Jumaat, 26 Julai 2013

PENGANTIN ESKPRES 2 - BAB 25



MALAM ITU, Rayyan keluar berjumpa dengan mama di rumah mama tanpa membawa Aleeya walaupun Aleeya ingin mengikutnya. Tetapi Rayyan pulang dengan mata lembam dan bibir berdarah. Rupanya Rayyan lawan tumbuk dengan kekasih baru Mama Sarah yang sama umur dengan Rayyan saja. Kekasih yang ini yang entah ke berapa puluh. Jantan-jantan ini semua bukan hendakkan mama pun, tetapi nak kan harta mama saja. Yang membuatkan Rayyan baran sangat, apabila lelaki muka tak malu itu meminta duit mama sebanyak 10 ribu di hadapan Rayyan.  Puncanya kerana itu lah membuatkan Rayyan mengamuk dan berlawan tumbuk dengan lelaki itu. Mulanya lelaki itu tewas tetapi kerana tidak mahu mengaku kalah, lelaki itu menelefon rakan-rakannya supaya datang menolongnya. Paling sakit hati apabila mama menyebelahi kekasih hatinya itu, bukannya memihak kepada Rayyan, anaknya.

Pulang dengan muka yang sedang marah, teramat marah, membuatkan Aleeya tidak berani menegur. Nanti lagi lah naik angin.  Suka tumbuk sangat. Terlalu ikut hati, cuba lah berbincang elok-elok, ini pantang orang cabar sikit mesti nak berlawan. Apa lah nak jadi dengan cek abang aku ini. Sifat panas barannnya yang satu ini memang sukar untuk dikawal pun.

Setelah melihat Adam dan Ain di tingkat atas, Aleeya turun semula, dan menghampiri Rayyan yang tengah baring di atas sofa. Ditangannya sudah ada kain tuala kecil berwarna putih yang sudah diperam dengan ais ketul. Diletakkan di tempat yang lembam, dan juga luka dibibir suaminya. Tiada tindakan dari suaminya. Hanya mata saja melihat tindakan Aleeya.  Aleeya mencuci luka di bibir suaminya setelah dituangnya dengan kain tuala kecil tadi. Selepas itu di bangun semula, menuju ke dapur dan datang memmbawa segelas air putih. Air dihulurkan kepada Rayyan, dan Rayyan menyambutnya lalu diteguk perlahan.

Telefon mula berbunyi. Nampak nama papa. Rayyan tidak endah langsung, jadi Aleeya lah yang mengangkatnya.
“Liya, betul Ryan bergaduh dengan kekasih mama tadi?” soal papa cemas. Siapa lah yang beritahu papa agaknya.
“Ya, papa. Tapi luka sikit saja ni papa!”
“Tak ada kerja ke? Kenapa suka sangat cari pasal dengan orang macam tu? Dah berapa kali papa pesan jangan masuk campur urusan Sarah tu lagi,” leter papa. Nampak papa marah dengan tindakan Rayyan kali ini.
“Nanti Liya cakap dengan abang..,”
“Hmm, buat papa susah hati saja lah dengan sikap suami kamu tu. Pantang silap sikit mesti nak bertumbuk bagai. Hebat sangat ke dia tu?” sambung papa lagi. Aleeya menghulurkan sekali lagi telefon kepada suaminya, menyuruh suaminya bercakap dengan papa, tetapi Rayyan tidak mahu. Kenapa? Takut sangat ke dengan papa? Tahu pula takut bila dah buat silap.

Lepas papa, Alvin pula telefon. Mesti papa yang beritahu kepada Alvin.
“Tak upaya dah kak liya, dia memang sejak dari zaman sekolah lagi suka bergaduh pun, itu yang kak liya tak tahu,”
“Sebelum kahwin dulu, kakak pernah nampak abang kau tumbuk org kat ofis, tak sangka sekarang pun masih bawa perangai lama dia tu..,”
“Hahaha.. dia sepatutnya jadi polis kak, lawan dengan orang jahat!”

Selepas berbual dengan Alvin, abah di kampung pula yang menelefon bertanyakan tentang Rayyan.
“Dari mana abah tahu ni?” soal Aleeya. Rayyan buat tidak kisah saja.
“Papa kamu yang beritahu abah sekejap tadi. Bagaimana keadaan Rayyan, Liya?”
“Okey lah abah..,”
“Tu namanya anak jantan, Liya. Abah suka lelaki seperti Rayyan!”
“Abah ni, tak baik lah bergaduh, bertumbuk. Kena tangkap dek polis macam mana?”
“Liya, Rayyan mempertahankan kebenaran, bukan sengaja cari pasal pun,” Abah ni, sepatutnya beri nasihat kepada Rayyan, bukannya menyokong tindakan Rayyan pun.
“Okey lah abah, Liya nak tengok abang nih, entah kenapa diam saja sejak dari tadi,”
“Pergi lah pujuk cek abang kamu tu, cakap elok-elok dengan dia!”
Pesan abah membuatkan Aleeya tersenyum saja wal hal dia sejak tadi berada di hadapan Rayyan, bercakap di hadapan Rayyan, tak ke mana pun.

Rayyan tersenyum. Rasa bangga sebab abah menyebelahinya. Kenapa kekasih mama tu sengaja cari pasal sangat, jadi makan penumbuklah jawabnya.
“Nak ke mana tu?” soal Rayyan sebaik saja melihat Aleeya mahu bangun dari sebelahnya. Aik, dah boleh bercakap pun. Aleeya memandang wajah Rayyan, nak tergelak pun ada. Muka yang segak itu telah bengkak di sebelah mata kanan. Bibir pun bengkak juga. Dah tak segak muka cek abang aku tu.
“Tak berani lah nak duduk dekat abang, takut kena penumbuk abang!” gurau Aleeya membuatkan Rayyan tersenggih. Perli aku lah tu.
“Hahahaha..,”
“Berbincang lah elok-elok.Abang kena ingat abang dah ada isteri, ada anak-anak, jangan buat tindakan yang terburu-buru lah!” nasihat Aleeya. Kalau jadi apa-apa kat abang, Liya macam mana? Abang tak fikir tentang keadaan Liya dan anak-anak ke?
“Sebab abang ingat Liya lah abang jadi  begini, kalau tidak memang teruk abang kerjakan budak-budak tu,” beritahu Rayyan. Memang pun kerana Aleeya dia berundur tadi, dan terus balik ke rumah. Wajah Aleeya membuatkan dia berhenti dari terus berlawan. Dan tangisan anak-anak yang telah menyedarkan dia.
“Lain kali kalau nak buat apa-apa, fikirlah liya dengan anak-anak dulu yer, jangan asyik turutkan perasaan amarah abang tu,” pesan Aleeya terus bangun.
“Baik lah cik manja sayang!” lafaz Rayyan.

Aleeya masuk kerja semula. Kebetulan Rayyan bercuti kerana kena tumbuk semalam. Jadi, tak berani nak keluar rumah sebab muka lembam. Tahu pun malu. Jadi boleh lah tinggalkan anak-anak bersama Rayyan hari ini. Biar papa pula jadi Adam dan Ain yer, ibu nak pergi kerja.
“Ganti abang meeting pagi ni, lepas tu semak akaun sama yer!” pesan Rayyan ketika menghantar Aleeya di hadapan pintu rumah. Diciumnya dahi Aleeya seperti selalu. Aleeya pula mencium tangan kanan Rayyan, memohon restu untuk keluar bekerja hari ini.
“Selamat jadi suri rumah hari ini, masak kat liya, liya nak balik makan tengah hari!” gurau Aleeya. Dia sudah memasak, malah segala urusan rumah tangga sudah pun diselesaikan pagi tadi. Itu tanggungjawab seorang isteri, bukan tanggungjawab suami pun.
“Jemput abang, kita keluar makan tengah hari nanti. Masak-masak tu bukan kerja abang lah!” balas Rayyan. Agak dah. Kalau suruh memasak memang tak sudi lah cek abang aku ni. Bukan kerja dia bab masak-memasak tu.
“liya tak berani nak janji, kalau Liya tak sibuk Liya balik jemput abang!”
“Alasan lah tu dan abang tak nak dengar alasan Liya tu!”

Iyer lah tu. Tengah hari nanti Liya jemput abang!

4 ulasan:

  1. “Tu namanya anak jantan, Liya. Abah suka lelaki seperti Rayyan!” hehehe...mmg sporting la abah Liya ;)

    BalasPadam
  2. Biasalah Liya lelaki mana boleh kena cabar sikit... nasib baik masih ingat org yg tersayang... kalau x merengkok Rayyan kt rumah besi...
    Rayyan jadi mr. Mama ya buat sementara waktu ja.... hehehe
    bestttt

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha, ah.. kalau tidak memang dah merengkok kat rumah besi tu, sebab terlalu ikut hati sangat.. mujur nampak muka bini dan anak-anak

      Padam