Selasa, 20 Ogos 2013

CERPEN: RAYYAN & ALEEYA EPISOD 10



“Liya, Rayyan kahwin dengan Liya sebab pembawakan Liya sebagai gadis islam. Imej Liya sebagai anak melayu yang beragama islam. Sebab tu Rayyan pilih Liya menjadi suri rumahnya. Kalau Rayyan nak, dia boleh pilih gadis yang cantik-cantik, yang seksi dan mengiurkan dengan kedudukan Rayyan tu.. tapi bukan itu kehendak Rayyan, kerana Rayyan mencari keredhaan ilahi..,” ucap Angah memberi pesanan kepada Aleeya, dan kata-kata ini mengiringi perjalanan pulang Aleeya.

Esok, dah nak mula kerja semula. Ketika mereka sampai jam sudah pun menunjukkan ke angka 10 malam. Papa terus disambut oleh Alvin dan Husna kat KLIA tadi. Dia dan Rayyan pula terus pulang ke rumah. Malam ni, jangan suruh Liya buat apa-apa yer, masak ke? Kemas ke? Liya tak nak buat, Liya nak rehat saja.
“Hari tu sebelum nak balik kampung, tengok tak cek-cek atas meja?” soal Rayyan sebaik membuka pintu rumah. Laaa, dia ni dalam kepala otak dia ada bab kerja saja kah. Orang tak nak fikir bab kerja, esok baru nak tengok kerja-kerja tu.
“Cek gaji, elaun dan bonus saja, yang lain Liya mana sempat!”
“Sebelum tidur nanti semak dan sign, abang nak suruh akauntan kita bank in esok pagi cek yang lain-lain tu..,”
“Tak nak!” aku letih lah.
“Liya ni semua tak nak.. “ marah Rayyan. Aleeya turut menjeling marah dan terus masuk ke dalam bilik, serta menguncikan biliknya. Ada Ain saja bersamanya. Adam tidurlah dengan papa malam ini. Aku nak berehat dulu lah, baru nak fikir pasal kerja, kalau biar Rayyan masuk kat bilik ini tentu dia berleter panjang dulu.
“Liya!” jerit Rayyan sambil menolak pintu bilik.
“Liya nak tidur dulu lah, nanti Liya bangun semak cek-cek tu,”
“Buka pintu, abang nak solat!”
“Guna bilik sebelah...,” Bilik sebelah tu kan ada sejadah, solat lah kat bilik sebelah. Entah apa yang rayyan omelkan sebab Aleeya terus masuk ke bilik air. Mahu solat juga. Hilang satu keberkatan kerana solat berasingan malam ini.  Rupanya bukan senang nak masuk syurga kerana seorang suami, Liya!
“Orang nak beri pahala mudah pun tak nak ke?” muncul kembali suara itu ketika Aleeya sedang memakai kain telekung. Ada lagi?
“Siapa tak nak pahala pulak ni?”
“Bukak pintu ni dapat pahala, kalau tutup juga, tak tau lah Liya dapat apa?” ugut Rayyan. Aleeya terus membuka pintu. Nampak Rayyan sedang tersenggih. Rayyan menarik tangan Aleeya dan terus mencium dahi Aleeya walaupun Aleeya cuba mengelak.
“Abang ni, batal lah air solat Liya!” dengus Aleeya. Rayyan tersenyum bahagia kerana dapat kenakan isterinya.
“Hahaha...,”
“Lepas lah!”
“Sedangkan dalam puasa pun, awak kena bukak puasa, untuk layan suami awak, inikan pula air solat. Pergi ambil lain lah, bukan susah pun!”
“Abang ni memang lah!” jerit Aleeya sambil menolak badan suaminya. Nak tolak tubuh Rayyan yang tegap tu, memang tak jalan lah, Liya.
“Pergilah ambil lain, kita sembahyang jemaah. Jangan ikutkan sangat hati Liya tu, entah-entah iblis yang merasuk kut, ada ke patut buat mcm ni kat suami?” pujuk Rayyan. Sejuk hati Aleeya, 200 peratus.
“Suami buat apa kat isteri semua boleh, tapi isteri semua tak boleh!” rungut Aleeya. Dia mesti cari jalan supaya aku bukak kan pintu dan akhirnya dia berjaya.
“Laa.. liya nak boleh buat apa kat abang?” soal Rayyan kembali sambil merenung anak mata Aleeya.
“Ha.. hmmm..,”
“Liya nak buat apa kat abang?” ulang Rayyan sekali lagi.
“Encik Rayyan, sila pergi ambil air solat kat bilik sebelah, saya tak nak tunggu lama-lama!” arah Aleeya.
“Hahaha.. tau pun tak boleh nak buat apa-apa..,”

Selesai solat memang dia terlena pun. Malam ini baru boleh lena, sedangkan kat kampung, dah banyak malam dia tidak boleh menglelapkan mata kerana asyik fikirkan abah, mak dan diganggu dengan tangisan anak manja kesayangan suaminya itu. Lagi pun dia sudah senang hati, kerana sudah ada org untuk menjaga mak dan abah di kampung.

Bila terjaga, dia sudah berada di dalam dakapan suami tercinta. Diangkat tangan suaminya yang sedang merangkul pinggangnya. Dan Aleeya terus bangun, cuci muka, dan mengikat rambutnya yg panjang melepasi bahu. Ke semua cek di atas meja di ambil lalu di buat semakan dan ditandatanganinya, hanya ada tiga cek yang tidak diluluskan.

Selesai sign cek, dia membuka emel pula. Emel dari Puteri Shima, Akma dan Alvin. Semuanya berkaitan dengan hal syarikat. Rayyan pula tidak pernah menghantar emel kepadanya, lain lah Rayyan outstation ke luar negara, baru ada emel.

Rayyan datang, lalu terus duduk di kerusi sebelah. Rayyan mengambil cek-cek tersebut, diteliti lalu di sign sebagai org kedua. Tandatangan Liya seorang tidak laku, kena ada tandatangan darinya sebagai pengarah syarikat.
“Tiga ni kenapa tak sign?”
“Tengok nama siapa kat atas cek tu? Selama ni abang dapat gaji sajakan, kenapa tiba-tiba ada bonus dan elaun keraian pula? Kalau seribu dua lojik lah juga, ni 10 ribu?” soal Aleeya kembali. Nak makan duit syarikat ke apa ni? Mentang-mentang lah papa bagi kuasa sepenuhnya kat syarikat tu, boleh buat sesuka hati yer.
“Sign saja lah, banyak soal pula?”
“Sebagai timbalan pengarah, liya berhak tahu. Sekeping cek lagi atas nama Alvin, pun 10 ribu juga? Nak buat apa duit sebanyak nih?”
“Kita orang buat loan lah dari syarikat..,”
“Loan untuk apa?”
“Itu hak peribadi abang dan alvin!” mama nak 30 ribu dalam masa dua hari lagi. Mama nak guna duit,  duit Rayyan dah tak ada sebagai asyik beri kepada mama dan bayar hutang mama. Alvin lagi lah tak ada duit simpanan, sebab baru habis belajar. Jadi, dia orang berdua berpakat untuk buat pinjaman dari syarikat dan bayar setiap bulan kepada syarikat.
“Liya tak nak sign!”
“Kalau tak nak sign, bagi duit simpanan liya kat abang, boleh?” dia setiap bulan beri duit kepada Aleeya supaya Aleeya menyimpannya untuk kegunaan mereka berdua bila terdesak nanti. Dan duit itu juga untuk Aleeya dan anak-anak.
“Lagilah tak boleh!” jawab Aleeya. Rayyan tersenyum. Tahu, Liya tak akan beri wang itu kepadanya.
“Mama nak duit lah, sayang. Tak ada cara lain dah ni, lagi pun abang dan alvin dah beritahu papa, dan papa benarkan kita orang buat loan dari syarikat..,” jelas Rayyan. Aleeya mengambil semula cek di tangan Rayyan, lalu diturunkan tandatangannya. Cakap lah macam tu tadi.
“Abang tak boleh biarkan mama berterusan mcm tu lah!” tegur Aleeya. Mama banyak guna duit sekarang untuk jalan yang tak berfaedah. Itu yang tak baiknya.
“Hmm...,” tak tahu mcm mana dah nak buat dengan mama tu. Aku ni anak, anak sulong pula tu, tapi dengan mama, selalunya kalah dalam banyak hal. Satu saja menang kat aku, kerana berjaya mempertahankan Aleeya dan rumah tangga kami berdua.

Rayyan menarik lap top di tangan Aleeya. Ooo.. tengah chating dengan Puteri Shima dan Akma yer, sanggup berjaga malam gara-gara nak chating.  Esok kat ofis gosip lagi.
“Jangan lah!” marah Aleeya apabila Rayyan membaca mesej dari Akma. Terus di off lap top tersebut.
“Dengki lah tu!” sambung Aleeya lagi.
“Konsep perkahwinan Liya kena jaga betul-betul lah. Nie abang saja yang ambil berat dan peduli Liya semuanya buat tak kisah..,” dah lama nak cakap perkara ini dengan Aleeya. Aik, ada topik rupanya. Patut lah sanggup bangun cari aku?
“Kita bukan teman satu katil, satu bantal lah, tetapi hubungan kita lebih dari itu. Abang tak suka Liya rahsia tentang hal peribadi Liya dari abang!” sambung Rayyan lagi. Kali ini mata Aleeya terbuka luas. Rahsia apa lagi nih?
“Rahsia apa? Liya tak faham lah!”
“Hal-hal Liya, contohnya Liya dengan Angah tu..,”
“Hal apa ni?”
“Liya, Jangan buat-buat tak faham lah!” ujar Aleeya. Rasanya aku tahu lah maksud cek abang aku ni.
“Abang tahu mana semua ni?”
“mak yang cerita kat abang sebelum kita balik..,” jelas Rayyan. Aleeya tersenyum. Memang aku ceritakan kisah suka duka ku kepada Angah, tetapi itu sebelum aku kahwin, sekarang tak lagi, kerana konsep perkahwinan, hanya dikongsi antara suami dan isteri saja. Jadi, Angah dah tak tahu tentang aku lagi, sebab aku dah ada suami. Tetapi ada banyak perkara yang aku tak boleh kongsi dengan suamiku sendiri. Contohnya aku boleh suruh Angah belikan tuala wanita kepadaku kalau time period, tetapi dengan Rayyan, aku masih rasa malu dan segan untuk menyuruhnya membeli keperluan wanita ku, walaupun usia perkahwinan kami dah nak masuk tiga tahun. Sakit mcm mana pun kalau time period, aku menanggungnya sendiri. Aku tak cakap dengan Rayyan, tetapi dia tahu dengan sendiri.
“Hmm..,
“sikap remeh temeh ini lah yang nak makan diri nanti. Suka rahsia, hilang kepercayaan, pastu saling meragui diri pasangan pula..,”
“Liya percayakan abang lah!” jawab Aleeya jujur. Teringat kata-kata Angah semalam, Rayyan kahwin dengan Liya, sebab Liya membawa imej islam. Itu yang menjadi pilihan Rayyan.
“Abang tak nafikan tentang tu, Abang memang percayakan Liya, tapi Liya ambil mudah pada hal-hal tertentu..,”
“Dengan mak pun Liya tak pernah cerita mcm mana Liya kongsi dengan Angah..,” mak kan tegas sikit, jadi segan lah dengan mak.
“Sekarang Liya masih kongsi masalah Liya dengan Angah ke?” cungkil Rayyan. Takut juga Aleeya cari Angah untuk mengadu masalah rumah tangga mereka pula sedangkan Rayyan memang tak suka kalau Aleeya cari org lain untuk menceritakan hal rumah tangga mereka.
“Ikut suka hati Liya lah, lagipun Angah tu abang kandung Liya lah!” balas Aleeya tercuit hati Rayyan mendengarnya. Malah anak mata Rayyan pun dah tahu Rayyan tak suka.
“Abang tak suka...,”
“Abang ni hal mcm ni pun abang jadikan isu, perkara kecil saja lah!” yang aku tahu memang aku jaga hal rumah tangga kami.  Aku tak pernah cakap kepada abah atau mak kalau kami bergaduh dan bermasam muka. Apa tah lagi nak cari Angah.
“Elok lah tu, esok-esok hal dalam bilik tidur kita pun, awak cerita kat angah awak tu,” sah dia bengang kat aku kalau dah sebut ‘awak’ tu.
“Cemburu kat Angah atau sakit hati kat liya sebenarnya nih?” balik dari kampung jadi mcm ni lah pulak. Ingatkan boleh memadu kasih, tapi kami bergaduh kerana hal yang terlalu kecil. Itu lah bermula dari yang kecil lah boleh menjadi besar.
“Tak guna cemburu kat angah awak..,” tegas suara tu. Aleeya menoleh ke sebelah, memandang wajah Rayyan dan dia segera bangun untuk berdiri di belakang suaminya. Diurutnya bahu Rayyan, lembut dan manja. Penyejuk hati dan cara memikat yang paling berkesan, kalau suami tengah marah, jangan pergi ambil api lalu dicurahkan supaya menjadi marak, ataupun ambil minyak tanah lalu dicurahkan kepada api supaya semakin membara. Cari lah ayer, tak pun ais yang sejuk dan membeku itu supaya hati yang sedang marah, akan jadi sejuk dan dingin semula.
“Encik Rayyan boleh bangun tak?” suara Aleeya sambil menarik Rayyan bangun mengadap ke arahnya. Tadi cakap aku kena rasuk, sekarang yang terlebih ikut hati dan perasaan adalah dia, bukan aku. Rayyan patuh! Tiba-tiba Aleeya memeluk Rayyan dan menyandarkan kepalanya di dada Rayyan.
“Ooo.. guna psikologi lah nih!” ucap Rayyan sambil membelai rambut Aleeya dengan sepenuh kasih sayang.
“Hahaha...,”
“Liya tahu, Liya harus terbuka untuk membincangkan hal yang berkaitan antara kita berdua. Liya janji Liya tak akan berahsia dengan abang selepas nih.. tetapi dengan syarat, abang pun janganlah berahsia dengan Liya..,”
“Abang hanya setuju kalau Liya ceritakan semua masalah Liya kepada abang, tetapi tentang rahsia abang, Liya jangan ambil peduli..,” Aleeya mendongak memandang wajah Rayyan. Yang tu aku tahu lama dah lah, dia memang tak suka aku ambil tahu hal dia, hal keluarga dia dan yang berkaitan dengan family dia.  Sebab itu aku tak tahu mamanya bukan islam sewaktu awal perkahwinan kami dulu.
“Itu namanya tak adil!”
“Liya mana boleh lawan cakap suami..,”
“Sejak abang tahu pasal hukum islam ni memang masalah...,”
“Tapi dulu abang tak tahu pasal hukum pun, Liya tak boleh nak buat apa juga kan?”

Syurga isteri memang terletak pada suami, tetapi sila semak suami awak jenis yang macam mana? Kalau dia bukan golongan lelaki yang menyembah ALLAH, engkar pada arahan dan peraturan ALLAH, dia tidak menghormati kedua ibubapanya dan tidak menghormati saudara maranya serta tidak memberi layanan yang baik kepada isteri dan anak-anaknya, suka pukul isteri dan anak-anaknya, kaki judi dan perompak.. yang jenis ini masihkah ada syurga pada dirinya.

Perempuan tidak akan menjadi isteri yang baik, seandainya suaminya dari golongan yang buruk lakunya, dan lelaki tidak mungkin menjadi suami yang baik, seandainya perempuan yang dikahwininya adalah dari jenis perempuan yang buruk lakunya. Dan bukan senang nak masuk syurga, tetapi mudah pula untuk kita masuk ke neraka. Dan syurga perempuan yang telah berkahwin hanya perlu taat kepada suaminya saja.Waw, bukan senang nak jadi isteri yang taat lah!
“Fikir apa ni?” soal Rayyan apabila Aleeya lama mendiamkan diri.
“Fikir kan tentang abang lah!” memang aku fikirkan tentang dia, dengan melihat dari mata hati dan juga mata kasar. Nyatanya aku bukan perempuan yang sempurna pun. Begitu juga dengan dia.
“Dah agak dah!”
“Bukan senang nak masuk syurga lah!”
“Kita sama-sama mencari keredhaan dari ilahi untuk dunia dan akhirat,” lafaz Rayyan jujur membuatkan Aleeya terharu. Carilah lelaki yang ada pengetahuan agama, supaya senang dunia dan akhirat. Tetapi jangan sama kan cerita aku dengan kalian, sebab calon suamiku dulu bukanlah seorang yang ada pengetahuan agama pun. Tetapi dia senang belajar untuk jadi insan yang baik kepada agamanya.
“Yang ungkit pasal tadi tu kenapa? Macam Liya buat salah kat abang pula?” dia cakap mcm aku buat salah besar kat dia. Kalau aku tak cari jalan penyelesaian yang terbaik, mesti bergaduh panjang. Silap hari bulan, boleh lari balik kampung pula lah jawabnya,
“nak ingatkan liya lah, perempuan ni dia suka cari tempat lain untuk mengadu tentang masalah dia, dan masalah dengan suami dia dan abang tak suka, malah membencinya. Tengok Liya rapat sangat dengan Angah masa kat rumah abah!”

Liya tak buat benda macam itu lah. Ingat Liya ni apa???
“jadi ke esok Liya nak keluar dengan Akma dan Puteri shima?” soal rayyan mengubah topik perbualan. Sahih dia baca mesej dari Akma tadi.
“nak minta izin dari abang lah, dan nak minta duit juga sebab nak shoping. Lama dah tak keluar shoping dengan dia orang!”
“Anak?”
“Abang mengasuh lah..,”
“jangan balik lewat sangat sudah lah!”

Lewat tak lewat pukul, sebelum pukul 9.00 malam lah. Esok, selamat mengasuh yer.

2 ulasan:

  1. ... Liya x baik buat Rayyan macam tu... kunci pintu x mahu solat bersama... kata nak dapat pahala bersama Rayyan.... Liya dan Rayyan ni sama-sama ada angin... tapi yg penting dapat selesaikan secara baik.... itu yg terbaikkk.... bestttt

    BalasPadam
  2. liya tu perempuan biasa saja lah kak sue.. hehehe.. yang ada sifat marah dan kecil hati dengan suami, tahu pahala, dosa dan sebagainya tetapi ada kala perasaan menguasai diri..

    BalasPadam