“BIARLAH apa orang nak kata, asalkan Liya tak buat salah.
Lagipun Alvin tu suami orang lah. Adik ipar Liya pula tu,” duga Rayyan sambil
memandang wajah Aleeya. Spontan wajah Aleeya berubah dengan serta merta.
“Memang lah Liya tak salah, tetapi Liya akan
dipersalahkan kerana menyebabkan rumah tangga Husna dan Alvin tidak tenteram,”
suara Aleeya. Dia tak faham atau pura-pura tak faham nih? Gegar suara itu
berada di dada Rayyan. Mahu saja Rayyan ketawa puas-puas ketika ini. Tetapi Rayyan
menahannya. Ada orang mengamuk dah malam ini. Gamaknya aku kena tidur dengan
anak-anak lah malam ini. Tetapi siapa suruh cari pasal kan??
“Liya tak ada kaitan lah dalam rumah tangga Alvin dan Husna tu..,” sambung Rayyan lagi. Husna tu tak pasal-pasal nak cari penyakit. Terlalu mengikut perasaan barangkali. Ataupun terlalu ikut kata-kata ahli keluarganya sendiri. Hidup sebagai suami dan isteri nie kena saling mempercayailah. Bukannya saling meragui. Mujurlah Aleeya bukan perempuan seperti Husna. Malah tak pandang pun kemewahan yang aku miliki. Itu yang susahnya, sebab tidak boleh ditaburi dengan kemewahan untuk memujuk hati Aleeya.
“Liya tak ada kaitan lah dalam rumah tangga Alvin dan Husna tu..,” sambung Rayyan lagi. Husna tu tak pasal-pasal nak cari penyakit. Terlalu mengikut perasaan barangkali. Ataupun terlalu ikut kata-kata ahli keluarganya sendiri. Hidup sebagai suami dan isteri nie kena saling mempercayailah. Bukannya saling meragui. Mujurlah Aleeya bukan perempuan seperti Husna. Malah tak pandang pun kemewahan yang aku miliki. Itu yang susahnya, sebab tidak boleh ditaburi dengan kemewahan untuk memujuk hati Aleeya.
“Liya tak mahu difitnah orang. Boleh tak kalau abang ada
di sisi Liya setiap kali Alvin ada bersama?” tegas suara Aleeya memecah
keheningan malam. Aleeya mahu dilindungi oleh Rayyan setiap saat. Asalkan ada
Rayyan di sisi, Aleeya rela meredah segala rintangan bersama Rayyan. Bukan
dengan orang lain.
“Liya ni macam tu pun ambil kisah dan peduli sedangkan
itu hanya hal remeh temeh saja lah. Bukan persoalan berat pun. Biarlah apa
orang nak kata asalkan kita tahu akan kebenarannya sudah lah,” ujar Rayyan cuba
mainkan perasaan Aleeya yang sudah terasa hati dengan sikap Rayyan. Aleeya mahu
menarik diri dari pelukan suaminya tetapi Rayyan semakin memeluk erat dan
kemas.
“Abang sengaja cari pasal dengan Liya kan?” kata tadi
acara pujuk memujuk. Acara mahu mendengar luahan hati aku, bukannya mahu
bertengkar atau menduga perasaan masing-masing. Tetapi sekarang tengok apa
abang buat kat Liya?? Nak tengok Liya menangis kut. Setiap kali kalah bertengkar dengannya, aku
mesti menangis. Air mata murah sangat kalau di hadapan suami kesayangannya ini.
Hehehe..
“Kahwin dah bertahun. Anak pun dah ada dua. Tapi Liya
masih tak faham siapa abang!” Waw, Liya pula salah. Abang yang pandai-pandai
karang ayat tadi, sekarang tuduh Liya pula tak memahami diri abang? Kenapa lah
rumah tangga kami tak seperti abah dan mak kat kampung. Abah tak pernah
bergaduh dengan mak pun. Aku, hari-hari ada saja tak kena. Tapi itu lah yang
membuatkan kami bahagia. Aleeya tersenyum semula.
“Ni kenapa pula? Bukan tengah marah ke?”
“Hehehe..,”
“Liya..,”
“Apa???” jerit Aleeya. Biar lah dia pula yang merasa.
“Ooo.. dah pandai menjerit sekarang...,”
“Buang masa bergaduh dengan abang..,”
“Tapi abang suka..,”
Suka tengok mata Liya yang bulat itu.
Sudah pukul 2.00 pagi. Aku ada kerja yang perlu
dibereskan. Nak harapkan Alvin, Alvin tengah serabut dengan masalah isteri dan
ahli keluarga mentuanya. Dari perbualan dia dengan Alvin baru-baru ini, ayah
mentua dan ibu mentua Alvin nak sangat, jawatan yang Rayyan pegang sekarang di
serahkan kepada Alvin dan mahu Rayyan meninggalkan syarikat kepunyaan mereka.
Tetapi ini bukan persoalan siapa yang menerajui syarikat kepunyaan papa tetapi
banyak lagi penyebabnya yang paling utama dan penting. Nasib 100 orang
pekerjanya berada di tangannya sekarang. Dan dia tidak boleh mencagarkan masa
depan pekerjanya kepada orang yang tidak mempunyai pengalaman. Mengadaikan
nasib pekerja-pekerjanya demi kepentingan dan kebahagiaan Alvin. Itu yang papa
tekankan ketika mereka berjumpa tadi. Papa memang sayangkan pekerja-pekerjanya
dan bimbang hal rumah tangga Alvin menganggu ketenteraman orang yang bekerja di
syarikatnya. Apakah Alvin sudah tersalah memilih isteri? Hmm..
“Abang perlukan bantuan Liya sekarang, terutamanya kat
ofis kita,” biarlah berterus terang dengan Aleeya. Sebenarnya cadangan papa
yang menyuruh Rayyan mengambil Aleeya bekerja di syarikat mereka. Aleeya itu
ada potensi dan bertanggungjawab. Kebetulan pula Aleeya berhenti kerja secara
tiba-tiba. Mungkin ini namanya hikmah untuk mereka berdua.
“Maksub abang?” aku pun berhak tahu kan. Sebab dia telah
merosakkan rancangan aku untuk menumpukan perhatian kepada anak-anak. Niat asal
hanya mahu jadi suri rumah saja. Alih-alih terpaksa bekerja di syarikat suami
pula. Tetapi kalau dari apa yang aku lihat sekarang, rasanya aku dah tahu kut
niat suami ku ini.
“Tolong lah suami Liya nih, Liya kan sayang abang, nanti
semua selesai, Liya berhenti lah, jaga anak-anak. Tetapi sekarang abang memang
harapkan Liya untuk bantu abang kat situ,” suatu hari nanti Aleeya akan tahu
juga kenapa dan mengapa aku membawa dia bekerja di situ atau pun Aleeya sudah
tahu apa yang berlaku.
“Liya boleh tolong abang tetapi bayar gaji lebih, boleh?”
pancing Aleeya.
“Abang bagi duit tiap-tiap bulan tak cukup lagi ke? Kad
kredit abang tu campak kat mana dah?” soal Rayyan. Tak nampak pun Aleeya guna
kad kredit yang diberikan seawal perkahwinan mereka. Simpan kat mana lah agaknya.
Orang suruh guna bukan suruh simpan pun.
“Itu lain, yang ini lain lah!”
“Okey lah,tak ada masalah tu!”
“Tak payah lah bayar gaji Liya tu, Liya tolong abang
seikhlas hati Liya, tetapi abang kena bank in duit kat abah dan mak setiap
bulan mcm selalu,” ucap Aleeya sambil tersenyum. Selama ini pun Rayyan yang
buat semua itu. Lagi pun apa yang diberikan oleh Rayyan selama ini sudah
mencukupi. Hendak apa lagi??? Aku sudah hidup senang dan mewah dengan apa yang
Rayyan miliki.
“Mana boleh macam tu..” terharunya mendengar kata-kata
dari Aleeya sebentar tadi. Tetapi apapun dia tetap akan membayar gaji kepada
Aleeya seperti orang lain juga. Apa yang dia beri itu adalah tanggungjawabnya
sebagai seorang suami.
“Ikut suka hati abang lah, Liya nak tidur, mengantuk nih!”
“Okey lah, Liya masuk tidur dulu. Abang nak settle kerja!”
ujar Rayyan. Masih sempat mencium dahi isterinya.
Tabiat Rayyan bekerja sehingga lewat malam, Aleeya sudah
memahaminya. Melihat jam 3 pagi, Aleeya terus mengambil wuduk, mahu bersolat
sunat. Lamanya tinggal solat tahajjud di tengah malam. Lamanya juga dia tidak
mengaji al quran. Kalau dulu itulah yang dia lakukan. Tapi sejak ada anak dua,
dia tinggal semua itu alasannya letih lah dan berbagai lagi.
Jangan banyak alasan Liya, tak baik lah. Tegur Aleeya
untuk dirinya sendiri. ALLAH tarik nikmatnya nanti macam mana? Tak kan baru nak
sedar kut. Selesai solat taubat dan solat hajat, dia mengambil al quran di
sebelahnya. Hanya sampai satu muka, mata sudah mengantuk yang teramat sangat!
Ingat nak tidur saja.
“Aik, tak tidur lagi?” tegur Rayyan apabila masuk ke
dalam bilik, Aleeya sedang menyimpang kain telekungnya. Aleeya mengelengkan
kepalanya.
“Dah siap kerja abang?”
“Sikit saja yang tinggal tadi. Dah selesai pun. Esok pagi
ambil fail tu wakil abang pergi meeting yer. Abang ada hal dengan pelanggan
terbesar syarikat kita!”
“Pukul berapa meeting?”
“9.00 pagi!”
“Ok!” jawab Aleeya sambil merebahkan dirinya di atas katil.
“Bagus Liya malam ini, kalau tidak abang kejutkan Liya
beri banyak alasan yer!” tegur Rayyan. Kalau selalu, susahnya nak bangun buat
solat sunat tu. Aleeya tidak menjawab.
“Liya!” panggil Rayyan lagi.
“Esok lah abang sambung berleter tu, Liya mengantuk lah!”
balas Aleeya. Mata sudah pun terpejam.
“Liya kena dengar juga!” usik Rayyan sambil berlalu dari
situ.
Jangan lah di ajak berbual lagi, kalau tak tidur juga,
esok memang aku masuk lewat lah ke ofis. Baru berangan-angan sebelum terlenaa,
telefon bimbit Rayyan pula berbunyi nyaring. Aleeya mengambilnya kerana dia
tahu Rayyan sedang khusyuk solat.
“Puan!’ panggil anak buah Rayyan. Kenal sangat suara itu.
Rashid namanya.
“Ada apa Rashid?” soal Aleeya. Muka Aleeya berubah
apabila mendengar cerita dari pengawal peribadi Rayyan yang diupah untuk
menjaga Puan Sarah, mama mentuanya.
“Okey, nanti saya beritahu Encik Rayyan!”
“Baik, Puan!”
Melihat Rayyan selesai bersolat. Aleeya terus memberitahu
kepada Rayyan hal Puan Sarah. Muka Rayyan sudah mula bimbang dan cemas.
Risaunya mendengar cerita itu.
“Alvin, datang ke rumah abang sekarang boleh?” pinta
Rayyan. Dia perlukan Alvin untuk menjaga anak-anak kembarnya. Setelah mendapat
kepastian dari Alvin, dia terus berkemas.
“Jom, teman abang. Kalau ada Liya tak bimbang lah sikit,
bukan apa takut abang bergaduh dengan kekasih hati mama saja!”
“Kejap, nak tukar baju!”
Puan Sarah yang sedang mabuk itu dipandang dengan mata
yang tajam. Geram dan sakit hati. Marah dengan sikap mama yang tidak pernah
berubah. Sampai bila mama mahu begini? Soal Rayyan di dalam hati.
"Mama..," panggil Rayyan. Melihat wajah Rayyan dan Aleeya membuat Puan Sarah makin berang dan sakit hati. Benci dan menyampah melihat wajah-wajah itu. Anak tak guna, kerana perempuan ini, kau sanggup tinggalkan agama dan aku, yang melahirkan kau yer..,
"Cukup Ryan, kau bukan anak aku lagi. Kalau mahu menjadi anak ku semula, tukar agama kau, mahu???" tengking Puan Sarah membuatkan hati Rayyan semakin terluka. Apa lah mama ini, marah dan benci tak habis-habis kat aku dan Aleeya.
"Apa pun keadaan, Ryan tetap anak mama!" suara Rayyan tegas. Itu kan kebenarannya mama, siapa pun Rayyan, Rayyan tetap anak mama di dunia sampai akhirat.
"Anak??? Aku tak ada anak macam kau!" ujar Puan Sarah sambil menarik tangan kekasih barunya yang muda itu. Jauh lebih muda dari Papa. Mereka berdua berjalan berpimpin tangan. Mahu beredar dari situ. Tetapi di halang oleh Rayyan.
Rayyan menarik tangan kekasih hati Puan Sarah. Mahu saja ditumbuk lelaki yang telah banyak mengikis harta mamanya. Tetapi belum pun sempat menumbuk, Puan Sarah terlebih dahulu menghalang Rayyan. Ditamparnya muka Rayyan dengan kuat sekali.
"Jangan masuk campur urusan aku!" jerit Mama. Rayyan masih mencuba menghalang tetapi Aleeya menarik tangan suaminya.
"Mama..," panggil Rayyan. Melihat wajah Rayyan dan Aleeya membuat Puan Sarah makin berang dan sakit hati. Benci dan menyampah melihat wajah-wajah itu. Anak tak guna, kerana perempuan ini, kau sanggup tinggalkan agama dan aku, yang melahirkan kau yer..,
"Cukup Ryan, kau bukan anak aku lagi. Kalau mahu menjadi anak ku semula, tukar agama kau, mahu???" tengking Puan Sarah membuatkan hati Rayyan semakin terluka. Apa lah mama ini, marah dan benci tak habis-habis kat aku dan Aleeya.
"Apa pun keadaan, Ryan tetap anak mama!" suara Rayyan tegas. Itu kan kebenarannya mama, siapa pun Rayyan, Rayyan tetap anak mama di dunia sampai akhirat.
"Anak??? Aku tak ada anak macam kau!" ujar Puan Sarah sambil menarik tangan kekasih barunya yang muda itu. Jauh lebih muda dari Papa. Mereka berdua berjalan berpimpin tangan. Mahu beredar dari situ. Tetapi di halang oleh Rayyan.
Rayyan menarik tangan kekasih hati Puan Sarah. Mahu saja ditumbuk lelaki yang telah banyak mengikis harta mamanya. Tetapi belum pun sempat menumbuk, Puan Sarah terlebih dahulu menghalang Rayyan. Ditamparnya muka Rayyan dengan kuat sekali.
"Jangan masuk campur urusan aku!" jerit Mama. Rayyan masih mencuba menghalang tetapi Aleeya menarik tangan suaminya.
“Saya sayang mama lah!” jerit Rayyan apabila mama berlari
masuk ke dalam kereta kepunyaan kekasih barunya yang berada berdekatan dengan
tempat itu.
“Aku tak ada anak derhaka macam kau...,” sumpah mama di
dalam kereta. Rayyan mahu mengejar tetapi Aleeya memegang tangan suaminya
dengan kemas.
“Sudah lah tu!” sabar Aleeya. Memang kalau tak sabar
macam tu, bergaduh lah malam ini.
“Sakit hati tau tak?” jerit Rayyan sambil mengarahkan
Rashid dan Kamal beredar dari situ. Dia mengupah orang gara-gara untuk menjaga
mamanya. Tak sanggup melihat mama berterusan begitu.
“Tahu, tapi cuba bawa bersabar!” pujuk Aleeya.
Rayyan mengeluh hampa.
hurm..kasihan Rayyan..Siapa saja yg sanggup tgk emak sendiri macam tu..Semakin hanyut dgn 'syurga' dunia yang tak akan kekal ni..Nasihat cara baik pun tak jalan..Nak kena ikat kat bawah pokok kelapa ni..hahahaha..
BalasPadam~Gurangak ajak~
rayyan memang sayangkan mamanya tetapi mama dia yang bermasalah.. mungkin dia tertekan sebab semua anak-anak lelakinya meninggalkan dia, begitu juga dengan suami kesayangannya yang berpisah dengannya..
PadamSeburuk mana pun dia tetap Mama Rayyan.... Rayyan memang seorang anak yang terlalu sayang dan ambil berat tentang kelurganya... walaupun berlainan agama... Rayyan kena banyak bersabar...
BalasPadamAleeya adalah penguat semangat Rayyan ..... Aleeya berilah semangat pada Rayyan... memang isteri soleha Aleeya ni.... bestttt
watak aleeya dari PE 1 lagi digambarkan dengan seorang perempuan kampung yang masih berpegang teguh dengan agama islam.. jadi dapat suami yang buat perangai pun, aleeya tetap taat dan patuh, sebab Aleeya tahu sebagai isteri, syurganya adalah datangnya dari suaminya.. dalam masa yang sama Aleeya adalah penenang jiwa untuk rayyan
Padam