Sekarang rasa bahagia sangat sebab cinta hati dah ada di
depan mata. Tadi serabut sangat sehinggakan dia tidak lalu makan. Tak ada
selera sebab itu, dia berbuka puasa saja di masjid. Makan tiga biji buah kurma,
air putih dan bubur lambuk. Itu pun tak boleh nak telan. Ini semua gara-gara
Aleeya.
“Liya nasi ada lagi tak?” soal Rayyan bila melihat Aleeya
mahu melangkah keluar.
“Bukan abang buka puasa di masjid ke tadi?” soal Aleeya
kembali. Aku pun makan sikit saja lagi sebab fikirkan si dia, si jantung hati
ini. Ke mana lah dia menghilang tadi?
“Tak lalu nak makan tadi!” hahaha, taupun bergaduh dengan
aku, boleh mati selera.
“Abang merajuk ke? Playboy mcm abang pun reti merajuk
rupanya..,” ujar Aleeya sambil tersenyum simpul.
“Abang tanya ada nasi tak? Kalau tak ada masak lah kat
abang, boleh tak?”
“Jom lah, Liya panaskan nasi. Lagi pun mak buat rendang
kesukaan abang tu!” kata Aleeya sambil menarik tangan Rayyan menuju ke dapur.
“Ha, boleh pun berbaik semula. Tadi muka masing-masing
macam apa tah, tengok pun tak lalu lah!” usik abang ngah ketika nampak Aleeya
dan Rayyan berjalan menuju ke dapur. Bergaduh macam nak terbalik dunia saja.
“Kita orang tak bergaduh lah!” dalih Aleeya, Rayyan
mengenyitkan matanya.
“Tak payah nak tipu lah!” ujar abang ngah sambil menarik
tangan nana dan nini turun ke halaman rumah.
Abah dan mak tersenyum bahagia melihat Rayyan dan Aleeya
berbaik semula. Alhamdulillah, berkat malam raya aidil fitri.
Barulah ada selera nak makan sebab Aleeya ada di sebelah
sedang menemaninya. Tadi merana juga lah
sebab Aleeya merajuk, sebab selalunya kalau kena marah pun, Aleeya tenang saja,
tetapi tidak kali ini. Mungkin hati Aleeya juga terluka. Itu yang aku patut
sedar bukan asyik membebel kat Aleeya saja.
“Aleeya!” panggil Rayyan. Sebut nama penuh ni mesti ada
sesuatu abang nak cakap kat liya kan?
“Yer Rayyan Danish!” hahaha, boleh kah aku menyebut namanya
begini? Tertiba saja Rayyan ketawa terbahak-bahak mendengar Aleeya menyebut
nama penuhnya. Entah, dia memang tak boleh kalau Aleeya menyebut namanya
begitu, rasa geli telinga mendengar, tetapi dia paling suka dengan panggilan ‘abang’
sebab sebutan itu menyeru di jiwanya. Meresap dalam hatinya.
“Kenapa pula?”
“Dah, dah, basuh pinggan ni, abang nak temankan Adam dan
Ain!” dah tak jadi nak cakap. Terus lupa...,
Riuh kat halaman rumah dengan gelagat abang ngah dan kak
ngah melayan anak-anak mereka main bunga api. Tetapi Rayyan dan Aleeya tidak
menyertai mereka. Hanya duduk di atas tangga saja. Duduk rapat-rapat sambil
berpegangan tangan. Tangan yang disembunyikan dari penglihatan abang ngah dan
kak ngah.
“I love you!” bisik Aleeya perlahan. Rayyan terkedu.
“Bukan ucap selamat hari raya ke?” seloroh Rayyan. Aleeya
mencubit lengan Rayyan. Mesra!
“Okey lah, selamat hari raya aidil fitri!”
“Esok, abang nak Liya sujud kat kaki abang, mintak maaf
kat abang sebab liya dah banyak buat kesalahan kat abang, kalau tidak abang tak
akan maafkan liya sampai bila-bila!” ugut Rayyan sambil menyentuh hidung Aleeya
yang mancung itu. Hish, egonya memang masih atas puncak gunung himalaya, tak
pernah rendah pun. Aleeya menjeling tajam, tanda protes dan tidak puas hati.
“Tak adil..,” keluar juga perkataan itu. Huwaa nama pun
aku isteri, jadi kena patuh pada arahan suami.
“Hahaha... melawan cakap suami tu, berdosa. Engkar cakap
suami pun berdosa..,”
“Abang tidur kat luar malam ni sorang-sorang yer!” balas
Aleeya dan terus bangun.
“Kunci pintu ada kat abang lah, sayang!”
Subuh ini, selesai solat berjemaah bersama,kali ini
Rayyan memilih untuk bersolat berjemaah dengan Aleeya saja di rumah. Tidak mahu
menyertai yang lain ke masjid. Saat dia mengucup dahi Aleeya, air mata Aleeya
gugur satu persatu. Jatuh semua dosa-dosa Aleeya kepada suaminya di pagi syawal
yang mulia ini.
“Liya mintak ampun dan maaf, kerana telah melukakan hati
abang!” ucap Aleeya sewaktu mengucup kedua belah tangan Rayyan.
“Abang juga ingin memohon maaf dari mu, sayang. Maafkan
abang kerana telah banyak melukakan hati mu selama ini,” ucap Rayyan. Dia
memeluk Aleeya dengan erat. Kata seorang ustaz, peluk lah isteri atau suami
selama 10 saat, maka terhapus lah segala sengketa, dan erat lah hubungan suami
isteri antara Rayyan dan Aleeya.
“Abang tak pernah buat salah kat liya lah!” nafi Aleeya.
Dia tak kisah pun dengan sikap rayyan kerana dia sudah memahami sikap dan
perangai suaminya ini.
“Yer ker?”
“Yup!”
“Abang redha atas segala sikap mu pada abang, cik manja
sayang!”
“Betul abang tak kisah liya buat perangai dan asyik
merajuk dengan abang?”
“tak kisah pun sebab tu memang dah perangai semulajadi
liya kan?”
“Hehehe..,”
Senang hati nak beraya dengan abah dan mak pula selepas
ini. Yang penting antara mereka suami isteri sudah pun selesai. Wajibkan kami
bersalaman dan bermaafan, sebab lidah mana yang tak pernah tergigit, laut mana
yang tak pernah bergelora, nama pun suami dan isteri, dan mestilah berlaku
macam-macam cerita sepanjang hubungan kami. Tambahan lagi aku berkahwin dengan
lelaki yang mempunyai latar kehidupan yang berbeza. Agama pun macam-macam dia
nih, jadi risikonya memang tinggi, kalau tak sabar, kalau tak tahan jiwa dan
perasaan, habis lah kami. Tapi Rayyan nie memang lain dari yang lain.
“Selamat hari raya, abah. Maafkan saya!” ucap Rayyan
sewaktu bersalaman dengan abah. Abah hanya mengangguk.
“Maafkan abah juga, Rayyan!” balas Abah. Mak hanya
tersenyum. Begitu juga dengan Aleeya.
“Mak, maafkan saya!” lafaz Rayyan kat mak. Mak mengangguk
saja.
“Maafkan mak juga, Rayyan. Maafkan mak, sebab anak mak,
isteri Rayyan tu degilnya memang boleh buat sakit jiwa pun!” gurau mak
membuatkan Rayyan tersenggih. Itulah isteri saya, mak!
“Mak ni!” tepis Aleeya.
“Saya terima dia seadanya, mak!” jawab Rayyan seikhlas hati.
“Dengar tu Aleeya!” celah abah.
Abang ni memang lah. Apa pun Selamat hari raya aidil
fitri.
Baru sempat baca... Raya kali ni buzy balik KL rumah mertua...
BalasPadamPagi Raya memang sedih x putus-putus air mata keluar bila bersalam-salaman terutama bersama suami tercinta... dah jadi macam Rayyan dgn Liya pulak bila baca cerita ni.... hehehe
hehehehe... saya tulis apa yang kita rasa.. apa yang org alami.. hehehe
PadamKak... Bkn dlm PE, Aleeya panggil ayah ke kak? hehehe
BalasPadamhahaha.. yer ker? akak lebih suka panggil abah.. tu yang jadi mcm tu..
Padam