Selasa, 30 Julai 2013

PENGANTIN EKSPRES 2 - BAB 27



MAMA OH MAMA, BILA LAH perselisihan antara mama dengan Aleeya akan selesai? Dengan Aleeya ke? Atau dengan suami Aleeya? Si Rayyan? Apa masalah mama yang sebenarnya nih? Marah kerana Rayyan masuk islam dan berkahwin dengan gadis islam yang pakai tudung? Atau apa yer?

Mama penganut agama Budhha yang tegar. Seluruh ahli keluarga mama tiada yang menganut agama islam, melainkan agama budhha atau pun kristian saja. Jadi, mama memang tak suka anak-anak mama masuk agama islam. Lainlah keluarga papa, keluarga papa ramai yang masuk agama islam, kerana keturunan papa, banyak yang beragama islam. Dan keluarga papa juga ada yang masih beragama kristian dan berdarah Belanda.
“Dulu tak nak periksa habis-habis, suami awak ni latar belakang keluarganya macam mana? Orang masuk meminang saja, terus terima. Gedik sangat nak berkahwin siapa suruh,” leter Rayyan. Ya, ALLAH, ada tuduh aku gedik nak kahwin dengan dia? Abang nie memang lah. Aleeya menjeling tajam. Kalau sebut pasal isu agama dan latar belakang keluarga, mesti kami berbalah dan si dia ini tidak pernah mahu mengalah. Asyik aku saja yang dipersalahkan.
“Abang, kita kena berbincang lah perkara ini. Tak kan nak biarkan hubungan abang dan mama berterusan macam nie?” suara Aleeya perlahan. Abah marah Aleeya tadi, kata abah, Liya yang tak pandai memikat hati mama, dan melembutkan hati mama. Sebab itu mama jadi begitu. Abah yang call Aleeya bertanya kan keadaan menantu kesayangannya tadi, lantas Aleeya terlepas cakap bercerita tentang hal mama. Kalau lah Rayyan tahu, Aleeya cerita tentang mama kepada Abah, mungkin sudah makan penampar, sebab Rayyan memang tak suka Aleeya bercerita tentang ahli keluarganya kepada orang lain.
“Habis, menyesal ke berkahwin dengan abang?” tanya Rayyan yang sedang bersiap untuk ke ofis mengantikan tempat Aleeya. Mata Aleeya sudah merah menahan marah di dalam hati.
“Abang ni kenapa?” soal Aleeya, sudah naik bengang. Orang nak cakap elok-elok, dia pula mula bercakap perkara yang tidak sepatutnya. Rayyan tersenggih melihat sikap Aleeya yang mula marah kepadanya. Wajah itu bukannya boleh berselindung di hadapan mata Rayyan, tak boleh berpura-pura pun.
“Awak kan kena hadapi macam-macam hal sebab kahwin dengan saya, kena marah, kena maki, tak dapat restu dari mak mentua lagi, dah tak tahan ke?” sindir Rayyan. Mama dah banyak menyakiti hati Aleeya, mujur lah Aleeya ni jenis sabar orangnya. Tetapi sengaja lah nak usik hati Aleeya.
“Abang, jaga lah anak-anak, liya nak ke ofis semula, malas nak bertengkar dengan abang lah!” dari aku duduk kat rumah, bergaduh dengan dia, baik aku yang masuk ke ofis. Buat kerja kat ofis lagi bagus dari bergaduh dengan dia tengah hari ini.
“Dah, dah, tinggal saja kat rumah. Esok pagi baru masuk ofis. Biar abang ke ofis petang ni,”
“Ooo, tak sanggup nak jaga anak-anak yer?” perli Aleeya pula. Tapi geram dan sakit hati masih ada di dalam dada. Marah sangat kalau aku sentuh bab agama dan mama di hadapannya.
“Cek atas meja, kalau mama datang beri cek kat mama, kalau mama mengamuk call abang!” beritahu Rayyan sambil menarik lap topnya. Masuk ofis pakai t-shirt saja petang ini.
“Itu saja?” soal Aleeya kembali. Tiba-tiba Rayyan mencium pipi kiri Aleeya yang berada hampir dengannya.
“Apa ni?” soal Aleeya lagi.
“Hadiah sebab sanggup jadi isteri abang!”
“Ooo, bukan nak pujuk sebab marah Liya ke?”
“Marah Liya nak buat apa?” Lerr..abang ni? Bila lah nak selesai masalah ni, kalau abang tak ambil serius hal mama dan abang. Apa pun terjadi, mama tetap ibu kandung abang lah dan sekaligus ibu mentua Liya. Perlu hormat dan bertanggungjawab ke atas mama. Bukan boleh main-main lah.
“Abang dengan mama, macam mana?”
“Macam tu lah, nak macam mana lagi?”
“Dia mama kita, lah!” ucap Aleeya sayu. Aku tak nak berterusan hidup tanpa restu mama. Hidup dalam keadaan bergaduh seperti ini.
“Susah Liya, kita lain sebab kita saling sayang dan menyayangi, tetapi bukan mama. Abang sanggup buat apa saja, sebab abang sayangkan Liya, dan Liya pun sanggup berkorban demi abang kerana Liya sayangkan abang, tetapi mama tu lain lah!” jelas Rayyan sambil terus berlalu dari situ.
“Tapi kita tak berusaha untuk melembutkan hati mama, abang biarkan saja mama macam tu, tak baik lah!” entah dia dengar atau tak, sebab dia terus berjalan tanpa mempedulikan kata-kata dari Aleeya.

Petang itu, mama datang ambil cek dari Rayyan tetapi Rayyan tiada, kerana Rayyan mengantikan tempat Aleeya untuk ke ofis semula. Hahaha.. Rayyan sanggup ke ofis dengan muka lebam dan bengkak dari kena jaga Adam dan Ain.  Mama ambil cek dan terus balik tanpa bertegur sapa dengan Aleeya pun. Tapi lepas lima minit telefon rumah berbunyi, terus Aleeya mengangkatnya.
“Mama datang ke?”
“Yup?”
“Dia kata apa?”
“Tak kata apa-apa pun!”
“Liya boleh lentur hati abang dengan kata-kata, sebab kita ada ikatan hati, faham tak?”
“maksud abang liya tak boleh nak lentur hati mama, sebab mama tak sayangkan liya?”
“hmm..,”
“Cakaplah, kenyataan kan? Sampai sekarang mama abang tak boleh terima liya?”
“Sebenarnya mama bukan tak boleh terima Liya lah, mama sebenarnya marah kat abang kerana tinggalkan agama lama abang. Liya kena tempias sebab jadi isteri abang, itu saja. Tak payah lah susah hati, suatu hari nanti ALLAH akan memakbulkan juga doa-doa abang, doa-doa Liya untuk kita sekeluarga..,”
“Amin!”
“Amin!!”
Sekarang, Rayyan sudah belajar banyak perkara, rupanya Rayyan tak senang duduk kalau Aleeya tidak senang hati di rumah. Teringat saja kat Aleeya yang masih bersedih ketika dia bertolak ke ofis tadi. Terbayang wajah Aleeya yang tanpa senyuman itu. Maka, dia akan berusaha sebaik mungkin, untuk memujuk hati Aleeya, isteri kesayangannya itu. Aleeya tersenyum tanda bahagia yang amat sangat, sebelum wajah abah datang mengantikan wajah suaminya.

Tetapi kata-kata abah bermain di dalam fikiran Aleeya. Aleeya dan Rayyan tidak mainkan peranan sebagai seorang muslim. Sepatutnya sebagai  orang muslim, dia dan suami perlu tunjuk tauladan yang baik kepada mama, baru lah mama terpikat dengan islam. Ini tidak, mama naik angin, Rayyan pun naik angin juga. Macam mana lah mama hendak percaya kan mereka yang menganut agama islam? Ciri-ciri islam yang terbaik tidak dipamerkan kepada mama.

Betul kata Rayyan, dia dan Rayyan tidak ada masalah sebab ada ikatan hati tetapi berbeza dengan mama. Tetapi darah mama tetap mengalir di dalam tubuh Rayyan. Lagilah kuat ikatan yang ada antara mama dan Rayyan. Cuma???

Pergorbanan yang dituntut oleh mama terlalu besar dan liya memang tak sanggup untuk menghadapinya, tambahan lagi dengan kehadiran si kembar ini. Lagilah Aleeya perlukan Rayyan.
“Mengelamun apa ni, sampai kan abang balik pun tak sedar?”
“Sekejapnya abang ke ofis?”
“Malas lah nak duduk lama-lama, orang tengok muka nanti, hairan pula kenapa muka suami Puan Liya jadi macam ni...,”
“Cakap saja lah, suami Puan Liya kena belasah...,”
“Liya, jangan perli abang ek??”
“Kalau Adam ikut perangai abang macam mana nanti? Mahu ke?”
“Adam tak akan ikut perangai abang lah, sebab darah liya mengalirkan kat badan Adam...,” jawab Rayyan dengan penuh yakin.

Aleeya terkebil-kebil mendengar jawapan itu.

4 ulasan:

  1. sebab Adam banyak ikut perangai Liya jadi darah dalam badan Adam kuat pada Liya .... hehehe
    lepas ni Rayyan dan Liya kena berusaha ambil hati Mama dan Rayyan bila berhadapan dgn Mama kena banyak bersabar kkk...
    besttt
    Mana lah boleh tenang bila org yg tersayang merajukkkk... mahu kena tidur luar Rayyan malam nanti.... hahaha

    BalasPadam
  2. hehehe.. betul tu, sebab darah Liya yang mengalir dalam badan Adam.. darah seorang ibu yang baik, sebab tu Rayyan cakap Adam tak akan jadi macam dia... Rayyan pilih Liya sebab nak dapat anak-anak yang baik, tak mau jadi macam dia, yg hanyut dan bergelumang dengan dosa...

    BalasPadam
  3. Sebab dari awal perkahwinan memang Rayyan dah tekad dan niat untuk mendapat isteri dan Anak-anak yg baik dan soleh serta soleha x mahu macam dia yg hanyut di bawa arus kehidupan....
    Novel ni memang bettt... sebab tu sambung baca kt blog pulak.... TQ

    BalasPadam