“Liya, Rayyan kahwin dengan Liya sebab pembawakan Liya
sebagai gadis islam. Imej Liya sebagai anak melayu yang beragama islam. Sebab
tu Rayyan pilih Liya menjadi suri rumahnya. Kalau Rayyan nak, dia boleh pilih
gadis yang cantik-cantik, yang seksi dan mengiurkan dengan kedudukan Rayyan
tu.. tapi bukan itu kehendak Rayyan, kerana Rayyan mencari keredhaan ilahi..,”
ucap Angah memberi pesanan kepada Aleeya, dan kata-kata ini mengiringi
perjalanan pulang Aleeya.
Esok, dah nak mula kerja semula. Ketika mereka sampai jam
sudah pun menunjukkan ke angka 10 malam. Papa terus disambut oleh Alvin dan
Husna kat KLIA tadi. Dia dan Rayyan pula terus pulang ke rumah. Malam ni,
jangan suruh Liya buat apa-apa yer, masak ke? Kemas ke? Liya tak nak buat, Liya
nak rehat saja.
“Hari tu sebelum nak balik kampung, tengok tak cek-cek
atas meja?” soal Rayyan sebaik membuka pintu rumah. Laaa, dia ni dalam kepala
otak dia ada bab kerja saja kah. Orang tak nak fikir bab kerja, esok baru nak
tengok kerja-kerja tu.
“Cek gaji, elaun dan bonus saja, yang lain Liya mana
sempat!”
“Sebelum tidur nanti semak dan sign, abang nak suruh
akauntan kita bank in esok pagi cek yang lain-lain tu..,”
“Tak nak!” aku letih lah.
“Liya ni semua tak nak.. “ marah Rayyan. Aleeya turut
menjeling marah dan terus masuk ke dalam bilik, serta menguncikan biliknya. Ada
Ain saja bersamanya. Adam tidurlah dengan papa malam ini. Aku nak berehat dulu
lah, baru nak fikir pasal kerja, kalau biar Rayyan masuk kat bilik ini tentu
dia berleter panjang dulu.
“Liya!” jerit Rayyan sambil menolak pintu bilik.
“Liya nak tidur dulu lah, nanti Liya bangun semak cek-cek
tu,”
“Buka pintu, abang nak solat!”
“Guna bilik sebelah...,” Bilik sebelah tu kan ada
sejadah, solat lah kat bilik sebelah. Entah apa yang rayyan omelkan sebab
Aleeya terus masuk ke bilik air. Mahu solat juga. Hilang satu keberkatan kerana
solat berasingan malam ini. Rupanya
bukan senang nak masuk syurga kerana seorang suami, Liya!
“Orang nak beri pahala mudah pun tak nak ke?” muncul
kembali suara itu ketika Aleeya sedang memakai kain telekung. Ada lagi?
“Siapa tak nak pahala pulak ni?”
“Bukak pintu ni dapat pahala, kalau tutup juga, tak tau
lah Liya dapat apa?” ugut Rayyan. Aleeya terus membuka pintu. Nampak Rayyan
sedang tersenggih. Rayyan menarik tangan Aleeya dan terus mencium dahi Aleeya
walaupun Aleeya cuba mengelak.
“Abang ni, batal lah air solat Liya!” dengus Aleeya.
Rayyan tersenyum bahagia kerana dapat kenakan isterinya.
“Hahaha...,”
“Lepas lah!”
“Sedangkan dalam puasa pun, awak kena bukak puasa, untuk
layan suami awak, inikan pula air solat. Pergi ambil lain lah, bukan susah
pun!”
“Abang ni memang lah!” jerit Aleeya sambil menolak badan
suaminya. Nak tolak tubuh Rayyan yang tegap tu, memang tak jalan lah, Liya.
“Pergilah ambil lain, kita sembahyang jemaah. Jangan
ikutkan sangat hati Liya tu, entah-entah iblis yang merasuk kut, ada ke patut
buat mcm ni kat suami?” pujuk Rayyan. Sejuk hati Aleeya, 200 peratus.
“Suami buat apa kat isteri semua boleh, tapi isteri semua
tak boleh!” rungut Aleeya. Dia mesti cari jalan supaya aku bukak kan pintu dan
akhirnya dia berjaya.
“Laa.. liya nak boleh buat apa kat abang?” soal Rayyan
kembali sambil merenung anak mata Aleeya.
“Ha.. hmmm..,”
“Liya nak buat apa kat abang?” ulang Rayyan sekali lagi.
“Encik Rayyan, sila pergi ambil air solat kat bilik
sebelah, saya tak nak tunggu lama-lama!” arah Aleeya.
“Hahaha.. tau pun tak boleh nak buat apa-apa..,”
Selesai solat memang dia terlena pun. Malam ini baru
boleh lena, sedangkan kat kampung, dah banyak malam dia tidak boleh
menglelapkan mata kerana asyik fikirkan abah, mak dan diganggu dengan tangisan
anak manja kesayangan suaminya itu. Lagi pun dia sudah senang hati, kerana
sudah ada org untuk menjaga mak dan abah di kampung.
Bila terjaga, dia sudah berada di dalam dakapan suami
tercinta. Diangkat tangan suaminya yang sedang merangkul pinggangnya. Dan
Aleeya terus bangun, cuci muka, dan mengikat rambutnya yg panjang melepasi
bahu. Ke semua cek di atas meja di ambil lalu di buat semakan dan
ditandatanganinya, hanya ada tiga cek yang tidak diluluskan.
Selesai sign cek, dia membuka emel pula. Emel dari Puteri
Shima, Akma dan Alvin. Semuanya berkaitan dengan hal syarikat. Rayyan pula
tidak pernah menghantar emel kepadanya, lain lah Rayyan outstation ke luar
negara, baru ada emel.
Rayyan datang, lalu terus duduk di kerusi sebelah. Rayyan
mengambil cek-cek tersebut, diteliti lalu di sign sebagai org kedua.
Tandatangan Liya seorang tidak laku, kena ada tandatangan darinya sebagai
pengarah syarikat.
“Tiga ni kenapa tak sign?”
“Tengok nama siapa kat atas cek tu? Selama ni abang dapat
gaji sajakan, kenapa tiba-tiba ada bonus dan elaun keraian pula? Kalau seribu
dua lojik lah juga, ni 10 ribu?” soal Aleeya kembali. Nak makan duit syarikat
ke apa ni? Mentang-mentang lah papa bagi kuasa sepenuhnya kat syarikat tu,
boleh buat sesuka hati yer.
“Sign saja lah, banyak soal pula?”
“Sebagai timbalan pengarah, liya berhak tahu. Sekeping
cek lagi atas nama Alvin, pun 10 ribu juga? Nak buat apa duit sebanyak nih?”
“Kita orang buat loan lah dari syarikat..,”
“Loan untuk apa?”
“Itu hak peribadi abang dan alvin!” mama nak 30 ribu
dalam masa dua hari lagi. Mama nak guna duit,
duit Rayyan dah tak ada sebagai asyik beri kepada mama dan bayar hutang
mama. Alvin lagi lah tak ada duit simpanan, sebab baru habis belajar. Jadi, dia
orang berdua berpakat untuk buat pinjaman dari syarikat dan bayar setiap bulan
kepada syarikat.
“Liya tak nak sign!”
“Kalau tak nak sign, bagi duit simpanan liya kat abang,
boleh?” dia setiap bulan beri duit kepada Aleeya supaya Aleeya menyimpannya
untuk kegunaan mereka berdua bila terdesak nanti. Dan duit itu juga untuk
Aleeya dan anak-anak.
“Lagilah tak boleh!” jawab Aleeya. Rayyan tersenyum.
Tahu, Liya tak akan beri wang itu kepadanya.
“Mama nak duit lah, sayang. Tak ada cara lain dah ni,
lagi pun abang dan alvin dah beritahu papa, dan papa benarkan kita orang buat
loan dari syarikat..,” jelas Rayyan. Aleeya mengambil semula cek di tangan
Rayyan, lalu diturunkan tandatangannya. Cakap lah macam tu tadi.
“Abang tak boleh biarkan mama berterusan mcm tu lah!” tegur
Aleeya. Mama banyak guna duit sekarang untuk jalan yang tak berfaedah. Itu yang
tak baiknya.
“Hmm...,” tak tahu mcm mana dah nak buat dengan mama tu.
Aku ni anak, anak sulong pula tu, tapi dengan mama, selalunya kalah dalam
banyak hal. Satu saja menang kat aku, kerana berjaya mempertahankan Aleeya dan
rumah tangga kami berdua.
Rayyan menarik lap top di tangan Aleeya. Ooo.. tengah
chating dengan Puteri Shima dan Akma yer, sanggup berjaga malam gara-gara nak
chating. Esok kat ofis gosip lagi.
“Jangan lah!” marah Aleeya apabila Rayyan membaca mesej
dari Akma. Terus di off lap top tersebut.
“Dengki lah tu!” sambung Aleeya lagi.
“Konsep perkahwinan Liya kena jaga betul-betul lah. Nie
abang saja yang ambil berat dan peduli Liya semuanya buat tak kisah..,” dah
lama nak cakap perkara ini dengan Aleeya. Aik, ada topik rupanya. Patut lah
sanggup bangun cari aku?
“Kita bukan teman satu katil, satu bantal lah, tetapi
hubungan kita lebih dari itu. Abang tak suka Liya rahsia tentang hal peribadi
Liya dari abang!” sambung Rayyan lagi. Kali ini mata Aleeya terbuka luas.
Rahsia apa lagi nih?
“Rahsia apa? Liya tak faham lah!”
“Hal-hal Liya, contohnya Liya dengan Angah tu..,”
“Hal apa ni?”
“Liya, Jangan buat-buat tak faham lah!” ujar Aleeya.
Rasanya aku tahu lah maksud cek abang aku ni.
“Abang tahu mana semua ni?”
“mak yang cerita kat abang sebelum kita balik..,” jelas
Rayyan. Aleeya tersenyum. Memang aku ceritakan kisah suka duka ku kepada Angah,
tetapi itu sebelum aku kahwin, sekarang tak lagi, kerana konsep perkahwinan,
hanya dikongsi antara suami dan isteri saja. Jadi, Angah dah tak tahu tentang
aku lagi, sebab aku dah ada suami. Tetapi ada banyak perkara yang aku tak boleh
kongsi dengan suamiku sendiri. Contohnya aku boleh suruh Angah belikan tuala
wanita kepadaku kalau time period, tetapi dengan Rayyan, aku masih rasa malu
dan segan untuk menyuruhnya membeli keperluan wanita ku, walaupun usia
perkahwinan kami dah nak masuk tiga tahun. Sakit mcm mana pun kalau time
period, aku menanggungnya sendiri. Aku tak cakap dengan Rayyan, tetapi dia tahu
dengan sendiri.
“Hmm..,
“sikap remeh temeh ini lah yang nak makan diri nanti.
Suka rahsia, hilang kepercayaan, pastu saling meragui diri pasangan pula..,”
“Liya percayakan abang lah!” jawab Aleeya jujur. Teringat
kata-kata Angah semalam, Rayyan kahwin dengan Liya, sebab Liya membawa imej
islam. Itu yang menjadi pilihan Rayyan.
“Abang tak nafikan tentang tu, Abang memang percayakan
Liya, tapi Liya ambil mudah pada hal-hal tertentu..,”
“Dengan mak pun Liya tak pernah cerita mcm mana Liya
kongsi dengan Angah..,” mak kan tegas sikit, jadi segan lah dengan mak.
“Sekarang Liya masih kongsi masalah Liya dengan Angah
ke?” cungkil Rayyan. Takut juga Aleeya cari Angah untuk mengadu masalah rumah
tangga mereka pula sedangkan Rayyan memang tak suka kalau Aleeya cari org lain
untuk menceritakan hal rumah tangga mereka.
“Ikut suka hati Liya lah, lagipun Angah tu abang kandung
Liya lah!” balas Aleeya tercuit hati Rayyan mendengarnya. Malah anak mata
Rayyan pun dah tahu Rayyan tak suka.
“Abang tak suka...,”
“Abang ni hal mcm ni pun abang jadikan isu, perkara kecil
saja lah!” yang aku tahu memang aku jaga hal rumah tangga kami. Aku tak pernah cakap kepada abah atau mak
kalau kami bergaduh dan bermasam muka. Apa tah lagi nak cari Angah.
“Elok lah tu, esok-esok hal dalam bilik tidur kita pun,
awak cerita kat angah awak tu,” sah dia bengang kat aku kalau dah sebut ‘awak’
tu.
“Cemburu kat Angah atau sakit hati kat liya sebenarnya
nih?” balik dari kampung jadi mcm ni lah pulak. Ingatkan boleh memadu kasih,
tapi kami bergaduh kerana hal yang terlalu kecil. Itu lah bermula dari yang
kecil lah boleh menjadi besar.
“Tak guna cemburu kat angah awak..,” tegas suara tu.
Aleeya menoleh ke sebelah, memandang wajah Rayyan dan dia segera bangun untuk
berdiri di belakang suaminya. Diurutnya bahu Rayyan, lembut dan manja. Penyejuk
hati dan cara memikat yang paling berkesan, kalau suami tengah marah, jangan
pergi ambil api lalu dicurahkan supaya menjadi marak, ataupun ambil minyak
tanah lalu dicurahkan kepada api supaya semakin membara. Cari lah ayer, tak pun
ais yang sejuk dan membeku itu supaya hati yang sedang marah, akan jadi sejuk
dan dingin semula.
“Encik Rayyan boleh bangun tak?” suara Aleeya sambil
menarik Rayyan bangun mengadap ke arahnya. Tadi cakap aku kena rasuk, sekarang
yang terlebih ikut hati dan perasaan adalah dia, bukan aku. Rayyan patuh!
Tiba-tiba Aleeya memeluk Rayyan dan menyandarkan kepalanya di dada Rayyan.
“Ooo.. guna psikologi lah nih!” ucap Rayyan sambil
membelai rambut Aleeya dengan sepenuh kasih sayang.
“Hahaha...,”
“Liya tahu, Liya harus terbuka untuk membincangkan hal
yang berkaitan antara kita berdua. Liya janji Liya tak akan berahsia dengan
abang selepas nih.. tetapi dengan syarat, abang pun janganlah berahsia dengan
Liya..,”
“Abang hanya setuju kalau Liya ceritakan semua masalah
Liya kepada abang, tetapi tentang rahsia abang, Liya jangan ambil peduli..,”
Aleeya mendongak memandang wajah Rayyan. Yang tu aku tahu lama dah lah, dia
memang tak suka aku ambil tahu hal dia, hal keluarga dia dan yang berkaitan
dengan family dia. Sebab itu aku tak
tahu mamanya bukan islam sewaktu awal perkahwinan kami dulu.
“Itu namanya tak adil!”
“Liya mana boleh lawan cakap suami..,”
“Sejak abang tahu pasal hukum islam ni memang
masalah...,”
“Tapi dulu abang tak tahu pasal hukum pun, Liya tak boleh
nak buat apa juga kan?”
Syurga isteri memang terletak pada suami, tetapi sila
semak suami awak jenis yang macam mana? Kalau dia bukan golongan lelaki yang
menyembah ALLAH, engkar pada arahan dan peraturan ALLAH, dia tidak menghormati
kedua ibubapanya dan tidak menghormati saudara maranya serta tidak memberi
layanan yang baik kepada isteri dan anak-anaknya, suka pukul isteri dan
anak-anaknya, kaki judi dan perompak.. yang jenis ini masihkah ada syurga pada
dirinya.
Perempuan tidak akan menjadi isteri yang baik, seandainya
suaminya dari golongan yang buruk lakunya, dan lelaki tidak mungkin menjadi
suami yang baik, seandainya perempuan yang dikahwininya adalah dari jenis
perempuan yang buruk lakunya. Dan bukan senang nak masuk syurga, tetapi mudah
pula untuk kita masuk ke neraka. Dan syurga perempuan yang telah berkahwin
hanya perlu taat kepada suaminya saja.Waw, bukan senang nak jadi isteri yang
taat lah!
“Fikir apa ni?” soal Rayyan apabila Aleeya lama
mendiamkan diri.
“Fikir kan tentang abang lah!” memang aku fikirkan
tentang dia, dengan melihat dari mata hati dan juga mata kasar. Nyatanya aku
bukan perempuan yang sempurna pun. Begitu juga dengan dia.
“Dah agak dah!”
“Bukan senang nak masuk syurga lah!”
“Kita sama-sama mencari keredhaan dari ilahi untuk dunia
dan akhirat,” lafaz Rayyan jujur membuatkan Aleeya terharu. Carilah lelaki yang
ada pengetahuan agama, supaya senang dunia dan akhirat. Tetapi jangan sama kan
cerita aku dengan kalian, sebab calon suamiku dulu bukanlah seorang yang ada
pengetahuan agama pun. Tetapi dia senang belajar untuk jadi insan yang baik
kepada agamanya.
“Yang ungkit pasal tadi tu kenapa? Macam Liya buat salah
kat abang pula?” dia cakap mcm aku buat salah besar kat dia. Kalau aku tak cari
jalan penyelesaian yang terbaik, mesti bergaduh panjang. Silap hari bulan,
boleh lari balik kampung pula lah jawabnya,
“nak ingatkan liya lah, perempuan ni dia suka cari tempat
lain untuk mengadu tentang masalah dia, dan masalah dengan suami dia dan abang
tak suka, malah membencinya. Tengok Liya rapat sangat dengan Angah masa kat
rumah abah!”
Liya tak buat benda macam itu lah. Ingat Liya ni apa???
“jadi ke esok Liya nak keluar dengan Akma dan Puteri
shima?” soal rayyan mengubah topik perbualan. Sahih dia baca mesej dari Akma
tadi.
“nak minta izin dari abang lah, dan nak minta duit juga
sebab nak shoping. Lama dah tak keluar shoping dengan dia orang!”
“Anak?”
“Abang mengasuh lah..,”
“jangan balik lewat sangat sudah lah!”
Lewat tak lewat pukul, sebelum pukul 9.00 malam lah.
Esok, selamat mengasuh yer.
... Liya x baik buat Rayyan macam tu... kunci pintu x mahu solat bersama... kata nak dapat pahala bersama Rayyan.... Liya dan Rayyan ni sama-sama ada angin... tapi yg penting dapat selesaikan secara baik.... itu yg terbaikkk.... bestttt
BalasPadamliya tu perempuan biasa saja lah kak sue.. hehehe.. yang ada sifat marah dan kecil hati dengan suami, tahu pahala, dosa dan sebagainya tetapi ada kala perasaan menguasai diri..
BalasPadam