Tak sedar bila masa Rayyan balik ke rumah. Tetapi yang
peliknya, sebab papa ada sekali. Bukankah papa bercadang hendak bermalam di
rumah Alvin tadi? Tapi?? Mungkin kah sudah berlaku sesuatu??
“Papa dah cari Julia dan Fawwaz merata tempat tetapi tak
jumpa lah. Tanya mama kamu, dia sendiri pun tak tahu...,” keluh Tuan Mirzal
dalam nada kesedihan. Ayah mana yang tak sayangkan anak-anaknya, biar pun
berlainan agama, tetapi dia tetap darah daging kita.
“Papa jumpa dengan mama?”
“Selalu jumpa, pujuk dan merayu supaya mama kembali ke
pangkal jalan, tetapi mama Ryan tetap berdegil,”
“Mama tu keras hati lah papa!”
“Ryan tahu, mama dah kehilangan banyak hartanya kerana
kekasih-kekasih barunya itu. Geramnya papa dengan sikap mama kamu sekarang.
Melepaskan amarahnya kepada papa dan anak-anak dengan jalan yang salah,”luah
papa. Patut lah Rayyan susah hati sekarang. Kenapa lah tak berbincang dengan
Liya, nie asyik marah Liya saja.
“Dia sayangkan papa tu..,” gurau Rayyan cuba memujuk
papa.
“Huh..sayang apa kalau macam tu, sekarang tambah lagi
satu masalah. Apa nak jadi dengan Alvin tu. Papa sebenarnya bukan nak lepas
tangan semua tanggungjawab dengan Ryan, tetapi papa nak cari Julia dan Fawwaz
terlebih dahulu sebab papa tahu kamu boleh selesaikan masalah-masalah yg lain
tu tapi tak sangka Alvin pula bermasalah..,” terang Alvin. Bukan sengaja dia
tinggalkan syarikat tetapi dia mencari anak perempuannya yang hilang entah ke
mana.
“Ryan akan selesaikan masalah kat ofis tetapi masalah
Alvin, Ryan malas lah nak masuk campur!” hal suami isteri ini sepatutnya
biarlah diselesaikan dengan cara sendiri. Kalau dah abang ipar yang masuk
campur, apa lah maknanya. Sedangkan dia sendiri tidak mahu ahli keluarganya
atau pun ahli keluarga Aleeya masuk campur dalam hal rumah tangganya.
“Hal ofis papa tak bimbang, sebab papa tahu kamu boleh
selesaikan. Lagi pun syarikat kita tak ada masalah selama ini, Cuma apabila
keluarga Husna datang buat kacau saja yang timbul masalah tu,” kata Tuan
Mirzal. Harap memang kebanggaan diri nya sejak dari dulu lagi. Mungkin sebab Rayyan anak yang patuh dan taat
kepada dirinya.
“Jangan lah papa bimbang tentang syarikat tu!”
“Habis yang kamu asyik marah isteri kamu tu kenapa?”
persoal Papa. Silap sikit asyik Liya saja yang jadi mangsa. Mentang-mentang lah
isteri kamu tu penyabar, kamu buat dia sesuka hati saja lah.
“Hahahaha...,” mana boleh bagi tau papa, itu hal saya
dengan Aleeya lah papa.
Aleeya yang mencuri dengar sejak dari tadi terus masuk ke
bilik semula. Anak beranak itu kalau boleh berbual, sampai subuh lah hari ini.
Bukannya boleh berhenti, tambahan lagi kalau baru berjumpa begini.
Teruknya aku, suami ada masalah keluarga pun aku tak
tahu. Rayyan ni kalau bab masalah dengan keluarganya, semua rahsia. Mana pernah
dia kongsi dengan aku. Dia kan hero, semuanya nak selesaikan sendiri saja.
Sepatutnya aku menenangkan hatinya, bukan sengaja cari pasal. Ini apa kata suami,
semuanya aku lawan. Semuanya tak kena, jadi siapa yang salah dalam hal ini? Aku
atau cek abang aku?
Tetapi tulus aku cakap, aku tak kisah dia menegur aku,
bukannya dia marah sungguh-sungguh pun. Aku kenal lah suami aku sendiri.
“Abang tak pergi ofis ke?” soal Aleeya sebaik saja
melihat Rayyan masih baring di atas sofa panjang. Baju pun pakai t-shirt saja.
“Cuti!” jawab Rayyan sepatah. Isteri cuti, suami pun
bercuti juga. OO.. papa ada kat ofis, jadi ambil kesempatan yer.
“Kenapa cuti?” soal Aleeya.
“Liya bercuti, abang pun bercuti lah!” senangnya beri
jawapan. Tak susah hati ke tinggal ofis. Selalunya nak cuti pun susah. Liya ini
mesti tak sedar hari ini hari apa? Tak kan lupa kut?
“Pergi lah kerja, tinggal kat rumah pun nak buat. Abang
sihat kan?” soal Aleeya. Kalau dia ada, aku memang tak boleh berehat lah. Ada
saja benda yang dia nak suruh nanti. Rosak lah rancangan!
“Abang nak balik kampung lah hari ni, rindu kat abah dan
mak. Liya tak nak ikut ke?”
“Biar betul nih?” macam bermimpi lah pula kalau nak balik
kampung. Hari ini hari rabu kan, kalau sabtu atau ahad itu lain lah cerita.
“Kalau tak ikut sudah, tapi abang nak balik lah!” yakin
Rayyan. Dirangkulnya bahu Aleeya dengan mesra. Aleeya memegang tangan kanan
suaminya.
“Nak lah. Sekarang ke?”
“Sekarang lah. Pergilah bersiap. Kita balik naik
Airasia. Papa dan Alvin tunggu kat
airport nanti,”
“Aik, papa dan Alvin ikut sekali?”
“Ha, ah!” mesti papa nak jumpa dengan abah juga. Ataupun papa nak balik tengok rumahnya di
kampung.
Perjalanan dari KL ke Alor setar memakan masa dalam empat
puluh lima minit saja. Sebaik saja sampai di lapangan kapal terbang, abang long
dan abang ngah sudah siap menunggu dengan kereta masing-masing. Aik, ada apa
nih, macam ada sesuatu saja. Hati Aleeya sudah rasa tidak enak. Ada benda tak
baik ke yang berlaku? Tetapi tengok muka semua happy dan ceria saja. Tambahan
Rayyan, senyum memanjang.
“Bang long dan bang ngah pun ada sekali..,” ucap Aleeya
apabila kedua abangnya menghampirinya. Selalunya kalau hal penting saja dia
orang pulang ke kampung. Atau pun masa hari raya. Ini hari biasa saja lah.
“Jom lah, dia orang sedang menunggu tu!” beritahu abang
long. Lagi lah suspen. Semua orang sedang menunggu. Tetapi untuk apa? Aleeya
menjeling ke arah Rayyan yang tersenyum tanpa suara. Asyik senyum dari tadi,
apa hal? Adam dengan Rayyan. Ain bersama Tuan Mirzal. Adam kalau Rayyan ada,
dengan ibu sendiri pun tak sudi. Aleeya berlenggang saja.
Sampai di rumah,
suasana rumah berbeza. Macam kenduri. Meriah sekali. Ada ramai orang dan sanak saudaranya. Abah
dan mak biasa saja. Sihat walafiat. Tak ada orang jatuh sakit pun.
“Abah!” panggil Aleeya sewaktu bersalaman dengan abah.
Mak tersenyum senang sambil mengambil Ain. Mula tadi mak dah cuba nak ambil
Adam, tetapi Adam jual mahal.
“Jom lah, majlis dah nak bermula ni,” beritahu abah.
“Majlis apa, bah?” soalnya sebelum sempat naik ke rumah.
Ternampak muka mak long yang tidak pun senyum kepadanya. Hanya mengangguk saja.
“Cuba tanya suami kamu?” alih abah sambil memandang ke
arah Rayyan. Abah dan Tuan Mirzal berpelukan mesra. Alvin pula terus menghilang
dengan abang-abang yang lain. Tinggal dia dengan Rayyan saja lagi.
“Majlis apa ni?” soal Aleeya. Bertambah hairan.
“Ah, nak tidurkan Adam dulu lah. Abang masuk bilik dulu
lah!” jawab Rayyan cuba mengelak dari Aleeya.
“Cakaplah, majlis apa ni?” soal Aleeya lagi sambil
mengekori langkah Rayyan naik ke rumah.
“Cuba jumpa dengan adik-beradik Liya dulu, lagi pun ramai
tetamu tu!” balas Rayyan. Masih mengelak.
Kalau tak sebabkan orang ramai asyik memandang aku,
memang aku kejar suami ku hari ini. Bukan apa kerana nak tahu jawapan saja.
Tetapi nanti org cakap aku asyik berkepit dengan suami lah pulak.
mmg suspen...
BalasPadamApasal meriah sangat tu?Hehehe...
Ini bukan Liya saja yg tertanya-tanya..Sya pun dah tak sabar nak tahu tahu ni..Hehehe..
Adakah ulang tahun Rayyan dgn Liya?Hhehehe..Ke papa Rayyan nak nikah ni?Hhahahaha..
~Gurangak aja~
hahahaha... besday liya lah...
PadamHappy ja semua buat hati tertanya-tanya ada apa ya???....
BalasPadamsaja tau buat Aleeya dan kak sue tertanya-tanya.... ada majlis apa???
Rayyan ni memang nak kena tau..
mungkin juga kan Ulangtahun perkahwinan Aleeya dan Rayyan sebab Rayyan cakap Liya ini mesti tak sedar hari ini hari apa? Tak kan lupa kut?... hehehe
hari lahir liya lah.. hehehe
Padam