Ahad, 12 Mei 2013

RAYYAN & ALEEYA VERSI HARI INI..



SIAPA SANGKA YER, ada jodoh antara kami berdua. Mula-mula tu hanya sekadar kenal muka sebab berjiran di tempat kerja. Tidak pernah bertegur sapa. Senyum pun tidak walaupun si dia ini ada juga lah berkali-kali menghulurkan salam perkenalanan. Tetapi kita tak layan pun, sebab waktu tu, kita kan dah jadi tunang Azlan.

Lagi satu kita tak laya sebab memang tak berkenan lah, malah tidak pernah bermimpi untuk berkahwin dengan si dia di sebelah ini kerana tidak pernah pun berangan, hendak berkahwin dengan anak kacukan dan kaya raya pula tu.  Ilmu agama pula zero. Tetapi itu lah, sekarang dah jadi tempat bergantung pun, tempat curah perasaan dan tempat untuk mengadu. Tempat minta duit pun dia juga...Liya, Liya, apa lah kamu nie. Hehehe...., Bergurau saja lah, untuk apa lah kemewahan kalau hati tak bahagia? Betul tak?  Tetapi aku sekarang bahagia menjadi isteri dan ibu untuk anak-anaknya. Itu aku kena akui. Tidak boleh dinafikan, rasanya tanpa dia di sisi, bagaimana lah hidup aku sekarang.

Dia adalah segala-galanya untuk aku sekarang. Dia adalah jiwaku.
Ibarat lagu Ruth Sahanaya...
“Kau lah segalanya untukku...
Kau lah curahan hati ini..
Tak mungkin ku melupakanmu
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang..,”

Dia adalah pelengkap kehidupan aku. Tulus, aku sayangkan dia sepenuh jiwaku. Walaupun kasih sayang itu aku simpan kemas di dalam hati. Tak tunjuk dan tak pamer. Sengaja lah, sebab nak duga hati si dia di sebelah ini. Hehehehe...,

Tapi dia memang sayangkan aku pun.  Itu yang buat orang lain cemburu kat aku dan dia. Bayangkan si playboy nie, yang egonya setinggi gunung himalaya berkahwin dan ada anak dengan perempuan kampung macam aku saja. Mesti lah ada orang cemburu dan sakit hati. Betul tak? Tapi tak kisah lah semua itu, sebab antara kami memang saling percaya dan mempercayai. Aku tak pernah meragukan dia sebab aku kenal siapa dia. Dia yang telah banyak berubah akan kehidupannya itu. Berubah ke arah kebaikan.

Walaupun aku selalu kena marah, dan dia selalu cari pasal dan bergaduh dengan aku, tetapi aku bahagia dengan sikapnya itu. Sebab dia insan yang bertanggungjawab terhadap aku isterinya dan anak-anak aku. Dia tidak pernah abaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Selalunya aku lah yang cari penyakit. Selalu buat keputusan tanpa berbincang terlebih dahulu dengannya. Sebab keputusan kami selalunya berbeza. Dia tidak sependapat dengan aku. Sekarang hendak cakap pun tak berani, tapi keputusan telah pun dibuat. Mahu tak mahu perlu beritahu juga lah, nanti mengamuk pula andai dia tahu dari mulut orang lain. Ofis kami kan sebelah menyebelah saja, tentu perkara macam ini menjadi perbualan orang. Dia tentu mengamuk besar kalau aku tidak beritahu dia sekarang.
“Abang, Liya cadang nak berhenti kerja lah. Boleh tak?” suara Aleeya berani. Tapi marah-marah Rayyan, dia tak pernah naikkan tangannya ke muka Aleeya. Jadi, Aleeya jadi terlebih berani hari ini.
“Nak berhenti kerja? Kenapa??” keras suara Rayyan. Terkejut dengan keputusan isterinya barangkali. Aleeya memandang wajah suaminya. Muka Rayyan sedikit terkejut dan cenggeng. Ini yang tak best nih.
“Yup. Boleh kan?” lembut suara Aleeya. Kenal sangat dah perangai Rayyan nih, kalau dia dalam keadaan marah begini, janganlah dinaikkan kemarahannya lagi. Jadi, Liya kena lah menglembutkan hati sang suaminya ini. Digenggam erat tangan kiri Rayyan, mahu menyejukkan hati sang suami.
“Anak baru dua, dah nak berhenti? Tak sayang ke kerja tu?”  pangkah Rayyan, sudah tahu alasan Aleeya yang mahu menjadi suri rumah sepenuh masa. Sejak ada si kembar itu, masa banyak dihabiskan dengan si kecil. Suara Rayyan sedikit kendur. Tidak lagi meninggi. Aleeya menyentuh tangan suaminya.
“Liya nak jaga anak-anak lah...,” jawab Aleeya. Adam dan Ain semakin membesar. Tentu perlu berikan perhatian yang lebih kepada si kecil itu.
“Hmmm...,” keluh Rayyan.
“Abang...,” panggil Aleeya. Cakaplah abang setuju keputusan Liya.
“Belajar tinggi-tinggi, ada kerja bagus nak berhenti pula. Abang tak suka Liya tinggal kat rumah. Sayang kerja tu...,” luah Rayyan apa yang tersirat di dalam hatinya. Kita belajar tinggi, supaya dapat kerja yang menjamin masa hadapan. Hendak kerja besar, supaya boleh tolong mak dan ayah kala kesusahan. Jangan samakan kehidupan aku dan Aleeya. Aku memang sudah mengalir darah ahli perniagaan di dalam badan, sebab keturunan kami memang semuanya ahli perniagaan yang berjaya. Lagipun ramai kawan satu pejabat Aleeya yang memuji Aleeya kerana Aleeya seorang pekerja yang cemerlang. Rajin dan bijak. Cekap pula tu. Datuk Hamid sayangkan Aleeya sebagai seorang staf yang berwibawa. Sayangkan kalau Aleeya berhenti kerja semata-mata nak jaga anak di rumah. Hendak jadi suri rumah sepenuh masa.

Aleeya sudah menarik muka masam. Mana boleh tarik balik keputusan untuk berhenti kerja ini, kerana dia sudah pun menghantar notis berhenti kerja kepada Datuk Hamid, petang tadi sebelum pulang ke rumah.
“Tapi...,”
“Liya suka buat keputusan terburu-buru. Kenapa tak berbincang dengan abang terlebih dahulu? Ini Liya dah buat keputusan baru cakap dengan abang...,” marah Rayyan semakin meninggi. Dah pun kena marah!
“Liya...,”
“Kita boleh carikan pembantu rumah lah. Boleh tolong Liya kat rumah,”
“Liya tak suka kita ada pembantu rumah!” kali ini suara Aleeya pula yang tegas kedengaran. Pembantu rumah buat apa? Aku boleh buat lah semua kerja-kerja tu. Setakat nak jaga anak, nak urus rumah tangga, perkara kecil saja lah.  Tak perlu lah pakai pembantu rumah. Membazir saja lah.

Rayyan tersenggih tiba-tiba. Tangan Aleeya dilepaskan.Dia mencuit dagu isterinya dengan manja.
“Waw, Liya sejak ada anak dua ni dah pandai marah abang yer. Dulu nak dengar suara Liya marah abang cukup susah lah. Habis kuat kalau abang marah, Liya menangis saja!” tegur Rayyan. Aleeya tergigit jari sendiri. Bila masa aku marah dia? Isteri mana boleh tinggi kan suara kepada suami. Berdosa!
“Mana ada.. Liya tak marah abang lah. Liya sayang abang. Itu yang betul!” pujuk Aleeya. Rayyan tersenyum lagi. Kalau aku halang pun dah tak guna. Dia sebenarnya sudah berhenti kerja, baru berani cakap dengan aku. Macam lah aku tak faham sangat perangai itu.
“Datuk Hamid kata apa tadi? Dia tak halang Liya ke?”
“Halang lah. Tapi Liya tetap dengan keputusan Liya!” Dah agak dah. Kenal sangat dengan perangai awak lah, sayang!.
“Abah dan mak dah tahu ke Liya berhenti kerja ni?”
“Abah tak tahu Lagi. Abang tolong cakap dengan abah yer malam ini..,” tengok. Aku juga yang kena selesaikan. Mesti pak mentua aku cakap aku control isteri. Tak bagi isteri keluar bekerja gara-gara nak suruh jaga anak.
“Aik, kenapa abang pula yang kena cakap dengan abah? Liya selesai sendiri masalah Liya..,”duga Rayyan. Tahu pun takut dengan abah. Atau tak sampai hati nak cakap dengan abah?
“Takut abah tak boleh terima Liya berhenti kerja!” rayu Aleeya. Abah mesti frust kalau tahu Aleeya berhenti kerja. Maaf lah abah, Liya dah ada anak sekarang. Bukan seorang tetapi dua.
“Berani buat, berani tanggung!”
“Tolong lah. Abang kan sayang Liya..,”

SAMBUNG.....

6 ulasan:

  1. Hehehe..Dah tahu abang sayang tu tak suka..Liya Buat juga..Tapi tegas2 Rayyan..Dia bukan suka2 marah klu tak bersbb..Mmg syglah klu Liya berhenti kerja tu tapi itu lebih baik sbb Liya boleh jaga sndiri anak yg sedang mmbesar tu..Org luar dgn ibu sndiri,mana sama kan?Hehehe..
    Pandai Rayyan kan..Habislah Liya..mcm mana nak bgtau abah dia tu..Hehehee...

    ~Gurangak aja~

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dibawa berbincang memang sah-sah lah rayyan tak benarkan.. jadi liya buat keputusan sendiri, lepas tu baru cakap kat rayyan...

      Padam
  2. masa ni berapa umur kembar tu? haha sian Liya berani buat berani tanggung.. tapi sya sokong Liya, tak ada privasi kan Liya..

    BalasPadam
  3. Rayyan tu takut bini dia bosan kot nanti...or...lagipun boleh selalu pandang2 jeling2..opis kan sebelah menyebelah...hihihi

    BalasPadam