Sabtu, 15 Jun 2013

PENGANTIN EKSPRES 2 - BAB 12



Itu kalau Rayyan marah, tetapi kalau bab pujuk memujuk memang serah kat Rayyan lah. Ketika jalan mahu keluar dari ofis tadi, Aleeya rasa pitam dan mahu muntah saja. Perut sudah masuk angin barangkali kerana tidak makan apa-apa sejak dari pagi tadi lagi. Mujur lah Rayyan sempat mencapai badan Aleeya yang mahu terjatuh itu. Di didukungnya Aleeya ke dalam kereta.
“Rina, tolong tengok anak-anak saya yer!” pesan Rayyan sebelum melangkah keluar dari Ofis. Kebetulan Rina mengekorinya dari arah belakang.

Menitis juga air mata lelakinya apabila melihat keadaan Aleeya yang lemah itu. Aku lah yang bersalah dalam hal ini. Hal Alvin dan Husna terbawa-bawa ke dalam rumah ku. Bimbangkan Alvin sampaikan aku babitkan Aleeya dalam hal adik beradik kami. Apa nak jadi nih?
“Astagfirullahazim!” lafaznya perlahan.
“Abang!” panggil Aleeya sudah kembali sedar. Apabila Rayyan menyapu minyak angin di kedua belah dahinya.
“Liya pengsan tadi. Maafkan abang kerana tak jaga Liya elok-elok selama ini,” ujarnya kesal. Kesal yang amat sangat. Aku suami, mana boleh buat macam tu kat Liya.
“Liya ok lah!” pengsan kerana tak tidur semalam, bukan kerana apa-apa pun. Sebaik saja sampai di rumah, Aleeya cuba bangun dan mahu keluar sendiri.
“Liya, jangan bergerak yer!” halang Rayyan sambil menolak pintu kereta di sebelahnya.

Sekali lagi dia mendukung Aleeya dan membawa Aleeya masuk ke dalam rumah. Lamanya abang tak dukung Liya macam ini. Rindu tau tak? Aleeya tidak pamerkan senyuman itu. Di simpannya di dalam hati.
“Liya boleh jalan lah!” ucapnya. Pura-pura saja tu.
“Biar abang jaga Liya hari nie..,”
“hari ini saja? Kalau gitu Liya nak sakit hari-hari lah!” balas Aleeya ketika Rayyan meletakkan dirinya di atas katil yang empuk. Mata kembali pusing. Muntah yang ditahan sudah berada di kerongkongnya. Sudah tidak mampu di tahan lagi.
‘Liya!” jerit Rayyan ketika Aleeya cuba bangun dan berlari ke arah bilik air. Mujur lah sempat sampai ke singki. Rayyan mengurut belakang badan Aleeya. Hanya air saja yang dimuntahkan.
“Liya pregnat ke?”
“Period lah!”
“Selalu tak macam ni?” bimbangnya di dalam hati.
“Perut Liya kosong sejak pagi tadi lagi,”
“Hmm..,” keluh Rayyan lagi. Semuanya kerana dia. Dipimpinnya tangan Aleeya. Aleeya membuka tudungnya membiarkan rambut terurai begitu saja.
“Rehat lah!” pujuk Rayyan melihat Aleeya merebahkan dirinya perlahan-lahan.
“Abang, anak-anak tak ambil lagi kan?”
“Jangan lah bimbang, abang dah suruh Rina dan Alvin tolong tengokkan!”
“Abang balik ofis ambil anak-anak dululah. Liya nak rehat ni!” ucap Aleeya masih bimbangkan si kembarnya. Ain tu tak ada masalah, Adam tu yang susah. Buatnya dia menangis nanti, habis kecoh satu ofis.
“ Tidur lah, jangan fikir banyak sangat. Semalam pun Liya tak tidur kan?” diambil minyak angin di dalam tas tangan Aleeya. Mahu disapukan di kepala Aleeya tetapi Aleeya menghalangnya.
“Liya sakit perut lah!” beritahu Aleeya. Di bawa tangan Rayyan ke perutnya. Rayyan menyapu minyak angin di perut Aleeya, lalu diusap perlahan sehingga Aleeya terlena barulah dilepaskan.

Tidurnya nyenyak dan tenang sekali. Malah sampai termimpi-mimpi pula. Mimpi indah yang membahagiakan. Dia terjaga bila terdengar azan mahgrib berkumandang. Mata Aleeya dibuka perlahan. Terlihat olehnya suaminya yang setia menantinya. Rayyan tersenyum senang hati melihat wajah Aleeya sudah tidak pucat lagi.
“Dah ambil anak-anak?” soal Aleeya. Sebab tidak mendengar suara tangisan si kembarnya.
“Ada dengan papa dan Alvin kat bawah!” beritahu Rayyan.
“Bila papa datang?”
“Ketika Liya pengsan tadi lah..,” sepatutnya dia kena sambut papa kat airport tetapi Aleeya pula jatuh sakit. Jadi, dia suruhkan drebar syarikatnya yang menjemput papa saja.  Alvin pula ada hal katanya.
“Abang, Liya lapar lah!” beritahu Aleeya. Baru selera makan datang semula.
“Nak suruh abang masak ke?” soal Rayyan. Aleeya mengangguk saja.
“Memang nak pun!”  ucap Aleeya. Rayyan tersenyum. Dah agak dah.
“Baik lah tuan puteri!”
“Okey, Liya nak mandi lah dulu, nanti lepas mandi, Liya turun kat bawah!” beritahu Aleeya dan cuba bangun.
“Liya tunggu kat atas ni. Abang bawa masuk makanan kat sini!”
“Apa pula kata papa nanti?”
“Papa tak kisah lah, sayang!” balas Rayyan sebelum meninggalkan Aleeya.

Boleh menyanyi di bilik air lagi hari ini.  Hehehe...

Dia hanya menonton tv dan mengambil novel di atas meja. Novel Cinta Sambal Belacan menjadi pilihannya. Ketika dia menyelak novel, sekeping kertas berwarna biru jatuh darinya.
“Wahai isteri ku
Aku tidak pernah membencimu walau sesaat pun
Kerana aku amat menyayangimu
Setulus hati ku...,

Wahai isteri Ku
Maaf kan aku kerana sering melukakan hati mu
Yang tulus dan suci itu
Tetapi marahku
Bukan kerana aku tidak lagi menyintaimu
Tetapi kerana aku terlalu menyintaimu..,

Wahai isteri ku, setiap kali
Kerlipan mata mu adalah nadi diri ku
Setiap kali senyuman mu
Adalah jiwaku...
Dan setiap kali aku melihat titisan air mata mu
Itu adalah nyawa ku..,

Air mata Aleeya menitis perlahan. Sebak di dada, terasa bergelora tiba-tiba. Puisi indah yang ditulis oleh suaminya. Bila pula cek abang aku yang panas baran ini, belajar menulis puisi nih? Hairan juga yer, tetapi bait-bait bicara ini membuatkan dia terlalu terharu.

Aleeya mengambil pen di atas meja, lalu dia menarik laci mejanya. Kalau tak salah di dalam lacinya ada kertas warna ungu.  Dia mahu menulis seperti suaminya juga.

Wahai suamiku
Aku tidak pernah rasa terluka
Setiap kali kau melukai hatiku
Kerana aku tahu di dalam jiwamu
Hanya ada aku di dalam hatimu...

Wahai suamiku
Selagi nadiku masih bergerak
Selagi itu lah aku ada lah hak mu
Sejujur hatiku, aku bahagia kerana kau
Menjadi suamiku...,

Waw, tak pandainya nak karang puisi. Rasa kekok lah pula, tetapi dia memasukkan surat itu ke dalam beg lap top suaminya.

2 ulasan:

  1. Pandai juga Rayyan memujuk Alyeea...
    tapi Alyeea pun dah faham perangai suami kan ...
    x payah nak ambil hati sangat...
    yg penting Rayyan seorg yg bertanggungjawab dan penyayang... so sweettttt

    BalasPadam
  2. Kak..sorry..lambat sikut baca hehe..
    3 hari ni asyik cuti saja..Hari ni dah start kerja blik..Baru ada masa hehehe..

    Alahai..suka sangat tgk pasangan ni..Ingatkan Aleeya prgnant hehe..Rupanya masuk angin..
    Romantik gila playboy pencen ni hahahaha...Siapa tak terharu kan?Ngee...

    ~Gurangak aja~

    BalasPadam