Sabtu, 15 Jun 2013

PENGANTIN EKSPRES 2 - BAB 11



SYUKUR??? Apakah aku lupa bersyukur setelah memiliki segala nikmat yang ALLAH berikan. Dapat seorang suami yang baik, ada anak-anak yang comel dan diberi kemewahan? Apakah kerana semua ini, membuatkan aku tidak bersyukur.
“Liya, jangan tinggalkan ALLAH kala Liya senang, takut ALLAH tinggal kan Liya kala Liya susah nanti,” gegendang telinganya seolah mendengar bait bicara abah di kampung. Rindu kat abang, sebab dua minggu dah tak telefon abah kat kampung. Rayyan yang kerap menghubungi abah dari dia yang menjadi anak abah.
“Kenapa ni?” soal Rayyan melihat Aleeya masih belum terlena. Dia baru selesai menyalin lampin Ain yang menangis sekejap tadi.
“Susah hati...,” ucapnya perlahan. Matanya memandang raut wajah Rayyan di sebelah. Lengan Rayyan di ambil lalu diletakkan kepalanya. Dia lelaki yang baik, biar pun kami sering bergaduh tetapi dia tidak pernah membawa rajuk itu memakan hari. Marah pun tak sampai sejam lamanya.
“Tidur lah, abang redha atas apa yang Liya lakukan, jangan lah susah hati..,”
“Maksub abang, Liya buat perangai, marah abang dan bermacam lagi tu abang tak kisah ke?”
“Hehehe...,”
“Abanggg.,”
“Abang faham sangat perangai Liya tu.. “ ucap Rayyan sambil mencuit hidung Aleeya.  Aleeya tersenyum saja.
“Lamanya abang tak lihat Liya call mak dan abah di kampung. Sibuk sangat ke?” soal Rayyan ketika Aleeya mahu memejamkan matanya. Lupa lah, tadi memang cadang nak call abah dan mak pun.
“Pinjam telefon abang kejap!” minta Aleeya. Telefon mesti tertinggal kat mana-mana. Hmm, sikap Aleeya yang tidak boleh diubah. Mungkin sudah semula jadi begitu. Hmm..
“Nah cakap!” ujar Rayyan setelah mendail nombor abah di kampung. Aleeya menyambutnya di letaknya di cuping telinga sebelah kanan. Terdengar suara abah, hatinya dipagut pilu. Rindu kat abah dan mak di kampung. Lamanya tak balik kampung sejak berkahwin sekarang. Baru lima minit berbual dengan abah dan belum puas mengadu pada abah.
“Mak nak cakap dengan Liya!” beritahu abah. Hah??? Mak nak cakap, selalunya mak akan bercakap perkara yang amat penting saja dengan Liya, kalau hal remeh temeh mak tak kisah pun. Mak abaikan saja.
“Assalamualaikum mak!”
“Waalaikummussalam, Liya!”
“Rindu kat mak lah..,” ucapnya sambil tersenyum.
“Banyak lah kamu punya rindu. Ni mak nak cakap kat Liya ni..,”
“Apa dia mak?”
“Boleh tak Liya jangan melawan cakap suami Liya, berdosa tau tak?”  leter mak di hujung talian. Marah Rayyan? Mana mak tahu ni? Abang cakap dengan mak atau abah ke?
“Tak lah mak. Liya tak buat benda tu,”  ucapnya perlahan. Sampai hati abang buat Liya macam ni?
“Memang lah kamu tak buat sekarang, kamu tu bukannya boleh harap sangat!”
“Tak lah mak,” ujar sambil menjeling ke arah Rayyan. Mesti kerja abang kan?
“Berdosa kalau lawan cakap suami, tahu tak?”
“Tahu mak!”

Mood nak cakap dengan abah terus hilang, lagi pun mak telah memutuskan talian.
“Ni mesti kerja abang,”
“Apa pula ni?”
“Abang mengadu yer?”
“Mengadu apa? Tak faham lah abang!”
“Abang cakap kat mak, Liya bergaduh dengan abang kan?”
“Tak ada kerja lah tu. Ingat abang nie apa?” marah Rayyan kembali. Tapi memang pun bukan kerja Rayyan. Aleeya berfikir semula. Rayyan nie bukannya lelaki yang jenis begitu. Cuba lah awak positif sikit si Aleeya ooi.
“Aduhai, tadi dah lah kena buli dengan abang, sekarang kena marah dengan mak pula,” ucapnya perlahan. Rayyan tersenyum saja. Dia mahu bangun dari situ. Malam ini mahu saja tidur di bilik si kembar di sebelah saja.
“Nak ke mana tu?” soal Rayyan apabila melihat Aleeya cuba bangun dari sisinya. Di tariknya tangan Aleeya.
“Nak tidur dengan anak-anak lah!”
“Hah, itu berdosa namanya. Abang tak suka tindakan Aleeya yang ini,” ujar Rayyan. Amboi, kalau marah, sebut habis nama kita yer.
“Susah jadi isteri, semua buat tak boleh kalau tanpa izin suami!” ujarnya sambil merebahkan dirinya di sisi Rayyan. Rayyan merangkul pinggangnya.
“Layan suami dapat pahala besar Puan Aleeya ooi. Pahala mudah macam ini pun tak nak ke?” usik Rayyan. Aleeya buat-buat tidak dengar saja. Hendak tarik muka masam tak boleh, hendak membelakangi suami lagi lah tak boleh. Berdosa tu Aleeya. Ingat mula-mula dia orang kahwin. Janjinya kepada diri sendiri. Dia mahu menjadi isteri yang setia kepada suami biar apa pun terjadi. Dia mahu menjadi isteri yang menyenangkan hati suami. Dia mahu menjadi isteri yang boleh mendamaikan jiwa suaminya. Bukannya menjadi isteri yang suka lawan cakap suami atau yang membuatkan hati suaminya resah. Tangan kanan Rayyan di ambil lalu dikucupnya perlahan. Aku tidak mahu menjadi isteri yang berdosa biar pun perangai suami ku mencabar kesabaran ku.
“Tidur lah, pejamkan mata mu sayang!” bisik Rayyan di telinganya. Sejuknya hati. Hilang resah dan susah hati kerana kena marah dengan mak tadi.
“Liya buat mak marah tadi..,” ucapnya separuh kesal.  Aduhai banyaknya kesilapan hari ini.
“Liya ni kenapa buat macam tu kat mak? Call mak sekarang!” arah Rayyan tegas. Apa lagi kena marah dengan Rayyan semula lah. Apa tah lagi setelah menghubungi mak dan abah, tiada jawapan dari sana. Mungkin mak dan abah sudah tidur, sebab jam sudah pukul satu pagi. Waa.. lagi lah tak boleh lena malam ini.
“Biar bergaduh dengan abang, tapi jangan bergaduh dengan mak. Walaupun syurga Liya kat abang, tetapi mak liya yang lahirkan dan besarkan Liya, pergorbanan mak liya lagi besar dari abang, tau tak?” tengking Rayyan. Menitis air mata Aleeya apabila mendengar bicara itu.

Rayyan terus bangun dan meninggalkan Aleeya bersama air matanya.
“Abang, jangan tinggalkan Liya!” ujarnya sambil menahan Rayyan dari bangun. Tak mahu buat dosa banyak kali malam ini.
“Abang nak tengokkan anak-anak lah. Tak dengar ke Adam menangis?” suara Rayyan sedikit pun tidak kendur. Masih lagi marah.
“Abang..,”
‘Abang tak ajar Liya jadi anak derhaka kat mak atau abah.  Biar pun abang ada kuasa sebagai seorang suami tetapi yang paling penting dalam hidup kita adalah mak dan abah..,” kata Rayyan sebelum melangkah keluar dari bilik tidur mereka.

Pergaduhan antara mereka berlarutan kali ini. Biar pun Aleeya sudah memohon maaf kepada mak selepas sembahyang subuh pagi ini. Semalaman dia tidak boleh tidur kerana ingatkan perbuatannya kepada mak semalam. Dia hanya menunggu azan subuh untuk menghubungi mak saja kerana dia tahu mak akan bangun awal untuk berjemaah dengan abah di surau yang berdekatan dengan rumah mereka. Dia mula cuti hari ini. Sakitnya perut dan kepala hari pertama period. Jangan lah ada orang cari pasal dengannya pagi ini. Boleh meletup dunia jawabnya.

Selesai satu perkara, tetapi suaminya menarik muka masam sepanjang masa bertolak ke pejabat. Marah sungguh dia kali ini.

Boleh dikatakan semua orang kat ofis tahu pasangan suami isteri ini bergaduh. Mana taknya Rayyan yang jelas sangat sikapnya. Banyak staf yang kena marah dengan bos besar hari i ni, walaupun kesilapan yang mereka lakukan agak kecil, tetapi kerana bos ada masalah rumah tangga, habis kena marah. Aleeya tenang saja. Tidak menunjukkan sebarang reaksi walaupun dia tahu kesilapan berpunca darinya.

Aleeya tidak minum dan tidak makan hari ini. Makanan yang dibeli oleh Rayyan sebentar tadi tidak disentuhnya. Hilang selera makan hari ini dengan sikap suaminya yang panas baran itu. Tapi dia memang tak lalu nak makan hari ini. Marahkan isteri kenapa babitkan pekerja pula. Itu yang Aleeya tidak suka. Marah lah kepadanya saja, jangan libatkan orang lain.

Kenal sangat dengan sikap dia, kalau tak suka sesuatu, dia akan cakap berterus terang, tidak seperti aku yang menyimpan dalam hati saja. Bukan apa pun kalau cakap tentu bergaduh saja.  Tetapi hari ini dan semalam, sudah terbalik jadinya.  Waktu rehat Aleeya menghabiskan masanya dengan Adam dan Ain saja. Malah Rayyan hanya menjengguk sekejap saja dan terus pergi dari situ.
"Liya!" seru Rayyan melihat sikap Aleeya yang tak endah kepadanya. Orang dah minta maaf lah. Itu pun tak nak terima.  Sekarang, kenapa cari Aleeya pula? Marah Aleeya di dalam hati.
"Abang kena profesional lah, ini pejabat, bukan rumah pun," lembut suara Aleeya. Satu ofis tahu aku bergaduh dengan dia. Tengok sudah bercampur aduk sekarang. hal rumah tangga sudah terbawa-bawa sampai ke pejabat.
"Profesional apanya lagi? Siang ke malam ke, ofis ke rumah ke, Liya tetap isteri abang. Tak payah nak tegur abang lah, Liya pun tahukan abang tak suka Liya tegur abang mcm tu," jerit suara Rayyan di sebelah biliknya. Cakap melalui telefon saja, tetapi mata saling memandang. Hanya cermin terang benderang yang menjadi dinding pemisah antara mereka. Nampak jelingan mata suaminya dengan jelas. Tajam dan menikam ke sukma.
"Habis abang nak satu ofis tahu kita bergaduh? Begitu? suara Aleeya agak tinggi kedengaran. Aku pun mood tak okey juga hari nie. Faham-faham saja lah kalau time lampu merah ni?Angin pun tak ok, kepala sakit, perut dan pinggang pun sakit. Lupa pesanan mak semalam.
"Liya, cakap sopan sikit boleh tak?" marah Rayyan semakin menjadi. Aleeya meletakkan gagang telefonnya, walapun masih mendengar suar Rayyan memanggil-manggil namanya. Aleeya bangun dan terus menarik langsir berwarna biru di dinding. Sudah tidak boleh melihat satu sama lain. Biarlah suami merangkap bos itu tahu aku sedang marah kepadanya dengan sikapnya semalam dan hari ini.

Aleeya menahan kesakitan. Dipegangnya perutnya yang sedang memulas.  Pukul berapa sekarang yer? Teringin nak balik berehat kat rumah. Selalunya dia mohon cuti atau mc saja kalau keadaan begini. Tak tahan lah.

Pintunya ditolak orang. Rina ke? Kalau Rina, dia mahu meminta tolong kepada Rina hari ini. Tetapi bukan Rina yang muncul tetapi suaminya. Apa lagi nih. Aleeya berpura-pura tida sakit di hadapan suaminya.

“Baru semalam, abang pesan, hari ni dah buat perangai semula!” ucap Rayyan sambil menghampiri Aleeya. Dia duduk atas meja berdekatan dengan kerusi Aleeya. Aleeya tidak menjawab. Sakit sangat!
“Liya!” panggil Rayyan. Aleeya terus mengadap komputer. Pura-pura menyemak minit mesyuarat di dalam komputernya.
“Aleeya..,”
“Liya nak buat kerja lah..,” ucapnya berdalih. Rayyan terus bangun. Baru dua langkah terdengar sesuatu jatuh dari atas meja Aleeya. Bekas pensel. Bertaburan pen dan pensel di atas lantai. Rayyan memandang Aleeya yang sedang menahan kesakitan.
“Liya kenapa ni?” ucap Rayyan sambil membantu Aleeya mengutip pen dan pensel.
“Liya...,”
‘Abang dah tahu lah. Period kan. Jom abang hantar Liya balik..,”
“Kalau dah tahu kenapa buat Liya macam ni?”
“Baru tahu pagi tadi, tapi Liya tak cakap apa-apa pun. Nak berahsia apa lagi dengan abang?”
“Dah abang tarik muka masam pagi tadi?”
“Dah lah, jom balik!” katanya sambil merangkul Aleeya. Dipimpinnya Aleeya untuk keluar.
“Liya boleh jalan lah!
“Jangan cari pasal, boleh tak?”

Bukan kerana Aleeya, dia tarik muka masam. Bukan kerana Aleeya dia mengamuk hari ini. Tetapi kerana keputusan Alvin yang mengejutkan itu yang membuatkan dia seperti mahu menelan orang saja.  Marahnya kepada Husna dan keluarga Husna yang menyebabkan adiknya menjadi begitu. Dan satu lagi adalah kerana mamanya.

Itu yang Rayyan simpan di dalam hati.

1 ulasan:

  1. Rayyan kalau ada masalah kelurga kena kongsi bersama isteri juga... jangan lepaskan pada orang yg x sepatutnya... kasihan Aleeya dan pekerja di office...
    tapi Rayyan memang seorg suami yg baik tapi terlebih tegas... hehehe

    BalasPadam