Isnin, 10 Jun 2013

PENGANTIN EKSPRES 2 - BAB 9



Semalaman Rayyan tidak tidur kerana asyik memikirkan mama. Mama yang semakin hilang arah dan tujuan sejak bercerai dengan papa. Kerana aku kah semua ini berlaku? Aku kah yang menyebabkan mama aku menderita dan sengsara? Kalau Ryan yang bersalah, ampunkan Ryan mama! Keluh Rayyan di dalam hatinya.

Atau pun kerana perkahwinan kami, perkahwinan tanpa restu dari mama, tetapi alhamdulillah aku bahagia sampai ke saat ini. Barangkali kerana restu papa dan keluarga Aleeya. Cuma mama saja yang tidak setuju, dan marahkan aku. Benci sangat kerana aku berkahwin dengan Aleeya, bukan berkahwin dengan gadis-gadis yang menjadi pilihan mama pun.

Aku nak berkahwin dengan perempuan yang ada agama, kerana agama lah yang dapat menyelamatkan kami di dunia dan akhirat. Tanpa agama, jadi lah seperti aku dulu, seperti Julia, seperti Alvin, mama dan papa. Kami bertiga sudah berubah, tinggal mama dan Julia saja yang masih kekal dengan agama lama kami.
“Abang!” panggil Aleeya sebelum melangkah keluar dari kereta. Aleeya tahu Rayyan bersedih hati dengan apa yang berlaku ke atas diri mama. Sejak akhir ini, banyaknya rungutan tentang mama yang mereka dengar. Mama sering bawa pulang lelaki-lelaki muda ke rumah menemaninya. Lelaki silih berganti tetapi kebanyakkan bukan lelaki melayu pun. Ada yang sama umur dengan Rayyan dan Alvin.
“Abang okey lah, jangan Liya yang buat perangai sudah lah. Liya saja yang boleh buat abang naik angin tau tak?”
“Liya pulak yang salah?”
“Memang salah Liya pun. Kerana Liya telah berjaya buat abang jadi macam ni.,”
“jadi macam mana?”
“Hehehe.. rahsia lah, mana boleh cakap kat Liya!” Liya telah berjaya mengubah siapa diri Rayyan yang sebenarnya.

Baru lalu bilik Alvin, terdengar suara Husna dan Alvin bertengkar. Kebetulan pintu bilik tidak ditutup. Rayyan menarik tangan Aleeya supaya mempercepatkan langkah dan berlalu dari situ. Tidak mahu masuk campur urusan adik bongsunya. Nanti lagi panjang cerita.
“Syarikat ini bukan hak saya lah, tetapi hak abang saya!” tengking Alvin sebelum keluar dari biliknya dan menghilang diri.  Rayyan hanya mampu mengelengkan kepalanya. Hendak syarikat ini?? Boleh ke uruskan syarikat yang besar nih?  Lagipun apa hak Husna dalam hal syarikat kami? Aduhai, kenapa manusia  jadi macam nih. Aku pelik lah.
“Liya jangan lupa meeting pagi nih..,” ingat Rayyan apabila Aleeya sudah sampai ke biliknya. Serta merta wajah Husna hilang dari pandangan matanya bila melihat wajah isteri kesayangannya.
“Baik bos!” gurau Aleeya. Suami aku ini memang kuat semangat dan berdikari. Masalah kerja dan masalah peribadi tidak di bawa bersama.  Tahu pula dia membezakan hal itu. Kalau membabitkan aku saja yang dia tak boleh bezakan peribadi atau tidak.
“Panggil apa tadi? Abang tak dengar lah!”
“Mana ada,”
“Balik rumah nanti siap lah Liya!” balas Rayyan membuatkan muka Aleeya naik warna merah.
“Hahaha..,” Rayyan ketawa gembira melihat riak wajah Aleeya yang sudah berubah. Liya, Liya, kita bukan baru kahwin lah, sayang!

Mujur lah hal-hal peribadi ini tidak sedikit pun menganggu tugasan mereka berdua di pejabat. Wajah mama, pergaduhan antara Alvin dan Husna tidak berjaya menganggu Rayyan menjalankan amanah yang diberikan oleh Papa.

Tetapi lewat petang, ketika dia sedang makan bersama Aleeya di dalam bilik, kerana tadi tidak sempat untuk makan tengah hari, telah berjaya mengocak tangkai hatinya sebagai seorang abang. Alvin datang dengan membawa masalah yang terpaksa difikirkan semula.
“Nak syarikat ni?” soal Rayyan. Aleeya hanya mendengar.
“Saya pun ada hak jugak kan?” soal Alvin kembali.  Rayyan mengangguk.
“Boleh. Tetapi dengan satu syarat?” balas Rayyan. Apa salahnya, sebab Alvin adalah adik kandungku. Kalau syarikat ini boleh membahagiakan Alvin dan Husna, dia sanggup mengalah.
“Apa?”
“Dalam masa setahun ini, Alvin kena tunjuk kat Along dan papa bahawa Alvin mampu mengemudikan syarikat kita. Itu syaratnya. Macam mana setuju tak?” cabar Rayyan kepada adik kandungnya. Tak boleh sewenang-wenangnya serahkan syarikat ini kepada Alvin kerana ini membabitkan masa depan pekerja-pekerja di sini. Papa paling pentingkan pekerja-pekerja yang telah banyak berjasa untuk kejayaan syarikat ini.
“Setahun?? Lamanya??”
“Tak lama lah!”
“Tak nak lah!”
“Pulak. Sekarang memang Along tak boleh beri syarikat ini kepada Alvin, sebab Alvin tak ada pengalaman. Bukan kerana hal lain,” pujuk Rayyan. Takut si adik kecil hati pula.
“Saya ni nak kawal isteri seorang pun tak mampu, nak jaga syarikat yang besar ini lagi lah tak mampu..,” keluh Alvin separa kecewa. Hampa dengan hidupnya sendiri barangkali.
“Alvin, belajar lah untuk jadi suami yang baik kepada Husna. Boleh belajar kan?”
“Tak larat nak fikir dah, saya nak bawa diri lah, Along!”
“Jangan lah cakap macam tu, papa dan Along mengharapkan Alvin terus berada di sini,” rayu Rayyan. Dia baru saja kembali, tak kan lah nak pergi lagi.
“Along tak berhak halang saya kali ini,” ujar Alvin meninggalkan mereka berdua. Hmm susahnya. Macam mana sekarang?

Dulu Alvin tinggalkan kami sekeluarga kerana bosan dengan sikap mama yang kaki mabuk itu. Alvin bukan seperti Rayyan yang dulu, Alvin tak suka minum arak, tidak suka berpeleseran dengan perempuan-perempuan, maksudnya Alvin memang lelaki yang baik sejak dari zaman remaja lagi. Cuma Alvin tidak menganut mana-mana agama. Dia bukan islam, dia juga bukan budhha seperti mama, tapi mama lebih kepada agama kristian. Setiap hari Alvin dan mama bergaduh dan kerana tidak sanggup lagi bergaduh, Alvin lari dari Malaysia, membawa diri dari satu negara ke satu negara. Cuma Alvin tidak putus hubungan dengan Rayyan saja, kalau tak hendak di cari di mana adik kesayangannya ini?

Sekarang Alvin ingin pergi lagi kerana tidak tahan dengan karenah isteri sendiri. Suka sangat lagi dari masalah.

Terpaksa telefon papa juga hari ini kerana mahu membincangkan hal Alvin dan hal syarikat. Dia bercadang untuk menyerahkan syarikat ini kepada Alvin saja tetapi papa membantah. Papa mahu Rayyan yang menguruskannya bukannya Alvin. Setelah papa menasihatinya, terpaksa lah dia menurut kata-kata papa walaupun dia berat hati. Bagaimana dengan Alvin??

Esok aku akan pujuk papa juga. Kalau tak berjaya juga, aku tetap aku memujuk papa sehingga berjaya. Itu nekad Rayyan.
“Abang nak serahkan syarikat ini kepada Alvin?” soal Aleeya ketika mereka berdua melangkah pulang.  Dia mendukung Ain, manakala Adam berada dalam dakapan Rayyan. Anak manja Rayyan katakan.
“Ha, ah.., kenapa? Liya tak suka ke?”
“Bukan tak suka, tetapi bolehkah abang hidup susah nanti?” celik-celik sudah berada dalam kemewahan, boleh kah orang yang sentiasa senang dan mewah dengan harta kekayaan hidup dalam kesusahan?
"Segala kekayaan yang kita miliki akan di hitung di akhirat kelak. ke mana arah tujuan kekayaan yang abang ada sekarang digunakan. Apakah untuk amalan di akhirat atau untuk kepentingan abang sendiri. Abang rela tinggalkan semua itu untuk kebahagiaan Alvin dan Husna, cukup lah abang ada Liya dan anak-anak sebab Liya dan anak-anak adalah harta yang paling berharga untuk abang," ucapan Rayyan membuatkan hati Aleeya terharu mendengarnya. Rayyan yang aku kenal memang lah bukan seorang lelaki yang pentingkan diri sendiri. Dia sanggup berkorban untuk keluarganya, tambahan lagi untuk adik-adiknya. Dulu, untuk Julia, sampaikan bergaduh panjang dengan ku. Sekarang Alvin pula.
"Liya akan sokong segala keputusan abang!" ucap Aleeya luhur. Aku akan bersama suami ku di kala senang atau pun kesusahan, walaupun aku tidak pernah hidup dalam kesusahan sejak dari kecil lagi. Hehehe... Kata-kata itu membuatkan Aleeya tersenyum sendiri. Abah dan mak pun orang senang juga, walaupun tak semewah keluarga suamiku. Bolehkah aku hidup susah???
"Liya..., " panggil Rayyan kerana menyangkakan Aleeya menyindirnya.
"Liya tak pernah hidup susah...," jawab Aleeya yang lahir dari hati.
"Hish ke situ lah pulak... abang pun tak pernah hidup susah lah. Dan abang tak akan biarkan keluarga kita hidup dalam kesusahan lah..,"
"Ini yang membuatkan Liya sayang abang nih!" ucap Aleeya sambil mencium pipi kanan suaminya. Tindakan spontan dari Aleeya membuatkan Rayyan sedikit tergaman. Kadang tu malu, orang buat apa semua tak boleh, apa tah lagi kalau depan orang lain. Ada kala tu terlebih berani lah pula, seperti hari ini. Liya, ooo, Liya...
“Tak malu ke cium abang kat sini?” usik Rayyan bahagia sambil masuk ke dalam kereta.  Begitu juga dengan Aleeya. Adam sedang nyenyak tidur  di kerusi baby di belakang tetapi Ain masih berada di dalam pelukan Aleeya.
“Mana ada orang, ada kita berdua saja lah!” jawab Aleeya, Dia cuma mengagak, sedangkan ada tiga orang stafnya sedang mengekori mereka dari belakang.
“Cuba tengok betul-betul..,” gurau Rayyan yang tahu ada stafnya melihat adegan spontan tadi. Apa lah isteri aku nih....
“Abang kan suami Liya, bukan pak we Liya pun,” ucap Aleeya membela diri sendiri.
“Tahu pun, jadi jangan menafikan hak abang. Nie nak peluk kat ofis pun tak boleh..,”
“Tu Ofis bukan rumah,”
“Nie tepi jalan bukan rumah, mcm tak sabar saja nak cium abang!”

Aleeya tersipu malu tetapi tersenyum di dalam hati. Biar pun dia suka naik angin dan marah-marah, tetapi aku tetap sayang kepadanya. Aku jatuh cinta kerana sikap nya yang panas baran itu.

10 ulasan:

  1. Ala kesian nya rayyan...
    Alvin nie tegas la sikit.. Cuba jagi mcm rayyan tu..
    Tegas & romantik...
    Hope rayyan x bg syarikat pada alvin... Sbb kalau dapat kat alvin... Habis la lingkup company.. Dikerjakan dek keluarga husna...
    Rosak..rosak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada syarat yang rayyan berikan kepada Alvin, Alvin kena buktikan dia boleh menguruskan syarikat ini.. mungkin rayyan tak fikir panjang tentang husna.. rayyan hanya fikir tentang alvin sj..

      Padam
  2. alamai..nak kena masuk peti ais ni..
    cair-cair!Hhehehehe..
    Oh my abang kepala hangin..sweet sangat..]
    Kak..boleh kena 'kncing manis' ni..Hahahahaha..
    Alvin ni sikit2 nak lari..sampai bila nak selesai klu asyik lari dari masalah kan?
    Tapi ok kot klu Alvin tenangkan diri sekejap..Mungkin Husna akan sedar yg Alvin tu dah cukup baik untuk dia..Hurrm..
    Bila berkaitan dgn harta benda ni..keluarga pun boleh bermusuh bila ada orang tu jadi tamak..
    best..hehehe

    ~Gurangak aja~

    BalasPadam
    Balasan
    1. tepat sekali kata-kata awak tu dik.. kerana harta, keluarga boleh berpecah belah, tetapi mujurlah Alvin tidak bersikap begitu kepada Rayyan, cuma Alvin ni hidupnya tak boleh di timpa masalah, kalau ada masalah, dia tak pandai menyelesaikan masalahnya sendiri.. semuanya mengharap kan rayyan

      Padam
  3. Alvin x tegas seperti Rayyan... terlalu ikut kata Husna...
    Rasanya biarlah Alvin pergi tenangkan fikiran dahulu.... biar Husan dan kelurga rasa kerja di bawah Rayyan tampa Alvin untuk menolong mereka.... kalau rasa x boleh buat kerja dan x puas hati biar mereka angkat kaki keluar dari company Rayyan... mungkin bila Alvin x ada baru Husna rasa x ada orang nak layan kerenah dia... dan rasa pentingnya Avin pada Husna....

    BalasPadam
    Balasan
    1. betuul.. biar alvin tenangkan hati dan jiwanya dulu...
      biar husna rasa mcm mana kalau Alvin tiada di sisinya.. mana tau husna boleh menghargai Alvin selepas ini..

      Padam
  4. biarlah Alvin tuh bawak diri...tinggalkan je Husna, pandai2 jek Husna dgn family dia tuh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe.. Husna sedang menghancurkan hidup Alvin sebenarnya..

      Padam
  5. Biarlah Alvin tu g Rayyan moga dengan kehilangannya nanti akan buat Husna berubah sapa tahukan selalu bila didepan mata kita tak hargai bila dah hilang baru tercari-cari

    BalasPadam
  6. idea mcm tu juga.. memang ALvin akan pergi, biar pun Rayyan memujuk.. Alvin akan tinggalkan Husna..

    BalasPadam