Ahad, 19 Mei 2013

PENGANTIN EKSPRES 2 (BAB 3)



“ABAH, LIYA TU MACAM MANA?” soal Rayyan kepada Haji Mohsin di suatu petang. Selesai kerja di ofis, dia terus menelefon abah di kampung. Abah kan pakar rujuk!
“Tegas, degil dan pantang dicabar. Tapi itu dulu lah Rayyan, sebelum dia berkahwin dengan kau. Sekarang dia banyak berubah kerana kau!”  dia banyak ikut perangai seperti lelaki kerana dikelilingi oleh abang-abangnya. Bayangkan dia seorang saja anak perempuan, adik perempuan, yang lain semuanya lelaki dalam keluarga aku. Dan pastinya Aleeya dipengaruhi oleh abang-abangnya.
“Maksub abah, apa? Saya tak faham lah!”
“Setakat lawan tumbuk dengan abang sendiri tu perkara biasa lah si liya tu..,”
“Hahahaha..,” elok lah tu.

Jawabnya Liya kena tolong abang lah selepas ini.
“Kenapa tanya pasal zaman silam Liya ni, rayyan?” soal Haji Mohsin kembali. Lalu dia menceritakan apa yang berlaku ke atas dirinya. Papa sudah tidak mahu masuk campur dalam hal ini. Biar saja anak sulong lelakinya menyelesaikan semua masalah. Terserah kepada Rayyan kata papa. Tetapi, pening kepala juga lah.
“Takut Liya lah tak mahu nanti!” balas Haji Mohsin selepas selesai Rayyan bercerita. Siapa sangka semua ini akan terjadi. Dulu, masalah dengan ahli keluarganya saja, tetapi sekarang sudah lain cerita.
“Memang Liya tak mahu pun abah. Tetapi kebetulan dia berhenti kerja sebab nak jaga anak-anak kat rumah!”
“Jadi juga Liya berhenti kerja, Rayyan?”
“Dah, berhenti pun, baru cakap dengan saya. Abah tahu tentang hal ini?”
“Dia ada cakap dengan mak kau tempoh hari, katanya nak berhenti sebab si kembar kamu tu lah!”
“Dah berhenti lah abah semalam!”
“Ha, kalau kamu nak kenal itu lah perangai sebenarnya si Liya tu. Takut abah tak benarkan, takut kamu tak izinkan, dia berhenti terlebih dahulu. Cakap kat dia berdosa, buat kerja tanpa izin suami,” ujar abah hanya disambut ketawa kecil dari Rayyan. Beri lah Liya kelonggaran, abah. Sebab bila fikirkan ada hikmah juga Liya berhenti, boleh lah Liya tolong saya di ofis nanti.

Kena bijak pujuk Liya nih. Ada Liya kat ofis tentu rasa tenang dan damai. Boleh lihat wajah Liya yang comel itu, tentu boleh mencetus semangat kat aku. Lagi pun aku memang perlu kan Liya saat-saat macam nih.
“Ok lah abah, terima kasih yer!”
“sama-sama!”

Mujurlah ada bapa mentua yang memahami. Alhamdulillah, abah banyak membantu dan mendorong. Lagi pun abah memang berbeza tidak seperti abah-abah orang lain. Syukur lah kerana aku dipertemukan dengan orang-orang yang baik. Ini adalah anugerah untuk diriku.

Pagi ini, selepas pak long dan mak long pulang, walaupun sudah berkali-kali diajak tinggal di sini, baru lah boleh memujuk si Aleeya itu. Nampak mood okey saja tidak seperti semalam. Semalam muka pun tak ceria.  Hari ni dah okey.
“Jomlah, nanti lewat pula masuk ofis!” ajak Aleeya yang sudah bersiap cantik. Terpaksa lah berkorban untuk suami tercinta. Rayyan memandang wajah Aleeya dan sedikit terkejut mendengarnya. Itu lah Liya. Merajuk pun sekejap saja. Marah pun hanya seketika.
“Aik, abang belum pujuk Liya lagi lah!” ujar Rayyan, mengucapkan syukur dalam hati. Betul lah kata abah, Liya dah banyak berubah. Sedangkan dia sendiri sudah kehilangan kata-kata untuk memujuk isterinya ini.
“Liya isteri, macam mana pun, syurga tetap kat suami. Jadi, Liya kena taat lah!” nak boleh buat apa? Bukan tak kenal suami sendiri? Rayyan degilnya nombor satu, kalau nombor dua, atau tiga, boleh juga buat-buat tidak suka. Ini Rayyan, lagi tak dapat, lagi tak memilikinya, lagi itu lah dia akan terus berusaha dan tidak mengalah. Walaupun usia perkahwinan kami masih awal, baru nak masuk tiga tahun, tetapi dah kenal sangat. Aik, dah tiga tahun??? Cepatnya masa berlalu, sedangkan terasa seperti baru semalam kami bernikah.
“Tau pun!” nanti semua selesai, abang benarkan Liya berhenti kerja dengan abang. Sekarang, memang abang perlukan Liya kat situ.  

Aku kena tebalkan muka lah jawabnya. Semalam beria-ia beritahu tak akan bekerja dengan Rayyan, apabila kawan-kawan sibuk bertanya aku kenapa berhenti bekerja? Semua orang sudah syak aku mahu bekerja dengan Rayyan, tetapi aku menafikannya. Alih-alih, hari ini aku ke ofis Rayyan juga. Jadi, sah lah kata-kata dia orang. Malunya. Tetapi cek abang aku ini beria benar nak aku bekerja dengannya. Dah puas merajuk, tetapi terpaksa juga mengalah. Ikut kata hati, bekerja saja lah dengan dia. Itu saja yang ada dalam hati sekarang.
“Tetapi dengan syarat abang jangan buli Liya!” katanya sambil menepuk lembut bahu Adam. Ain sudah terlena di belakang. Mujurlah tak buat perangai hari ini. Selalunya boleh tahan juga, kalau pagi-pagi macam ni.
“Buli??? Selama ini abang buli Liya ke?” soal Rayyan kembali. Liya nie bukan saja boleh jadi isteri abang, tetapi boleh jadi kawan baik abang dan kekasih hati abang. Apa salahnya cari pasal dengan Liya, Liya kan isteri abang.. Hahahaha...
“Liya kenal siapa suami Liya,” Eleh, macam lah Liya tak kenal abang tu macam mana, jangan di ofis ni jadi satu isu antara kita sudah lah. Liya tak nak semua tu.
“Ler, ingatkan tak kenal lagi siapa abang?” usik Rayyan. Aleeya menjeling manja. Sebab kenal lah yang Liya tak nak kerja dengan abang ni..,
“Abangg...”
“Apa??”
“Serius lah!”
“Hahaha.. tengok keadaan lah, sayang!”

Syarikat Rayyan ni punya banyak kelebihan, sebab syarikat memang sudah sediakan tempat asuhan anak-anak. Jadi staf yang bekerja di situ, boleh hantar anak kat situ. Bersebelahan dengan ofis saja. Lagi pun selama ini Adam dan Ain memang diletakkan di situ. Dan Aleeya akan menjenguk anak-anaknya di waktu rehat saja. Kerana Aleeya faham tugas dan tanggungjawabnya sebagai seorang pekerja. Jangan ambil mudah atau ambil kesempatan pula.
“Bilik Liya sebelah bilik abang!” beritahu Rayyan sebelum mereka berpecah apabila Rayyan melihat Rina sudah datang menyambut Timbalan Pengarah syarikat. Dia ada hal pagi ni. Lagipun segala arahan sudah diberikan kepada Rina sebaik saja Aleeya menjejakkan kaki di ofisnya.
“Alhamdulillah. Lega nampak wajah Puan Aleeya di sini!” ujar Rina, gembira dengan kedatangan Aleeya.  Aleeya hanya tersenyum.
“Ada cerita yang tidak enak sudah berlaku di sini. Apa kata kita berbual panjang di bilik Puan saja!” sambung Rina lagi memberikan rasa getar di jiwa Aleeya.

Cerita tidak enak?? Apa dah berlaku sebenarnya ni?

8 ulasan:

  1. hahahaha..kasihan liya..mmg kena beralah jugalah nampaknya..
    jeng..jeng jeng..apakah cerita yg tidak enak itu?hehehehe..
    suka sangat..

    ~Gurangak aja~

    BalasPadam
  2. huh??? ada orang nak ngorat Rayyan ke????..hehe

    BalasPadam
  3. alah.. huhuhu.. ni yang nervous ni nak tahu sambungannya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mesti lah kita kan selalu masukkan unsur suspen kat cerita kita..

      Padam
  4. Oh, oh ..... Liya belum tahu tapi awal2 Rayyan dah maklumkan pada abah. Memang bagus la dpt menantu yg apa2 mesti rujuk pada bapa mertua. Yg mertua pula menyokong penuh menantu. Setiap org mesti nakkan hubingan yg mcm ni kan?

    BalasPadam