Abah dan Mak dah dua minggu balik ke kampung. Papa pula
sudah berangkat ke Australia untuk mencari Julia dan Fawwaz. Alvin dan Husna,
hari ini mungkin akan balik dari berbulan madu. Tak tahu lah. Mungkin dia orang
akan sambung lagi percutian mereka. Elok juga tu.
Aleeya hanya memerap di rumah saja. Tidak masuk ke ofis
sehingga hari ini. Cuti panjang sungguh dia. Jaga anak, masak tengah hari, itu
pun kalau Rayyan balik makan kat rumah. Kalau tak balik, dia hanya lepak depan
tv, dengan anak, dengan dia sama, sama-sama berlepak ke situ. Buat apa? Tengok
gambar korea saja kerjanya. Pernah suatu hari Rayyan sengaja balik tanpa
memberitahu kepada Aleeya terlebih dahulu, sengaja, nak tengok apa lah ‘cik
manja’ dia sedang buat kala itu. Rupanya tengah asyik tengok Lee Min Ho, hero
korea yang menjadi pujaan ramai itu. Apa
lah yang ada pada mamat korea tu dari aku, rasanya aku lagi segak dari mamat
korea tu.
“Ini saja kerja Liya?” sergah Rayyan petang itu. Terkejut
pun tak, mengalih memandang ke arahnya pun tak. Matanya hanya ke arah tv.
“Buat lah perangai macam ni, asyik makan tidur, lepak.
Badan tu pun dah naik lah!” tegur Rayyan. Geram!
“Tak mengapa, badan naik pun, abang sayang Liya juga!”
“Banyak lah sayang. Ada kelulusan nak memerap di rumah
saja. Rugi tau tak!”
“Tu nak suruh Liya kerja lah tu!”
“Abang kalau Liya tak nak kerja, tapi duduk kat rumah
buat kerja berfaedah dan manfaat tak mengapalah juga, ni Liya tak buat apa.
Buang masa saja lah,”
“Insha ALLAH, dua tiga hari lagi, Liya masuk ofis
semula!”
“Esok masuk ofis, tak payah tunggu dua tiga hari lagi!
“Abang ni dengki kat Liya lah tu..,”
“Dengki tak dengki, esok ikut abang masuk ofis!”
Tapi oleh kerana Ain demam, tak jadi lah dia masuk kerja.
Jadi, boleh lah duduk kat rumah dua tiga hari lagi, sementara nak tunggu Ain
sembuh semula. Tapi hari ini, kena masak tengah hari, sebab cek abang nak balik
makan sekejap lagi.
“Lee Min Ho tak datang kat rumah ke hari ni?” usik Rayyan
ketika menunggu aleeya mencedok nasi ke dalam pinggannya. Untung juga Liya ada
kat rumah, boleh makan yang sedap-sedap. Masak lemak ketam lah, kari ayam lah,
dan macam-macam lagi. Cakap saja apa
yang nak makan, semua Liya boleh masakan. Itu keistimewaan Aleeya. Rajin memasak. Agak-agak lah Liya boleh masak tak masakan
Abang Min Ho dia tu? Hehehe...
“Abang balik nanti, dia datang lah kut!” jawab Aleeya.
Ada saja nak kenakan aku.
“Ooo, kenapa tak datang sekarang?”
“Dia segan lah kat abang!”
“Minat kat dia, macam lah dia kenal kat Liya tu, Liya
saja gila bayang kat dia!”
“Hahaha.. itu pun ada orang cemburu!”
Mereka makan bersama. Rayyan sejak dari tadi memandang
jari-jari Aleeya. Sudah lama dia perasan akan hal itu, cuma sengaja tidak
bertanya. Atau pun memang Aleeya jenis suka cicirkan barang. Dia tak kisah
kalau perhiasan lain. Tetapi ini cincin perkahwinan mereka, sudah lama tidak
ada di jari manis Aleeya. Hilang ke? Atau simpan saja dalam laci? Rayyan tidak
pernah menanggalkan cincin perkahwinan mereka yang tersarung kemas di jarinya
tetapi Aleeya, sudah lama dia tidak melihat isterinya ini memakai cincin
tersebut. Cincin yang berharga dan penuh bermakna. Jadi, perlulah dihargai
bukan dibuang begitu saja.
Rayyan melihat pula pergelangan tangan Aleeya, gelang
emas tanda pertunangan mereka masih ada di tangan kanan Aleeya. Gelang emas
yang ada huruf R itu masih kekal di situ. Masa mula berkahwin dulu, nampak juga
lah isterinya ini memakai sepasang gelang emas lagi. Ada rantai labuh kat
leher. Tapi dua-dua tu sudah lama Aleeya tidak memakainya, tetapi yang itu
Rayyan tak kisah pun, sebab bukan seperti cincin kahwin mereka. Lepas berpantang
Aleeya ada beli gelang emas baru sama dengan mak di kampung, tetapi tidak
dipakainya. Simpan barangkali. Buat apa lah beli kalau untuk disimpan saja di
dalam laci kat rumah. Baik, tinggal di kedai saja, biar tauke emas yang
menjaganya.
Selesai makan nasi, ada puding jagung pemanis mulut,
tetapi Aleeya ini kalau tak ada ais krim mesti tak lengkap. Ais krim ciptaan
sendiri, yang ini lagi lah sedap. Ais krim perasa durian hari ini.
“Mana gelang emas yang kita beli masa Liya habis
berpantang dulu?” sengaja dia bertanya begitu. Nanti nak tanya pasal cincin
kahwin pula.
“Ada dalam laci kat bilik kita!” jawab Aleeya sambil
mencuci pinggan kotor. Rayyan bangun dan berdiri di sebelah Aleeya.
“Tak beli pun tak mengapa kalau simpan mcm tu!” ujar Rayyan.
Mungkin kerana Aleeya tidak suka memakai banyak barang kemas, sebab itu
semuanya di simpan saja.
“Nanti nak ajak abang temankan Liya ke kedai emas, Liya
dah tengok hari tu, cantik lah rantai emas tu,” sambung Aleeya pula. Tangan
masih lincah membasuh. Jangan harap, kali ini abang tak nak beli kan. Beli,
pakai tak sampai sebulan, lepas tu simpan.
“Cincin kahwin kita mana?” soal Rayyan sambil memegang
jari manis Aleeya.
“Ada lah. Abang ingat Liya hilangkan ke?” jawab Aleeya.
Patut pun sejak dari tadi asyik renung tangan aku. Rupanya dah sedar aku tak
pakai cincin kahwin kami. Hehehe...
“Ada tu kat mana? Simpan juga ke?” soal Rayyan, mahu tahu
akan hal cincin itu. Bagi Rayyan cincin itu ada lah cincin yang terpenting
dalam hidupnya. Aleeya mengeluarkan rantai yang tergantung dilehernya. Di situ
juga ada cincin yang disarungkan ke rantai tersebut. Oo.. letak kat situ
rupanya.
“Kenapa tak pakai?”
“Bila tanggal sewaktu ambil air solat, Liya selalu
terlupa lah, jadi nak senang Liya sarung kat rantai abang nih!” jawab Aleeya.
Aku pun sayanglah rantai dan cincin emas ini.
“Boleh lupa ke?”
“Ha, ah!” ditariknya hidung Aleeya dengan manja. Lega
bila melihat cincin perkahwinan mereka kekal utuh di rantai emas kepunyaannya.
“Indahnya kalau Liya pakai kat jari manis Liya tu. Kat
situ lagilah bermakna, sayang!”
“Abang ni hal remeh temeh pun nak membebel, suka sangat
membebel mengalahkan orang perempuan lah!” balas Aleeya. Ketika Rayyan sudah
menuju ke arah bilik mereka. Mahu jenggukkan anak-anak, sebelum solat dan
pulang ke ofis semula.
Petang ini, Akma dan Puteri Shima mahu datang ke rumah.
Jadi, Liya masakkan bubur jagung untuk mereka berdua. Ais krim di buat lain.
Kali ini perasa pandan pula, kerana Akma dan Puteri Shima lebih sukakan perasa
pandan dari perasa durian. Sementara menunggu kedatangan mereka berdua, dia
membawa Adam dan Ain bersiar-siar di tepi kolam di hadapan rumah mereka. Kereta sorong berkembar itu ditolak perlahan-lahan
sebelum dia terkejut dengan kedatangan Puan Sarah. Mimpi apa datang? Ini lah
kali pertama Puan Sarah datang ke rumah mereka, datang ketika Rayyan tiada
pula.
“Hey perempuan!” tegur Puan Sarah. Bau Arak menyusuk ke
lubang hidung Aleeya dan hampir memualkan Aleeya. Bau arak yang kuat.
“Apa khabar mama?” soal Aleeya sambil menghulurkan ke dua
belah tangannya untuk bersalaman dengan Puan Sarah, tetapi Puan Sarah
menolaknya dengan kasar.
“Aku dengar kau keguguran, padan muka kau. Ini balasan
kepada orang yang hatinya busuk seperti kau. Tuhan pun tak berkatikan kau lah!”
tempelak Puan Sarah. Aleeya mengucap di dalam hati. Apa mama cakap nih?
“Jangan harap anak-anak kau dapat jadi pewaris harta
keluarga kami. Aku tak akan benarkan. Kau memang merancang nak rampas harta
Ryan kan? Sebab tu kau sanggup beranak ramai, supaya Ryan mewariskan segala
harta-hartanya kepada kau dan anak-anak kau!” sambung Puan Sarah lagi. Mungkin
Puan Sarah masih lagi dalam keadaan mabuk.
“Apa mama cakap ni, Liya tak pernah ada niat lah nak
rampas harta mama!” balas Aleeya.
“Apa kau cakap? Tak ada niat? Kau jangan tipu aku lah!”
“Liya tak tipu mama...,” ucap Aleeya. Puan Sarah semakin
menghampiri Aleeya. Kebetulan rantai Aleeya terjuntai keluar dari bajunya. Puan
Sarah kenal sangat dengan rantai yang dihadiahkan oleh mentuanya kepada Rayyan
dulu kini sudah menjadi kepunyaan Aleeya. Semakin sakit hati dia melihatnya.
“Kau ambil rantai Ryan yer. Perempuan hati busuk!” ujar
Puan Sarah sambil menarik rantai Aleeya.
“Mama, jangan lah..,”Aleeya cuba menghalangnya tetapi
tidak berjaya. Puan Sarah menglemparkan rantai tersebut ke dalam kolam. Aleeya
hanya sempat melihat sebelum rantai itu tenggelam di dasar kolam. Hati Aleeya
kecut melihatnya.
“Hahahaha.. puas hati aku hari ni... hahaha!” ujar Puan
Sarah sambil berjalan keluar meninggalkan Aleeya yang gelabah seorang diri.
Macam mana ni? Kalau suami aku tahu mesti dia mengamuk. Rantai dan cincin
kesayangannya telah pun hilang! Huwaa.. dah nak menangis dah ni.
“Liya!” panggil Puteri Shima yang baru datang dengan
Akma.
“Mak mentua aku buang rantai aku kat dalam kolam lah. Aku
kena dapatkan rantai dan cincin sebelum cek abang aku balik. Kau dengan Akma
tolong jaga anak-anak aku sekejap,” beritahu Aleeya. Cemas yang amat.
Minta-minta jangan lah Rayyan balik lagi.
“Nak cari dalam kolam? Kau jangan buang tabiat lah!”
celah Akma.
“Wei, laki aku sayang sangat lah rantai dia tu. Macam mana
pun aku kena cari sampai dapat juga!” beritahu Aleeya. Terus terjun dalam kolam
dan berenang ke arah tempat jatuhnya rantai tadi. Di selamnya ke dalam kolam
untuk mencari rantai tersebut, tetapi tidak jumpa rantai dan cincin itu.
Berkali-kali dia mencuba tetapi tidak berjaya.
Sehinggalah suara itu datang, ketika itu dia sudah basah
kuyup. Dia yang sedang berenang segera berhenti.
“Kawan awak berdua tu buat apa kat kolam tu?” soal
Rayyan. Muka Aleeya pucat lesi apabila melihat wajah suaminya. Cepat pula dia
balik hari ini.
“Entah. Nanti Encik Rayyan tanya dia, kita orang nak
bawak Adam dan Ain masuk dalam rumah lah!” beritahu Akma sambil menarik tangan
Puteri Shima. Tidak mahu masuk campur hal antara Rayyan dan Aleeya. Biar lah
mereka selesaikan masalah ini.
“Buat apa ni? Tak pernah-pernah pun Liya berenang kat
kolam ni?” soal Rayyan sudah merasa pelik dengan sikap Aleeya petang ini.
“Tak ada apa lah. Saja jer. Nak lepas gian. Sebab dulu
kat kampung masa zaman kecil, biasa mandi sungai lah!” dalih Aleeya. Macam mana
ni? Apa aku nak cakap kalau dia tanya tentang rantai dan cincin tu sedangkan
tengah hari tadi kami baru saja berbincang tentang hal ini. Dia mesti marah
sebab aku tak jaga dengan baik rantai dan cincin tu.
“Naik lah. Tak elok berendam lama-lama kat kolam ni,” ujar
Rayyan sambil menghulurkan tangannya untuk menarik tangan Aleeya naik dari
kolam. Apa aku nak buat sekarang? Hmm, naik dulu lah, esok masa dia ke ofis
baru aku cari semula rantai dan cincin tu. Aleeya menghulurkan tangannya
membiarkan Rayyan menariknya naik ke atas.
“Liya nak masuk kat rumah dulu lah. Kasihan kat Akma dan
Puteri Shima,” alasan Aleeya tidak mahu Rayyan melihat dirinya. Huhuhu...
“Pergilah masuk, abang nak berehat kat sini,” balas
Rayyan.
Selesai solat mahgrib, aleeya berdoa panjang, memohon
agar ALLAH mempermudahkan jalan untuk dia mencari rantai dan cincin yang jatuh
ke dalam kolam esok hari ini. Itu saja yang dia mampu lakukan, iaitu dengan
berdoa.
“Liya, kejap!” kata Rayyan ketika Aleeya mahu bangun.
Rayyan bangun dan memgambil sesuatu lalu dia duduk di hadapan Aleeya. Mujur
jumpa. Orang upahannya sudah mengkhabarkan apa yang berlaku antara Mama dan
Aleeya, sebab itu dia bergegas pulang ke rumah. Rayyan tahu rantai dan
cincinnya telah dibuang oleh mama ke dalam kolam dan dia pulang untuk
mencarinya. Alhamdulillah, dia berjaya mendapatkan rantai dan cincin itu
semula.
“Mana jari manis liya?” soalnya Rayyan. Aleeya segera
menghulurkan jari manisnya. Segera Rayyan menyarungkan cincin perkahwinan
mereka ke jari manis Aleeya. Terkedu Aleeya.
“Cincin ni kena ada kat jari manis Liya, baru lah cantik.
Jangan buang tau!” pesan Rayyan. Aleeya mengangguk. Dia tahu juga apa yang
berlaku rupanya. Hati Aleeya sebak. Tetapi dia tidak mahu menangis kali ini.
“Rantai??” soal Aleeya. Jangan cakap rantai hilang pula.
“Rantai hilang lah. Cari tak jumpa pun!”
“Cari sampai jumpa!”
“Aik, abang pula kena cari!”
“Yer lah, Liya sayanglah rantai tu!”
“Yer ker? Ingat tak kisah tentang rantai tu!”
“liya kisah lah!”
Rayyan meletakkan rantai emas ke telapak tangan Aleeya,
lalu digengamnya erat.
senyum sorang2.. hehee ^_^
BalasPadamNasib baik ada org suruhan Rayyan masa mama datang .... kasihan Liya...
BalasPadamSo sweet Rayyan dan Liya ni.... memang Bestttt...