Selasa, 20 Ogos 2013

CERPEN : RAYYAN & ALEEYA (EPISOD 9)



Sesiapa saja yang ada adik perempuan mesti berfikir seperti Angah kan? Siapa nak adik kesayangannya menjadi mangsa kepada lelaki hidung belang? Lelaki kaki mabuk dan kaki pukul? Kalau lah sebagai abang kita tak nak ada lelaki yang menghancurkan masa hadapan adik perempuan kita, begitu lah Angah.
Tapi nak dengar juga apa lagi kata Angah ni..,

Aleeya mengisyaratkan supaya Rayyan keluar saja dari belakang dinding itu. Usah bersembunyi lagi, tetapi Rayyan mengelengkan kepalanya.
“Lelaki seperti Rayyan tu mesti kahwin sebab nak menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan saja lah. Dia nak sentuh adik tak boleh jadi dia kahwin lah dengan adik..,”sambung Angah lagi. Angah ni cakap terbuka sungguh lah, tak berselindung langsung dan sebagai perempuan, malunya nak dengar semua nih.
“Dia kahwin dengan Liya sebab cintakan Liya lah!” bela Aleeya. Angah ni cakap ikut sesuka hati saja.
“Cinta tu cinta lah juga, tetapi kalau adik tak boleh nak puaskan nafsu dia, mesti dia cari perempuan lain!” gempar Angah lagi. Angah ni memang nak kenalah.
“Angah...,” jerit Aleeya geram. Di ambilnya mentimun atas meja, lalu dilemparkan ke arah Angah, tetapi Angah sempat mengelak.
“Hahaha...,” ketawa angah membuatkan Aleeya menjeling marah.
“Angah ni memang nak kena lah!”
“Org bergurau pun tak boleh. Tetapi macam mana lah budak play boy tu boleh terpikat dengan adik angah ni? Hairan lah!” aku tengok depa dua pun hairan, seorang tu kaki perempuan, yang adik aku nih, bukan reti sosial pun. Macam langit dengan bumi saja. Tapi dia orang boleh tinggal bersama dan bahagia pula. Satu lagi adik aku ni manja teramat, yang suami pula kepala angin dan panas baran.
“Tu namanya jodoh lah, angah!” balas Aleeya sambil merenung ke arah Rayyan yang tersenyum ke arahnya.
“tapi antara Azlan dan Rayyan, Angah suka Rayyan lagi, sebab Rayyan lelaki yang tegas, Azlan tu lembik lah!” puji Angah membuatkan hati Rayyan sejuk dan dingin saja. Tapi marah lah juga sebab angah cakap yang bukan-bukan. Azlan dah ada dua isteri, satu pun tak mampu nak jaga, tambah pula lagi satu. Azlan mesti belajar agama tak habis, org kalau ada ilmu agama yang cukup, dia mesti takut nak kahwin ramai, sebab kalau tak boleh berlaku adil zahir dan batin, lelaki tu telah melakukan satu dosa.
“Tadi angah kutuk dia, ni puji dia pula!” ucap aleeya. Terasa bangga bila Angah memuji suaminya.
“Bukan kutuk tapi terfikir mcm tu tadi..,”
“Hahaha..”
“Liya..,”
“Angah fikir yang tak lojik lah.. suami liya tu okey lah!”
“Angah tahu, tetapi adik kena ingat, tanggungjawab adik kat dia. Walaupun sayang macam mana pun adik kat abah dan mak, adik kena balik lah ke sisi suami adik..,” ucap Angah sambil keluar dari situ.

Hati masih berbelah bahagi untuk meninggalkan abah dan mak. Lainlah kalau abah sihat, mak sihat, tetapi abah tengah sakit dan abah tak boleh duduk diam walaupun sakit. Asyik nak turun ke bendang, nak tengok kerbau dan lembunya, kalau boleh ayam itik semua tu abah nak uruskan sendiri. Itu yang buat Aleeya susah hati sangat.

Rayyan yang sedang bersembunyi muncul di hadapan Aleeya. Diambilnya gelas yang berisi minuman di tangan Aleeya, lalu dihirupnya perlahan-lahan sambil merenung Aleeya dari bawah sampai ke atas. Dari atas sampai ke bawah.
“Apa renung-renung ni?” ucap Aleeya. Angah lah pandai sangat cakap yang bukan-bukan tadi.
“Memang lah abang kahwin dengan Liya sebab nak halalkan hubungan lelaki dan perempuan pun...,” akui Rayyan membuatkan Aleeya mengelengkan kepalanya. Cakaplah yang bukan-bukan, bagi abang ipar awak dengar.
“Dah tak ada benda lain ke nak cakap?” marah Aleeya. Aku pun tahu lah semua itu. Jadi, tak payah nak ulang perkara yang Angah cakapkan tadi.
“Nak malu apa, abang suami Liya lah. Lainlah dengan Angah. Angah tu abang kandung liya lah!” ujar Rayyan. Ooo, ke situ pula. Sejak kecil lagi, aku kongsi semua masalah dengan angah, dari masalah cinta sampailah masalah peribadi, semua aku cakap dengan Angah, jadi aku dah tak kisah dengan Angah. Dalam keluarga aku mana ada anak perempuan lain. Aku saja perempuan!
“Habis tu?”
“Abang nak liya kongsi semua masalah Liya dengan abang saja, bukan dengan org lain, apa tah lagi dalam hal hubungan kita suami isteri,” terang Rayyan sambil merangkul Aleeya dari arah belakang. Dah  banyak hari tak peluk Aleeya, rindunya ALLAH saja yang tahu.
“Ada sebabnya ALLAH ciptakan Hawa untuk Adam..,” bisik Aleeya di telinga Rayyan.
“Dan ada sebabnya mengapa ALLAH nak Hawa berdampingan dengan Adam!” bisik Rayyan kembali. Dibiarkan Rayyan mengucup pipinya.
“Itulah sebabnya Angah suruh Liya balik, ini kan buktinya!” jenggul Angah masuk mengambil parang lalu keluar semula.
“Hah, kan dah kena tangkap!” ucap Aleeya, Rayyan tak kisah pun. Dia kan berpendidikan barat, jadi memang dia tak kisah kalau org tengok dia mcm ni, liya saja lah kena menanggung malu.
“Nak malu apa, bukan buat jahat pun. Lagipun Liya memang tergila-gilakan playboy ni, sampai tak boleh nak berpisah langsung!” tuduh Rayyan. Aku juga. Dia memang ego. Tak akan mengaku yang dia separuh mati kejarkan aku dulu.
“Sekarang lepaskan Liya, Liya banyak lagi kerja nak buat. Nak masak, nak kemaskan barang, pastu nak balik!” kata Aleeya sambil menolak kedua belah tangan Rayyan yang melingkar di pinggangnya.
“Aleeya binti Haji Mohsin...,” ucap Rayyan sambil menarik Aleeya supaya memandang anak matanya. Kenapa pula ni?
“Abang...hmmm..,”
“Aleeya...,
“Liya tahulah..,”
“Apa?” soal Rayyan. Bolehkah aku menjawabnya di dalam hati dan kau memahaminya di dalam hati juga. Tak perlu dilafazkan kerana ini adalah kepercayaan antara kita berdua, bisik hati Aleeya.
“Ungkaplah, abang nak dengar!” seru Rayyan, bahawa aku bukan berkahwin dengan mu kerana ingin memenuhi nafsuku. Tetapi kerana ALLAH, aku berkahwin denganmu, sayang.
“Tak payah kut!” ujar Aleeya silu.
“Abang nak tahu, lagipun ini permintaan abang, hanya kita saja!”
“Kita berkahwin kerana ALLAH..,” ucap Aleeya perlahan.
“Dengan nama ALLAH yang maha pemurah, lagi maha mengasihani surah an-nissa; ayat 1
Wahai sekelian manusia! Bertakwalah kpd Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yg ramai. Dan bertakwalah kepada ALLAH yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNYA, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya ALLAH sentiasa memerhati (mengawasi) kamu.”

“Yup, kerana ALLAH telah menentukan jodoh kita berdua,”  akui Rayyan. Tetapi abang masih banyak yang belum tahu tentang hubungan suami isteri. Ah, biarlah Aleeya yang jelaskan nanti.

Surah An-Nissa ni ada banyak isi kandungannya, kalau ditelit betul-betul, dalam Surah An-Nissa ada diceritakan tentang hubungan suami isteri, tentang pembahagian harta si mati,  bahagian-bahagian yang perlu diperolehi antara anak lelaki dan anak perempuan, antara isteri, si ibu dan sebagainya lagi, tentang harta anak-anak yatim, betapa besarnya dosa untuk org yang makan harta anak-anak yatim, tentang nusyuz, tentang hukuman pengzinaan dan hubungan antara lelaki dan perempuan. Bacalah, bukan saja pahala saja yang kita perolehi tetapi ilmu pun dapat juga lah.

Tinggal dua jam saja lagi dah nak balik. Tu, kata nak ikut suami, tetapi muka tetap sedih juga. Nak tanya pun tak berani. Rayyan terpaksa mengadap abah dan mak mentuanya. Mana tahu abah termakan pujuk rayunya, mak tak ada masalah, sebab mak kena ikut ke mana saja abah pergi.
“Jom lah, abah. Ikut saya balik Kl. Nanti bila sihat semula, saya hantar abah balik!” pujuk Rayya. Abah tak mahu ikut angah, walaupun puas angah merayu. Itu yang buat Aleeya lagi sedih hendak berpisah dengan abah dan mak.
“pergilah balik, mak kamu ada, dia yg jaga abah nanti!” tak mahu menyusahkan anak-anak dan menantu ketika sakit begini.
“Abah, liya ni masalah lah, dia tak mahu ikut saya, kalau abah tak nak ikut, saya nak tinggal Liya pun tak boleh lah abah. Nak tidur tak ada org nak peluk ni, saya tak boleh tidur lah!” ujar Rayyan berterus terang. Itu yang abah suka tentang Rayyan, sebab Rayyan tak pernah menipu. Salah pun dia mengaku, buat jahat pun dia mengaku.  Sebab itulah tanpa ragu abah terima Rayyan menjadi suami Aleeya, walaupun Rayyan pakai rantai emas yang labuh sewaktu datang merisik dulu.
“Liya, pergilah balik. Abah tak ada apa-apa lah. Nanti baiklah kaki nih!”  balas abah. Tak makan pun pujuk rayu Rayyan, sebab abah tahu kalau dia pergi ke KL, dia hanya menyusahkan anak menantunya yang sibuk bekerja.

Rayyan memandang wajah papanya pula. Kena guna plan B lah jawabnya. Sebelum datang, memang Rayyan sudah berbincang dengan papa pun. Dan papa pun sudah bersetuju. Rumah papa di kampung, ada sepasang suami isteri yang diupah oleh papa untuk menjaga rumahnya. Buat sementara waktu Kak Miah dan Abang Abu akan tinggal di rumah abah, untuk menjaga abah, mak dan urusan abah yang lain.
“Saya nak kena balik abang aji, nanti saya datang lagi!” ucap Tuan Mirzal sambil berjabat tangan dengan Haji Mohsin.
“Kau buat susah-susah saja lah, Mirzal!” balas Haji Mohsin. Susahnya untuk menerima budi orang.
“hari ini hari abang aji, hari esok mana tau hari saya pula. Kita saling bantu membantu lah, abang aji!” balas Tuan Mirzal membuatkan hati abah terharu mendengar kata besannya itu.


Aleeya tersenyum. Alhamdulillah, senang hati sebab ada Abang Abu dan Kak Miah untuk tengokkan abah dan mak.
“Abang, terima kasih!”
“Buat apa pun kena ikhlas lah, sayang!”
“Papa, terima kasih sebab tolong Liya!”
“Sama-sama, Liya. Liya dan abah Liya dah banyak bantu keluarga papa lah. Yang papa buat ni hanya sebutir zarah saja!”
“Sebutir zarah pun, dapat pahala lah, papa!” ujar Rayyan.

Betul tu, sudah tertulis dalam hadis dan al-quran, biar pun sebutir zarah, tetap dihitung pahala dan dosanya di akhirat kelak.

2 ulasan:

  1. Rayyan terima kasih kerana memahami...
    Suami adalah keutaman seorg isteri...
    bestttt...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha, ah.. suami ada lah keutamaan seorang isteri, saya setuju ayat tu..

      Padam