Cinta?? Apakah cinta itu sangat penting di
dalam rumah tangga yang kita bina bersama? Hidup tanpa cinta apa lah ertinya,
apa lah maknanya kan? Dan cinta dan kasih sayang membawa maksub yang berbeza.
Tidak sama erti, tidak ada persamaan tetapi saling berkait rapat. Tetapi ada ikatan antara cinta dan kasih
sayang di dalam perkahwinan.
Abang sudah jatuh cinta kepada Liya, sejak
pertama kali kita berjumpa, sewaktu abang ke pejabat Datuk Hamid, bagi
membincangkan hal perniagaan. Waktu itu liya turut berada di dalam bilik mesyuarat,
malangnya Liya tidak pandang pun abang sebab waktu itu Liya adalah tunangan
Azlan. Itulah cinta pertama dalam hidup abang.
Sejak hari itu, abang merindui Aleeya Haji Mohsin...,
Kenapa sejak dari tadi abang asyik termenung
saja nih? Sebaik saja Liya tanya tentang cinta terus abang jadi macam ni yer?
Liya pentingkan cinta itu, selain dari kasih sayang kita sebagai suami isteri,
Liya mahu abang juga menyintai Liya. Liya takut abang kahwin dengan Liya hanya
kerana simpati kepada keadaan Liya kala itu dan abang hanya sayangkan Liya
sebagai isteri abang saja, bukan jatuh cinta kepada Liya pun. Rumah tangga tanpa cinta tetap akan menjadi
kosong juga nanti. Memang sekarang kita ada sefahaman, saling sayang menyayangi
tetapi bagaimana pula dengan perasaan cinta? Pernah tak abang jatuh cinta kat
Liya??
“Dah hampir tiga tahun berkahwin kenapa malam
ini tanya tentang cinta pula?” soal Rayyan sambil membelai rambut Aleeya yang
sedang berada di atas ribaannya. Adam dan Ain tidur dengan datuk yer malam ini,
jangan ganggu papa dan ibu.
“Pernah tak abang jatuh cinta kat Liya?” soal
Aleeya. Novel diletakkan di atas dadanya. Susahkan berkahwin kerana tidak
sempat jatuh cinta, dan kita masing-masing menjalankan tanggungjawab sebagai
suami isteri saja, persoalan yang paling penting kita tak kisah pun.
“Hahaha...,” ketawa Rayyan membuatkan hati
Aleeya sedikit berkocak. Orang serius
lah.
“Penting sangat ke cinta tu? Abang rasa lah
kasih sayang abang untuk Liya tu tak luak pun kalau tanpa cinta,” duga Rayyan.
Kalau tak ada perasaan cinta, mana mungkin aku kejar kau Liya, mana mungkin aku
berani berjumpa dengan Haji Mohsin yang tegas itu.
“jadi abang tak pernah ada perasaan cinta kat
liya lah ni?” huwaaa.. macam nak menangis dah. Abang jalankan tanggungjawab
abang sebagai suami saja lah kan, tetapi tiada perasaan cinta kat Liya?
Begitu???
“Tak tahu, Liya yang menyerah kat abang dengan
mudah. Tahu lah abang ni handsome, kaya, ada kerjaya, itu yang membuatkan Liya nak
sangat jadi isteri abang kan?” uji Rayyan. Nak tergelak tengok muka Liya yang
sudah naik marah itu. Comel sangat!
“Abang riak yer? Jangan riak, ALLAH tarik
nikmat tu nanti, baru abang tau!” peringat Aleeya.
“Astagfirullahalazim..,” ucap Rayyan segera.
Aku tidak mahu menjadi manusia yang kufur dan takbur padaMu ya ALLAH. Aku hanya
menumpang kemewahanMU yang tidak mungkin menjadi milikku selama-lamanya. Aleeya
tersengih. Tahupun takut!
“Mengantuk lah, jom lah tidur!” ujar Aleeya.
Esok nak ajak balik kampung. Hari tu kan dah berjanji nak balik jengguk abah
dan mak pada hujung minggu. Esok dah hari Ahad.
“Awal lagi lah, esok kan cuti!”
“Nak ajak abang balik kampung esok, nak tak?”
“Tak boleh lah, kita kena jumpa saudara mara
papa, dia orang dah nak balik Indonesia petang isnin nih,”
“Okey juga tu, Liya pun tak pernah jumpa dia
orang lagi!” Minggu depan lah baru boleh balik kampung jawabnya.
“Abang nak tanya Liya, bila masa liya jatuh
cinta kat abang? Atau sampai sekarang Liya masih cintakan si Azlan tu?” balas
Rayyan balik. Padan muka pandai sangat tanya tadi. Hah aku, bila masa pulak
jatuh cinta kat suami aku sendiri nih. Baru kenal dua minggu dah kahwin, tak
sempat nak jatuh cinta pun. Lepas akad nikah dah timbul perasaan sayang kat
abang. Cinta pula bila?
“Cakap lah, kenapa diam?” gesa Rayyan.
“Ah, mengantuk lah. Tak larat nak angkat mata
dah ni,” dalih Aleeya mahu bangun tetapi Rayyan menghalangnya.
“Jangan beri alasan, Liya pun tak ada perasaan
cinta kat abang, pandai-pandai tanya abang pula?” tekan Rayyan. Abang tahu
abang menyintai Liya, tetapi bagaimana dengan Liya??
“Kan Liya dah jawab tadi?”
“Bila??”
“Mlm pertama kita lah!” yer, semua itu datang
selepas aku sah menjadi isterinya. Kasih sayang dan cinta!
“Tipu...,”
“Liya jatuh cinta kat abang sewaktu abang
kucup dahi Liya...,” ikhlas jawapan itu. Rayyan tersenyum puas hati. Itu yang
wajibnya. Kasih sayang dan cinta yang halal. “Syukur alhamdulillah,” lafaz
Rayyan mengenggam erat tangan Aleeya.
“Abang????”
“Jom lah tidur, esok banyak kerja lagi nih!”
kata Rayyan. Ooo, mengelak! Aleeya terus bangun dari ribaan suaminya. Begitu
juga dengan Rayyan. Diangkatnya tubuh Aleeya.
“Liya dah berat lah, tak larat nak dukung Liya
lah sekarang!” usik Rayyan. Aleeya mencebik mulutnya.
Ah, mungkin kah dia tidak pernah menyintai
aku? Tidak pernah jatuh cinta?? Ah, sedihnya kalau mcm itu. Rumah tangga ini
bukan setakat bertanggungjawab dan kasih sayang saja, cinta pun penting juga
lah. Abang ni memang tak patut lah.
“Cinta, kasih sayang kalau tanpa ikatan
perkahwinan pun tak ada makna lah, sayang!” ujar Rayyan sambil meletakkan
Aleeya di atas katil. Rayyan duduk di
sebelah Aleeya, di baringnya di sebelah Aleeya. Tetapi Aleeya sengaja mengadap
ke arah lain. Marah ooo..,
“Cinta pun penting juga lah!” jawabnya
perlahan.
“Dah tak ada perasaan cinta nak buat mcm mana?
Cinta mana boleh paksa-paksa..,” balas Rayyan.
“Ikut suka hati abang lah!” rajuk Aleeya.
Kebenaran itu kadang-kala menyakitkan hati. Betul tak?
“Hahaha..merajuk lah ni?” merajuk ke menangis?
Tapi tak nampak pun mcm sedang menangis? Rayyan menarik tubuh Aleeya supaya mengadap ke
arahnya. Tak payah nak merajuk lah, mana
mungkin aku tidak jatuh cinta kepada orang yang menglahirkan anak-anak untuk
ku? Liya ni lah, tak kan lah nak ucapkan
benda cinta tu selalu. Perkara remeh pun Liya pandang berat!
“Liya!” panggil Rayyan tetapi Aleeya sengaja
memejamkan matanya dengan rapat. Pura-pura tidur.
“Ler dah tidur..,” sambung Rayyan.
“Kalau aku tak jatuh cinta kat kau, tak kan
lah aku nak kahwin dengan kau liya, sebab aku jatuh cinta lah yang aku sanggup
buat apa saja untuk kau nih.., bisik Rayyan perlahan. Sangkanya Aleeya sudah
terlena. Hah, mengaku pun! Bestnya. Rasa
dunia ni dah jadi milik aku malam ini. Nak peluk abang lah. Pelukan semakin
dieratkan.
Rayyan hanya tersenyum. Aku kena tipu lah
rupanya. Tetapi elok juga lah Liya
dengar, dari asyik berteka teki, lebih baik mengaku saja. Kan senang!
Hari ini ada makan-makan di rumah Alvin untuk
saudara mara papa yang datang sejak seminggu yang lepas. Esok petang mereka
akan berangkat pulang. Patut lah papa tak kisah Rayyan dengan Alvin berkahwin
dengan pilihan sendiri, kerana ahli keluarga papa banyak yang berkahwin campur.
Ada kahwin dengan kristian, ada yang kahwin dengan orang cina. Dan yang paling
ramai berkahwin dengan org melayu yang beragama islam. Jadi, kita orang memang boleh bergaul dengan
mesra pun.
Siap boleh bergurau senda semasa waktu memasak
tadi. Siap memasak Aleeya ke bilik air. Rasa pelik pulak. Alamak, period lah
pulak. Macam mana ni? Pads lupa bawa.
Tak kan nak minta kat Husna atau orang lain, lagi lah malu. Ah, kena cari cik
abang lah jawabnya supaya pergi beli kat kedai.
“Abang, jumpa Liya kat bilik sekejap, boleh
tak?” mesej Aleeya. Hendak panggil nanti orang fikir yang bukan-bukan pula.
“Kenapa?” balas mesej dari Rayyan.
“ada hal penting ni..
“Okey. Bilik yang mana satu?” rumah Alvin nie
ada 4 bilik. Dua di tingkat bawah, dua di tingkat atas.
“Bilik atas sebelah kiri!”
Cepat lah, takut bocor nanti. Mujurlah pakai
baju kurung warna merah. Kalau tidak habis lah aku. Pintu di tolak, ternampak
Aleeya sedang berdiri di tepi tingkap, sedang menahan kesakitan di perutnya.
“Kenapa ni, sayang?” soal Rayyan nampak cemas.
Aleeya tersenyum. Tahu time period ni muka pun tak ceria.
“Liya period lah..,”
“Habis tu?” ingat apa lah tadi.
“Abang tolong belikan pads untuk Liya, Liya
tak bawa pads pun!” hilang rasa malu. Ini kali pertama dia menyuruh Rayyan
belikan tuala wanita untuknya. Selalunya dia ada simpan kat rumah dan juga kat
ofis. Hari ini dia terlupa tadi. Rayyan
tersenyum sambil mencubit pipi Aleeya. Orang tengah sakit boleh pula cubit pipi
orang.
“Cepat sikit, tak selesa dah ni!” gesa Aleeya.
“Okey... tetapi jenama apa?”
“kotex atau libresse, tapi yang ada wing!”
“Tunggu kat sini, abang pergi sekejap saja!”
pesan Rayyan, sebab kat rumah Alvin tidak jauh dari pasaraya pun. Rasanya tak
lama kut!
Dia bukan setakat beli pads saja, tetapi turut
membeli pakaian dalam. Hahaha, Siap beli sepasang baju untuk Aleeya menukarnya.
Patutlah yang 10 minit, boleh jadi 20 minit. Membazir betul.
“Siapa suruh abang beli semua ni?” soal Aleeya
sebaik saja melihat barang-barang tersebut.
“Pergilah tukar, dah lekat kat kain tu!” jawab
Rayyan. Memang ada sedikit tompokan berwarna kat kain liya, tapi kena tengok
betul-betul, baru lah nampak.
“Terima kasih, abang!”
“Sama-sama kasih, sayang!”
sweet nya Rayyan...
BalasPadamjangan jeles...
PadamKalau cakap sanyang dan cinta selalu pun x pa Rayyan sebab Liya memang hak awak lah... tapi selalunya EGO lelaki tinggi ... hehehe...
BalasPadamTapi apa-apa pun Rayyan memang sweettt dan bertanggungjawab.... besttttt
rayyan tak mengaku mulanya kata dia memang jatuh hati kat liya sejak liya jadi tunangan org lagi.. hehehe
Padamaik kak su tak tau fb saya??? ingatkan kak sue dah tau.. saya pakai nama penuh saya.. Pitteriah Abdullah.. nanti kak sue add yer..
Padamsorry kak sue saya baru baca saja mesej kak sue yang ini tadi.. fb saya Pitteriah Abdullah
Kalau dpt husband cam rayyan ni, mmg dok jd pengantin baru je sepanjang zaman...
BalasPadamhahahaha
Padam