Selasa, 20 Ogos 2013

CERPEN: RAYYAN & ALEEYA (EPISOD 7)



Aleeya yang tidak tahu rancangan Rayyan, bersiap untuk pergi ke pejabat seperti biasa, sedangkan Rayyan mengemaskan beg pakaian untuk dia, untuk Aleeya dan anak-anak. Sekarang perlu bertolak ke KLIA kerana jam penerbangan ada lah jam 8.45 pagi. Sekarang tujuh setengah pun.
“Liya, tak pakai tudung lagi?” soal Rayyan apabila melihat Aleeya sibuk di dapur.
“Baru pukul 7.30 lah!” selalu pergi ofis 7.45 pagi. Ada 15 minit lagi lah.
“Cepat pakai tudung, abang tunggu kat kereta sekarang juga!” arah Rayyan. Nak pergi ofis seawal ini? Ada hal penting kut.
“Abang tak nak sarapan dulu?” soal Aleeya.
“Bungkus lah, dah tak sempat nih!” jawab Rayyan.

Perjalanan bukan ke arah pejabat pun. Tetapi menuju ke KLIA. Aleeya melihat wajah Rayyan.
“Nak ke mana ni? Abang ada outstation ke?”
“Ha, ah. Kena pergi Alor Setar pagi ni. Liya ikut sekali yer!”
“Pergi Alor Setar???”
“Ada hal kat Anak Bukit!” jelas Rayyan. Mulut aleeya melopong mendengar. Kena tipu ke aku ni?
“hal apa?”
“Bukan senang nak jadi suami yang baik. Memang abang tak faham perasaan Liya tetapi abang kena bertanggungjawab sebagai seorang suami kepada Liya!”  Rasa bersalah kerana menyakiti hati Rayyan dengan kata-kata sinis darinya semalam. Cakap Rayyan tak faham lah, tak mengerti perasaan liya lah dan bermacam lagi. Kalau Rayyan tak memahami perasaan Liya, mana mungkin Rayyan sanggup mengambil cuti semata-mata nak balik ke kampung.  Sedangkan Rayyan sibuk sangat kat ofis tu.
“Faham pun tanggungjawab abang kat isteri abang nih!” ucap Aleeya tak mahu mengaku rasa bersalah. Rayyan mengelengkan kepalanya. Ada saja kau nak balas cakap aku yer?
“Tengok tu, kut nak ucap terima kasih tak juga. Melawan cakap abang pulak!”
“Terima kasih untuk apa pula, kata tanggungjawab seorang suami tadi, abang bersalah tau kalau tak jalankan tanggungjawab abang kat liya!” Aku nak balik kampung, nak tengok mak dan abah. Itu yang utama.

Perkahwinan ini bukan saja untuk menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan, tetapi ikatan perkahwinan ini terjalin  dengan adanya faktor dan konsep yang sudah jelas dan nyata. Memang hukumnya mahu memberi ikatan yang sah kepada lelaki dan perempuan, tetapi kesinambungan kepada tali perkahwinan melibatkan seluruh kehidupan. Di dalam perkahwinan, ada keluarga kita dan keluarga mentua, yang perlu disayangi sampai ke akhir hayat. Dan jangan kerana suami, kita tinggalkan keluarga sendiri ataupun jangan juga kerana isteri, kita kehilangan kasih sayang ahli keluarga pula.

Anak tetap anak. Mak ayah tetap mak ayah, dan tak akan berubah walaupun kita sudah ada suami. Tanggungjawab bukan saja untuk memberi keperluan zahir dan batin saja, tetapi abang kena bertanggungjawab kepada abah dan mak liya juga. Sebagai suami dan menantu, abang tahu apa tanggungjawab abang.

Ketika sampai kat rumah, angah ke bendang, tengok sawah padi abah. Abah pula terlantar di katil. Mak pun begitu. Hiba rasa hati bila melihat keadaan mak dan abah. Aleeya terus melarikan dirinya ke dapur, tak mahu abah dan mak tahu, dia sudah menangis.

Pinggan mangkuk dan gelas tak dicuci. Periuk belanga pun macam tu juga. Mesti angah beli makanan di luar, sebab setahu Liya, Angah memang tak  boleh hendak memasak.  Sibuk Aleeya mencuci pinggan mangkuk yang kotor, kejap lagi nak masak pula. Biarlah Liya yang jaga mak dan abah di kampung, kalau macam nih.
“Abang nak keluar nih, abah nak makan sup ikan haruan!”  beritahu Rayyan. Aik, abah tadi, Liya tanya nak makan apa, tak jawab pun, katanya tak ada selera nak makan, sekarang dekat Rayyan, abah cakap pula nak makan sup ikan haruan.
“Abang beli ikan dan ayam sama yer, pastu beli sayur,” pesan Aleeya. Kat peti sejuk sahih tak ada apa-apa nak masak.
“Rajin tak ni?” suara Rayyan. Teringin juga nak makan yang lain. Dah jemu tengok ayam dan ikan saja.
“Kenapa?”
“Teringin nak makan puyuh masak berempah!” agak dah tadi. Kat pasar minggu mesti ada burung puyuh tu.
“Abang ni, mcm perempuan mengidam lah pulak!”
“Kalau abang jadi perempuan, tiap2 tahun abang mengandung lah, dapat pahala tu..,”
“Cakap senang lah, sebab abang tu lelaki!”
“hahaha..,”
“Sempat lagi ampa dua bergaduh no..,” celah angah yang balik dengan badan penuh lumpur.
“Angah!”
“Mujur Liya balik, kalau tidak kecoh juga Angah. Nak masak tak pandai, abah tu tak nak makan masakan kedai lah!” ucap Angah. Cuti seminggu saja, lepas ni siapa nak jaga mak dan abah. Risau juga sebenarnya.
“Kenapa tak ajak kak ngah sekali?”
“Anak-anak sekolah lah, Liya!” betul juga tu.
“Along dah masuk hutan kut, call dah tak boleh. Acik dan Alang, Angah dah bagi tau?”
“Alang ok, Acik tak boleh. Bini dia pegang handset Acik sejak semalam lagi. Angah dengar saja suara Tasha tu terus Angah matikan talian. Nanti, bila ada masa Liya call Acik, bagi tau tentang abah dan mak!”
“Insha ALLAH, lepas tengah hari nanti, Liya call Acik bagi tau!”

Anak perempuan tak sama dengan menantu perempuan. Wal hal tanggungjawab untuk jaga abah dan mak adalah tanggungjawab anak lelaki, bukan anak perempuan, sebab anak perempuan yang telah berkahwin mempunyai tanggungjawab kepada suami. Ini, sudah terbalik, Aleeya pula terpaksa balik untuk jaga abah dan mak.

Selera abah dan mak makan hari ini dengan air tangan Aleeya. Rumah pun sudah terurus, sebab Aleeya balik berkemas dan menyimpan. Angah serupalah dengan Rayyan, memang bukan kerja dia orang pun bab simpan dan mengemas ini. Itu Liya faham sangat.
“Abah, petang ni saya nak balik dulu, insha ALLAH, nanti saya datang lagi!” beritahu Rayyan selepas balik dari surau dengan angah. Ala, datang sekejap saja, dah nak balik? Liya tak nak balik lagi, bimbang lah nak tinggal abah dan mak. Mak tak sihat betul lagi lah.
“Pergi lah balik dulu, abah tahu Rayyan banyak kerja yang perlu di uruskan!”
“Tak pa abah. Liya dan anak-anak ada teman abah dan mak kat sini. Saya tak lah bimbang sangat sebab Liya boleh jaga abah!” ucap Rayyan memberi kebenaran kepada Aleeya untuk menjaga abah dan mak di kampung.
“kamu?”  soal abah. Rayyan ni susah nak hidup tanpa Aleeya kat rumah tu. Rindu kat anak isteri nanti. Nak berulang sudah lah jauh.
“jadi orang bujang lah, jawabnya!” sampuk Angah sambil tersenyum. Aleeya dan Rayyan sama-sama tersenyum. Lega, boleh jaga mak dan abah di kampung minggu nie.

Angah sudah banyak kali, menyuruh Aleeya menghubungi Acik. Acik seorang saja yang belum tahu keadaan abah. Acik yang bekerja sebagai seorang Pegawai Besar di syarikat swasta di Ipoh, Perak. Perak dengan kedah bukan jauh sangat pun. Mana tahu cuti hujung minggu boleh balik bergilir jaga abah. Angah menetap di Pahang, sama jauh seperti Aleeya juga.
“Assalamualaikum, kak Tasha!” ucap aleeya. Tiga kali call, ini baru lah Tasha mengangkatnya.
“Waalakummussalam!”
“Kak, Acik ada?”
“Tak ada, dia keluar. Kenapa?” garangnya suara dia. Banyak-banyak kak ipar, Tasha ni memang susah sikit.
“Nak bagi tau abah dan mak sakit kat kampung!”
“habis, kalau sakit kenapa? Nak suruh acik kau balik jaga orang tua tu kat kampung?” tengking tasha membuatkan tangan aleeya bergetar. Geram dengan jawapan yang diberikan oleh Tasha, kakak iparnya itu.
“Liya cuma  nak beritahu Acik lah..,”
“Kau lah jaga, kau tu lain, suami kau kaya raya, tak kerja pun tak mengapa, kami ni harap abang kau saja yang kerja, cari duit, kalau asyik cuti memanjang, silap hari bulan kena buang kerja pulak. Lagipun abah sayang kau lebih kan, jadi kau lah jaga...,” tempelak Tasha membuatkan hati Aleeya menanah tiba-tiba. Macam mana lah dia ni berfikir sebenarnya? Aku pun hairan lah!
“apa akak cakap nih?”
“jangan buat tak faham, lagi sekali aku nak ingatkan kau, jangan call acik kau cakap benda ni, aku tak suka!” terus talian di matikan.

Aku memang nak sangat jaga abah, tetapi aku anak perempuan abah, bukan anak lelaki abah. Kalau aku lelaki, senang lah sikit. Aleeya berjalan masuk ke dalam biliknya. Kelihatan Rayyan sedang berkemas untuk balik petang ini. Dipeluknya Rayyan dari arah belakang. Dia merangkul kemas pinggang suaminya. Rayyan membiarkan saja sikap isterinya itu.
“Kenapa ni?” soal Rayyan apabila ada esakan dari Aleeya. Menangis sebab apa pulak ni? Kalau tak nak berpisah, macam mana nak jaga abah dan mak pula.
“Liya jangan buat abang susah hati, boleh tak?” aku nak kena balik juga, sebab nak kena pergi Singapura esok pagi. Alex Young dah bersetuju untuk bekerjasama dengan syarikat kami. Kedua, papa nak balik malam nanti, nak kena jemput papa kat KLIA. Itu papa, mama pula nak jumpa kerana ada hal penting katanya. Hal penting tu, nampak dah mama nak duit.

Rayyan mengalih, memandang wajah isterinya yang berada di dalam kesedihan.
“Cakap lah kenapa?” desak Rayyan lagi. Kalau aku tak cerita kepada suami sendiri, habis kepada siapa, aku nak adukan hal ini. Lagipun apa gunanya ada suami, kalau tak boleh mengongsi suka dan duka  bersama. Kita tidak sepatutnya mencari orang lain untuk diceritakan hal rumah tangga kita lah. Contohnya, zaman sekarang, kalau ada sengketa suami isteri, mesti cari org ketiga. Akhirnya, org ketiga pula yang mengambil kesempatan.
“Kalau abang pun abang cakap mcm tu juga lah sebab dari kecil abah sayangkan liya lebih, tetapi logik akal, tanggungjawab ini bukan ke atas Liya, sebab Liya anak perempuan, anak lelaki yang sepatutnya memikul tanggungjawab ini walau dalam keadaan mcm mana sekali pun..,” oleh sebab itu abang nak balik, sebab tanggungjawab abang masih banyak untuk keluarga abang dan syarikat kita tu.
“Liya tahu tu..,” Rayyan memeluk Aleeya seeratnya. Wooo, banyak hari lah aku tak boleh tidur dengan isteri, tak boleh peluk isteri macam setiap hari. Boleh gila juga nih?
“Liya ni susah sebab manja sangat. Macam tak nak bagi abang balik Kl saja..,”
“hahaha.. abang jangan merepek, Pergi lah balik!”
“Apa-apa hal, call abang, abang janji, sekelip mata abang ada di depan mata Liya!”
“Tipu lah tu!” mana mungkin boleh buat macam tu. Ingat cerita Puteri Balqis dan Raja Sulaiman, bagaimana istana Puteri Balqis berada di hadapan Puteri Balqis dalam keadaan sekelip mata saja atas kehendak ALLAH yang maha Esa.
“Insha ALLAH, abang akan sampai secepat yang mungkin!” dikucupnya dahi Aleeya seperti selalu.

Belajar lah berpisah sama, Aleeya. Asyik berkepit saja dengan Rayyan. Teruk lah kau nih!

2 ulasan:

  1. tanggungjawab anak lelaki berat... syurga anak lelaki bawah telapak kaki ibu.. bukan seperti anak perempuan bila dah berumahtangga syurga telah bertukar kepada suami... sabarlah Liya dengan kerenah kakak ipar yg macam tu...

    BalasPadam
  2. ha, ah.. anak lelaki syurga dia tetap kat ibu dia.. itu kenyataan, bukan satu tulisan, bukan sengaja nak tulis atau apa saja, tetapi itu kebenaran... dan perempuan pula, syurga di kat suami dia, tetapi perempuan zaman sekarang tak pegang semua tu lagi.. betul tak kak sue?

    BalasPadam