Isnin, 26 Ogos 2013

CERPEN: RAYYAN & ALEEYA EPISOD 14



Cinta?? Apakah cinta itu sangat penting di dalam rumah tangga yang kita bina bersama? Hidup tanpa cinta apa lah ertinya, apa lah maknanya kan? Dan cinta dan kasih sayang membawa maksub yang berbeza. Tidak sama erti, tidak ada persamaan tetapi saling berkait rapat.  Tetapi ada ikatan antara cinta dan kasih sayang di dalam perkahwinan.

Abang sudah jatuh cinta kepada Liya, sejak pertama kali kita berjumpa, sewaktu abang ke pejabat Datuk Hamid, bagi membincangkan hal perniagaan. Waktu itu liya turut berada di dalam bilik mesyuarat, malangnya Liya tidak pandang pun abang sebab waktu itu Liya adalah tunangan Azlan. Itulah cinta pertama dalam hidup abang.  Sejak hari itu, abang merindui Aleeya Haji Mohsin...,

Kenapa sejak dari tadi abang asyik termenung saja nih? Sebaik saja Liya tanya tentang cinta terus abang jadi macam ni yer? Liya pentingkan cinta itu, selain dari kasih sayang kita sebagai suami isteri, Liya mahu abang juga menyintai Liya. Liya takut abang kahwin dengan Liya hanya kerana simpati kepada keadaan Liya kala itu dan abang hanya sayangkan Liya sebagai isteri abang saja, bukan jatuh cinta kepada Liya pun.  Rumah tangga tanpa cinta tetap akan menjadi kosong juga nanti. Memang sekarang kita ada sefahaman, saling sayang menyayangi tetapi bagaimana pula dengan perasaan cinta? Pernah tak abang jatuh cinta kat Liya??
“Dah hampir tiga tahun berkahwin kenapa malam ini tanya tentang cinta pula?” soal Rayyan sambil membelai rambut Aleeya yang sedang berada di atas ribaannya. Adam dan Ain tidur dengan datuk yer malam ini, jangan ganggu papa dan ibu.
“Pernah tak abang jatuh cinta kat Liya?” soal Aleeya. Novel diletakkan di atas dadanya. Susahkan berkahwin kerana tidak sempat jatuh cinta, dan kita masing-masing menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri saja, persoalan yang paling penting kita tak kisah pun. 
“Hahaha...,” ketawa Rayyan membuatkan hati Aleeya sedikit berkocak.  Orang serius lah.
“Penting sangat ke cinta tu? Abang rasa lah kasih sayang abang untuk Liya tu tak luak pun kalau tanpa cinta,” duga Rayyan. Kalau tak ada perasaan cinta, mana mungkin aku kejar kau Liya, mana mungkin aku berani berjumpa dengan Haji Mohsin yang tegas itu.
“jadi abang tak pernah ada perasaan cinta kat liya lah ni?” huwaaa.. macam nak menangis dah. Abang jalankan tanggungjawab abang sebagai suami saja lah kan, tetapi tiada perasaan cinta kat Liya? Begitu???
“Tak tahu, Liya yang menyerah kat abang dengan mudah. Tahu lah abang ni handsome, kaya, ada kerjaya, itu yang membuatkan Liya nak sangat jadi isteri abang kan?” uji Rayyan. Nak tergelak tengok muka Liya yang sudah naik marah itu. Comel sangat!
“Abang riak yer? Jangan riak, ALLAH tarik nikmat tu nanti, baru abang tau!” peringat Aleeya.
“Astagfirullahalazim..,” ucap Rayyan segera. Aku tidak mahu menjadi manusia yang kufur dan takbur padaMu ya ALLAH. Aku hanya menumpang kemewahanMU yang tidak mungkin menjadi milikku selama-lamanya. Aleeya tersengih. Tahupun takut!
“Mengantuk lah, jom lah tidur!” ujar Aleeya. Esok nak ajak balik kampung. Hari tu kan dah berjanji nak balik jengguk abah dan mak pada hujung minggu. Esok dah hari Ahad.
“Awal lagi lah, esok kan cuti!”
“Nak ajak abang balik kampung esok, nak tak?”
“Tak boleh lah, kita kena jumpa saudara mara papa, dia orang dah nak balik Indonesia petang isnin nih,”
“Okey juga tu, Liya pun tak pernah jumpa dia orang lagi!” Minggu depan lah baru boleh balik kampung jawabnya.
“Abang nak tanya Liya, bila masa liya jatuh cinta kat abang? Atau sampai sekarang Liya masih cintakan si Azlan tu?” balas Rayyan balik. Padan muka pandai sangat tanya tadi. Hah aku, bila masa pulak jatuh cinta kat suami aku sendiri nih. Baru kenal dua minggu dah kahwin, tak sempat nak jatuh cinta pun. Lepas akad nikah dah timbul perasaan sayang kat abang. Cinta pula bila?
“Cakap lah, kenapa diam?” gesa Rayyan.
“Ah, mengantuk lah. Tak larat nak angkat mata dah ni,” dalih Aleeya mahu bangun tetapi Rayyan menghalangnya.
“Jangan beri alasan, Liya pun tak ada perasaan cinta kat abang, pandai-pandai tanya abang pula?” tekan Rayyan. Abang tahu abang menyintai Liya, tetapi bagaimana dengan Liya??
“Kan Liya dah jawab tadi?”
“Bila??”
“Mlm pertama kita lah!” yer, semua itu datang selepas aku sah menjadi isterinya. Kasih sayang dan cinta!
“Tipu...,”
“Liya jatuh cinta kat abang sewaktu abang kucup dahi Liya...,” ikhlas jawapan itu. Rayyan tersenyum puas hati. Itu yang wajibnya. Kasih sayang dan cinta yang halal. “Syukur alhamdulillah,” lafaz Rayyan mengenggam erat tangan Aleeya.
“Abang????”
“Jom lah tidur, esok banyak kerja lagi nih!” kata Rayyan. Ooo, mengelak! Aleeya terus bangun dari ribaan suaminya. Begitu juga dengan Rayyan. Diangkatnya tubuh Aleeya.
“Liya dah berat lah, tak larat nak dukung Liya lah sekarang!” usik Rayyan. Aleeya mencebik mulutnya.

Ah, mungkin kah dia tidak pernah menyintai aku? Tidak pernah jatuh cinta?? Ah, sedihnya kalau mcm itu. Rumah tangga ini bukan setakat bertanggungjawab dan kasih sayang saja, cinta pun penting juga lah. Abang ni memang tak patut lah.
“Cinta, kasih sayang kalau tanpa ikatan perkahwinan pun tak ada makna lah, sayang!” ujar Rayyan sambil meletakkan Aleeya di atas katil.  Rayyan duduk di sebelah Aleeya, di baringnya di sebelah Aleeya. Tetapi Aleeya sengaja mengadap ke arah lain. Marah ooo..,
“Cinta pun penting juga lah!” jawabnya perlahan.
“Dah tak ada perasaan cinta nak buat mcm mana? Cinta mana boleh paksa-paksa..,” balas Rayyan.
“Ikut suka hati abang lah!” rajuk Aleeya. Kebenaran itu kadang-kala menyakitkan hati. Betul tak?
“Hahaha..merajuk lah ni?” merajuk ke menangis? Tapi tak nampak pun mcm sedang menangis?  Rayyan menarik tubuh Aleeya supaya mengadap ke arahnya.  Tak payah nak merajuk lah, mana mungkin aku tidak jatuh cinta kepada orang yang menglahirkan anak-anak untuk ku?  Liya ni lah, tak kan lah nak ucapkan benda cinta tu selalu. Perkara remeh pun Liya pandang berat!
“Liya!” panggil Rayyan tetapi Aleeya sengaja memejamkan matanya dengan rapat. Pura-pura tidur.
“Ler dah tidur..,” sambung Rayyan.
“Kalau aku tak jatuh cinta kat kau, tak kan lah aku nak kahwin dengan kau liya, sebab aku jatuh cinta lah yang aku sanggup buat apa saja untuk kau nih.., bisik Rayyan perlahan. Sangkanya Aleeya sudah terlena.  Hah, mengaku pun! Bestnya. Rasa dunia ni dah jadi milik aku malam ini. Nak peluk abang lah. Pelukan semakin dieratkan.

Rayyan hanya tersenyum. Aku kena tipu lah rupanya.  Tetapi elok juga lah Liya dengar, dari asyik berteka teki, lebih baik mengaku saja. Kan senang!

Hari ini ada makan-makan di rumah Alvin untuk saudara mara papa yang datang sejak seminggu yang lepas. Esok petang mereka akan berangkat pulang. Patut lah papa tak kisah Rayyan dengan Alvin berkahwin dengan pilihan sendiri, kerana ahli keluarga papa banyak yang berkahwin campur. Ada kahwin dengan kristian, ada yang kahwin dengan orang cina. Dan yang paling ramai berkahwin dengan org melayu yang beragama islam.  Jadi, kita orang memang boleh bergaul dengan mesra pun.

Siap boleh bergurau senda semasa waktu memasak tadi. Siap memasak Aleeya ke bilik air. Rasa pelik pulak. Alamak, period lah pulak.  Macam mana ni? Pads lupa bawa. Tak kan nak minta kat Husna atau orang lain, lagi lah malu. Ah, kena cari cik abang lah jawabnya supaya pergi beli kat kedai.
“Abang, jumpa Liya kat bilik sekejap, boleh tak?” mesej Aleeya. Hendak panggil nanti orang fikir yang bukan-bukan pula.
“Kenapa?” balas mesej dari Rayyan.
“ada hal penting ni..
“Okey. Bilik yang mana satu?” rumah Alvin nie ada 4 bilik. Dua di tingkat bawah, dua di tingkat atas.
“Bilik atas sebelah kiri!”

Cepat lah, takut bocor nanti. Mujurlah pakai baju kurung warna merah. Kalau tidak habis lah aku. Pintu di tolak, ternampak Aleeya sedang berdiri di tepi tingkap, sedang menahan kesakitan di perutnya.
“Kenapa ni, sayang?” soal Rayyan nampak cemas. Aleeya tersenyum. Tahu time period ni muka pun tak ceria.
“Liya period lah..,”
“Habis tu?” ingat apa lah tadi.
“Abang tolong belikan pads untuk Liya, Liya tak bawa pads pun!” hilang rasa malu. Ini kali pertama dia menyuruh Rayyan belikan tuala wanita untuknya. Selalunya dia ada simpan kat rumah dan juga kat ofis. Hari ini dia terlupa tadi.  Rayyan tersenyum sambil mencubit pipi Aleeya. Orang tengah sakit boleh pula cubit pipi orang.
“Cepat sikit, tak selesa dah ni!” gesa Aleeya.
“Okey... tetapi jenama apa?”
“kotex atau libresse, tapi yang ada wing!”
“Tunggu kat sini, abang pergi sekejap saja!” pesan Rayyan, sebab kat rumah Alvin tidak jauh dari pasaraya pun. Rasanya tak lama kut!

Dia bukan setakat beli pads saja, tetapi turut membeli pakaian dalam. Hahaha, Siap beli sepasang baju untuk Aleeya menukarnya. Patutlah yang 10 minit, boleh jadi 20 minit. Membazir betul.
“Siapa suruh abang beli semua ni?” soal Aleeya sebaik saja melihat barang-barang tersebut.
“Pergilah tukar, dah lekat kat kain tu!” jawab Rayyan. Memang ada sedikit tompokan berwarna kat kain liya, tapi kena tengok betul-betul, baru lah nampak.
“Terima kasih, abang!”
“Sama-sama kasih, sayang!”Top of Form

7 ulasan:

  1. Kalau cakap sanyang dan cinta selalu pun x pa Rayyan sebab Liya memang hak awak lah... tapi selalunya EGO lelaki tinggi ... hehehe...
    Tapi apa-apa pun Rayyan memang sweettt dan bertanggungjawab.... besttttt

    BalasPadam
    Balasan
    1. rayyan tak mengaku mulanya kata dia memang jatuh hati kat liya sejak liya jadi tunangan org lagi.. hehehe

      Padam
    2. aik kak su tak tau fb saya??? ingatkan kak sue dah tau.. saya pakai nama penuh saya.. Pitteriah Abdullah.. nanti kak sue add yer..

      sorry kak sue saya baru baca saja mesej kak sue yang ini tadi.. fb saya Pitteriah Abdullah

      Padam
  2. Kalau dpt husband cam rayyan ni, mmg dok jd pengantin baru je sepanjang zaman...

    BalasPadam