Khamis, 11 Julai 2013

PENGANTIN EKSPRES 2 - BAB 20 (B)



Arahan suami Aleeya patuhi, walaupun dalam hati sudah berbagai perasaan bermain di dalam hatinya. Entah lah bila si suami tiada di sisi rasa pelik semacam saja. Berdebar dan gemuruh. Kata Akma, Tuan Mirzal sudah memecat ahli keluarga Husna, hanya tinggal Husna saja di ofis itu. Abang dan Kakak ipar Husna sudah diberi notis tamat perkhidmatan 24 jam oleh Tuan Mirzal, dan beritahu Akma lagi, ini telah menaikkan api kemarahan Razman dan Nany di ofis tadi. Razman mengamuk!

Papa membawa Abah dan mak makan di luar malam ini. Tinggal Aleeya saja di rumah bersama anak-anak. Anak-anak sudah lama terlelap di dalam biliknya. Aleeya sedang leka menonton tv di ruang tamu.  Sedang beristirehat. Ketika ini Rayyan dan Alvin ada mesyuarat. Jadi tak perlu bersms dengan Rayyan kerana pesan Rayyan dia akan menelefon Aleeya sebaik saja mesyuaratnya selesai. Jadi tunggu saja lah.

Loceng berbunyi, Aleeya terus bangun dan membukanya sangkanya ibu bapanya sudah pulang ke rumah. Tetapi salah sangkaannya apabila melihat wajah cemas Akma dan Husna yang datang bersama. Belum sempat menutup pintu, Razman dan Nany merempuh masuk ke dalam rumahnya. Terkejut Aleeya.
“Cukup Razman, kau boleh menjual aku kepada geng along yang kau berhutang tu, tetapi jangan sesekali menyakiti Kak Liya,” tengking Husna membuatkan Aleeya terkejut sekali lagi. Panggilan abang kepada Razman sudah hilang.
“Apa semua ni, Husna?” soal Aleeya kehairanan. Apa sebenarnya yang cuba Husna rahsia dari keluarga kami?
“Liya, Razman rupanya telah berhutang dengan geng along sebanyak 3 juta ringgit. Kerana nak bayar hutang-hutang tersebut dia perangkap adik tirinya iaitu Husna agar mengikis harta Alvin. Kalau Husna engkar dengan arahannya, Husna akan dijual menjadi pelacur...,” cerita Akma. Entah mengapa dia menyuruh Haikal menyiasat perkara ini, sebab kalau tengok dari perwatakan Husna yang lemah lembut itu, Husna bukanlah seorang yang buruk lakunya.
“Astagfirullahazim.., lafaz Aleeya. Tidak sangka ini penyebabnya yang menyebabkan Husna berubah hati. Selama ini mereka menyangkakan yang Husna ingin mengikis harta-harta Alvin. Rupanya Husna ditimpa masalah.
“Maafkan saya Kak Liya, saya sebenarnya terpaksa...,” ucap Husna yang sudah mengalirkan air mata kesedihan. Aleeya memegang bahu Husna dengan perlahan.
“Cukup Husna. Memang layak pun kau jadi pelacur. Hey, perempuan mana cek aku. Bagi balik cek aku kalau tidak aku bunuh kau!” ugut Razman yang sedang memegang pisau yang tajam. Terdengar suara jeritan Akma yang berang dengan tindakan Razman.
“Awak ni memang muka tak malu yer. awak yang berhutang dengan ALONG, kenapa orang lain pula yang menjadi mangsa..,” marah Akma. Laki bini ni sama saja. Yang Bini pun asyik menurut. Mata Akma menjeling ke arah Nany yang sudah naik singa.
“Diam kau, kalau tidak aku bunuh kau sama!” jerkah Razman ke arah Akma. Akma naik takut tetapi dalam masa yang sama menyampah dengan perangai Razman.
“Bunuh??? Kau ingat Malaysia nie tak ada undang-undang ke? kalau apa-apa berlaku kat kami bertiga, kau dengan bini kau pun tak akan terlepas lah,” sambung Akma lagi.
“Arg...,” pekik Razman sambil menolak Akma ke sebelah. Dia sudah menghampiri Aleeya dan Husna.
“Bagi balik cek aku!” jerit Razman sambil mengacukan pisau ke arah Aleeya. Aleeya naik cemas. Takut semakin menjadi-jadi bila melihat pisau yang tajam itu.
“Razman apa ni? “ marah Husna sambil melindungi Aleeya. Tetapi Nany menarik Husna ke sebelahnya dengan kuat sekali. Tetapi Husna tidak mengajak.
“Hey anak pelacur, jangan nak tunjuk berlagak kat sini yer. Nanti dengan kau-kau pun kami bunuh!” marah Nany pula sambil cuba menarik tangan Husna tetapi masih belum berjaya. Tindakan Husna membuatkan Razman semakin marah dihunusnya pisau ke tangan Husna, tangan Husna cedera. Kali ini Razman cuba melakukan perkara yang sama kepada Aleeya tetapi Akma sempat menolak tangan Razman. Razman semain berang. Dia cuba untuk menikam Akma tetapi Aleeya berjaya menghalangnya, malangnya Aleeya tertolak dengan kuat sehingga perutnya terkena bucu meja berkaca yang tajam. Aleeya mengaduh kesakitan. Tangan kanannya pula sempat terkena pisau lalu mengalirkan darah merah.
“Liya!” pekak Akma apabila Aleeya memegang perutnya yang begitu sakit sekali. Mata Aleeya mula berpinar apabila melihat darah banyak mengalir dari tangannya. Sudah mabuk darah.
“Kak Liya..,” jerit Husna sambil menghampiri Aleeya yang sudah rebah terduduk.
“Aleeya..,” jerit papa pula yang baru balik bersama dengan abah dan mak. Selepas itu Aleeya tidak tahu apa yang berlaku lagi kerana dia pengsan. Sudah tidak sedarkan diri, apabila terjaga dia sudah pun berada di hospital.

Semua orang tiada, yang ada hanya Akma saja.  Yang lain mungkin di luar.
“Mana Husna?” soal Aleeya cemas. Janganlah terjadi apa-apa kepada Husna. Selama ini dia dan ahli keluarganya yang lain sudah salah anggap kepada Husna.
“Husna okey lah, kau tu patut risau kan kau!” kata Akma sambil cuba tersenyum. Tegakah Aleeya mendengar berita sedih ini? Tetapi apa pun Aleeya perlu tahu keadaan dirinya yang sebenar. Semua ini tidak perlu dirahsiakan dari pengetahuan Aleeya.
“Aku okey lah!” jawab Aleeya sambil tersenyum. Alhamdulillah, kami semua selamat. Itu yang penting. Mujur nyawa kami semua tidak melayang tadi.
“Liya..,” panggil Akma tersekat-sekat.
“Kenapa ni?” soal Aleeya kehairanan. Tetapi dia sudah syak sesuatu kerana tubuh badannya yang sedang merasai sekarang. Benarkah semua ini? Astagfirullahalazim. Kalau benar, bagaimana harus aku berhadapan dengan suamiku nanti.
“Kau keguguran tadi..,” beritahu Akma. Terpaksa. Mesti Aleeya tidak tahu, dia sedang mengandung selama ini.
“Hah???” Jadi betullah tekaan suamiku selama ini? Aleeya memegang perutnya sendiri. Hati sudah menangis tetapi dia tidak mahu menangis di hadapan Akma.
“Doktor tak berjaya selamat kan kandungan kau yang baru berusia empat minggu tu,” jelas Akma lagi.
“Apa??” baru sebulan dan aku tidak berjaya menjaganya dengan baik. Aku telah berdosa kepada suamiku.  Abang, ampunkan Liya! Pinta Aleeya di dalam hati. Aleeya cuba kuatkan diri,  tidak mahu membiarkan kesedihan di dalam hati diketahui oleh Akma, sahabat baiknya itu.
“Liya, sabar yer!” pujuk Akma sambil memeluk Aleeya dengan erat. Dia tahu perasaan Aleeya tetapi dia juga berpura-pura menahan kesedihan.

Sedang mereka berpelukan mak, abah dan papa pula masuk untuk melihat keadaan Aleeya.
“Aku balik dulu, kau bawa berehat yer!” kata Akma sambil melepaskan pelukan.  Aleeya mengangguk dan cuba tersenyum ke arah ahli keluarganya.
“Liya sabar yer. Papa dah call Rayyan, sekejap lagi Rayyan sampai!” beritahu Papa sambil menepuk bahu Aleeya. Aleeya cuma mampu mengangguk. Tentu papa, abah dan mak kecewa dengan apa yang berlaku hari ini. Tengok wajah mak murung benar hari ini. Tetapi Abah tenang dan hanya tersenyum saja.
“Bila Liya boleh balik abah?” soal Aleeya tidak mahu mengungkit tentang peristiwa yang menyakitkan itu.
“Insha ALLAH, doktor kata tadi esok mungkin dah boleh balik!” jawab Abah cuba menenangkan anak bongsu kesayangannya.
“Liya nak makan apa-apa tak? Boleh mak balik masak sekejap lagi?” ujar mak pula. Aleeya mengelengkan kepalanya. Mati selera.
“Abang ada kerja sehari lagi lah Papa. Liya tak apa-apa pun. Abang tak perlu tergesa-gesa balik tengok Liya. Liya okey lah!” beritahu Aleeya. Hari ini baru dua hari. Kalau ikut perancangan hari ketiga baru tahu sama ada syarikat di sana setuju berkerjasama dengan syarikat papa atau pun tidak. Dan surat perjanjian akan ditandatangani setelah mengetahui keputusannnya. Kalau Rayyan dan Alvin balik hari ini bermaksud mereka gagal untuk mendapatkan kerjasama dengan syarikat di Singapura.

Papa tidak menjawab kerana dia tidak kisah pun akan hal projek di Singapura tu. Yang penting adalah anak dan menantunya, tetapi bolehkah Rayyan menerima berita sedih ini.
“Liya berehat yer. Kami balik dulu. Biar mak tunggu Liya kat sini!” ujar abah.
“Tak mengapa abah. Adam dan Ain perlukan mak kat rumah. Mak balik tengok kan dia orang yer,” ujar Aleeya. Ketika ini dia mahu bersendiri tanpa ditemani oleh sesiapa pun termasuk ibunya sendiri.
“Betul juga tu,” kata mak. Terlupa kat Adam dan Ain yang ditinggalkan kepada Puteri Shima sejak dari tadi. Tentu Adam dan Ain menangis mencari ibunya yang sedang terlantar di hospital sekarang.
“Kalau gitu kami balik dulu, apa-apa hal Liya call yer,” ujar abah sambil mencium dahi Aleeya. Aleeya hanya mengangguk.  Mak peluk Aleeya dengan kuat, semuga anaknya ini tabah menghadapi ujian ini. Doa mak di dalam hati.

Bila semua orang sudah balik, baru lah dia menangis. Sedih sangat dengan apa yang berlaku hari ini. Dia memegang perutnya sekali lagi. Zuriat Rayyan yang diharapkan oleh Rayyan selama ini tidak lagi menjadi kenyataan. Tentu Rayyan marah dan mengamuk nanti kerana dia tidak menjaga zuriat Rayyan yang berada di dalam rahimnya dengan baik. Ah, dia sendiri tidak tahu dia mengandung kerana dia tidak mengalami apa-apa alahan pun.  Jadi dia sememangnya tidak sedar ada benih Rayyan di dalam rahimnya. Kalau dia tahu, mesti dia menjaga dirinya.

Liya, menyesal pun sudah tidak ada gunanya lagi. Semuanya sudah berlaku dan bagaimana aku hendak berhadapan dengan suamiku nanti. Tentu dia hampa dan kecewa kerana dia terlalu berharap aku mengandung kali ini. Tetapi nasi sudah menjadi bubur.  Air matanya mengalir laju.
“Kak Liya!” panggil Husna yang muncul di muka pintunya. Segera dikesatkan air mata yang sedang mengalir.  Dia melemparkan senyuman kepada Husna.
“Maafkan Husna kak, Husna yang bersalah sehingga menyebabkan akak jadi begini,” ucap Husna yang menangis di dalam pelukan Aleeya.
“Jangan cakap macam tu lah. Akak tak salahkan Husna..,” pujuk Aleeya. Bukan salah Husna pun. Salah akak sebab tak pandai jaga diri.
“Tetapi akak kehilangan anak kerana Husna!” lafaz Husna. Tentu Abang Rayyan dan Alvin mengamuk bila tahu aku lah yang menyebabkan Kak Liya keguguran.
“Tak lah dik, Akak terima semua ini dengan redha!” pujuk Aleeya. Semuga Husna dan Alvin berbaik semula selepas ini. Doa Aleeya di dalam hatinya.
Jangan salahkan orang lain dengan apa yang berlaku, Liya.  Kerana yang bersalah adalah kerana diri kau sendiri.

Abang, balik lah cepat. Walaupun apa pun terjadi, Liya tetap perlukan abang sekarang. Huhuhuhu...

6 ulasan:

  1. Betul kata Leeya kita kena REDHA ... bukan semua yg kita ingini akan jadi kenyataan... Insyallah Rayyan faham buka Leeya x jaga diri tapi semua tu kuasa DIA... ada hikmah bila Husna berbaik degn Alvin... mungkin Rayyan serta Alvin marah dgn Razman dan Nany .... Rayyan kan dah jadi seorg yang SABARRRR... lama tunggu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha, ah.. bukan semua yg kita nak, akan menjadi milik kita.. anggap apa yg berlaku ada lah satu ujian... dan org yang mengalaminya kena lah banyak bersabar..

      Padam
  2. aduhai..kenapa jadi mcm ni pula?
    Masa bulan puasa ni la nak tangkap syaduh huhu...
    Mungkin belum rezeki Rayyan dan Liya lagi nak tambah anak..
    Dan akhirnya tahu juga kenapa Husna berubah jadi kaki kikis..
    Teruknya perangai abang tiri Husna tu..
    Liya..sabar la..Mesti Ryyan faham keadaan awak tu..ngeee..
    Kak,jadi budak berda yg buat hal tu sempat kena tgkap dgn polis tak?Geram betul la hehe..

    ~Gurangak aja~

    BalasPadam
    Balasan
    1. rayyan yang akan menuntut keadilan untuk aleeya nanti.. adalah cara untuk rayyan mengajar razman bila rayyan balik nanti

      Padam
  3. cian kt Aleeya... ala Rayyan klu marah kt Aleeya pn sbb dia sayang sgt kt Liya...
    Razman kt bleh larik...Rayyan mesti carik sampai dpt punya...lps tu Razman akan tau amukan dr Rayyan...hehehe x sabar nk bc next n3

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebenarnya razman memang cari nahas pun.. memang rayyan tak akan lepaskan dia..

      Padam