Khamis, 29 Ogos 2013

CERPEN: RAYYAN & ALEEYA (EPISOD 16)



CERPEN: RAYYAN & ALEEYA (EPISOD 16)
Setengah jam saja sampai kat rumah Alvin. Memang Adam tengah melalak pun. Puas juga lah papa memujuknya tetapi rasanya tak berjaya.
“Tidur saja lah kat sini, dah nak pukul tiga pagi lah,” ujar Tuan Mirzal menyerahkan Adam ke tangan Aleeya. Nampak muka ibu, muka papa, terus Adam diam.
“Ha, ah. Bermalam saja lah kat sini, kak Liya!” ajak Alvin pula. Aku tak kisah, tetapi abang kau ni mesti tak nak.
“Lain kali saja lah!” tolak Rayyan sambil memegang bahu Aleeya.
“Suami kau, anak kau, sama saja perangai! “ keluh papa, terus masuk ke biliknya. Rayyan ni kalau dah buat keputusan, jangan lah dihalang, di pujuk atau dirayu, tak termakannya dengan pujuk rayu kita orang.

Sampai kat rumah pukul 4 lebih baru lah boleh terlelap. Barulah boleh berehat dengan tenang. Tetapi Aleeya hanya tidur sekejap saja, pukul enam lebih kena bangun semula. Banyak lagi kerja yang perlu diuruskan sebelum bertolak ke tempat kerja. Perlu mengemas rumah, basuh kain baju dan memasak. Itu tugas dan tanggungjawab seorang isteri.
“Abang, dah 6.45 pagi lah!” kata Aleeya sambil mengonyang bahu Rayyan dengan perlahan.
“Haaa..,”
“Bangun lah solat. Lewat dah ni!” sambung Aleeya sambil menyentuh pipi suaminya. Dipegangnya pipi Rayyan. Terus Rayyan membuka matanya, melihat senyuman Aleeya yang manis itu. Rasa bahagia sepenuh jiwa bila menatap wajah kesayangan itu. Dikuis hidungnya dengan hidung Aleeya.
“Abang nak solat lewat ke pagi ni, Liya tak ada masalah, sebab Liya cuti hari ini..,” tegur Aleeya sambil menolak badan suaminya.
“Baiklah cik manja!”  balas Rayyan.
“Cepat sikit tau, Liya dah siapkan sarapan. Liya tunggu abang kat dapur!” adam tak bangun lagi manakala Ain baru saja terjaga. Terus diambilnya Ain yang mula merenggek. Aku nak susukan anak lagi, tudung pun tak pakai lagi nih.
“Liya, kita kena pergi Sabah lah minggu depan. Anak-anak tinggal dengan Alvin dan Husna..,” beritahu Rayyan. Terlupa dia tentang ini. Sedangkan Aleeya perlu mengikutnya kerana projek di Sabah, Aleeya yang mengambil alih.
“Tak pergi tak boleh ke?” soal Aleeya. Semalam pun dah macam-macam. Itu baru semalam, kalau seminggu, menangis hari-hari aku nanti.
“Kenapa?
“Abang boleh tak abang mandi cepat2, pastu solat dulu. Lewat lah!”
“Org dah solat lah tadi!” muncul semula. Hanya basuh muka saja.  Yer ker? Ingatkan tak solat lagi.
“Liya tak nak pergi kecuali bawa anak-anak baru  lah Liya ikut abang!” tegas suara Aleeya. Rancangan awal memang mereka pergi berdua saja, tetapi rasanya kena bawa anak-anak lah. Tetapi kalau bawa anak-anak siapa yang nak jaga anak-anak, sewaktu mereka sedang bekerja? Masalah juga ni.
“Liya nak pergi atau nak serah kat Alvin?” susah-susah beri lah kepada Alvin dengan Husna. Aku pun malas lah nak pergi.
“Kenapa abang tak ambil projek tu dan urus sendiri?”
“Cadang tu nak bawa Liya makan angin lah nanti. Sabah kan tempat kita berbulan madu dulu,” Bulan madu lah sangat. Tetapi awal perkahwinan memang banyak kali juga lah ke Sabah. Sampai bergaduh kat sana kerana Edora.
“Bawa anak-anak Liya pergi, kalau tak bawa tu susah lah sikit,”
“Tengoklah macam mana nanti,”
“Abang lupa janji abang kat Liya rasanya ni.., “ ingat aleeya. Bila nak balik kampung?
“Janji apa?”
“Tiap minggu cakap nak balik kampung!”
“Hmmm...,” kerja tengah banyak. Tapi papa dan Alvin ada lah sekarang. Antara kerjaya dan keluarga yang mana satu jadi pilihan? Antara kemewahan dan persaudaraan yang mana lebih penting? Antara duit dengan cinta yang mana aku nak? Liya ni duit aku bukannya dia nak pandang pun.
“Rina, saya ada meting tak dalam minggu ni?” soal Rayyan di telefon. Aleeya pasang telinga mendengar saja.
“Batalkan semua meting saya dengan Puan Aleeya untuk minggu ni yer, pastu projek kat sabah suruh Alvin dan Husna uruskan. Nanti saya call Alvin. Lagi satu tolong tempah tiket ke Alor Setar untuk dua orang. Kalau boleh nak hari ni..,” arah Rayyan. Balik kampung, tidur dua hari lepas tu balik semula sambung kerja.  Macam nak ambil kampung Liya duduk sebelah rumah saja, senang sikit.
“Bos, tiket dah okey tetapi Alvin dan Husna tak nak ke Sabah sebab dia orang dah berjanji nak jumpa mak Husna di JB, jadi Alvin cakap bos kena urus sendiri hal projek tu,” beritahu Rina selepas sepuluh minit. Hmm, kena pergi juga lah ke Sabah, sebab Alvin tak boleh pergi. Ah, nanti lah cakap dengan Aleeya, hari ini balik kampung lah dulu.

Hmm, hidup ini bukan seperti apa yang kita fikirkan. Kita ini hanya mahu melakukan yang terbaik untuk ibu bapa kita sendiri, bukan ada niat lain, tetapi mak beritahu Liya, org kampung mula beranggapan buruk apabila abah dan mak dijaga oleh pembantu rumah Tuan Mirzal. Sudah terdengar bunyi yang tidak enak. Kononnya keluarga Haji Mohsin sengaja nak tunjuk berlagak sebab dapat menantu orang berada.  Itu satu hal. Yang kedua, orang mula bercakap, anak-anak Haji Mohsin semuanya tak boleh diharapkan kerana tak mahu menjaga ibu bapa sendiri. Wal hal, Aleeya tahu mereka adik beradik sudah mengatur jadual untuk bergilir pulang ke kampung setiap minggu. Tetapi itu lah, yang pulang Angah, Alang dan Liya saja, yang lain sebab anak-anak sekolah dan sibuk dengan hal masing-masing.
“Mak yang ambil peduli, Liya. Abah tak kisah, sebab abah kenal anak-anak abah!” kata abah membuatkan Aleeya tidak susah hati. Sekurang-kurangnya abah faham niat baik keluarga Rayyan.
“Liya ada cakap apa-apa ke kat kak tasha?” soal mak pula. Tanya Aleeya sendiri lagi senang. Rayyan sejak dari tadi, tidak menyampuk, hanya jadi pendengar dan permerhati saja.
“Cakap apa pulak ni mak?” soal Aleeya.
“kak tasha dan acik kau datang dua hari lepas, bergaduh pasal kau. Kak tasha kau siap meraung-raung lagi, katanya kau sengaja nak pecah belahkan rumah tangganya...,” sambung mak membuatkan Aleeya terkejut. Kak Tasha ni kena rasuk kut. Rayyan angkat kening sambil memandang ke arah Aleeya.
“Awak suruh Tasha tu buka buku baru, jangan asyik dok fitnah anak saya. Barang yang lepas jangan dikenang, semua dah terjadi lah. Perkara kecil pun nak bergaduh suami isteri,” marah abah, terus bangun. Alhamdulillah, abah dan mak sudah sihat. Malah pembantu rumah pun dah pindah balik ke rumah Tuan Mirzal semalam. Mak biasa lah, mana suka pembantu rumah. Abah tu lagi lah cerewet.
“Liya, mak tanya Liya ni..” ujar mak tetap meneruskan pertanyaannya. Abah mengelengkan kepalanya, tidak puas hati dengan tindakan isterinya.
“Liya tak buat lah benda-benda macam tu mak..,” ucap Aleeya perlahan.
“Jangan kerana Liya hidup mewah, Liya lupa diri sudah lah, mak tak suka Liya jadi orang yang sombong dan bongkak dengan kesenangan yang Liya miliki sekarang,” tegur mak membuatkan hati Aleeya sedikit terguris. Liya bukan orang macam tu lah.  Kenapa lah mak cakap macam ni kat Liya sedangkan mak kenal siapa diri Liya.
“Mak...,” baru nak sambung. Rayyan sudah menjeling marah. Terus Aleeya terhenti dari menegakkan kebenaran.
“Pergi ambilkan air untuk abang, abang haus lah!” suruh Rayyan tidak mahu Aleeya berbalah dengan mak. Aleeya patuh. Bangun dan terus menuju ke dapur. Kenapa lah Kak Tasha buat macam itu kat Liya sedangkan Liya tak ganggu pun kehidupan kak Liya.

Kata-kata mak membuatkan hati Aleeya terasa. Hmm, tidur pun boleh terjaga. Sakit hati sebenarnya dengan kata-kata mak petang tadi. Liya sombong? Lupa diri? Itu bukan sikap Liya lah mak. Terdengar suara Rayyan sedang berbual dengan abah. Ler, tak tidur lagi. Sedangkan jam sudah menunjukkan ke angka satu pagi. Rayyan tu senang sangat dengan abah. Terdengar pertanyaan Rayyan kepada abah, tentang ilmu agama islam. Tentang akidah, tentang sejarah nabi-nabi dan macam-macam lagi. Salah satu sebabnya Rayyan suka balik kampung kerana boleh berbual dengan abah tentang hal-hal agama. Balik kampung jumpa tuk guru sebenarnya. Mungkin kah orang cemburu dengan apa yang Rayyan miliki? Termasuk dengan kak tasha, dulu kak tasha tak macam ini pun. Hmm..

Rayyan? Apa yang ada pada Rayyan sebenarnya? Dia kaya kerana hasil usahanya sendiri. Memang lah dia keturunan orang senang, tetapi senang kalau malas berusaha, malas mencari makan, akan jadi susah juga suatu hari nanti. Siapa yang tak mahu hidup senang kan? Semua orang mahu hidup senang.Tetapi perlu berusaha lah, baru boleh hidup senang.  Yang lain-lain tentang Rayyan tu aku tengok biasa saja lah.
“Aik, tak tidur lagi?” soal Rayyan sambil duduk di sebelah Aleeya.
“baca buku lah!” dalih Aleeya.
“baca buku dalam gelap, hebat tu!” sangkal Rayyan kerana lampu tidak dibuka.
“Anak menyusu lah..,” beritahu Aleeya. Memang Ain tengah menyusu pun. Mujurlah ada juga alasan. Rayyan memegang bahu Aleeya.
“lelaki baik diciptakan untuk perempuan yang baik saja, manakala lelaki yang tidak baik diciptakan untuk perempuan yang buruk tingkah lakunya. ALLAH maha adil, maka diciptakan pasangan yang sepadan untuk saling melengkapi. Liya ni nak kata baik tak lah juga,” kata Rayyan perlahan. Aik, kenapa pula ni? Abang, jangan tambahkan kesusahan di dalam hati Liya lah.
“Isteri abang baik apa?” celah Aleeya terus meletakkan Ain di sebelahnya.
“Hahaha... macam tak percaya lah pulak isteri abang tu baik, kalau baik tentu Liya tak lawan cakap mak tadi. Mak menegur untuk kebaikan Liya lah. Memang Liya hak abang, Liya kena patuh pada abang tetapi apa pun, Mak tu tetap mak liya dan abang tak suka Liya bertengkar dengan mak kerana hal-hal remeh temeh begini,” tegur Rayyan panjang lebar.
“Jadi, abang ingat Liya ni tak baik lah. Liya ni sombong dan lupa diri begitu?” suara Aleeya tidak puas hati. Aku memang sedang serabut, suami pula sengaja buat-buat tak faham.
“Liya, marah bukan tandanya kita benci, marah bukan bererti tidak suka tetapi marah kerana kita sayang, marah kerana kita ambil berat dan marah sebab ada penyebabnya. Mahal tau harga marah ni, apa tah lagi marah yang datangnya dari seorang ibu. Ibu ni nak tengok anak-anak dia bahagia lah!” pujuk Rayyan lembut. Tetapi Aleeya tidak dapat menerimanya. Top of Formrasa macam tak ok saja kata-kata yang Rayyan ucapkan.

Hati mula tersentuh, teringat mak yang sedang tidur di bilik sebelah. Mak sudah banyak berkorban untuk anak-anaknya. Jadi, niat mak itu ikhlas sebenarnya, Cuma Liya saja yang fikirkan yang bukan-bukan tadi.
“Hmm..., “ keluh Aleeya. Tanggungjawab aku semakin berat sekarang. Anak-anak, suami, abah mak, papa, adik ipar,  abang-abang dan kakak-kakak ipar lagi, semuanya saling berkaitan.
“Liya!”
“Pinjam bahu abang sekejap, org kata kalau kita dalam kesedihan, perlukan bahu suami untuk menumpang kesedihan,”
“Pulak? Liya perlukan abang kala sedih saja lah ni??” Tetapi dia tetap memeluk erat isterinya. Tahu si manja ni mesti nak menangis.
“Susahnya sebab berkahwin dengan org kaya seperti abang nie, org asyik cakap yang bukan-bukan tentang Liya saja, dan Liya rasa dah tak kuat nak hadapi semua itu. Kalau setakat org luar, Liya tak kisah sangat, ni adik beradik sendiri, itu yang buat Liya mcm nak menangis saja!” luah Aleeya. Rasa damai berada di dalam pelukan suaminya sendiri.
“Sebenarnya abang bertuah dapat kahwin dengan anak manja mcm Liya ni, sikit-sikit nak kena peluk, sikit-sikit nak kena pujuk!” gurau Rayyan. Aleeya lengan suaminya membuatkan Rayyan mengaduh kesakitan.
“Abang jangan nak sakitkan hati Liya lah!” ujar Aleeya sambil tersenyum. Esok nak pujuk hati mak dan nak minta ampun dari mak.
“Mana ada!” ambil iktibar Liya, restu mak dan abah itu penting di dalam alam rumah tangga kita. Abang ni dah lah tak dapat restu dari mak kandung abang sendiri, dan abang tak nak Liya pula sakitkan hati mak.
“Abang fikir apa?” soal Aleeya .
“Esok, minta maaf kat mak, abang pun nak minta maaf kat mak juga!” jawab Rayyan.
Aku dah ambik anak dara orang yang kehidupan mereka terlalu baik sangat. Aku dan keluarga aku yang tidak baik. Jadi, aku kena pegang amanah abah dan mak dengan sempurna.

Lagipun aku sayang kat dia sangat-sangat, sebab dia sudah memberi kesempurnaan di dalam kehidupan aku.

4 ulasan:

  1. Kak Tasha ... x tahu ke DOSA orang yang menyebarkan FITNAH...
    kasihan Liya... tapi Liya kalau nak tegakkan kebenaran pada seorg mak kenalah cakap cara lembut dan halus... bak kata org menarik rambut dalam tepung... rambut x putus dan tepung x bertabur.... jangan samapi mak terguris hati...
    nasib baik Rayyan sayang Liya ... guna isyarat mata ja Liya dah boleh faham... hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tepat sekali, tetapi liya tak sempat pun bersuara, sebab suami liya menghalang liya untuk buat demikian..

      Padam
  2. sedihnya bila ada orang suka hati cakap benda yang bukan2..Geram betul dgn Tasha tu..dia yg cari pasal,dia pula yg konon2nya insan yg teraniaya..
    Sabarlah Liya..dalam hidup ni,biarpun kita tak ganggu hidup orang lain..Tetap ada juga yg tak senang melihat kita senang..
    Anggaplah ini dugaan dan ingat;ah..cek abang kau tu mmg sentiasa ada untuk awak..hehehehe...

    ~Gurangak Aja~

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe... betul tu.. dalam cerita tak boleh buat semua watak jadi baik, sebab nanti nampak sangat akak menulis sesuatu yang tidak benar, sebab dalam kehidupan kita mcm2 boleh berlaku

      Padam