Selasa, 21 Mei 2013

PENGANTIN ESKPRES 2 - BAB 4



ADUHAI SEDIHNYA....,
Kasihannya kepada Alvin. Macam mana dia nak menghadapi semua ini? Dia pula masih baru dengan Islam. Macam mana dengan jiwanya? Macam mana dengan imannya yang masih baru itu?
“Encik Rayyan tak cerita apa-apa kat Puan?” soal Rina sambil duduk di hadapan Aleeya. Bilik baru, serba serbi baru. Tetapi yang terharunya ada jambangan bunga mawar kuning di atas mejanya. Ini mesti kerja suaminya!
“Tak!” jawab Aleeya. Rayyan simpan rahsia keluarga Alvin sekemasnya. Atau dia lelaki, jadi dia tak akan bercerita hal keluarga adik kesayangannya.
“Hahaha, saya yang terlebih cerita kerana terlampau geram dengan sikap Husna dan ahli keluarganya. Mula-mula minta masukkan abang sendiri bekerja kat sini. Pastu kakak ipar pula, kononnya senang suami isteri kerja di sini. Makin lama berjangkit dengan si adik yang baru keluar U. Kalau datang buat kerja tak mengapa lah juga, tetapi datang buat kecoh kat sini. Minta macam-macam, semua tak kena dan puas hati. Kalau Encik Rayyan outstation, dia orang lah bos,”cerita Rina dengan panjang lebar membuatkan Aleeya terkejut. Macam cerita dalam drama lah pula.
“Alvin macam mana?” soal Aleeya. Risaunya memikirkan adik ipar yang sudah dianggap seperti adik sendiri. Tentang Husna dan ahli keluarganya tidak lah dibimbang sangat, kerana itu hanya perkara biasa saja. Hendak harta keluarga Alvin barangkali? Jangan meneka dalam kesamaran, tak baik lah, Liya. Atau kerana wang manusia sudah hilang kewarasan. Ingin mengambil hak orang lain.
“Alvin lebih percayakan Encik Rayyan dari orang lain. Itu yang membuatkan hubungan mereka kuat dan utuh. Dah banyak kali abang Husna cuba laga-lagakan Encik Rayyan dan Alvin tetapi tidak berjaya!” jelas Rina. Subhanallah, sampai macam tu sekali? Apa tujuan mereka sebenarnya, sehingga nak pecahkan Rayyan dan Alvin.
“Teruk sangat ke apa yang berlaku ni, Rina?” soal Aleeya seperti tidak percaya pula. Usia perkahwinan Alvin masih baru. Tak sampai pun setahun. Dan Husna yang dikenalinya ada lah perempuan yang amat baik. Alih-alih ini pula yang berlaku. Benar atau omongan kosong!
“Amat teruk lah kalau dah sampai orang lain yang masuk campur urusan syarikat dan urusan keluarga. Semua staf di sini dah naik muak dan menyampah tengok sikap dia orang!” ujar Rina semakin geram. Harap ada Aleeya di sini, semua ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. Ataupun pecat saja ahli keluarga Husna yang sudah lebih kuah dari sudu itu.  Senang cerita!
“Rina, awak jadi PA Puan Aleeya sama yer!” celah Rayyan di muka pintu. Itu saja yang diberitahu sebelum dia melangkah masuk ke dalam biliknya di sebelah.
“Puan Liya, saya keluar dulu lah. Apa-apa hal puan beritahu yer!” ujar Rina apabila sudah melihat bos besar masuk ke bilik sebelah. Bos paling tak suka gosip hal keluarganya.
“Okey!”

Inikah penyebabnya yang membuatkan Rayyan mengajak aku bekerja dengannya? Rasanya tak mungkin sebab Rayyan bukan lah manusia macam tu. Ini perkara kecil saja baginya aku rasa. Hal remeh temeh, sebab dia tidak pernah bersuara atau berbincang pun dengan ku? Jadi, kalau macam tu, tentulah hal ini tidak begitu penting kepada dirinya. Habis tu?
“Kak Liya!” panggil seseorang. Aleeya memandang ke arahnya. Wajah Alvin yang tenang di muka pintu.
“Assalamualaikum!” ucap Aleeya dengan sebuah senyuman. Jiwanya harus dijaga kerana dia masih baru berjinak dengan islam.
“Waalaikummussalam!” jawab Alvin sambil masuk ke dalam bilik Aleeya. Cermin di bilik sebelah di pandangnya. Rayyan sedang leka dengan tugasannya. Alvin sengaja mengetuk cermin bilik abangnya, bila Rayyan memandang, sebuah senyuman diberikan kepada abang kesayangannya. Rayyan turut tersenyum sambil mengangkat gangang telefon. Terus telefon Aleeya berbunyi.
“Jangan manja kan sangat budak tu!” amaran Rayyan membuatkan Aleeya ketawa kecil.
“Wooo, cemburu lah tu!” balas Alvin, sengaja mengusik abangnya.
“Abang dah tinggal kan fail di atas meja Liya tu, boleh siapkan sekarang tak? Abang nak gunalah untuk meeting nanti!” beritahu Rayyan. Tadi, entah apa yang dibualkan dengan Rina, sekarang Alvin lah pula. Abang ambil Liya, nak suruh bantu abang lah.
“Bukan Liya kena panggil Encik Rayyan ke kat sini,” Dah nampak pun fail tu. Fail kewangan. Ooo, mentang-mentang aku boleh buat kewangan, nak suruh aku semak angka-angka yang banyak nih? Kena minta gaji lebih lah nih!
“Jangan mengada-ngada boleh tak? Abang geli telinga lah dengar. Jangan lah panggil Encik Rayyan tu, tak suka lah bila Liya yang panggil...,”
“Hehehe...,”
“Siap lah dulu. Nanti baru layan si Alvin tu!”
“Along, kejap saja lah orang nak berbual pun!” kata Alvin menjerit berdekatan dengan Aleeya. Rayyan di bilik sebelah mengelengkan kepalanya.

Bantulah dia, Liya. Kasihan kat dia! Bisik hati Rayyan.
“Kalau tau macam nie tak kahwin pun tak mengapalah. Menyesalnya kahwin!” luah Alvin apa yang tersirat di dalam hati. Lama sudah terpendam. Hari ini boleh boleh mencari teman untuk diluahkan segala perasaan. Sakit sangat!
“Hish, jangan cakap macam tu lah tak baik tau!” halang Aleeya. Jangan menolak takdir. Mungkin ini hanya sedikit saja ujian untuk Alvin.
“Along dapat akak tak mengapa lah. Akak dan keluarga akak okey pun. Tetapi saya?? Kalau ikut hati...,”
“Istifarg banyak-banyak. Baru sedikit ujian dah nak mengalah. ALLAH hanya nak uji adik akak nih,” pintas Aleeya. Nampak sangat Alvin sudah mengalah dan putus asa.
“Husna tu okeylah, kak. Cuma dia terikut dengan hasutan ahli keluarganya. Sebab tu dia lawan cakap saya. Jauhnya berbeza Husna dengan saya kenal kat luar negara dulu. Husna yang ini membuatkan hati saya panas, geram dan sakit hati!” sambung Alvin. Ini yang tak sedap di dengar. Takutnya segala perasaan ini berjaya memadamkan perasaan kasih dan sayang, cinta dan rindu.
“Alvin masih sayangkan dia kan?” pancing Aleeya. Jangan lah dihilangkan rasa cinta ini di dalam hati seorang suami seperti Alvin.
“Sebab sayanglah saya di sini, kak liya!” syukur alhamdulillah. Itu yang kak liya nak dengar, kerana kasih sayang lah yang boleh menyelamatkan setiap keadaan.
“Orang yang bersabar pasti mendapat ganjarannnya...,”
“Saya dah hilang sabar. Minta duit, minta harta, minta saham syarikat. Nak sabar apanya?” suara Alvin sedikit meninggi. Semakin terkejut Aleeya mendengarnya. Sampai begitu sekali?  Ini bukan teruk lah tetapi semakin parah.
“Tentu ada jalan penyelesaiannya kan?”
“Saya dah suruh berhenti, keluar dari syarikat nie, tapi mak dan ayah husna mengamuk dengan saya. Husna pula terus balik tinggal dengan dia orang. Kak, ini ke cara hidup orang islam? Iman ke mana, apa ke mana? Lagi teruk dari saya yang tak ada agama dulu?” semakin meninggu suara Alvin. Kalau lah macam ni, macam mana kita nak berbincang Alvin.
“Tak tau lah kak, saya dah penat macam ni..,” ujar Alvin sambil berlalu keluar dari bilik Aleeya dengan perasaan yang bengang dan sakit hati.
“Alvin!” jerit Aleeya tetapi tidak berjaya menahan langkah kaki adik iparnya dari melangkah pergi dari biliknya.

Aleeya mengeluh berat. Alvin sudah mengaku kalah rasanya! Macam mana mahu memujuk Alvin supaya berdiri kukuh dengan islam kerana islam bukanlah macam tu? Bukanlah seperti apa yang Alvin alami sekarang kerana islam itu adalah indah dan sempurna sekali.

Petang nanti lah cari Alvin, selepas selesai semua kerja kat ofis. Sekarang kena siapkan kerja orang sebelah dulu, takut kalau tak siap mengamuk pula nanti. Lagipun aku datang sini nak buat kerja lah.

Kerja baru siap. Itu pun mengambil masa dalam sejam juga. Sekarang terasa nak minum kat pantry sekejap. Rasa haus sangat, sebelum nak sambung kerja-kerja yang diberikan oleh suaminya. Banyaknya kerja!
“Buat apa akak kat sini? Sengaja nak cari pasal dengan keluarga kami ke?” tegur satu suara dari arah belakang. Glup. Husna ke yang bercakap macam tu?
“Husna, akak ingat kan siapa tadi?”
“Akak ingat suami akak bos kat sini, akak boleh buat apa saja, jangan mimpi lah, Alvin pun ada saham kat sini juga lah!” sambung Husna lagi. Aleeya tersenyum mendengarnya. Betul lah kata Alvin, Husna sudah berubah kerana hasutan ahli keluarganya. Dulu Husna bukanlah seperti ini? Kenapa berubah Husna? Bukankah seorang isteri harus patus kepada seorang suami? Bukannya meresahkan hati suami?
“Husna, kita kat sini staf saja tau, selebihnya kita adalah isteri. Yang ada saham dan bos kat sini adalah suami akak, dan yang ada saham kat sini adalah Alvin. Jadi jangan masuk campur urusan syarikat dia orang, boleh tak?” ujar Aleeya. Tadi suruh Alvin bersabar, sekarang awak pula dah hilang sabar, Liya!
Husna terasa. Matanya menjeling tajam! Cepat-cepat dia melangkah meninggalkan Aleeya sendirian. Baru tau kut aku nie siapa? Ujar Aleeya dalam hati.

Rayyan yang mendengar di belakang hanya tersenyum. Tegas juga isteri aku ini yer.
“Liya, tengah hari nanti kita keluar makan yer,” tegur Rayyan. Aikk, cek abang aku ni dengar apa yang aku cakap kat Husna tadi? Hish, haru nih!
“Liya nak tengok Adam dan Ain lah!” nak solat lagi. Mana lah sempat nak makan. Sebelum ni pun semasa kerja kat ofis lain, Aleeya tak keluar makan tengah hari juga. Sebab tak sempat.
“Abang pun nak tengok dia orang jugak lah. Rindu!”
“Okey. Liya dah letak fail tadi atas meja abang. Dah tengok?” masa dia ke bilik rayyan tadi, suaminya ini keluar.
“Dah. Memang abang tak salah pilih Liya jadi isteri abang. Boleh jimat duit abang, sebab dalam masa yang sama boleh jadi pembantu abang kat ofis ni,”  Puji ada makna tu.
“Puji Liya lebih-lebih ni ada apa-apa ke?” soal Aleeya. Tengok semua ada atas meja aku. Fail staf pentadbiran pun ada. Minit-minit mesyuarat semuanya melambak atas meja.
“Ler, puji pun tak boleh?” Liya kena ambil tahu semua hal pejabat lah. Bukan hal keluarga abang saja. Tambah-tambah hal keluarga Alvin yang tengah berserabut sekarang!
“Hehehe...,”
“Liya, lepas tu kita keluar makan. Liya tak payah lah ikut aturan pejabat ni, abang bagi kelonggaran kat liya lah!”
“Mana boleh cek abang sayang,  Liya tak akan ambil kesempatan macam tu!” dia pun tak buat benda-benda mcm tu, nak suruh kita pula ambil kesempatan. Apa lah abang nih. Dia ada aturan kerja yang ketat, tak kan lah aku pula nak buat perkara yang tak sepatutnya. Kerja tetap kerja lah.
“Ikut Liya lah. Lepas solat kita pergi makan. Abang tunggu Liya kat bawah tu!”
“Abang nak orang cakap pasal abang dengan isteri abang lepas ni, abang buat lah. Tak kan nak keluar makan pukul 2.30, lepas waktu rehat dah tu?”
“Liya, ofis ni hak abang lah. Biarlah orang nak cakap apa pun, abang tak kisah lah!”  Hmm.. rayyan dah tunjuk sikap dia lah tu. Aleeya mengelengkan kepalanya. Kalau itu satu arahan, berani bantah?

Lepas ni, orang gosip cerita aku dengan suami aku pula lah yer? Boleh lah tengok cerita siapa paling hot? Cerita aku dengan Rayyan? Atau cerita Husna dengan Alvin?

6 ulasan:

  1. kak... esok sambung lagi tau.. ^_^

    BalasPadam
  2. hehehe..... bagus liya tau beza keja ngan personal... tp cik abang lak yg x pro...

    BalasPadam
  3. Hahahaha..Rayyan ni betul laa..
    klu bab kerja dia mmg tegas sangat dgn staff dia..Tapi dgn isteri bukan main lg..Liya tahulah nak buat apa..Cik abang ni..
    Wah..Husna mmg dah jauh berubah sbb harta..
    Seorang perempuan kena patuh dgn suami bukan dgn ibu bapa lagi..Lagi2 klu family yg mcm ni..Nak menumpang senang orang saja lepas tu bukan main lagi 'lebih sudu dari kuah'..(pinjam ayat akak tadi hahahaha,..)

    Alaa...Lepas ni kena sabatr menunggu la yer?Sedihnya..

    ~Gurangak aja~

    BalasPadam