Sabtu, 27 Julai 2013

PENGANTIN EKSPRES 2 - BAB 26



BARU dua jam dia berada di pejabat, Rayyan sudah tiga kali menghubunginya. Itu pun Rina yang menjawab kerana Aleeya menghadiri mesyuarat mengantikan tempat Rayyan. Ada apa agaknya yer?
“Abang!” panggil Aleeya. Aku ada perjumpaan dengan staf-staf bahagian kewangan setengah jam lagi sekarang. Mesyuarat yang diaturkan oleh Akma dan Puteri Shima bagi membincangkan hal-hal melibatkan kewangan syarikat. Tahu, ada masalah kewangan yang melibatkan Razman dulu. Dan perlu diselesaikan dengan secepat mungkin sebelum merebak kepada pengetahuan orang luar. Ini melibat saham syarikat dan kepercayaan ahli lembaga pengarah yang lain.
“Ain menangis!” beritahu Rayyan. Terdengar suara tangisan Ain di belakang. Anak-anak kecil itu tidak pernah ditinggalkan seharian dengan papa mereka. Asyik dengan ibu saja.
“Lapar kut, beri lah susu!” cadang Aleeya. Macam mana lah agaknya rupa cek abang aku jadi pengasuh hari ini? Macam tak lulus saja. Tengok, baru jam 10.00 pagi, sudah macam-macam hal yang berlaku.
“Dah beri tapi tak jalan jugak!” beritahu Rayyan sambil memujuk Ain.  Nanti Adam pula buat hal.
“Abang dah mandikan dia orang?” soal Aleeya. Biasa lah tu, nanti okey lah.
“Belum!” jawab Rayyan. Patutlah. Sepatutnya pukul 9.00 pagi tadi dah mandi lah.
“Ya ALLAH, dah pukul 10.00 pagi belum mandi lagi, patut lah dia orang menangis. Mandikan Ain, lepas tu tidurkan dia, Ain nak tidur tu,” beritahu Aleeya. Tak kan nak balik. Baru masuk pagi ni dah nak balik rumah? Tak boleh, kena bertegas sikit dalam hal-hal macam nih.
“Okey lah, abang mandikan dia orang, kalau menangis juga macam mana nanti?” soal Rayyan cemas. Susah rupanya jaga anak, terutama anak-anak yang masih kecil. Hanya Aleeya saja yang boleh menguruskan Adam dan Ain. Bukan aku.
“Ler, abang pujuk lah dia orang..,” ucap Aleeya. Abang kan papa dia orang.
“Liya..,” panggil Rayyan.
“Liya ada meeting lah dengan bahagian kewangan, nanti lIya call abang!” beritahu Aleeya sebaik saja melihat Akma sedang mengamitkan dari luar bilik. Mesyuarat dah nak mula lah.
“Liya balik sekarang, boleh tak?” pinta Rayyan. Budak-budak ni perlukan Liya lah.
“Balik??? Abang jangan cari pasal dengan Liya hari ni boleh tak?” ujar Aleeya sambil mematikan telefon. Nak suruh aku balik pula? Apalah...,

Aleeya berjalan masuk ke bilik mesyuarat. Sudah ramai yang menantinya. Kena selesaikan hal ini dulu, sekejap lagi kalau semua dah okey, Liya balik lah. Bisik hati Aleeya.
“Kenapa?” soal Akma.
“Adam dan Ain menangis lah. Cek abang kat rumah memang tak boleh nak urus bab-bab ni. Bab rumah tangga memang tak lulus pun!”
“Hahaha, tahu lah Rayyan tu orangnya macam mana, yang kau suruh jaga baby tu kenapa?”
“Hehehe...,” Aleeya hanya ketawa. Dah tahu Rayyan tu lelaki yang macam mana, kenapa lah di suruh jaga anak-anak. Basuh pinggan sebiji pun tak sudi. Tapi kalau Liya tak sihat boleh pula memasak dan membasuh pinggan.

Mujur lah mesyuarat habis awal. Dan Aleeya terpaksa bergegas pulang kerana mendapat pesanan dari Rina, Rayyan menyuruhnya pulang dengan secepat mungkin. Tetapi baru sampai di tangga, Aleeya bertembung dengan Mama Sarah yang datang dalam keadaan kelam kabut.

Mama Sarah menarik tangan Aleeya masuk ke bilik semula. Mama ni kenapa pula, datang serang kat ofis? Kalau orang nampak, lagi lah malu, perang mentua menantu masih belum lagi selesai.
“Mana suami kau, Liya?” soal Mama Sarah.
“Abang kat rumah, tak sihat hari ni,” jawab Aleeya. Sengaja bertanya barangkali, bukankah semalam, pergaduhan itu berlaku di hadapan mama? Mama melihat sendiri anak mama kena belasah semalam.
“Bagi aku sepuluh ribu sekarang juga!” minta Mama Sarah. Dia sudah kehabisan duit. Selalunya Rayyan lah tempat dia meminta duit. Nak harapkan Alvin, Alvin tu apa pun tak ada. Dengan Rayyan saja yang boleh diharapkan dan Aleeya tahu akan itu. Mama mentuanya sering meminta duit kepada suaminya.
“Kejap, Liya call abang!” balas Aleeya. Perlukan persetujuan dari suami dulu lah. Semua ini kan kepunyaan Rayyan.
“Cepat sikit!” arah Mama Sarah. Aleeya mengeluarkan telefon bimbitnya dan segera menelefon Rayyan di rumah.
“Tak balik lagi? Cepat lah, abang dah tak tahu nak pujuk ni!” ucap Rayyan sebaik saja menjawab telefon.
“Abang, mama minta duit...,” beritahu Aleeya, tidak melayan kata-kata Rayyan tadi.
“Mama datang ofis ke?”
“Yup!”
“Berapa mama nak?”
“10 ribu..,”
“Banyak tu!” keluh Rayyan. Dia tidak kisah kalau mama guna duit dengan cara yang betul. Ini tidak, mama buat benda yang tidak berfaedah dengan duit-duit tersebut. Benarlah, mama sekarang sudah menjadi hamba duit.

Rayyan sedang berfikir, mama pula terus merampas telefon di tangan Aleeya. Mahu bercakap sendiri dengan Rayyan.  Bukan bercakap tetapi bertengkar sebenarnya. Selesai bercakap, baru lah mama beri telefon semula kepada Aleeya.
“Ada buku cek abang kat dalam laci di bilik abang. Liya bawak balik yer!” arah Rayyan. Tak beri, itu mak. Mak yang menglahirkan dan membesarkannya. Kerana mak lah, dia ada di dunia ini sekarang. Jadi, terpaksa lah beri jugak.
“Okey!” balas Aleeya.
“Petang nanti, aku datang ambil cek tu di rumah kau, betina!” kata Mama Sarah sambil berlalu pergi.  Aleeya buat tidak dengar saja. Malas nak layan!

Haaaaa, Mama Sarah buat orang hilang mood saja lah hari ini. Tengah happy-happy, boleh jadi sedih lah pula. Nak bawa kereta balik rumah pun dah tak ada semangat. Tapi teringatkan Rayyan dan anak-anak, Aleeya terpaksa pulang juga. Lagipun sudah tengah hari, tak tahu sama ada mereka anak beranak dah makan atau belum. Lagipun tak tahu keadaan anak-anak macam mana lagi.

Ketika dia sampai di rumah, keadaan rumah sunyi sepi saja. Dia menolak pintu yang tak berkunci. Tiada orang, tetapi di rumah tamu, barang mainan anak-anak bersepah merata-rata tempat. Aleeya mengutipnya lalu dimasukkan ke dalam raga mainan. Baju-baju anak pun ada di merata tempat. Aleeya tersenyum sambil mengelengkan kepalanya.

Mesti ada kat bilik.  Segera Aleeya naik ke tingkat atas. Pintu bilik di tolak. Di lihat Adam sedang terlena di sebelah Rayyan yang turut terlena sama. Manakala Ain berada di atas dada papanya. Nyenyak sekali tidur si manja itu. Susu tepung tumpah di atas lantai. Bertompok-tompok di atas lantai. Hahaha, abang memang tak boleh lah nak jaga anak-anak.

Aleeya menyimpan dan mengemasnya terlebih dahulu. Dicucinya lantai yang penuh dengan taburan susu. Selepas itu baru lah diambilnya Ain yang sedang tidur bersama Papanya, lalu diletakkan di atas katil baby di sebelah kanan. Begitu juga dengan Adam.
“Abang!” kejut Aleeya. Rayyan membuka anak matanya, tersenyum ke arah Aleeya.
“Bila Liya sampai?”
“Hehehe.. jom lah makan. Liya dah masak untuk abang,” ajak Aleeya sambil menarik tangan kanan Rayyan. Kesiannya kat cek abang aku hari ni. Nampak letih sangat!.
“Bagus lah, abang tengah lapar ni, pagi tadi tak sempat sarapan, sebab jaga anak-anak!” beritahu Rayyan terus bangun dari katil. Tudiaa.. jaga anak-anak sampai tak sempat makan tengah hari? Teruk ni!
“Kesiannya!” ucap Aleeya. Kalau boleh nak tergelak sangat tengok abang hari ni, tapi takut mengamuk lah pula nanti.
“Tau pun kesian kat abang yer!” ucap Rayyan sambil merangkul pinggang Aleeya. Mereka berjalan beriringan menuju ke ruang dapur. Bau masakan Aleeya menyapa ke lubang hidung. Tak sabar nak makan.
“Abang memang tak lulus jadi suri rumah hari ni. Gagal. Liya bagi kosong markah!”
“Tak kan kut. Abang boleh lah jaga dia orang!”
“Boleh tengok dia orang kut, jaga tak boleh pun!”
“Iya lah tu!” akui Rayyan. Memang aku tak boleh buat kerja-kerja orang perempuan. Bab-bab nak mengasuh anak-anak, memang tak mampu lah.
“Hehehe..,”
“Ooo.. ketawa kat abang yer!”
“Lucu tau tak?”
“Tapi abang boleh jaga Liya lah. Itu yang tak boleh Liya nafikan. Betul tak?”

Aleeya terdiam. Nak jawab apa ek? Lantasnya Aleeya hanya tersenyum saja, kerana kata-kata Rayyan itu ada kebenarannya.





4 ulasan:

  1. Hehehe..mmg betul pun..bila menjaga si kembar mmg failed teruk habaha..Tapi bila pasal Liya saja..Tip-top!!

    Suka sangat bab ni hehe,dgn Rayyan yg gelabah jaga si kembar,rumah tunggang-langgang..hahaha..mmg lepas ni Rayyan akan brfikir dulu klu tggal bertiga dgn si kmbar..baru tahu..Liya saja yg teror urus hal rumah tangga..Nampaknya ada chance la Liya nak berhenti kerja ni hehe..

    Geramnya dgn Puan Sarah ni..bila la nak insaf..dah tahu jantan2 tu pergunakan dia saja sbb nak duit..hurmm..manusia ni selagi tak terhantuk..selagi tu dia tak rasa sakitnya...

    ~Gurangak aja~

    BalasPadam
  2. hahahaha.. dia memang tak boleh nak jaga anak dia.. asyik call liya suruh balik rumah saja.. bayangkan dia hanya pandai urus syarikat dan isteri saja, bila suruh jaga anak memang dia tak boleh lah.. hehehehe

    BalasPadam
  3. hahaha... tu lah Rayyan mula-mula ckp besar sangat... ingat senang ke jagan anak kecil... hehehe ... hanya Liya ja yg faham perangai anak kembar mereka... macamana lah nak tambah anak lagi ni Rayyan ... 2 org ja rumah dah macam kapal karam ... nasib baik Liya dah biasa ... hehehe
    Ini Rayyan jaga anak ke anak yg jaga Rayyan ni .... Liya kalau berhenti kerja mahu Rayyan angau kt tmpt keje... Rayyan tu mana boleh jauh dari Liya...
    Bila lah mama Rayyan ni nak insaf ....

    BalasPadam
  4. hahahaha.. tau pun susah nak jaga anak.. buat malu dekat liya saja.. liya dengan nak jaga anak.. nak layan suami lagi, terpaksa pergi kerja lagi... tapi rayyan??? tapi tanpa sokongan rayyan, liya tak okey lah juga jawabnya...

    kita saling memerlukan.. itu sebenarnya...

    BalasPadam