Jumaat, 23 Ogos 2013

CERPEN: RAYYAN & ALEEYA EPISOD 13



Sekiranya seseorang lelaki itu tidak mampu berkahwin, jadi dia diharuskan berpuasa bagi menahan nafsunya, manakala perempuan yang masih belum berkahwin kerana belum ada jodoh, jaga lah dirinya dengan taat kepada kedua ibu bapanya, dan patuh kepada perintah ALLAH, perempuan tersebut sudah dijanjikan syurga kepadanya.

Nafsu itu adalah fitrah semulajadi manusia. Semua manusia ada nafsu, kalau lah tak ada nafsu, itu memang masalah besar di dalam kehidupan manusia tersebut.
“peranan isteri ni pentinglah, bukan setakat melayan suami di atas katil saja, tetapi kena seimbang. Boleh memasak, pandai jaga anak-anak, kemas rumah dan sebagainya lagi. Liya, tahu kebahagiaan suami isteri ini yang penting adalah layanan di tempat tidur, tak percaya liya pergilah tanya pakar motivasi ke, ustaz atau ustazah ke, betul tak kata-kata Angah ni. Tetapi yang paling penting adalah kerana ALLAH, itu yang paling utama,” masih teringat kata-kata ini dan semua ini tidak boleh disangkal lagi. Itu kenyataan kan?
“Liya, abang ada sesuatu nak cakap ni,” suara Rayyan sebelum Aleeya melangkah masuk ke dalam biliknya yang bersebelahan saja dengan bilik Aleeya. Aleeya memandang saja.
“Cakaplah, Liya ada hal kejap nanti,”gesa Aleeya. Malam ini ada jamuan syarikat, jadi dia perlu adakan perjumpaan dengan AJK Jamuan bagi menyiapkan tugas-tugas sebelum majlis bermula.
“Terima kasih untuk semalam!” ucap Rayyan dengan senyuman yang berseri-seri. Aleeya tersenyum tersipu. Kat rumah tadi tak ucap apa-apa pun, sekarang baru nak ucap, kat ofis pula tu. Abang ni lah..,
“Ingatkan apa tadi,” bisik Aleeya perlahan. Rayyan masih berdiri di sebelahnya. Cuma Aleeya yang sudah mula mengorak langkah.
“Hehehe..,”

Persiapan untuk malam ini semuanya berjalan lancar. Acara bermula selepas solat isyak kerana mahu memberi ruang kepada staf menunaikan solat terlebih dahulu. Papa menjemput semua kenalannya begitu juga sanak saudaranya. Tidak lupa juga Mama Sarah dan ahli keluarga Mama Sarah, semuanya turut dijemput. Abah dan mak di kampung pun dijemput juga tetapi abah dan mak tak datang atas faktor kesihatan abah. Jadi hanya kak long, abang ngah dan isteri, alang dan isteri, manakala Acik tak datang kerana marah kepada Aleeya. Sepatutnya acik dan isteri nak datang semasa kad jemputan diberikan tetapi mereka menarik diri di saat-saat akhir.

Sebenarnya setiap tahun syarikat mengadakan majlis sambutan tahun baru dan juga masjlis hari krismas setiap tahun, Cuma tahun ini saja, papa menukar majlis, tahun 2012, papa tidak adakan majlis sambutan tahun baru dan menyambut perayaan krismas, dan bermula tahun 2013, papa mengadakan majlis rumah terbuka untuk hari raya aidil fitri. Jadi, malam ini tak ada wain, tak ada acara berpelukan antara bukan muhrim dan tak ada majlis tari menari seperti saban tahun. Cuma yang ada majlis membaca doa selamat dan ada lah acara menyanyi lagu raya yang dinyanyikan oleh staf sendiri sebagai hiburan. Itu saja, hiburan yang tidak berlebihan. Cukuplah sekadar selingan.

Sebelah keluarga papa tiada masalah walaupun ada yang berlainan agama. Datang pun dengan pakaian yang sopan dan boleh menerima perubahan ini. Tetapi keluarga mama yang banyak merungut, datang pun dengan pakaian yang seksi. Itu yang masalah.
“Tak ada wain ke malam ni? Tak ada mabuk-mabuk seperti setiap tahun?” soal Mama Sarah kepada Aleeya.  Aleeya diam saja. Tak tahu nak jawab apa kat mama sarah.
“Suruh lah Rayyan belikan wain, tekak aku hauslah, Aleeya!” sambung mama lagi.
“Alvin, mana Abang?” tanya Aleeya sebaik saja Alvin dan Husna datang ke arahnya dengan membawa Adam dan Ain. Husna mendukung Ain, manakala Alvin pula mendukung Adam. Papa beli baju kurung melayu untuk cucu-cucunya. Cuma warna berbeza  dengan warna baju Aleeya dan Rayyan. Mereka berdua memakai baju berwarna ungu, manakala si kembar pula memakai baju berwarna biru, pilihan datuk mereka.
“Tak tahu, kak!” jawab Alvin. Wah, malam ini Adam baik sekali, dengan semua orang dia mahu. Tak menangis pun.
“Anak siapa ni Alvin, anak kau atau anak abang kau?” soal Mama Sarah apabila kali pertama melihat cucu-cucunya. Mata Ain kan sepet, macam mata neneknya. Rambut pun rambut nenek juga. Adam yang berbeza.
“Anak abang, kenapa?” jawab Alvin mengeratkan pelukan. Macam takut saja.
“Ooo, mari sini, aku nak tengok!” suruh mama sarah tetapi Alvin menjarakkan langkah. Kelihatan seperti mama teringin sangat nak memegang kedua cucunya tetapi Alvin tidak benarkan. Kasihan mama!
“Tak boleh, papa dan abang tak benarkan!” jawab Alvin sambil membawa Adam pergi dari situ. Husna pula ikut saja ke mana suaminya pergi. Hah?? Abang dan papa tak benarkan?  Pelik lah, Soal hati Aleeya tidak puas hati dengan kata-kata Alvin itu. Dia terus berjalan di tengah-tengah para jemputan yang ramai untuk mencari suaminya.

Sebaik saja dia melihat Rayyan yang sedang berbual dengan kawan-kawannya, terus Aleeya menghampiri Rayyan. Tetapi kena layan tetamu dulu lah sebelum nak tanya soalan tadi. Sebaik saja tetamu beredar untuk mengambil makanan, Aleeya menarik tangan suaminya ke tepi dinding.
“Kenapa ni?”
“Liya nak tanya sesuatu kat abang lah?”
“Nak tanya apa? Nak tanya pasal semalam ke? Kalau pasal semalam, kat rumah lah kita bincang?”
“pasal semalam apa pula ni?” bengangnya aku.
“Hahahaha... Liya ni sensitif sungguh lah kalau abang sentuh bab macam tu,
“Abang beri arahan kepada Alvin jangan dekatkan anak-anak dengan neneknya ke?” soal aleeya. Malas nak layan soalan abang yang lain.
“Papa lah bukan abang!” jawab Rayyan. Papa tak mahu mama sentuh si kecil dalam keadaan mabuk dan tidak sedar diri. Takut mama bertindak di luar batasan nanti.
“Kenapa?” soal Aleeya. Marah dalam hati, tetapi Rayyan dapat menangkapnya.
“papa takut mama mabuk, nanti cederakan Adam dan Ain pula!” jawab Rayyan. Tahu, Aleeya mesti tak setuju dengan pendapat papa tentang halangan papa untuk anak-anaknya.
“Tetapi mama tak mabuk lah sekarang!” bantah Aleeya. Mana boleh buat macam itu, apa pun mama dengan Adam dan Ain tetap ada pertalian darah. Darah mama yang mengalir di badan abang, dan darah abang yang ada dalam badan Adam dan Ain. Kita tetap bersaudara walaupun berlainan agama. Lagi pun mama pun nak tengok juga cucu-cucunya walaupun mama tak suka kat liya.
“Liya, papa tu nak jaga keselamatan cucu-cucunya lah,” jelas Rayyan dan tahu si isteri sudah mula terasa hati dengan tindakan papa.
“Abang tak boleh buat macam tu kat mama lah. Liya tak kira, abang kena bawa anak-anak jumpa mama sekarang juga!” ujar Aleeya. Hah, sudah. Dah jadi macam ini pula. Rayyan menjeling marah. Cukup pantang kalau ada orang memberi arahan kepadanya, termasuk arahan yang datang dari Aleeya. Sebagai lelaki dan suami, dia memang tak suka isteri memberi arahan kepadanya. Marah!

Cepat-cepat Aleeya sedar akan kesilapannya tadi. Sebagai isteri, mana boleh dia memberi arahan kepada suami, itu tandanya dia tidak hormat kepada suaminya, lagi pun suaminya yg ego ini cukup tidak suka arahan yg datang dari seorang perempuan, walaupun perempuan itu adalah dari isteri kesayangannya sendiri.

Aleeya memegang kedua belah tangan suaminya. Rayyan cuba menarik tetapi tidak berjaya kali ini.
“Abang, Liya faham perasaan mama, sebab Liya yang mengandungkan Adam dan Ain seperti mana mama mengandungkan abang dulu. Liya ibu lah, bang. Dan mama juga seorang ibu, dia sayangkan abang dan cucu-cucunya lah. Beri peluang kepada mama untuk jumpa anak-anak kita,” pujuk Aleeya sayu. Luluh hati Rayyan mendengar bicara Aleeya ketika ini. Orang lelaki mana tahu keperitan orang perempuan semasa mengandung, betul tak? Dan anak-anak terlebih dahulu mengongsi kasih sayang dan mengongsi nyawa dengan ibu mereka semasa mereka berada di dalam perut lagi.
“Liya ni selalu buat abang serba salah, lah!” ucap Rayyan mengenggam erat tangan Aleeya.  Dia mengerti perasaan isterinya ketika ini.
“Apa pun terjadi, baik atau buruknya seorang ibu, dia tetap mak abang. Islam tak cakap pun suruh abang tinggalkan mama, biarpun abang sudah berlainan agama dengan mama, “ pujuk Aleeya lagi. Hati Rayyan semakin lembut.
“Okey lah, abang bawa Adam dan Ain jumpa mama, tetapi dengan satu syarat!”  kata Rayyan.
“Apa?”
“Liya kena ikut abang jumpa mama!”
“Boleh, tak ada masalah!”  perkara kecil saja tu. Rayyan tersenyum. Aleeya mengangguk senang hati.

Sebelum mama pulang, itu lah yang Rayyan lakukan, iaitu menemukan Adam dan Ain dengan nenek mereka. Tersentuh hati Aleeya apabila mama mendukung Ain yang mewarisi dirinya, tetapi apabila mama terbatuk kecil, bau arak keluar dari mulut mama membuatkan Aleeya kecut hati. Tetapi waktu itu papa dan Alvin turut datang menghampiri mereka.
“Papa kau tak sukakan aku kerana aku mabukkan Ryan?” soal mama dengan menyerahkan semula Ain ke tangan Rayyan.
“Awak tu sampai bila lah nak terus macam ni. Minum arak ni membahayakan kesihatan lah,” tegur papa.
“Tak payah nak tegur saya, kita dah tak ikatan apa-apa lagi. Awak telah merampas segala kebahagiaan saya, anak-anak saya, dan sekarang cucu-cucu saya pula. Awak memang jantan tak guna, “ jerit mama sambil berlalu keluar. Mujurlah tetamu sudah beransur pulang, tinggal saudara mara terdekat saja.
“Sabar, papa!” ujar Alvin.
“Susah cakap dengan orang yang tak nak terima kenyataan ni,” kata papa turut berjalan keluar dari situ.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan jayanya tadi. Papa siap beri ucapan dan memperkenalkan cucu-cucunya kepada para tetamu. Kata papa, tahun ini adalah tahun yang paling bertuah, sebab tahun ini dia dapat menjalankan ibadah berpuasa di bulan ramadhan dan menyambut aidil fitri yang penuh dengan keberkatan ini. Ini kali pertama dalam hidup papa, walaupun ada sedikit kecacatan tadi.
“Kita selalu mengharapkan yang bukan-bukan di dalam kehidupan kita. Dan tak kesemua keinginan kita menjadi kenyataan!” ujar Rayyan berdiri di tepi kolam. Dia mencari Aleeya tadi, rupanya Aleeya ke sini. Mencari ketenangan barangkali. Tetapi kat tangan ada novel. Majlis habis sekitar jam 11.30 setengah saja, bukan lewat malam. Jadi, nak tidur pun awal lagi. Lagipun papa bermalam di sini, dan anak-anak ada di tangan datuk mereka. Papa nak tidur dengan ke dua orang cucunya.
“Maksub abang?”
“Abang tahu niat liya tu baik tadi, nak mengeratkan hubungan anak-anak dengan nenek mereka, tetapi tak kesampaian,”kata Rayyan. Aleeya mengeluh berat. Sebenarnya Liya kasihankan abang, sebab abang terpaksa menerima semua ini disebabkan abang berkahwin dengan Liya. Hubungan abang dengan mama abang renggang kerana Liya.
“Abang, mama dan papa dulu bercinta ke?” Soal Aleeya. Ingin tahu.
“Cinta lah, bukan macam kita pun!” jawab Rayyan sambil merangkul Aleeya dari belakang.
“Oo, kita ni, bukan bercinta lah yer!”  nak bercinta apa, sebab berkahwin cepat sangat.
"Nak jatuh cinta tu senang lah, tetapi nak memelihara cinta itu yang susah. Seperti perkahwinan juga, ikatan perkahwinan ni kita kena pelihara sampai ke pintu syurga," ucap Rayyan sambil melagakan pipinya dengan pipi Aleeya.
"Tetapi jatuh cinta dan kasih sayang tak samalah, abang rayyan!" sengaja Aleeya memanggilnya begitu. Hampir tiga tahun berkahwin, belum pernah lagi mendengar abang cakap " abang jatuh cinta kat, Liya!". Yang Liya selalu dengar, "Abang sayangkan Liya," dan dua ayat ni memang berbeza lah, abang rayyan.
“Oo, tak sama ke?” duga Rayyan. Kerana abang jatuh cinta kat Liya lah, yang abang kahwin dengan Liya dulu. Hari-hari abang kejar Liya lah, Liya saja yang tak tahu.
“Mana sama!”
“Maksud Liya kita kahwin bukan atas dasar cinta lah kan?”
“Ha, lah!”
“Penting ke semua tu?” Dah masuk tiga tahu lah perkahwinan kita, anak pun dah dua, hari ini Liya boleh ingatkan perkataan jatuh cinta tu, Itulah banyak sangat tengok cerita korea, dan baca novel, sampai terbawa-bawa abang rasa.
“Penting lah!”
“Liya tak pernah jatuh cinta kat abang ke? Sebelum kita kahwin. Liya tak ada hati kat abang ke?” Dia kan jatuh cinta dengan Azlan, bukan dengan aku pun.
“Jatuh cinta tu malam pertama kut masa dengan abang!"
“Liya ni..,” betul lah kan, aku sebelum tu mana ada apa-apa perasaan kat dia. Benci tu ada lah.
“Sebelum kita kahwin, Liya mana suka kat abang..,”
“Nie kena buat Liya jatuh cinta kat abang lah kut!”

Jatuh cinta??? Yang cinta liya kat hati abang tu apa?

5 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. "Nak jatuh cinta tu senang lah, tetapi nak memelihara cinta itu yang susah"...Untuk Memelihara cinta setiap pasangan itu hendaklah sabar menempuh onak dan duri cabaran dalam rumah tangga...cewahhh (WAN NORLIZA)

    BalasPadam
  3. Jatuh Cinta memang senang, tetapi untuk memelihara kesucian Cinta tu bukan satu kerja ynag mudah.... yang penting hati kena kuat dan yakin, serta banyak bersabarrrr .... INSYAALLAH semuanya akan menjadi ....

    BalasPadam