Rabu, 24 Julai 2013

PENGANTIN EKSPRES 2 - BAB 24




Hmm... kenapalah mama datang cari pasal dengan Aleeya pula. Datang sengaja nak sakitkan hati Aleeya ke? Apa salah Aleeya lagi nih? Bingungnya Rayyan memikirkan sikap mama yang datang ke rumahnya petang tadi. Datang dengan keadaan mabuk pula tu. Nampak sangat lah mama kecewa dan tidak berpuas hati dengan kami, adik-beradik. Tetapi salahkah kami memilih jalan hidup sendiri? Mama perlu belajar terima hakikat dan kenyataan.
“Abang fikir apa?” soal Aleeya. Sejak dari tadi asyik sangat bergelamun. Sedangkan itu bukan lah sikap suaminya.
“Sorry untuk mama abang tadi..,” ucapnya perlahan. Aku kalau boleh tak nak sesiapa pun datang menganggu Aleeya, apatah lagi datang untuk menyakiti hati Aleeya sebab hati Aleeya perlu dijaga ketika ini. Aleeya itu baru pulih. Tak sangka, mama sengaja datang untuk menyakiti hati Aleeya. Lalu dia bangun menghampiri Aleeya yang sedang berdiri memandang ke arahnya.
“Liya tak kisahlah. Rasanya Liya dah kenal siapa mama tu,” jawab Aleeya. Kecil hati memang ada, kerana sampai sekarang mama masih tidak boleh menerima kehadirannya sebagai ahli keluarga mama. Mujur papa baik sangat.
“Abang dah tak tahu, macam mana nak pujuk mama abang tu. Dah bermacam cara abang buat, tapi mama tetap tak nak berubah!” muncul juga keluh kesah itu di hadapan Aleeya. Apa saja yang kami alami, kami akan alami bersama. Itu lebih baik dari aku memendamnya seorang lagi. Lagi pun Cek Manja aku tidak pernah pun berahsia apa-apa dengan aku. Semua cakap pada abang dia nih.
“Hmmm.. beri lah mama masa, mungkin mama terkejut, sebab abang dan Alvin dah berubah. Tukar agama pula tu,” ujar Aleeya. Kalau Rayyan hanya terpesong akidah dan pegangan agama kerana kehidupan, Alvin pula tidak menganut apa-apa agama pun. Mujur jumpa Husna, dan Alvin memilih islam  kerana Husna. Bukan sebab lain. Tetapi cik abang aku memilih islam bukanlah nak kahwin dengan aku, tetapi kerana dia sudah nampak cahaya kebenaran.
“Agama saja berubah, tetapi pertalian darah tetap ada. Abang tetap sayangkan mama macam dulu jugak!”
“Kalau gitu abang kena tinggal dengan mama lah, pujuk mama elok-elok supaya mama boleh terima abang, terima Liya dan anak-anak,” usul Aleeya. Hish, biar berbetul ni Liya. Sanggup ke berpisah? Rayyan tak ada seminit pun, awak dah seperti kucing hilang anak.
“Cakap sekali lagi cik manja, abang tak berapa jelas lah tadi?” ujar Rayyan. Dia sudah meletakkan tangan kanannya di bahu Aleeya. Suruh aku tinggal dengan mama? Dia macam mana? Anak-anak macam mana? Hmmm, tak sanggup lah aku, nak tinggalkan Aleeya dan anak-anak. Lebih baik kami bersama dari berpisah. Tak rela! Aleeya tersenyum. Dia sekarang sudah ada gelaran baru. Cik Manja!. Dan panggilan itu membuatkan hatinya bahagia sangat.
“Abang tinggal dengan mama, mana tahu hati mama sejuk sikit nanti!” ujar Aleeya. Rayyan tersenggih. Kau tu sanggup berkorban apa saja, tetapi kesan kepada pergorbanan tu tak pernah fikir pula akan akibatnya.
“Liya sanggup ke berpisah dengan abang ni?”
“Sanggup!”
“Kalau gitu abang kena pek pakaian lah. Nak tinggal dengan mama!”
“Liya boleh tolongkan pek baju abang-abang tu...,”
“Cakap tak serupa bikin. Nanti tak sampai sepuluh saat, dah jadi haru biru!” ujar Rayyan mencuit dagu Aleeya. Aleeya tersenyum. Berani lah cakap tadi, sebab tahu sangat akan hati suaminya. Rayyan tak mungkin akan tinggalkan dia walaupun sedetik.

Rayyan berjalan ke ruang tamu. Tengok tv lah. Aleeya pula masih memikirkan akan kata-katanya. Sanggup ke aku untuk berkorban sampai begitu sekali. Tiba-tiba dia mengelengkan kepalanya. Tak nak lah. Dulu, pernah rasa dah berjauhan. Separuh jiwa juga aku dibuatnya. Sekarang tak nak nak ulang cerita yang sama. Tambahan sekarang sudah ada Adam dan Ain. Lagi lah aku perlukan suami aku yang tercinta ini.
“Abang!” jeritnya tiba-tiba.
“Apa?”
“Tak jadi lah..,”
“Tak jadi apa pula ni?”
“Liya tak nak berpisah dengan abang!”
“Hahaha..,” cek manja aku buat pulak dah perangai lama dia.

2 ulasan:

  1. dah tahu x boleh berpisah tapi saja ja nak duga cik abang ya...
    Liya lupa ke macamana dulu masa abang long pisahkan Liya dgn Rayyan mahu separuh gila ya....
    Kalau kita dah selalu bersama bila berpisah sekejap tetap terasa...

    BalasPadam
  2. liya tu sengaja saja cakap mcm .. nak tengok cek abang dia cakap apa.. hehehehe

    BalasPadam