lah hendak bertanya sebab hati ingin tahu sangat.
“Bos yang buat tadi. Puan, saya dah nak balik ni. Saya balik dulu yer,”
“Ha, ah. Balik elok-elok yer!” pesan Aleeya. Diambilnya jus oren lalu diminumnya perlahan. Tak manis langsung. Masam ada lah.
“Jus tu memang tak manis, sebab kemanisan sebenarnya ada kat diri Liya saja!” Aleeya membaca mesej yang dihantar oleh suaminya. Oo, sengaja lah ni.  Aleeya mengambil sudu lalu menjamah spagetti yang dibeli oleh suaminya. Memang dia sedang kelaparan pun tetapi kerana sibuk dan marah, dia menahan kelaparan hari ini.
“Kak liya!” panggil Husna di talian.
“Yup!”
“Nak balik dah ni,”
“Ok, akak pun nak balik juga!” tetapi kalau balik nak buat apa, anak-anak pun tak ada kat rumah.
“Abang tak makan apa-apa pun dari tadi, katanya sibuk sangat hari ni. Alvin suruh akak tolong tengokkan abang, takut pengsan pula nanti,” beritahu Husna. Bukan sibuk lah tetapi sebab bergaduh dengan aku. Biarlah, siapa suruh dia cari penyakit hari ini.

Tetapi tak sampai hati nak marah lama-lama. Dia tu dah banyak beri bahagia kat aku. Lagipun bila fikir semula semua ini, memang tak boleh nak salahkan dia seratus peratus. Tadi sempat berbual dengan kawan-kawan kat ofis ni, dan dari pengalaman mereka yang telah berkahwin, semua ini memang menjadi di dalam kehidupan rumah tangga pun.

Aleeya terpaksa keluar dari pejabat dan membeli makanan untuk suaminya tetapi dia menyuruh ofis boy yang kebetulan masih bekerja, menghantar makanan tersebut kepada suaminya. Tak sampai hati apabila mendengar Rayyan masih belum makan apa-apa sejak dari tadi.

Terus sambung kerja sehingga tidak sedar sudah pukul 9.00 malam, Aleeya solat isyak dahulu sebelum melangkah pulang. Bila keluar dari surau ada sejambak bunga mawar merah di atas kerusinya. Kerja suaminya lagi lah nih. Mesti nak minta maaf. Air solat tadi, dan solat tadi telah menghakis rasa marah yg tingginya hanya setinggi gunung jerai itu telah pun hilang sewaktu dia menyebut khalimah ALLAH dan membaca surah al-fatihah. Dibuka kad kecil yang terselit di celah-celah kuntuman bunga.
“Terima kasih kerana memberi hadiah bulan madu yang paling indah untuk abang tiga hari yang lepas. Setiap hari bersama Liya, adalah kenangan paling indah untuk abang,” itu tulisan Rayyan. Lerr, bukan nak mintak maaf pun, tetapi ini yang abang tulis. Abang ni memang sengaja lah.

Aleeya sengaja tidak bercakap dengan Rayyan, nak tengok apa lagi rancangan Rayyan mahu memujuknya. Tak kan bunga saja kut.  Atas kerusi kereta ada lagi jambang bunga mawar, kali ini warna kuning. Cantik sangat, jambangan bunga yang disusun berselang seli dengan mawar putih.  Tetapi sebelum Aleeya melangkah keluar, dia sempat melihat sesuatu yang ditulis atas poster berwarna biru. “Liya, maafkan suami mu ini,” sudah beralih ke atas sepanduk yang direntangkan di hadapan syarikat. Sempat dia cari idea semua ni hari ni? Tetapi hati Liya semakin terharu dengan ungkapan itu. Merajuk yang sedikit tu, dapat pujukan seperti ini? Kalau begitu tak rugi lah merajuk dan Liya buat-buat marah hari ini.

Sepanjang perjalanan ada lagu ‘Bunga Angkasa’ lagu kesukaan tu.
Keindahan wajahmu jadi sumber ilhamku
suaramu yang merdu menghiburkan hatiku
bertambah cahaya hidupku
kau janji bersumpah setia
walaupun ribut melanda kan bersama..,”
Rangkap ini yang buat hati semakin syahdu. Kad kecil dibuka, ayat seterusnya lagi lah mencairkan jiwa.
“Tiada apa yang lebih membahagiakan hati abang selain dapat melihat senyumanmu, sayang. Tiada apa yang boleh mengembirakan jiwa ini, selain dari mendengar suaramu, sayang. Abang rindu kata-kata dari mu..,”
-dari kekasih hatimu, yang terlalu menyayangimu sehingga ke akhir hayat. Rayyan Danish!”

Dah tak sanggup hendak memasam muka lagi tetapi ketika sampai di rumah, suasana di rumah gelap gelita sedangkan rumah orang lain, semuanya terang berderang. Selalunya lalu di luar rumah ni, di pasang secara automatik. Malam saja, terus bercahaya. Malam ini, tak kan rumah tak ada elektrik kut. Rayyan meletakkan kereta di luar peti pagar. Turun dari kereta dan terus membuka pintu pagar. Dan dia datang semula untuk membuka pintu kereta kepada isterinya. Aleeya sudah tersenyum tetapi Rayyan pura-pura tidak melihatnya.

Sebaik saja Aleeya melangkah ke pintu pagar, dia melihat susunan lilin yang bercahaya di hadapannya. Perkataan, Sorry ternampak jelas di sinari cahaya lilin. Aleeya melangkah, belum sempat melangkah untuk seterusnya, kakinya tersepak sesuatu, mujurlah Rayyan sempat menyambutnya, kalau tidak mesti jatuh tersungkur. Tak kan yang nak jatuh ni pun dia buat jugak??? Hidung Rayyan terkena pipi Aleeya ketika Rayyan menyambutnya tadi.
“Yang ni bukan rancangan abang yer!” kata Rayyan sambil memeluk Aleeya.
“He he he..,”
“Tak marah lagi?”
“Rasa nak sambung marah ni lama sikit kut. Biarlah abang pujuk Liya,” ucap Aleeya. Rayyan mengucup dahi isterinya. Mujurlah kesalahan besar ni dapat dilembutkan dengan sekejap saja, takut juga Aleeya mengamuk sebab memisahkan dia dengan anak-anak.
“Terima kasih kerana memahami perasaan abang kali ni,”
“Tak nak ucap sama-sama kat abang malam ni,” balas Aleeya. Pelukan dileraikan.
“Ucapan tu tak penting yang penting Liya sudah mula bersuara, itu yang penting!”
“Ooo...,” aku memang tak boleh marahkan dia. Aleeya mahu berlalu pergi, tetapi Rayyan menariknya kembali.
“Kejap!” kata Rayyan.
“Apa lagi nih?” soal Aleeya.
“Betul Liya dah tak marah abang ni?” soal Rayyan. Aleeya mengangguk.
“Buktinya mana?” balas Rayyan lagi. Bukti apa lagi ni. Aku dah bercakap pun. Dan senyuman pun. Okey lah tu.
“Bukti apa pula ni?”balas Aleeya terus berdiri di hadapan rayyan.
“Cium kat sini!” pinta Rayyan sambil menunjukkan jari ke dahinya. Haaa.. ini yang malas ni, dah lah dia tu tinggi.
“Cepat!” suruh Rayyan sambil menunduk. Sebuah kucupan singgah di dahi Rayyan.
“Kat sini pula!” pinta Rayyan sambil menunjukkan ke pipi kanannya. Aleeya patuh. Aku yang marah, tapi dia yang dapat  hadiah lebih dari aku. Abang memang mengada-ngada betul lah.
“Sini!” ujar Rayyan lagi sambil menunjukkan ke pipi kirinya pula.
“Awat gatai sangat ni,” ucap Aleeya tetapi tetap mencium pipi kiri suaminya. Rayyan hanya tersenyum. Liya ni memang tak reti nak marah dan nak merajuk lah, bisik hati Rayyan.
“Sekarang kat sini pulak,” ujar Rayyan dan terus mengucup bibir Aleeya. Terus Aleeya jadi patung kat situ.  Terpaku!
“Esok kita jemput Ain. Nanti abang call papa suruh hantar Adam dalam masa terdekat ni,” bisik Rayyan. Aleeya hilang kata-kata.

CERPEN: RAYYAN & ALEEYA (EPISOD 17)



“Ryan, jangan abaikan tanggungjawab kepada syarikat. Ingat syarikat kita ni ada ramai pekerja yang bergantung harapan untuk mencari sumber pendapatan bagi meneruskan kehidupan. Kita tak boleh pentingkan diri sendiri lah,” tegur papa di talian pagi ini. Banyak mesyuarat-mesyuarat penting yang Rayyan dan Aleeya batalkan semata-mata nak balik kampung. Dan ini membuatkan perjalanan syarikat tidak teratur. Alvin masih baru. Begitu juga dengan Husna. Dan pelanggan lebih mempercayai Rayyan dan Aleeya dari si Alvin, budak mentah itu.
“Pihak bank sudah banyak kali call cari isteri kamu, ada beberapa hal mustahak yang perlu Aleeya uruskan. Daeng Borhan kat Sabah pun dah banyak kali call syarikat cari kamu berdua. Nak bagi syarikat lingkup ke, Ryan?” marah papa lagi membuatkan Rayyan hilang arah. Hmm, ikut isteri, macam ini lah pulak jadinya. Tak ikut isteri merajuk. Ikut syarikat pula tidak ada yang hendak menjaganya.
“Papa...,”
“Papa dah amanah kat kepada kamu Ryan. Dan papa lebih percayakan kamu dari adik-adik kamu. Jangan buat kerja sambil lewa saja, faham!” tegas papa sebelum sempat Rayyan berkata-kata.

Hmm, papa suruh balik sekarang juga. Dan Rina sudah pun menempah tiket balik untuk dia dan Aleeya. Malah esok, perlu ke Sabah segera, bukannya minggu depan. Idea projek ada di dalam kepala otak Aleeya, wajib bawa Aleeya bersama-samanya. Tetapi dengan Aleeya perlu cakap elok-elok, takut berangin dan melenting pula. Sudah lah isterinya itu ada sedikit masalah keluarga.

Rayyan tercari-cari Aleeya, rupanya sedang berbual mesra dengan mak dan abah. Abah pula tengah bermain dengan Adam, dan nampak semakin mesra. Kalau bawa balik Adam dan Ain, siapa yang nak jaga dia orang, lagi pun abah baru nak bermanja dengan cucu kembarnya ini.
“mak, liya nak minta maaf pasal semalam. Maafkan liya yer!” ucap aleeya sambil mencium tangan mak dan memeluk mak dengan erat. Baru nak minta maaf, sedang abang suruh Liya minta maaf dengan mak sejak awal pagi tadi lah.
“mak tak pernah berdendam atau pun marah kepada anak-anak dan menantu mak, liya. Mak sayangkan kamu semua dan mak tak nak anak-anak mak leka dengan kemewahan duniawi sebenarnya. Itu saja lah, Liya!” ucap mak sambil tersenyum. Selesai satu masalah.
“Rayyan..,” panggil abah apabila melihat wajah Rayyan seperti orang sedang risau saja. Tentu ada sesuatu.
“Abah, saya ada benda nak cakap ni, boleh kita berbincang tak? Kalau boleh antara kita berdua saja,” pinta Rayyan. Kat sini, abah ada lah ketua keluarga, dan dia perlu meminta kebenaran serta pendapat dari abah terlebih dahulu. Aleeya memandang ke arah suaminya. Rasa pelik juga tetapi dia tidak mahu mengambil kisah. Terus dia dan mak bangun dari situ. Aleeya membawa Ain bersamanya dan adam pula bila sudah melihat papanya, tidak mahu berganjak dari situ.

Mak ikut Shila ke rumah mak ngah sambil membawa Ain, tinggal lah Aleeya seorang diri berada di luar kawasan rumah. Mak pesan suruh masak untuk tengah hari nanti. Nak masak apa yer? Sedang Aleeya berfikir-fikir, Rayyan datang menghampirinya.  Mujur lah abah faham, dan abah membenarkan dia dan Aleeya pulang secepat mungkin. Malah Adam dan Ain akan ditinggalkan di sini sementara mereka berdua pergi ke Sabah. Rayyan akan menjemput pembantu rumah papa datang semula untuk menjaga Adam dan Ain buat sementara waktu. Seminggu saja bukannya lama pun.  Seminggu??? Sehari pun dah hilang punca.
“Apa abang pandang-pandang ni?” tengok aku macam nak makan aku saja ni apa kes?
“Hmm..,” keluh Rayyan,  Nak cakap apa yer? nanti mengamuk pula. Ah, guna lah kuasa veto aku hari ini, habis cerita.
“Cakap lah, mana tau Liya boleh bantu..,” suara Aleeya. Hah, dah masuk perangkap lah tu. Liya, jom balik. Kalau lah aku ajak macam tu mesti Liya melompat tinggi.
“Bukan setakat bantuan hari nie, perlu taat, saling mempercayai dan sikap hormat menghormati antara kita,”
“Waw, takut juga bunyi nih,” keluh Aleeya. Galah sudah berada di tangan, mahu jolokkan buah betik untuk dibuat sayur dan sedikit ulam. Mesti suami aku berpuasa kalau masak macam itu saja hari ini. Hehehe...,
“Kita kena balik sekarang, dan esok terus ke Sabah, sebab kerja-kerja di sana, hanya kita berdua saja yang boleh uruskan,” ucap Rayyan berterus terang. Tak perlu berselindung lagi.
“Ler, bukan Alvin dan Husna ke yang pergi ke Sabah?” soal Aleeya. Balik tu tak ada masalah, tetapi anak-anak macam mana?
“Idea projek kat sana tu, Idea liya kan? Jadi Liya perlu lah ke sana. Alvin dan Husna tak tahu lah!”jelas Rayyan, terus mengambil galah di tangan Aleeya, kerana sejak tadi dia melihat Aleeya jolokkan buah betik tetapi tidak berjaya.
“Anak-anak?”
“Tinggal dengan Abah. Abang dah suruh pembantu papa datang ke sini sekejap lagi,”
“Liya tak nak lah pergi...,” jawapan itu ada dah di dalam fikiran Rayyan sejak dari tadi.
“Sekarang balik dulu hari ni sebab pihak bank asyik cari liya saja. Yang sabah tu fikir lain kali pula..,” pujuk Rayyan. Aku kena bawak dia balik dulu, nanti perlu fikirkan cara lain untuk memujuk Aleeya.  Bank cari, kenapa pula? Alamak, aku ada janji dengan pihak bank lah hari ini, ada hal penting yang perlu di uruskan.
“Kita bawa lah anak-anak, senang sikit!”
“Tak boleh,”
“Kalau begitu abang balik lah seorang, Liya tak nak balik!”
“Ikut suka hati liya lah. Malas nak bertengkar dengan Liya,” Liya tak nak balik sudah, tetapi abang tetap nak balik sebab ada tanggungjawab kat syarikat. Bukan kerana papa mengamuk pun tetapi dia tahu tanggungjawabnya.

Rayyan tidak banyak bercakap, capai segala yang penting dah terus keluar kerana dia perlu dapatkan teksi untuk pergi ke lapangan terbang. Waktu dia keluar dari rumah, Aleeya sibuk memasak tengah hari. Goreng ikan perkasam, masak air buah betik dan gulai ikan haruan. Cabai tumis turut disediakan.

Mujurlah Aleeya sempat sampai ke lapangan terbang setengah jam sebelum kapal terbang bertolak. Malah ketika dia sampai, Rayyan tidak sedar pun kerana sibuk bercakap di telefon dengan papa.
“Tengok Liya boleh sampai sekelip mata saja kat abang!” gurau aleeya. Terus Rayyan memandang ke arah isterinya. Mata merah, hidung pun merah. Mesti baru sudah menangis.
“Datang dengan siapa?” soal Rayyan. Aku tadi lama juga kena tunggu teksi.
“suruh shila hantarkan!” beritahu Aleeya. Shila hanya menghantar saja dan terus bertolak balik.
“Ni mesti baru sudah menangis..,” teka Rayyan. Menangis lah, sebab nak kena tinggal anak-anak kat kampung. Rumah Alvin tu setengah jam saja boleh sampai, kampung ni memang dah tak boleh nak sampai serta merta.
“sayang suami lebih dari anak-anak, ini lah padahnya. Hati suami pun nak kena jaga, nanti marah pula,” ucap aleeya. Rayyan mengenggam tangan isterinya. Terbukti Liya sanggup berkorban untuk dirinya kali ini. Tinggal anak-anak dan keluarga kerana dia. Bestnya.
“Dah, dah, jangan merungut lagi,”

Hmm, kita tak punya banyak pilihan sebenarnya.  Kadang kita hanya ada dua pilihan saja, bukan tiga atau empat. Tetapi dua saja, dan kita harus memilih salah satu di antaranya. Itu yang aleeya sedang lakukan sekarang. Betul, saat ini dia perlu bertanggungjawab kepada syarikat, dan dia tidak boleh pentingkan diri sendiri. Tinggalkan anak-anak bukan pilihan yang terbaik darinya kerana dia sememangnya tidak sanggup untuk berpisah dengan permata hatinya itu.

Sekarang dah dua hari kat Sabah uruskan hal-hal kerja. Dan Aleeya tidak tahu, anak-anaknya sudah terpisah di kampung. Ain tinggal bersama abah dan mak di kampung, manakala Adam sudah dijemput oleh papa. Papa sudah bawa Adam ke Kuala Lumpur dan Aleeya tidak tahu hal ini. Hanya Rayyan saja yang tahu. Tetapi papa berjanji akan serahkan Adam sebelum Aleeya pulang dari Sabah.
“Haa... boringnya. Lambat lagi ke nak habis nih?” kata Aleeya, mata masih tertumpu kat lap top sejak dari tadi. Sudah banyak malam tidur pukul tiga pagi kerana siap-siap kertas kerja dan pelbagai hal lagi.
“Pergi lah tidur, nanti abang siapkan!”
“Tak nak kerja dah. Nak berhenti. Liya rindu kat anak-anak lah!” tensionnya buat kerja tanpa melihat anak-anak.
“Esok selesai lah, lepas tu boleh berbulan madu!”
“Bulan madu??”
“Ha lah. Dah lama abang nak bawa Liya bercuti, makan angin dan berbulan madu!”
“Ooo, abang tipu Liya yer?”
“Buat kerja sampai seminggu apa kes? 4 hari saja kerja, tiga hari tu kita bercuti, makan angin,”
“Anak-anak????”
“Anak-anak tak ada masalah lah, Liya saja nak cari alasan nih!” kata Rayyan sambil menghampiri Aleeya.  Dipeluknya Aleeya dari belakang.
“Patut lah nak sangat datang ke sini, ada udang sebalik mee rupanya,” ujar Aleeya sambil meletakkan kepalanya di atas riba Rayyan. Liya nak tidur, tolong selesaikan kerja-kerja Liya boleh kan?

Pejam mata rapat-rapat supaya dapat bermimpi bertemu dengan Adam dan Ain malam ini.
“Balik nanti, abang perlu minta maaf kat Adam dan Ain sebab abang dah culik ibu dia orang,”
“hahaha.. “
“Nie dengar abang nak cakap ni, abang akan cuba jadi suami yang terbaik untuk Liya tetapi dengan syarat Liya kena jadi isteri yang terbaik juga kat abang, boleh??”
“Ya lah.. bulan madu pun bulan madu lah, liya ikut saja lah, tetapi lain kali abang pilih tempat yang romantik sikit, boleh???”
“Lagi lah boleh!” kata nak tidur tapi tak boleh lah nak tidur, macam terdengar suara tangisan Adam dan Ain saja. Kes ni yang buat aku tak boleh tidur malam.
“Abang, Liya ni tulang rusuk abang saja lah. Dan tulang rusuk sebenarnya lembut, dan mudah patah. Abang perlu jaga Liya elok-elok tau,”

Baik lah cik manja, sayang!