Isnin, 3 Jun 2013

PENGANTIN EKSPRES 2 - BAB 7



“Papa tunggu kat KLIA lah tadi. Abang tak sempat nak beritahu Liya. Alvin pun tak tahu!” perlu jelaskan perkara ini. Bukan aku sengaja meninggalkan dia kepada Alvin pun. Aku tahu hukumnya. Aku tahu batas larangannya, walaupun Aleeya hanya menganggap Alvin seperti adik kandungnya sendiri. Tetapi kita tak tahu apa tanggapan orang. Aku percayakan Aleeya sebab dia isteriku, dan aku percayakan Alvin, sebab aku kenal benar dengan adik bongsu ku itu. Jadi, aku tahu apa yang aku lakukan.
“Hmm..,” keluh Aleeya. Rupa ada perkara mustahak dia meninggalkan aku tadi. Aku yang cepat terasa dan berkecil hati dengan tindakannya pagi tadi.
“Apa lagi ni?” suara Rayyan apabila mendengar keluhan yang muncul di bibir isterinya. Marah lagi lah tu.  Aleeya diam tidak menjawab.  Tangan Rayyan digenggam erat sambil diayunnya perlahan. Hendak marah dah tak boleh. Hendak mengamuk pun dah tak guna. Tapi pernah kah aku mengamuk kat suami aku nih? Tak pernah walaupun sekali. Tetapi merajuk kerap sangat lah! Fakta dia tinggalkan aku pagi dah terlalu kukuh, kalau marah jugak memang aku cari penyakit lah tu.

Rayyan memandang wajah Aleeya yang semakin ayu. Mahu saja dipeluk Aleeya ketika ini. Tetapi sekarang kat ofis, nanti apa pula kata stafnya. Tetapi teringinnya nak peluk Aleeya sekarang..., Sebab dia adalah Penenang Jiwaku. Bila lihat wajah dan senyumannya hati yang sedang lara dan gelisah pun boleh jadi tenang dan damai. Kalau berduka boleh rasa bahagia sangat-sangat. Sebab itu aku bawa dia ke sini, bukan ada sebab lain. Aku mahu melihat wajahnya yang memberi sumber inspirasi kepada ku.
“Pergi lah buat kerja abang, nanti bila free kita bincang, okey?” suruh Aleeya.  Aku kena hormat ini adalah tempat kerja bukan rumah pun. Kalau rumah lain cerita.
“Aik, Liya beri arahan kepada bos ni? Mana boleh cakap macam tu kat bos Liya!” gurau Rayyan. Sempat lagi mencuit dagu Aleeya. Aleeya membiarkan saja.
“Abang tak ada kerja ke hari ni?”
“Ada!” tapi Liya yang penting dalam hidup abang.
“Habis tu?”
“Ada orang marah dan merajuk pagi tadi, sebab itu lah abang pening kepala sekarang!”
“Tau pun!”
“Sekarang abang nak dengar isi hati Liya, boleh tak sayang!” pujuk Rayyan membuat Aleeya tersenyum senang. Sebab itu aku suka merajuk. Sebab ada orang yang akan memujuk aku.

Liya ni anak manja lah Rayyan, kena ingat tentang itu, Haji Mohsin paling manjakan Aleeya sebab Aleeya anak perempuan seorang. Malah anak bongsu pula tu. Kau sendiri pun tahu akan itu. Dan jangan ketepikan semua itu atau melupakan akan hal ini, kerana ini akan membuatkan hati Liya terasa. Biar pun Liya sudah bergelar ibu sekarang tetapi manja itu tetap ada dalam diri Liya.

Lagi pun kalau lah Liya tidak bermanja dengan kau, dengan siapa lagi Liya hendak bermanja? Dengan abah? Kau kan ada..,

Rayyan tersenyum mengingatkan akan hal itu. Hahaha.. nama pun aku kahwin dengan anak manja, nasib lah kan. Perhatian untuk Aleeya memang dilebihkan mengatasi apa saja yang ada di sekelilingnya. Aleeya itu paling penting dalam hidupnya.
“Cakaplah!”
“Cari tempat yang best sikit boleh tak Encik Rayyan!” luah Aleeya. Tak selesanya kat sini.
“Simpan lah dalam hati Liya lama-lama yer, tahan lah sakit hati Liya tu!” ujar Rayyan sudah naik marah. Dia meninggalkan Aleeya dengan menghempaskan daun pintu dengar kasar dan kuat.

Kan sudah kena marah Aleeya. Marah kan aku kerana memanggilnya dengan nama ‘Encik Rayyan’ lah tu. Dia kan tak suka aku panggil macam tu. Biar lah.

Datang berasingan, balik pun berasingan juga. Aleeya pulang sendiri tetapi dengan kereta Rayyan. Rayyan pulang terlebih dahulu dengan Alvin bersama anak-anaknya. Kereta ditinggalkan kepada Aleeya kerana Aleeya ada hal tadi. Puteri Shima dan Akma datang berjumpa dengannya di pejabat. Tak sanggup menunggu Aleeya yang sedang berborak sakan, Rayyan mengambil keputusan pulang dengan Alvin terlebih dahulu. Sebab Rayyan tahu, kalau Aleeya berjumpa dengan sahabat baiknya itu, lambat lagi lah nak balik. Boleh lupa semua perkara kalau berjumpa dengan sahabat-sahabat baiknya itu.

Ketika dia sampai, Rayyan sedang bermain dengan anak-anak di dalam bilik. Terdengar suara Rayyan sedang memujuk Adam yang sedang menangis.  Tentu Rayyan sudah mandikan Adam dan Ain. Rayyan memang tak kisah untuk mandikan si kembar itu. Malah Rayyan juga yang siapkan pakaian mereka berdua. Boleh lah Aleeya buat kerja-kerja yang lain. Cuma sebelah malam saja perlu bergilir. Tapi Aleeya tak kisah tentang itu. Adam sudah berhenti menangis ketika Aleeya menolak daun pintu. Nampak Rayyan sedang mendodoikan Si Adam sambil menyuapkan botol susu ke mulut Adam. Ain sedang bermain di sebelah papanya. Ain yang  tidak banyak karenah. Tetapi wajah Ain, rambut Ain banyak mewarisi Puan Sarah, neneknya. Kalau lah Puan Sarah melihat tentu terkejut. Mata pun seperti mata Alvin.
“Assalamualaikum!” suara Aleeya sambil menghampiri Rayyan. Di ambilnya Ain lalu dikucup pipi Ain bertalu-talu. Rindu...,
Salam tidak disambut. Jawab dalam hati kut.
“Abang..,”
“Pergi lah mandi dulu. Dah nak masuk mahgrib tu!” perlahan suara Rayyan. Tidak ada senyuman pun.
“Marah kat Liya?” soal Aleeya sambil melihat anak mata suaminya yang jernih itu. Suka!
“Bukan Liya yang marah kat abang ke?” balas Rayyan balik. Aleeya menoleh ke arah lain. Tak sanggup melihat wajah suaminya itu. Ain diribanya. Sambil tangan kanan menepuk Ain perlahan.
“Mula-mula pujuk, lepas tu kena marah. Serupa abang tak pujuk lah kan?”
“Pujuk tak jalan, sakit hati juga lah!” kata Rayyan, meletakkan Adam yang sudah terlena.  Dia berlalu keluar.
“Bagus tu, sekurang-kurangnya abang tahu erti sakit hati macam mana.,” ujar Aleeya ketika Rayyan sampai di muka pintu. Rayyan menjeling tajam! Aleeya hanya tersenyum saja kali ini.  Senang hati dengan gelagat suaminya.

Niat asal mahu makan di luar malam ini dengan meninggalkan Adam dan Ain kepada ayah saudaranya, Alvin. Tetapi Adam tidak benarkan. Adam yang ‘ngam’ dengan sesiapa pun kecuali Papa dan Ibunya.  Meraung kuat apabila Alvin menyentuh badannya, kecuali Ain yang bermanja habis-habisan dengan Alvin. 
“Siapa yang nak pujuk ni?” soal Alvin.
“Beri kepada abang kau, nanti berhenti lah menangis tu,” jawab Aleeya sambil tersenyum.  Aleeya mendukung Ain lalu di bawa ke ruang tamu. Pakai cantik-cantik kononnya nak pergi ‘dating’ tetapi apa dah jadi sekarang?? Hahaha, idea Rayyan yang mahu membawa Aleeya keluar makan di luar, sedangkan Aleeya sudah berkeras tadi, kerana sudah tahu perangan Adam yang tidak mahu dengan sesiapa pun termasuk Alvin.

Lewat malam, Aleeya masih di jendela luar, menyaksikan keindahan malam anugerah ALLAH yang maha esa. Besarnya kurniaan ALLAH bila diteliti dengan hati dan akal fikiran apabila melihat bintang-bintang yang berkerlipan di langit. Tanpa apa sokongan pun, tiada tiang, tiada pelekat atau apa saja yang boleh membuatkan bintang-bintang itu tergantung di langit.  Itu tandanya ALLAH maha berkuasa.
“Liya!” panggil Rayyan sambil merangkul bahu Aleeya yang sedang berdiri melihat keindahan malam.
“Nak tahu kenapa Liya marah tadi?”
“Abang memang nak dengar pun kenapa buah hati abang ni tarik muka masam tadi,”
“Liya tahu abang percayakan Liya, dan abang juga percayakan Alvin. Liya anggap Alvin macam adik sendiri, tetapi itu pandangan kita lah. Pandangan Husna dan orang lain bukan seperti apa yang kita fikirkan. Orang boleh berfikir macam-macam kalau melihat Liya dengan Alvin. Dan bukankah Liya juga berdosa kerana menyebabkan keadaan menjadi begitu. Liya tak nak berdosa kerana salah sangka orang terhadap Liya...,” jelas Aleeya. Rayyan memeluk erat bahu isterinya, lalu merangkul erat ke dadanya. Aku memang tidak salah memilih isteri. Kalau orang lain apakah masih berfikir seperti apa yang Aleeya fikirkan. Sekarang, orang sudah tidak peduli halal haram. Orang sudah tidak ingat hukum larangan antara lelaki dan perempuan. Tetapi itu orang lain. Bukannya Aleeya.

Rayyan terdiam. Teringat kisah Nabi Muhammad S.A.W  bersama isterinya Aishah yang baru di bacanya sebentar tadi untuk dijadikan pengajaran dan pedoman buat kita semua yang menjadi umat Islam.

Kisahnya begini...
Setiap kali nabi memulakan sesuatu ekspedisi peperangan, beliau akan membawa isterinya untuk menemaninya. Aishah terpilih untuk menemani nabi dalam ekspedisi peperangan terhadap Bani Mustaliq. Sewaktu pulang ke kota Madinah, rombongan nabi telah singgah di satu perhentian untuk berehat seketika pada waktu malam.

Aishah keluar dari kawasan khemah untuk membuang air. Ketika pulang semula ke kawasan khemah selepas membuang air, beliau mendapati rantainya hilang. Aishah berjalan semula ke tempat beliau membuang air untuk mencari rantainya. Setelah mencari untuk jangka masa panjang, rantai itu berjaya ditemuinya.

Apabila pulang semula ke kawasan khemah, rombongan nabi sudah beredar tanpa mengetahui Aishah tiada dalam rombongan mereka. Aishah tidak panik atau berasa takut kerana tahu rombongan itu akan kembali jika menyedari dirinya tiada dalam rombongan mereka. Beliau menyelimutkan dirinya lalu baring sambil menunggu rombongan nabi berpatah balik. Namun tiada siapa yang datang sehingga Aishah tertidur dengan nyenyak.

"Kasihan! Isteri nabi ditinggalkan seorang diri di sini." jerit Safwan bin Muatal yang lalu di kawasan Aishah sedang baring pada keesokan hari.

Aishah yang terkejut dengan jeritan itu bangkit dan menutup mukanya dengan selimut. Safwan membawa untanya lalu mendudukkannya sebelum beredar jauh dari Aishah. Safwan menarik unta yang ditunggang oleh Aishah dengan pantas menuju ke Kota Madinah. Kepantasan Safwan menarik unta itu menyebabkan Aishah tiba di kota Madinah tidak berapa lama selepas ketibaan rombongan nabi.

Abdullah bin Ubay, Mistah bin Athathah, Hassan dan Hamnah, sepupu Zainab binti Jahsy berpakat memfitnah Aishah bahawa beliau berlaku curang dengan Safwan. Khabar fitnah ini bertiup kencang di Kota Madinah sehingga tiba di cuping telinga nabi.

Ini lah dinamakan fitnah dan fitnah begini sepatutnya dielakkan kerana ini bisa mengugatkan rumah tangga kami. Walaupun tidak berlaku tetapi mulut manusia selalunya amat berbisa.

Tetapi Rayyan mahu menduga hati Aleeya dengan persoalan ini. Agaknya apa reaksi Aleeya kalau isu ini aku bangkitkan malam ini? Mengamuk atau tenang saja?

10 ulasan:

  1. bestlah akak.. seronok sebab ada ilmu lain yg patut semua orang ketahui.. ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. ramai yang tak tahu kan.. cerita sejarah nabi nih.. jadi apa salahnya kita selitkan semua tu..

      Padam
  2. best akk tq tak sabar nak tahu kisah rayyan dan aleya seterusnya

    BalasPadam
  3. Finally dapat juga baca 2 bab teus hahaha..
    Lidah manusia ni 'tajam'.. sangat bisa..Apa lagi bila timbulnya Fitnah..Benda yang tak ada pun diada-adakan..
    Best..Superb hhehehe..

    ~Gurangak aja~

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. kerana fitnah ni boleh merosakkan bermacam cerita.. fitnah ni yang amat menakutkan..

      Padam
  4. Besttt sangatttt... banyak pengajaran dari cerita Rayyan dan Aleya.... bab agama yang diselitkan sekali buat cerita lebih indah....
    Kadang-kadang memang kita anggap perkara ini remah ja... sebab pi dengan adik ipar juga... tapi pandangan orang dan menimbulkan fitnah tu kita lupa .... Kak Sue Follow....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha, ah.. hubungan antara Aleeya dan Alvin tu biasa saja.. tetapi isteri Alvin pula yang tak suka.. jadi kalau lah Husna boleh berfikir perkara yang tak elok tentu org lain pun sama kan?

      Padam