Rabu, 29 Mei 2013

PENGANTIN EKSPRES 2 – BAB 6



ABANG MEMANG SENGAJA LAH. Semalam Liya ajak berbincang abang tak nak dengar, sekarang abang buat keputusan yang Liya tak suka lagi. Memang abang nak kena dengan Liya agaknya. Geram lah!
“Liya, pergi ofis dengan Alvin pagi nie, abang nak ke KLIA, ada hal lah!” beritahu Rayyan sambil membetulkan tali lehernya.
“Tak mau lah. Liya naik teksi...,” belum habis ayat Rayyan sudah di tepi pintu kereta.
“Abang tak benarkan Liya pergi dengan teksi. Liya pergi dengan Alvin. Abang dah cakap kat Alvin suruh jemput Liya dengan anak-anak,” jerit Rayyan dari luar. Aduhai suami, tak faham kah apa yang sedang berlaku sekarang. Apa kata Husna bila berjumpa di ofis nanti. Mestilah dia tuduh Liya yang bukan-bukan sebab datang dengan suaminya. Ini hanya akan menimbulkan kemarahan Husna lah, cek abang rayyan.

Rasa marah kepada Rayyan di simpan dalam hati sepanjang perjalanan ke ofis pagi ini. Tidak ditunjukkan kepada Alvin. Begitu juga ketika sampai di ofis. Hanya wajah manis saja dipamerkan. Aleeya cuba tenangkan dirinya. Tenangkan hatinya, walaupun ketika dia melihat wajah Husna, seperti mahu menerkamnya saja. Hmm, ini lah yang Liya tak nak sebenarnya. Liya faham perasaan Husna tu seperti Liya pun isteri juga.
“Sorry, sebab akak menyusahkan Alvin pagi ni..,” ucapnya ketika dia berjalan masuk ke biliknya. Alvin hanya tersenyum saja.
“Tak mengapa kak. Biasa saja tu!” balas Alvin sebelum Husna datang menarik tangan Alvin berlalu dari situ. Mesti bergaduh lagi. Nampak muka Husna masam mencuka.
“Puan, bos suruh Puan ganti dia untuk mesyuarat pagi ni!” beritahu Rina sebaik melihat wajah Aleeya.
“Pukul berapa?”
“9.00 pagi!” Sekarang baru 8.05 pagi.  Sempat lah melihat fail-fail di atas meja terlebih dahulu.
“okey!”
“Puan nak minum?”
“Saya dah minum kat rumah tadi!” Minum apa Liya? Bukan awak bergaduh dengan Rayyan ke? Mana lah sempat nak minum pun.

Tak telefon, tak beritahu apa-apa pun tentang agenda hari ini. Selalunya dia akan beritahu hendak ke mana-mana. Hari ini tak sempat pun. Tetapi dia pulang dengan senyuman dan hati yang tenang. Pelik nih? Hati Aleeya tertanya-tanya sendiri, apabila melihat wajah suaminya yang baru muncul sebentar tadi. Jam baru pukul 11.30 pagi dan Aleeya baru saja habis mempengerusikan mesyuarat.

Rayyan memandang wajah Aleeya. Mesti marah dan bengang kepadanya pagi tadi. Sebab ketika berjumpa Aleeya tidak tersenyum kepadanya. Menegur pun tidak.  Abang terpaksa lah, sayang. Papa singgah di KLIA sekejap saja tadi sebelum meneruskan perjalanan ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah. Papa nak jumpa sangat sebelum bertolak. Papa yang merantau mencari ilmu agama di merata tempat untuk menebus masa silamnya.  Papa hanya ingat ilmu agama saja. Bukan yang lain lagi.  Sebab itu lah dia tergesa-gesa tadi. Malah tidak sempat memberitahu kepada Aleeya tentang pertemuan ini. Alvin pun tak tahu!

Aku sudah banyak mendera hati dia sejak dari semalam tadi. Hmm..

Macam mana abang nak pujuk Liya nih? Liya bukan pandang duit ringgit abang. Kalau abang belikan hadiah yang mahal pun Liya bukannya suka. Bunga?? Semalam dah pun hadiah bunga kat dia. Tak kan hari ini bunga lagi? Beg?? Kasut?? Itu kan perkara biasa.., Dan semua ini tak mampu menyejukkan hati Liya. Abang tahu tu!

Apa yer?

Gambar perkahwinan antara mereka berdua. Saat dia menyarungkan cincin ke jari manis Aleeya dan mengucup dahi Aleeya dengan sepenuh kasih sayang. Gambar itu dihantar ke handset Aleeya. Kenangan manis itu masih segar di dalam ingatannya sampai lah ke saat ini. Bermula dari situ, terlafazlah ikatan suami isteri antara dia dan Aleeya, gadis kesayangannya.  Dan sekeping lagi, ada lah gambar anak kembar meraka.

Rayyan berdebar menanti reaksi Aleeya.

Mata Aleeya khusyuk memandang gambar perkahwinannya. Teringat kenangan indah ini. Peristiwa ini tidak mungkin akan dilupakan olehnya sepanjang hayat ini. Di sini Rayyan mengungkapkan ijab dan kabul, dalam pengertiaan sebenarnya, “ALEEYA ADALAH MILIK DAN KEPUNYAAN RAYYAN YANG MUTLAK! Dalam pengertian islam pula, suami boleh melakukan apa saja ke atas isterinya dan andainya mahu syurga di akhirat kelak, maka patuh dan taat lah kepada perintah suami.

Air mata Aleeya tertumpah juga.  Sayu! Ikut rasa hati, mahu saja dia mendapatkan Rayyan di bilik sebelah. Tapi hati masih terluka dan kaki rasa terikat.
“Sorry!” luah Rayyan di muka pintu bilik Aleeya. Dari aku menunggu lebih baik aku datang kepadanya.
“Pandai abang pujuk Liya yer..,” kata Aleeya sambil tersenyum. Rayyan membalas senyuman. Alhamdullilah. Rancangannya berjaya! Dirapatkan dirinya kepada Aleeya yang masih duduk di kerusi. Rayyan menyentuh tangan Aleeya. Abang sayangkan Liya sepenuh hati dan jiwa abang. Itu yang Liya perlu tahu
“Jangan marah kat abang lama-lama lah, sayang..,”
Bukan marah tetapi Liya kecil hati lah dengan abang...,

10 ulasan: