Selasa, 6 Ogos 2013

RAYYAN & ALEEYA EDISI RAYA (SAMBUNGAN)



Sekarang rasa bahagia sangat sebab cinta hati dah ada di depan mata. Tadi serabut sangat sehinggakan dia tidak lalu makan. Tak ada selera sebab itu, dia berbuka puasa saja di masjid. Makan tiga biji buah kurma, air putih dan bubur lambuk. Itu pun tak boleh nak telan. Ini semua gara-gara Aleeya.
“Liya nasi ada lagi tak?” soal Rayyan bila melihat Aleeya mahu melangkah keluar.
“Bukan abang buka puasa di masjid ke tadi?” soal Aleeya kembali. Aku pun makan sikit saja lagi sebab fikirkan si dia, si jantung hati ini. Ke mana lah dia menghilang tadi?
“Tak lalu nak makan tadi!” hahaha, taupun bergaduh dengan aku, boleh mati selera.
“Abang merajuk ke? Playboy mcm abang pun reti merajuk rupanya..,” ujar Aleeya sambil tersenyum simpul.
“Abang tanya ada nasi tak? Kalau tak ada masak lah kat abang, boleh tak?”
“Jom lah, Liya panaskan nasi. Lagi pun mak buat rendang kesukaan abang tu!” kata Aleeya sambil menarik tangan Rayyan menuju ke dapur.
“Ha, boleh pun berbaik semula. Tadi muka masing-masing macam apa tah, tengok pun tak lalu lah!” usik abang ngah ketika nampak Aleeya dan Rayyan berjalan menuju ke dapur. Bergaduh macam nak terbalik dunia saja.
“Kita orang tak bergaduh lah!” dalih Aleeya, Rayyan mengenyitkan matanya.
“Tak payah nak tipu lah!” ujar abang ngah sambil menarik tangan nana dan nini turun ke halaman rumah.

Abah dan mak tersenyum bahagia melihat Rayyan dan Aleeya berbaik semula. Alhamdulillah, berkat malam raya aidil fitri.

Barulah ada selera nak makan sebab Aleeya ada di sebelah sedang menemaninya.  Tadi merana juga lah sebab Aleeya merajuk, sebab selalunya kalau kena marah pun, Aleeya tenang saja, tetapi tidak kali ini. Mungkin hati Aleeya juga terluka. Itu yang aku patut sedar bukan asyik membebel kat Aleeya saja.
“Aleeya!” panggil Rayyan. Sebut nama penuh ni mesti ada sesuatu abang nak cakap kat liya kan?
“Yer Rayyan Danish!” hahaha, boleh kah aku menyebut namanya begini? Tertiba saja Rayyan ketawa terbahak-bahak mendengar Aleeya menyebut nama penuhnya. Entah, dia memang tak boleh kalau Aleeya menyebut namanya begitu, rasa geli telinga mendengar, tetapi dia paling suka dengan panggilan ‘abang’ sebab sebutan itu menyeru di jiwanya. Meresap dalam hatinya.
“Kenapa pula?”
“Dah, dah, basuh pinggan ni, abang nak temankan Adam dan Ain!” dah tak jadi nak cakap. Terus lupa...,
Riuh kat halaman rumah dengan gelagat abang ngah dan kak ngah melayan anak-anak mereka main bunga api. Tetapi Rayyan dan Aleeya tidak menyertai mereka. Hanya duduk di atas tangga saja. Duduk rapat-rapat sambil berpegangan tangan. Tangan yang disembunyikan dari penglihatan abang ngah dan kak ngah.
“I love you!” bisik Aleeya perlahan. Rayyan terkedu.
“Bukan ucap selamat hari raya ke?” seloroh Rayyan. Aleeya mencubit lengan Rayyan. Mesra!
“Okey lah, selamat hari raya aidil fitri!”
“Esok, abang nak Liya sujud kat kaki abang, mintak maaf kat abang sebab liya dah banyak buat kesalahan kat abang, kalau tidak abang tak akan maafkan liya sampai bila-bila!” ugut Rayyan sambil menyentuh hidung Aleeya yang mancung itu. Hish, egonya memang masih atas puncak gunung himalaya, tak pernah rendah pun. Aleeya menjeling tajam, tanda protes dan tidak puas hati.
“Tak adil..,” keluar juga perkataan itu. Huwaa nama pun aku isteri, jadi kena patuh pada arahan suami.
“Hahaha... melawan cakap suami tu, berdosa. Engkar cakap suami pun berdosa..,”
“Abang tidur kat luar malam ni sorang-sorang yer!” balas Aleeya dan terus bangun.
“Kunci pintu ada kat abang lah, sayang!”

Subuh ini, selesai solat berjemaah bersama,kali ini Rayyan memilih untuk bersolat berjemaah dengan Aleeya saja di rumah. Tidak mahu menyertai yang lain ke masjid. Saat dia mengucup dahi Aleeya, air mata Aleeya gugur satu persatu. Jatuh semua dosa-dosa Aleeya kepada suaminya di pagi syawal yang mulia ini.
“Liya mintak ampun dan maaf, kerana telah melukakan hati abang!” ucap Aleeya sewaktu mengucup kedua belah tangan Rayyan.
“Abang juga ingin memohon maaf dari mu, sayang. Maafkan abang kerana telah banyak melukakan hati mu selama ini,” ucap Rayyan. Dia memeluk Aleeya dengan erat. Kata seorang ustaz, peluk lah isteri atau suami selama 10 saat, maka terhapus lah segala sengketa, dan erat lah hubungan suami isteri antara Rayyan dan Aleeya.
“Abang tak pernah buat salah kat liya lah!” nafi Aleeya. Dia tak kisah pun dengan sikap rayyan kerana dia sudah memahami sikap dan perangai suaminya ini.
“Yer ker?”
“Yup!”
“Abang redha atas segala sikap mu pada abang, cik manja sayang!”
“Betul abang tak kisah liya buat perangai dan asyik merajuk dengan abang?”
“tak kisah pun sebab tu memang dah perangai semulajadi liya kan?”
“Hehehe..,”

Senang hati nak beraya dengan abah dan mak pula selepas ini. Yang penting antara mereka suami isteri sudah pun selesai. Wajibkan kami bersalaman dan bermaafan, sebab lidah mana yang tak pernah tergigit, laut mana yang tak pernah bergelora, nama pun suami dan isteri, dan mestilah berlaku macam-macam cerita sepanjang hubungan kami. Tambahan lagi aku berkahwin dengan lelaki yang mempunyai latar kehidupan yang berbeza. Agama pun macam-macam dia nih, jadi risikonya memang tinggi, kalau tak sabar, kalau tak tahan jiwa dan perasaan, habis lah kami. Tapi Rayyan nie memang lain dari yang lain.
“Selamat hari raya, abah. Maafkan saya!” ucap Rayyan sewaktu bersalaman dengan abah. Abah hanya mengangguk.
“Maafkan abah juga, Rayyan!” balas Abah. Mak hanya tersenyum. Begitu juga dengan Aleeya.
“Mak, maafkan saya!” lafaz Rayyan kat mak. Mak mengangguk saja.
“Maafkan mak juga, Rayyan. Maafkan mak, sebab anak mak, isteri Rayyan tu degilnya memang boleh buat sakit jiwa pun!” gurau mak membuatkan Rayyan tersenggih. Itulah isteri saya, mak!
“Mak ni!” tepis Aleeya.
“Saya terima dia seadanya, mak!” jawab Rayyan seikhlas hati.
“Dengar tu Aleeya!” celah abah.

Abang ni memang lah. Apa pun Selamat hari raya aidil fitri.

4 ulasan:

  1. Baru sempat baca... Raya kali ni buzy balik KL rumah mertua...
    Pagi Raya memang sedih x putus-putus air mata keluar bila bersalam-salaman terutama bersama suami tercinta... dah jadi macam Rayyan dgn Liya pulak bila baca cerita ni.... hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe... saya tulis apa yang kita rasa.. apa yang org alami.. hehehe

      Padam
  2. Kak... Bkn dlm PE, Aleeya panggil ayah ke kak? hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha.. yer ker? akak lebih suka panggil abah.. tu yang jadi mcm tu..

      Padam