Hah, bulan madu punya pasal. Hendak sangat
berbulan madu, tak sempat sampai kat KL dah kena marah dengan abang ngah sebab
tinggalkan anak-anak kat abah dan mak di kampung. Abang-abang dah mengamuk gara-gara tinggalkan
si kembar di bawah jagaan mak dan abah tetapi mak dan abah tak kisah pun kerana
ada pembantu rumah. Itu satu hal.
Satu lagi, Adam sebenarnya papa yang ambil,
dan Papa telah membawa Adam ke rumah saudara maranya di Indonesia. Itu yang
buat Aleeya marah dan terasa sangat dengan tindakan Rayyan kali ini apabila
papa sendiri yang menelefon Aleeya memberitahu mungkin seminggu lagi baru lah
papa pulang ke Malaysia. Sekarang nak terus ambil Ain di kampung pun tak boleh
sebab Rayyan perlu utamakan kerjanya. Begitu juga dengan Aleeya.
“Liya!” panggil Rayyan, sejak dia tahu
anak-anak sudah terpisah, terlalu marah sehinggakan tak boleh nak bercakap
dengan suaminya itu. Geram!! Buat keputusan tanpa memberitahunya. Liya ni
ibulah, sepatutnya abang cakap dengan Liya tentang anak-anak. Ah, tak tengok muka abang hari ini. Aleeya
memandang ke arah lain.
“Makan lah, abang tahu Liya marah kat abang,
tetapi jangan biarkan perut tu kosong,” ucap Rayyan, spagetti goreng diletakkan
di atas meja dan dia melangkah keluar. Dia sebar akan kesilapannya tetapi
keadaan tidak mengizinkan. Semua berlaku bukannlah kehendaknya. Adam memang
rapat dengan papa, sebab itu mudah sangat papa culik Adam.
Balik dari Sabah, terus masuk ke ofis, dah
sekarang dah pukul 5.00 petang, Rayyan tahu Aleeya belum makan apa-apa lagi
sejak dari tadi. Tak lapar lah, kenyang dengan sikap abang. Tahu abang ketua
keluarga tetapi sekurang-kurangnya cakap lah dengan Aleeya dulu. Ini tidak,
aduhai kenapa hati ni sakit sangat hari nih.
“Puan!” panggil Rina. Sebotol air mineral
bersama segelas jus oren diletakkan di hadapan Aleeya. Aik? Tertiba saja hantar
minuman kat aku, aku boleh buat sendiri lah.
“Rina, saya boleh ambil sendiri lah,” ujarnya
perlahan.
“Encik Rayyan yang suruh saya hantarkan, bos
dah bawa depan pintu tadi,” beritahu Rina.
“Buat susah-susah awak saja. Air ni siapa yg
bancuh?” saja lah hendak bertanya sebab hati ingin tahu sangat.
“Bos yang buat tadi. Puan, saya dah nak balik
ni. Saya balik dulu yer,”
“Ha, ah. Balik elok-elok yer!” pesan Aleeya.
Diambilnya jus oren lalu diminumnya perlahan. Tak manis langsung. Masam ada
lah.
“Jus tu memang tak manis, sebab kemanisan
sebenarnya ada kat diri Liya saja!” Aleeya membaca mesej yang dihantar oleh
suaminya. Oo, sengaja lah ni. Aleeya
mengambil sudu lalu menjamah spagetti yang dibeli oleh suaminya. Memang dia
sedang kelaparan pun tetapi kerana sibuk dan marah, dia menahan kelaparan hari
ini.
“Kak liya!” panggil Husna di talian.
“Yup!”
“Nak balik dah ni,”
“Ok, akak pun nak balik juga!” tetapi kalau
balik nak buat apa, anak-anak pun tak ada kat rumah.
“Abang tak makan apa-apa pun dari tadi,
katanya sibuk sangat hari ni. Alvin suruh akak tolong tengokkan abang, takut
pengsan pula nanti,” beritahu Husna. Bukan sibuk lah tetapi sebab bergaduh
dengan aku. Biarlah, siapa suruh dia cari penyakit hari ini.
Tetapi tak sampai hati nak marah lama-lama.
Dia tu dah banyak beri bahagia kat aku. Lagipun bila fikir semula semua ini,
memang tak boleh nak salahkan dia seratus peratus. Tadi sempat berbual dengan
kawan-kawan kat ofis ni, dan dari pengalaman mereka yang telah berkahwin, semua
ini memang menjadi di dalam kehidupan rumah tangga pun.
Aleeya terpaksa keluar dari pejabat dan
membeli makanan untuk suaminya tetapi dia menyuruh ofis boy yang kebetulan
masih bekerja, menghantar makanan tersebut kepada suaminya. Tak sampai hati
apabila mendengar Rayyan masih belum makan apa-apa sejak dari tadi.
Terus sambung kerja sehingga tidak sedar sudah
pukul 9.00 malam, Aleeya solat isyak dahulu sebelum melangkah pulang. Bila
keluar dari surau ada sejambak bunga mawar merah di atas kerusinya. Kerja
suaminya lagi lah nih. Mesti nak minta maaf. Air solat tadi, dan solat tadi
telah menghakis rasa marah yg tingginya hanya setinggi gunung jerai itu telah
pun hilang sewaktu dia menyebut khalimah ALLAH dan membaca surah al-fatihah. Dibuka
kad kecil yang terselit di celah-celah kuntuman bunga.
“Terima kasih kerana memberi hadiah bulan madu
yang paling indah untuk abang tiga hari yang lepas. Setiap hari bersama Liya,
adalah kenangan paling indah untuk abang,” itu tulisan Rayyan. Lerr, bukan nak
mintak maaf pun, tetapi ini yang abang tulis. Abang ni memang sengaja lah.
Aleeya sengaja tidak bercakap dengan Rayyan,
nak tengok apa lagi rancangan Rayyan mahu memujuknya. Tak kan bunga saja
kut. Atas kerusi kereta ada lagi jambang
bunga mawar, kali ini warna kuning. Cantik sangat, jambangan bunga yang disusun
berselang seli dengan mawar putih.
Tetapi sebelum Aleeya melangkah keluar, dia sempat melihat sesuatu yang
ditulis atas poster berwarna biru. “Liya, maafkan suami mu ini,” sudah beralih
ke atas sepanduk yang direntangkan di hadapan syarikat. Sempat dia cari idea
semua ni hari ni? Tetapi hati Liya semakin terharu dengan ungkapan itu. Merajuk
yang sedikit tu, dapat pujukan seperti ini? Kalau begitu tak rugi lah merajuk
dan Liya buat-buat marah hari ini.
Sepanjang perjalanan ada lagu ‘Bunga Angkasa’
lagu kesukaan tu.
“Keindahan wajahmu jadi sumber ilhamku
suaramu yang merdu menghiburkan hatiku
bertambah cahaya hidupku
kau janji bersumpah setia
walaupun ribut melanda kan bersama..,”
suaramu yang merdu menghiburkan hatiku
bertambah cahaya hidupku
kau janji bersumpah setia
walaupun ribut melanda kan bersama..,”
Rangkap ini yang buat hati semakin syahdu. Kad kecil
dibuka, ayat seterusnya lagi lah mencairkan jiwa.
“Tiada apa yang lebih membahagiakan hati abang selain
dapat melihat senyumanmu, sayang. Tiada apa yang boleh mengembirakan jiwa ini,
selain dari mendengar suaramu, sayang. Abang rindu kata-kata dari mu..,”
-dari kekasih hatimu, yang terlalu menyayangimu sehingga
ke akhir hayat. Rayyan Danish!”
Dah tak sanggup hendak memasam muka lagi tetapi ketika
sampai di rumah, suasana di rumah gelap gelita sedangkan rumah orang lain,
semuanya terang berderang. Selalunya lalu di luar rumah ni, di pasang secara
automatik. Malam saja, terus bercahaya. Malam ini, tak kan rumah tak ada
elektrik kut. Rayyan meletakkan kereta di luar peti pagar. Turun dari kereta
dan terus membuka pintu pagar. Dan dia datang semula untuk membuka pintu kereta
kepada isterinya. Aleeya sudah tersenyum tetapi Rayyan pura-pura tidak
melihatnya.
Sebaik saja Aleeya melangkah ke pintu pagar, dia melihat
susunan lilin yang bercahaya di hadapannya. Perkataan, Sorry ternampak jelas di
sinari cahaya lilin. Aleeya melangkah, belum sempat melangkah untuk seterusnya,
kakinya tersepak sesuatu, mujurlah Rayyan sempat menyambutnya, kalau tidak
mesti jatuh tersungkur. Tak kan yang nak jatuh ni pun dia buat jugak??? Hidung
Rayyan terkena pipi Aleeya ketika Rayyan menyambutnya tadi.
“Yang ni bukan rancangan abang yer!” kata Rayyan sambil
memeluk Aleeya.
“He he he..,”
“Tak marah lagi?”
“Rasa nak sambung marah ni lama sikit kut. Biarlah abang
pujuk Liya,” ucap Aleeya. Rayyan mengucup dahi isterinya. Mujurlah kesalahan
besar ni dapat dilembutkan dengan sekejap saja, takut juga Aleeya mengamuk
sebab memisahkan dia dengan anak-anak.
“Terima kasih kerana memahami perasaan abang kali ni,”
“Tak nak ucap sama-sama kat abang malam ni,” balas
Aleeya. Pelukan dileraikan.
“Ucapan tu tak penting yang penting Liya sudah mula
bersuara, itu yang penting!”
“Ooo...,” aku memang tak boleh marahkan dia. Aleeya mahu
berlalu pergi, tetapi Rayyan menariknya kembali.
“Kejap!” kata Rayyan.
“Apa lagi nih?” soal Aleeya.
“Betul Liya dah tak marah abang ni?” soal Rayyan. Aleeya
mengangguk.
“Buktinya mana?” balas Rayyan lagi. Bukti apa lagi ni.
Aku dah bercakap pun. Dan senyuman pun. Okey lah tu.
“Bukti apa pula ni?”balas Aleeya terus berdiri di hadapan
rayyan.
“Cium kat sini!” pinta Rayyan sambil menunjukkan jari ke
dahinya. Haaa.. ini yang malas ni, dah lah dia tu tinggi.
“Cepat!” suruh Rayyan sambil menunduk. Sebuah kucupan
singgah di dahi Rayyan.
“Kat sini pula!” pinta Rayyan sambil menunjukkan ke pipi
kanannya. Aleeya patuh. Aku yang marah, tapi dia yang dapat hadiah lebih dari aku. Abang memang
mengada-ngada betul lah.
“Sini!” ujar Rayyan lagi sambil menunjukkan ke pipi
kirinya pula.
“Awat gatai sangat ni,” ucap Aleeya tetapi tetap mencium
pipi kiri suaminya. Rayyan hanya tersenyum. Liya ni memang tak reti nak marah
dan nak merajuk lah, bisik hati Rayyan.
“Sekarang kat sini pulak,” ujar Rayyan dan terus mengucup
bibir Aleeya. Terus Aleeya jadi patung kat situ. Terpaku!
“Esok kita jemput Ain. Nanti abang call papa suruh hantar
Adam dalam masa terdekat ni,” bisik Rayyan. Aleeya hilang kata-kata.
Sangat Sweet n Lemak Berkrim episod kali ini...
BalasPadam(Wan Norliza)
hahaha... memang sweettt bab kali ni... Rayyan x pernah buat macam ni dalam bab yang lain kkk... hehehe...
BalasPadamyang penting Liya merajuk pada yg sayang bukan dapat bunga ja tapi dapat pahala sebab cium suami .... hehehe...
besttttt..
hehehe...Tak boleh nak marah laam2 klu gaya Encik Rayyan mcm ni..
BalasPadamLain yg merajuk lain yg dapat hbuan ya..Pandai cik abang ambil kesempatan hahahha..
Best..
~Gurangak aja~
Eee... Geram nya nagn rayyan...
BalasPadamSelalu ambil kesempatan diatas kebaikan aleeya...
Jgn selalu mcm tu rayyan... Tak baik la...