Isnin, 8 Julai 2013

PENGANTIN EKSPRES 2 - BAB 20 (A)



RAYYAN SUDAH SELAMAT SAMPAI DI KOTA SINGA. Sudah berada di hotel pun. Sebaik saja di hotel, terus dia menghubungi Aleeya. Alvin tersenggih melihat sikap abang sulongnya. Teruk betul lah abang nih.

Aleeya sejak dari tadi berbalas mesej dengan suaminya kesayangannya setelah sejam berbual di talian. Seperti orang kemaruk bercinta saja lagaknya. Telefon yang sentiasa di tinggalkan sekarang sentiasa di sebelahnya. Tak pernah berpisah.
“Sudah lah tu, anak nak menyusu lah!” tegur mak melihat sikap anak perempuan tunggalnya.  Sudah banyak kali dia menegur Aleeya hari ini. Kebetulan papa tak ada, jadi hanya tinggal abah dan mak saja di rumah. Apa lagi, Aleeya bebas lah nak buat apa saja hari ini.
Pergi lah buat kerja abang, jangan kacau liya boleh tak, Adam menangis lah., balas Aleeya. Dah berapa puluh mesej yang masuk ke dalam telefonnya. Dah nak termuntah handset itu dibuatnya, kerana banyak sangat mesej yang masuk hari ini. Hehehe
Cium Adam dan Ain untuk abang sama yer..,
Ha lah..
Bye sayang..,
Bye abang..,
Hmm.. rindunya di hati. Kalau boleh nak terbang ke kota Singa sekarang.  Rindu di dalam hati sudah sampai ke penjuru mata. Rasa seperti mahu mengalir air mata saja kalau berpisah begini.
“Liya!” tegur mak lagi apabila melihat muka Aleeya sudah naik merah. Mahu menangis!
“Rindu lah mak!” ucap Aleeya. Mak mengelengkan kepalanya. Macam-macam lah budak-budak ni.
“Pergi lah solat, berdoa dan tenang hati tu!” pujuk mak seakan mengerti perasaan Aleeya. Aku tidak pernah berpisah dengan suamiku walaupun sekali, ke mana pergi mesti berdua. Bisik hati mak. Haji Mohsin di ruang tamu dijengguknya. Kami hanya tinggal di kampung, mana ada buat kerja seperti Rayyan yang terpaksa berjauhan dengan Aleeya. Kasihan Aleeya!

Entah lah, tak tahu nak buat apa hari ini tanpa cek abang di sisi. Rasa semua janggal dan kosong. Mujur lah ada mak dan abah, kalau tidak mesti rasa sepi dan sunyi tanpa dia di sini.  Dia di sana  pun separuh nyawa juga kerana memendam rindu kepada isteri kesayangannya.
“Liya, boleh masuk ofis tak hari nie, ada masalah lah!” suara Akma sewaktu dia sedang meniburkan Ain. Adam sudah lama terlena di atas katilnya.
“Kenapa?”
“Abang Husna mengamuk lah, kes cek yang kita tahan hari tu..,”
“Alamak, cik abang aku tak ada lah..,”
“Habis, tak berani ke?”
“Bukan lah, nanti takut cik abang aku marah..,” dia kan semua kena minta izin. Nanti mengamuk lah pulak.
“Call lah minta izin,”
“Papa aku kan ada,”
“Masalahnya papa kau mesyuarat kat Putrajaya!”
“Kejap, aku call cik abang aku!”

Mengamuk kes kena tahan cek??? Tapi cek itu bukan hak Husna atau hak abang Husna pun. Jadi memang patut kena tahan pun. Aduhai, kenapa lah masalah berlaku ketika Rayyan dan Alvin tiada di ofis. Aku bukannya boleh buat apa-apa pun.
“Kenapa Yang? Rindu ke?” soal Rayyan sebaik terdengar suara Aleeya.
“Banyak lah rindu..,” orang ada masalah boleh pula buat lawak yer.
“Hahaha..,” baru setengah jam dah call. Kalau bukan rindu, jawabnya apa tu?
“Abang..,” panggil Aleeya. Takut dan cemas. Takut orang di sana naik angin bila tahu keadaan sekarang.
“Yer, sayang!”
“Abang Husna mengamuk lah kes cek yang saya sekat tu..,”
“Apa??? Habis Liya jangan memandai masuk campur, biar abang yang uruskan bila abang balik nanti,” suara Rayyan sudah bertukar nada.  Seakan tahu hasrat Aleeya yang mahu meminta izin kepadanya untuk ke pejabat.
“Akma call tadi suruh Liya ke ofis..,” beritahu Aleeya. Teringat Akma di ofis yang sedang di serang hendap sekarang.
“Liya tak dengar ke abang kata apa tadi?” jerkah Rayyan sekali lagi. Dengar lah. Cuma Liya nak beritahu abang saja.  Kali ini Aleeya diam tanpa bersuara. Seminit berlalu terasa begitu lama. Biarkan dia tahu aku sedang marah dengannya.
“Liya!” panggil Rayyan sedar akan kesilapan diri sebentar tadi.
“Tak nak cakaplah. Merajuk!” hah, best jugak tinggal berjauhan nie, boleh beritahu apa yang sedang terlintas di hati.
“Abang tak nak Liya bahayakan diri. Biar abang uruskan nanti yer. Liya tinggal lah kat rumah sepanjang abang tak ada nih. Boleh??” pujuk Rayyan.

Boleh sangat.

4 ulasan:

  1. hurrmm..sya pun rindu gak..hehehe..
    Alahai..sayau saja baca bila Liya dgn Rayyan mcm x boleh berengang huhu..
    apasal la kali ni terlebih ''gula''?
    Senyum saja baca..hehehe

    Aduhai Husna dgn family dia ni..tak hbis2 pula..Pndai betul cari masalah bila Rayyan dgn Alvin tak ada kan..
    Kak..kali ni bg papa Rayyan pula yg bertindak..sbb syarikat ni bapak Rayyan yg punya..hahahah(ketawa jahat) Biar padan dgn dengan muka dorang semua tu.

    ~Gurangak aja~

    BalasPadam
  2. kan dah cakap Rayyan dan Liya mana boleh berjauhan .... angau dua-dua... hehehe
    Liya dengar cakap Rayyan kalu apa-apa belaku tentu Rayyan lagi susah hati...
    bila papa balik dari mesyuarat kat Putrajaya biar papa yg selesaikan itu lebih baikkk.. sebab papa ada kuasa VITO...
    cepat sambung x puasss....

    BalasPadam
    Balasan
    1. rayyan dan liya kan saling menyintai dan tak bolej dok jauh-jauh.. hehehehe

      Padam