Rabu, 21 Ogos 2013

CERPEN: RAYYAN & ALEEYA EPISOD 11



"Bos ni, mana boleh..," ujar Akma. Rosak lah plan kami petang ni,
"Bergilir lah, bawak anak saya sekali. Kau orang kan pergi bertiga," terang Rayyan. Mengamuk pula lah si manja aku balik nanti. Tapi papa ajak teman dia pula petang ni. Tak kan nak heret Adam dan Ain kat tempat macam tu.
"Kita orang nak pergi main bowling lah petang ni!" pecah rahsia dah Puteri Shima nih. Aku tak cakap pun kat Rayyan kita nak pergi main bowling.
"Oo.. bukan nak pergi shoping saja ke?" ujar Rayyan sambil memandang ke arah Aleeya yang sudah mendukung Adam. Aleeya mengigit bibirnya.
"Sekali lah, bos!" sambung Akma. kau pun Akma, agak-agak lah kalau nak cakap pun.
"Bawa lah, nanti abang jemput Liya kat rumah Akma!" bisik Rayyan kat telinga Aleeya. Tak marah pun, sebab dia pun salah sama. Nak bawa apa? Jawabnya kena balik lah. Adam ni kalau pergi berjalan tak ada papanya, dia boleh naik angin!
"Bos, muka kawan kami tu dah jadi kaler pink dah ni..," sampuk Puteri Shima.
"Tau....," sepatah saja yang muncul kerana Papa dan Alvin sudah sampai di depannya.

Dipegang pipi Aleeya, lalu dikucupnya sebelum berlalu pergi.
“Abang pergi dulu,” balas Rayyan. Angguk saja lah. Nak buat apa lagi kan?
“Ni macam mana?” soal Akma. Cadang nak pergi cari baju kebaya atau baju kurung untuk majlis jamuan hari raya syarikat yang akan di adakan tiga hari lagi. Sebab ada tema warna baju raya, iaitu warna biru atau warna ungu, dan mereka bertiga tidak mempunyai baju yang berwarna cinta ataupun warna rindu itu. Pilihan siapa lah warna romantik ni, tak kan rancangan bos besar kami kut.
“Bawalah!” usul Puteri Shima. Aleeya tersenyum, bawa nak tengok anak aku cipta lagu kat butik tu boleh lah.
“Anak aku ni susah sikit!” jawab Aleeya. Menangis nanti, bukannya nak makan pujuk.
“Bawa saja lah!” sokong Akma pula.

Seperti yang dijangkakan, Adam buat kecoh dalam butik ketika aleeya sedang sibuk memilih baju. Ada beberapa pasang baju yang dia berkenan tetapi tidak sempat untuk dia mencuba kerana tangisan Adam yang menganggu. Mujurlah Puteri Shima dan Akma dah sempat membeli baju untuk mereka berdua.
“Jom lah, balik, sebelum aku mengamuk kat sini pula!” gesa Aleeya kepada dua orang teman baiknya. Puteri Shima mengelengkan kepala.
“Aku rasa Adam ni ikut perangai kau, bukan perangai bos pun, kau tu pun boleh tahan juga kepala angin!” kata Akma. Aleeya mencebik mulutnya.
“Yang tu aku sokong!” balas Puteri Shima pula.
“Jom, jom, sebelum angin aku naik sampai kepala!” kata Aleeya, mahu balik saja sekarang. Nak makan ke mana, shoping ke mana, gara-gara perangai Adam.
“Dok kata dah!” ujar Akma.
“Kami nak beli tudung lah!” sampuk Puteri Shima, tapi kasihan pula kat Aleeya.
“Esok lah beli!” balas Aleeya.

Singgah di rumah Akma saja kerana Rayyan berjanji mahu menjemputnya di situ. Boleh lah lepak dan berbual panjang di sini. Lama dah kan tak buat aktiviti macam ni. Masak dan makan bersama-sama.
“Rupanya Adam nak susu dan nak tidur saja lah!” kata Puteri Shima. Ain sedang bermanja dengan Akma. Aleeya mengangguk. Itulah yang membuatkan Adam mengamuk tadi. Tetapi Adam ni memang tak suka tempat macam tu pun.
“kasihan kat kau tak sempat beli baju tadi!” sampuk Akma pula.
“Esok pula lah aku pergi cari baju tu,” jawab Aleeya.  Teringat baju kurung Pahang berwarna biru yang cantik tadi. Harap-harap esok ada lagi lah baju tu.
“Nak pergi dengan siapa? Encik Abang kau ke? Aku tengok sibuk sangat sekarang ni?”Tanya Puteri Shima. Jangan mimpi, dia lagi lah susah nak teman ke butik itu.
“Kita pergi bersama lah, kau orang kan nak cari tudung!” kata Aleeya. Tak kan timbalan pengarah pakai baju warna lain pula. Aku mana ada baju warna biru atau ungu. Rasanya cek abang aku pun tak ada baju batik warna tu.
“Aku serik lah kalau pergi dengan kau, dengan anak-anak kau. Buat malu saja tadi!” balas Akma.
“Hahaha, kau tak kahwin lagi, tak ada anak lagi, bila jadi macam aku kau tahu lah nanti..,” kata Aleeya.  Ada anak sendiri, kita rasa lain. Buat perangai macam mana pun, kita tetap sayangkan anak kita. Dulu mak kita pun macam tu jugak lah.

Hampir pukul sepuluh, barulah Rayyan datang menjemput Aleeya. Anak-anak pun dah tidur waktu itu.
“Sorry, menganggu awak berdua malam ni!” kata Rayyan sewaktu Aleeya berjalan keluar menyerahkan Ain kepada papanya. Dan dia masuk semula ke dalam rumah untuk mengambil Adam pula.
“Tak mengapa, bos!” kata Akma.
“Aku balik dulu yer, esok kita jumpa!” kata aleeya sebelum meninggalkan teman baiknya. Puteri Shima hanya mengangguk.
“Okey!” ujar Akma sempat lagi mencium pipi adam yang sedang terlena di dalam dakapan Aleeya.

Tengok muka Aleeya pun dah tahu, masih tidak berpuas hati dengan tindakan Rayyan petang nanti. Tetapi bukan kehendak Rayyan, papa tiba-tiba saja mengajaknya berjumpa dengan saudara mara papa yang datang secara tiba-tiba ke Malaysia. Terpaksa uruskan penginapan saudara mara papa yang tidak mahu tinggal di rumah Rayyan atau pun Alvin. Papa kan tak ada rumah di KL, rumah papa di anak bukit adalah, jadi mereka mahu terus ke anak bukit untuk tinggal di sana dalam masa seminggu ini. Kasihan kat papa, terpaksa ikut sekali ke sana, sedangkan papa baru saja balik dari kampong.
“Esok, tengah hari abang teman liya pergi shoping! “ pujuk Rayyan. Dia tahu Aleeya tidak sempat membeli apa-apa tadi, kerana tak ada barang pun.
“Liya ada meting pukul 1.30 besok!” sebab aku sibuklah, yang aku nak keluar petang ni.
“Petang kita keluar!”
“Anak siapa nak jaga?”
“Bawa lah, tadi bawa boleh!
“Abang ni.. anak abang tadi buat perangai kat butik lah. Menangis macam Nampak hantu..,” luah Aleeya geram. Kalau pergi dengan Rayyan memang tak ada masalah besok ni, tapi Rayyan sebelah petang belum tentu lagi ada masa terluang. Bukannya boleh harap sangat!
“hahaha.. pandai anak papa peringat ibu tadi, sebab ibu kalau keluar, tak ingat rumah!” usik Rayyan.  Aleeya mengelengkan kepalanya. Sebab itu tinggalkan anak-anak kat aku tadi.
“Mana ada!”
“abang suruh ambil pembantu rumah, Liya degil. Tidak kan senang, Liya nak keluar pergi mana-mana,” ungkit Rayyan. Tahu Aleeya banyak kerja yang perlu diuruskan tetapi dia sudah bercadang mahu mengambil pembantu rumah, tetapi Aleeya menolak sekerasnya. Nak ambil pembantu rumah?? Macam tercabar lah pula. Mak dulu menjaga kami lima adik beradik, tak perlukan pembantu rumah pun. Walaupun mak suri rumah sepenuh masa, tapi mak turut membantu abah kat bendang.  Tak ada masalah pun. Aku anak dua, dah nak pakai pembantu rumah?

Diam saja lah dan pura-pura memejamkan mata sehingga sampai di rumah. Dibiarkan Rayyan mengangkat barang-barang keperluan si kembar masuk ke dalam rumah. Angkat Ain, Angkat Adam dan dia berjalan masuk membawa lap top suaminya dan tas tangannya saja. Sengaja nak mendera Rayyan.

Masuk ke bilik cuci muka, tukar pakaian dan mengambil novel di atas rak buku. Layan novel lagi best malam ini.
“Sayang!” panggil Rayyan sambil menarik tangan Aleeya supaya bangun dari katil.
“Apa lagi ni?” ucap Aleeya perlahan.
“Temankan abang masak!” suara rayyan. Lerr, tak makan lagi ke? Nak suruh Liya masak mesti tak berani.  Takut Liya mengamuk lah.
“Abang tak makan lagi?”
“Tak sempat makan!” buat apa lah sampai tak sempat nak makan.
“Kenapa tak beli tadi?”
“Tak sedap lah makanan kat luar tu!” Rindu masakan Aleeya lah tu. Novel diletakkan di sebelah lalu dia bangun berjalan mengekori Rayyan dari belakang.

Tak sampai hati nak biarkan abang memasak, dari biarkan barang dapur bersepah, lebih baik Liya yang masak kan, lagi tak teruk nak kemas nanti.
“Duduk lah, abang dah makan dengan papa tadi!” kata Rayyan sambil menarik kerusi untuk Aleeya. Rayyan ke dapur, mengambil ais krim perasa vanilla coklat, di masukkan ke dalam cawan ais krim. Ditaburnya kacang dan buah ceri di atas krim. Kesukaan aleeya bila stress. Kenal sangat hobi Aleeya yang satu ini.
“hah, ais krim.., “ jerit Aleeya girang. Hilang duka. Tadi memang mereka bertiga bercadang mahu makan ais krim pun tetapi tak  boleh. Mudahnya nak pujuk isteri aku, tadi muka murung saja, sekarang dah happy.
“Rupanya ais krim ni lebih bermakna dari abang yer, tadi jumpa abang tak happy mcm ni pun!” ujar Rayyan. Pura-pura kecil dengan sikap Aleeya.
“Abang jangan buat perangai budak-budak lah!” kata Aleeya, terus mengambil sudu dan menyuapkan ais krim ke dalam mulutnya. Sukanya dapat makan ais krim malam ini.
“Kejap, Liya tunggu di sini!”
“Apa lagi nih?”
“Ada lah!”

Rayyan keluar, menuju ke kereta, mengambil sesuatu dari dalam kereta, lalu muncul semula di hadapan Aleeya. Di letakkan beg kertas di atas meja, dekat dengan Aleeya.
“Tengok lah, ada apa kat dalam tu!” suruh Rayyan.  Terus Aleeya melihatnya. Sepasang baju kurung Pahang yang dilihatnya di butik tadi sudah terbentang di hadapan mata sekarang.
“Mana abang tahu, Liya suka baju ni?” soal Aleeya, terus diambilnya baju tersebut lalu diletakkan di badannya. Cantik sangat!
“Kebetulan abang pergi cari baju abang kat situ tadi, dan terus berkenan baju tu!” beritahu Rayyan. Zaman serba canggih ini semuanya tak ada masalah lah, saying. Tinggal nak dan tak nak saja untuk kita berusaha.
“Macam tak percaya pula!” balas Aleeya. Masih ragu-ragu.
“Tudung pun abang dah beli tadi. Ada kat dalam tu!” sambung Rayyan lagi. Sekali lagi Aleeya melihat di dalam beg kertas yang sederhana besar itu. Betul, ada tudung warna sedondon.
“Pandai abang cari..,” Sebenarnya Rayyan menghubungi Akma bertanya tentang semua ini, dari Akma tahu lah apa yang sudah berlaku. Jadi, Rayyan bergegas ke butik itu sebelum menjemput Aleeya. Dia juga mms setiap baju yang Akma gambarkan kepadanya dan akhirnya baru lah berjumpa dengan baju pilihan aleeya. Terus dibelinya. Manakala tudung pula, dia menyuruh pekerja di situ mencarinya.
“Sebenarnya susah nak ambil hati Liya, dan pujuk Liya dari pujuk anak-anak lah. Mama abang pun tak separah pujuk Liya lah!” jelas Rayyan. Aleeya tersenyum panjang lebar. Tahu pun susah nak jaga hati Liya.
“Tahu tak apa!”

Sebenarnya aku terpaksa jaga hati semua orang, jaga hati papa, jaga hati mama, hati keluarga mentua aku lagi, yang paling penting jaga hati dan perasaan isteri aku nih.
“Abang!” panggil Aleeya. Mesti nak ucap terima kasih kat abang. Betul tak sayang?
“Ya, sayang!”
“tak rugi lah Liya buat muka sedih tadi!” Hahaha.. dapat juga baju sepasang. Jimat duit yang aku dapat tadi.
“Ha, lagipun elok sangat muka liya tadi..,”  ujar Rayyan. 

Aleeya tersenggih saja.

4 ulasan:

  1. ... hahaha ... pandai juga Rayyan nak ambil hati Liya semula ya... ini baru saling memahami... Liya faham juga Rayyan terpaksa ikut papa dgn Alvin kan...
    so sweetttt.... bestttt

    BalasPadam
  2. Kak sue, sorry baru sempat letakkan kesemua cerpen tu kat blog hari ini, sebab sebelum ni menulis kat rumah, rumah kampung nie biasa lah, susah nak dapat line, jaga Yah muatkan kat fb saja, dan cerita-cerita ini ikut situasi masa.. kalau 4 syawal, memang 4 syawal lah saya tulis dan letakkan kat fb.. cuma kat blog saja lambat masukkan.. apa pun terima kasih sebab kak sue sudi baca..

    BalasPadam
  3. boleh kak sue tahu FB .... kalau x boleh x pa lah... x kecil hati pun.... hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. aik kak su tak tau fb saya??? ingatkan kak sue dah tau.. saya pakai nama penuh saya.. Pitteriah Abdullah.. nanti kak sue add yer..

      Padam