Selasa, 20 Ogos 2013

CERPEN: RAYYAN & ALEEYA (EPISOD 8)



Alhamdulillah, mak sudah pulih. Dah boleh bangun dan bermain dengan cucu-cucunya. Bengkak di kaki abah sudah pun surut, dan abah asyik suruh Angah memimpinnya berjalan-jalan semula. Malah abah dah bising mahu ke surau seperti selalu, Cuma Angah saja malas hendak layan kehendak abah.

Semua kerja rumah aleeya yang uruskan, manakala kerja-kerja lain, angah yang buat. Tengok lembu dan kerbau abah, bagi makan rumput, pergi ke bendang semua Angah yang buat. Sejak dari kecil lagi, angah memang suka buat kerja kampung berbanding dengan abang-abang yang lain.

Aleeya membawa dulang berisi air kopi panas dan ubi kayu rebus ke pangkin, tempat mereka selalu lepak kalau ada masa lapang. Di bawah pokok rambutan dan dikelilingi pokok mempelam dan juga pokok langsat.
“Macam mana kita ni, angah dah nak kena balik esok. Siapa nak jaga mak dan abah?” risau juga nak tinggalkan abah tu. Kalau tinggal mesti abah turun ke bendang semula.
“biar lah Liya yg jaga dia orang!” ucap Aleeya tetapi hati sendiri penuh kerisauan. Rayyan izinkan ke? Tak tahu, sebab belum berbincang dengan Rayyan lagi pun.
“Adik kena jaga suami lah, bukan jaga mak dan abah!” balas angah. Aleeya memang rapat dengan Angah, dari along, acik dan alang. Along asyik marahkan liya saja dari dulu. Bukan seperti Angah yang boleh dibawa berbincang.
“Suami Liya tak kisah kut!” Wah, tak kisah ke? Liya ni jawab ikut suka hati saja.
“Tak boleh macam tu lah, tinggal Rayyan lama-lama pun tak elok juga lah!” lama??? Baru tiga hari saja lah. Bukan seminggu pun! Tiga hari pun Adam dah macam-macam, menangis waktu malam cari akan papanya. Kat rumah tak pernah pun berjaga malam, tetapi kat sini, tiap-tiap malam merenggek rindukan papanya. Adam ni teruk sungguh lah!
“hmm...,” aku semuanya kena minta izin suami dan suami belum tentu membenarkan apa yang aku hasratkan.
“Dik, kadang-kadang kerana isu jaga mak ayah sakit ni kita boleh bermasam muka adik beradik, boleh bergaduh laki bini lah, “ujar Angah. Mujurlah isteri angah, yang bekerja di UITM tu boleh bertimbang rasa, cuma Angah pun ada tanggungjawab yang lain. Angah kena bekerja semula, dan kena ingat isteri dan anak-anak Angah perlukan Angah di sana.
“kita bergilir nak?”
“Kita dua saja lah bergilir. Along kat kem tentera tu bukannya boleh dapat cuti. Alang tak tentu lagi. Acik haram tak dengar khabar berita!” luah Angah.  Anak abah dan mak ada lima, tapi masa diperlukan masing-masing lebih pentingkan kerjaya dan keluarga sendiri.
“Tu macam mana?”
“Adik pula bukannya boleh buat keputusan sendiri, suami adik tu mahu ke hidup mcm ni?” soal Angah.

Aleeya tahu abang-abangnya sibuk, bukan mahu mengelak tetapi ada tugas yang lebih penting. Kadang-kadang kita akan bertanya, apakah kerjaya kita lebih penting dari mak ayah kita? Yang kedua keluarga kita pun ada masalah juga, contoh macam acik, acik memang tak ada masalah tetapi kak tasha pula yang kawal hidup acik. Dan Liya??? Tentu kerana suami Liya, abang rayyan tu..

Janji nak call, sampai sekarang tak call pun. Rasanya dah sampai kat Kl dah waktu ni. Adam pula asyik menangis saja kerana mahukan papanya.
“Liya, suruh lah Rayyan datang besok, kesian kat Adam tu, rindukan papanya!” ucap mak dari bilik sebelah.
“Adam, jangan lah menangis, kesian kat ibu!” pujuk Aleeya. Kau dengan papa kau sama saja lah. Tengok Ain, tak banyak songgeh pun. Lagilah melalak si Adam bila aleeya berkata begitu.
“Ikatan cinta – lahir dari hati yang suci dan bersemadi di dalam jiwa.
Ikatan perkahwinan – ikatan suci yang akan kekal sepanjang hayat,”
-          Rayyan.
Baru nak sms. Dah pukul satu pagi lah, dan anak abang masih tak mahu tidur. Menganggu tidur org lain ada lah.
“Balik lah, Liya perlukan abang!” kata Aleeya sebaik saja Rayyan mengangkat telefonnya.
“Singapura dan anak bukit tu, jauh lah!”
“Kat singapura lagi? Bukan dah balik ke?”
“Papa ada hal lagi tak settle kat sini!”
“Hari tu cakap abang boleh datang sekelip mata saja, sekarang tak boleh lah pulak!” ungkit Aleeya. Sengaja saja sebab bila mendengar Rayyan masih di Singapura, dia pun tahu perkara yang diucapkan oleh Rayyan adalah suatu yang mustahil. Nak datang dalam sekelip mata? Cakap boleh lah, buat memang tak boleh pun.
“Kenapa? Malam-malam buta ni call abang?”
“Anak abang lah, asyik menangis saja!”
“Pujuk lah, liyakan ibunya. Beranak reti nak pujuk anak pun tak reti ke?” usik Rayyan. Ooo, pandai kata kat aku yer. Dia mengasuh anak pun tak boleh.
“Anak sapa pun tak tau ni? Bukan anak Encik Rayyan ke?”
“Hahaha..,”

Mujurlah zaman sekarang, telefon canggih-canggih, boleh tengok wajah dan dengar suara. Bukan zaman telefon yang boleh call dan sms lagi. Adam boleh tengok muka papanya, boleh dengar suara papanya, terubat lah rindu kat hati. Baru boleh tidur!
“Sekarang ibunya pula nak apa?”
“Angah dah nak balik lah,”
“Hmm.. mak dan abah dah sihat ke?”
“Alhamdulillah, dah sihat. Cuma kaki abah tak ok lagi!”
“Habis tu Liya nak tinggal di situ ke?”
“Tak tahu!”
“Hmmm..,”
“Abang???”
“Apa???” kalau aku berjauhan dengan Rayyan boleh kah? Tetapi sampai bila?? Sampai abah sembuh?? Adam pula?? Susahkan macam ni...
“Pergilah tidur, mimpi yang indah-indah. Tak payah fikir yang bukan-bukan!” suruh Rayyan. Lewat dah ni.
“Bila nak jemput Liya?” soal aleeya. Aku nak tinggal di sini pun tak boleh. Nak balik pun tak boleh.
“Tak tahu lagi..,”

Memang dia tak cakap serupa bikin. Dia datang bersama papa. Waktu itu aleeya sedang mandikan Ain, keluar saja dari bilik air, Rayyan sudah berada di depan matanya.
“Tengok, sekelip mata saja abang boleh datang kat sisi Liya!” tegur Rayyan sambil mengambil Ain di tangan Aleeya. Dikucup pipi Ain bertalu-talu. Aleeya mengelengkan kepalanya tetapi hati terasa lega kerana melihat wajah lelaki kesayangannya berada di hadapan mata. Banyak perkara yang hendak dibincangkan bersama. Mentang-mentang lah dia ada org kuat kat Air Asia, boleh lah cakap besar yer.
“Org susah hati lah!” balas Aleeya mengambil semula Nurul Ain di tangan Rayyan. Mahu siapkan Ain dulu.
“nak buat mcm mana, liya mana ada pilihan. Tak kan nak tinggal di sini terus.,” balas Rayyan.  Aleeya memandang wajah suaminya. Itu kan dah beri jawapan, jadi tak perlu lah fikir sampai sakit kepala.
“Balik pun balik lah!”
“Malam ni kita bertolak balik. Abang memang tak boleh nak lama-lama kat sini,”
“hah?? Malam ni?” jawabnya aku balik dulu lah dari Angah. Esok baru Angah nak balik.
“Dah banyak hari kat sini, tak kan nak tinggal sini terus kut!” ucap Rayyan menyedarkan Aleeya. Sindir ke apa nih?

Tetapi kena pujuk abah lah dulu, supaya tinggal dengan kami ataupun ikut angah balik esok. Itu saja!.Abah dan mak kena tinggal dengan salah seorang anaknya, baru hati tak risau lagi. Pujuk abah memang masalah, sebab abah degil, tak nak tinggal dengan Angah atau pun dengan Aleeya.
“Nak kena balik ke malam ni?” soal Angah ketika Aleeya di dapur, nak sediakan hidangan kepada papa dan yang lain.
“yup!”
“Pergilah balik, suami awak tu perlukan awak lah!”
“Abah?? Mak???”
“Angah akan pujuk abah ikut angah esok, harap-harap abah lembut hati lah!”
“Kalau abah tak nak pergi, mcm mana?”
“Tak tahu!”
“Hmm..,”
“Yang penting awak balik, jaga suami awak, dah lah suami awak tu playboy. Nanti dia cari org lain pula...,”
“Apa angah ni?” tegur Aleeya. Ada ke cakap gitu kat Rayyan,  sedangkan Rayyan berdiri di belakang mereka berdua.
“Org suka perempuan ni susah lah, Liya, takut dia cari lain kalau tak dapat kepuasan nafsu dia..,” dia ni memang suka cakap terus terang lah. Aleeya mengigit jarinya.
“Mana Angah tahu?”
“Angah ni lelaki lah, dik!”

Tu kat belakang Angah tu, org yang Angah cakap tu tengah dengar kata-kata Angah lah.

2 ulasan:

  1. ... hahaha.... biarlah Liya tahu hati lelaki ... angah kan lelaki x sanggup tinggalkan isterinya lama-lama lah Liya.... hehehe

    BalasPadam